Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran
Ketua
Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur
daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan
anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said.
Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian.
"Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding?
"Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.
Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi.
Bercakap lanjut, Faridah turut menggariskan dua sebab Shahrizat perlu berundur pada pemilihan kelak - prestasi Wanita Umno mutakhir ini dan skandal pinjaman RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).
Jelasnya Shahrizat kerap melaungkan tentang keperluan kabinet diisi oleh 30 peratus kaum wanita namun, selepas pilihan raya lalu hanya seorang sahaja exco wanita Umno terpilih menganggotai jemaah menteri.
"Pengundurannya perlu (dilakukan) supaya PRU nanti kita boleh ambil hati orang muda untuk menyokong BN kembali.
"Kalau Shahrizat melaungkan 30 peratus (perwakilan), tolong namakan pada saya bilangan wanita Umno yang jadi anggota parlimen.
"Sekarang ini di kalangan exco yang jadi anggota parlimen cuma satu iaitu (MP Beaufort) Datuk Azizah Mohd Dun.
"Datuk Noriah Kasnon (MP Sungai Besar) bukan exco Wanita, Datuk Halimah Sadique (MP Tenggara) bukan exco Wanita Umno," katanya.
Shahrizat juga, kata Faridah tidak wajar menggunakan alasan beliau tiada kaitan dengan skandal NFC.
Beliau sendiri mendakwa menerima SMS agar mengerahkan Wanita Umno ke mahkamah untuk menyokong Shahrizat setiap kali perbicaraan NFC berlangsung.
Beliau juga tidak yakin Shahrizat akan terus kekal popular dalam pergerakan itu memandangkan Shahrizat kini bukan lagi menteri mahu pun pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK)
"Melalui majlis itu dia boleh beri program kepada wanita di setiap bahagian, dalam setahun adalah dalam RM50 ke RM60,000.
"Jadi sekarang ini dia tak jadi menteri lagi, dia tak jadi pengerusi MPWK lagi, apa lagi yang dia boleh sumbang kepada wanita?
"Tak ada apa-apa," kata Faridah yang menjadi exco Wanita sewaktu ia diketuai Rafidah Aziz.
1. Shahrizat: Sila masuk gelanggang, saya persilakan
2. Azalina akan cabar Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita

Pelajar diburu baling mercun cederakan dua beradik
Polis
kini memburu dua pelajar tingkatan lima di Besut kerana disyaki
membaling mercun kepada dua kanak-kanak di kampung Gong Manok, Besut
Rabu lepas.
Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.
"Pembonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu...mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu.
"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.
- Bernama
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di Melaka semalam.
Salehhudin berkata dalam operasi pada jam 6 pagi dan berakhir jam 6 petang kelmarin semalam di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
- Bernama
Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.
"Pembonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu...mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu.
"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.
- Bernama
Lelaki tinggalkan anak dalam kereta kerana dadah
Seorang
lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun
bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah
di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di Melaka semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di Melaka semalam.
Salehhudin berkata dalam operasi pada jam 6 pagi dan berakhir jam 6 petang kelmarin semalam di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
- Bernama
Dua pekerja Indonesia maut dihempap papak simen
Dua
pekerja warga Indonesia maut dihempap papak simen basah siling projek
sebuah pasar raya di Taman Gaya, Ulu Tiram di Johor Bahru semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata mangsa yang dikenali sebagai Asmawi, 27, dan Aripen, 24, sedang membaiki keretakan rasuk konkrit di aras satu bangunan itu apabila siling simen berkenaan runtuh pada jam 3.30 petang.
"Ketika membaiki keretakan rasuk konkrit itu, siling simen berkenaan tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbunuh di tempat kejadian.
Timbalan Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menghantar 24 anggota untuk menyelamatkan mangsa selepas dimaklumkan pada 3.50 petang.
"Kita terpaksa menggunakan kren dan jengkaut untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan papak simen yang semakin mengeras itu," katanya.
Mohd Rizal berkata anggota bomba mengambil masa lebih enam jam untuk mencari dan mengeluarkan mayat Asmawi.
Beliau berkata mayat Aripen ditemui pada 12.50 pagi dan berjaya dikeluarkan sejam kemudian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan punca kejadian masih disiasat, katanya.

Kaji judi terjun laut elak dicekup polis
Sekumpulan
kaki judi nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak diberkas polis dalam
'Ops Dadu' di sebuah pondok nelayan berdekatan Lebuhraya Tun Dr Lim
Chong Eu, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam serbuan pada 3 pagi itu, enam lelaki berusia antara 31 hingga 55 tahun ditahan sementara beberapa orang lagi nekad terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.
"Mereka yang terjun, berenang kira-kira 100 meter ke tepian dan pantas melarikan diri serta masih belum dapat dikesan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 52 keping kad pakau, wang sebanyak RM55 dari atas meja, selain wang dibawa kaki judi terbabitdipercayai untuk pertaruhan berjumlah RM3,930.
Katanya kesemua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM5,000, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Menurutnya, pengetua tersebut telah melakukan tindakannya sebaik mungkin.
"Kita akan bela (pengetua) kalau didapati tak bersalah. Kita pasti akan bela dia. Dan daripada apa laporan yang kita terima, kita dapat mengenalpasti bahawa apa yang dia (pengetua) lakukan adalah sebaik mungkin.
"Bukan hanya untuk digunakan waktu puasa sahaja tapi untuk waktu-waktu lain juga," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memberi sumbangan kepada 200 orang fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal anjuran Umno Kepong di ibu negara hari ini.
Dalam laman facebook yang dibuat bagi menyokong tindakan pengetua sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Nor (kiri), terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Mohamad Nasir "kecewa" kerana tiada pimpinan Umno yang tampil membelanya.

SUA Umno: Kita akan bela HM jika didapati tak bersalah
Setiausaha
Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau akan
membela pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Pristana sekiranya beliau
didapati tidak bersalah dalam isu pelajar sekolah tersebut yang didakwa
makan di dalam bilik persalinan. Menurutnya, pengetua tersebut telah melakukan tindakannya sebaik mungkin.
"Kita akan bela (pengetua) kalau didapati tak bersalah. Kita pasti akan bela dia. Dan daripada apa laporan yang kita terima, kita dapat mengenalpasti bahawa apa yang dia (pengetua) lakukan adalah sebaik mungkin.
"Bukan hanya untuk digunakan waktu puasa sahaja tapi untuk waktu-waktu lain juga," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memberi sumbangan kepada 200 orang fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal anjuran Umno Kepong di ibu negara hari ini.
Dalam laman facebook yang dibuat bagi menyokong tindakan pengetua sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Nor (kiri), terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Mohamad Nasir "kecewa" kerana tiada pimpinan Umno yang tampil membelanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan