Posted on Sunday, July 28 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh: rozmal
"Rakyat yang ingin melindungi diri mereka sendiri, keluarga dan harta perlu dipermudahkan untuk mendapat lesen senjata api. Penjenayah semakin berani dan kejam kerana mereka tahu rakyat Malaysia ini tiada sebarang perlindungan diri yang dapat menandingi mereka melainkan orang tertentu seperti pemimpin politik dan jutawan.
Pengerusi NGO parah ditembak
28 Julai 2013
Seremban: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia
(MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat
selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah,
Bahau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan
awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang
baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar
minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap
rokok.
"Tiba-tiba muncul sebuah
motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua
lelaki dipercayai berbangsa India.
Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat
kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web
mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar
aktiviti perjudian di Jelebu.
Siapa yang jahat ni, penjenayah ke polis?
Posted on Sunday, July 28 @ 15:00:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh: amkns
"

Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa
28
Julai 2013 - Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri
Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas
Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah
melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui
akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah
ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia
(Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk
mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui
akaun beliau, @TSMusaHassan.
Tak ada rupanya lagi Tabung Khas Hospital Wakaf di Malaysia ni
Posted on Sunday, July 28 @ 14:59:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh: rozmal
"Malam tadi Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan, Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin beri tazkirah selepas solat Witir. Antaranya yang disentuh dalam tazkirah beliau ialah betapa perlunya ada Hospital Wakaf yang serba lengkap di Malaysia ini untuk membantu golongan yang berkemampuan mendapatkan rawatan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

Beliau rasa terkilan apabila beliau sendiri terpaksa mendapatkan
rawatan buah pinggang di hospital swasta yang diusahakan oleh golongan
yang bukan beragama Islam yang memberikan rawatan kepada semua orang
yang tidak berkemampuan baik yang Islam ataupun yang bukan Islam.
Justeru itu beliau sekarang ini sedang menggerakkan Projek Tabung
Wakaf Khas Kesihatan agar satu Hospital Wakaf dapat didirikan yang
memberi rawatan perkhidmatan kepada semua rakyat di Malaysia ini samada
yang Islam atau bukan Islam.
Oleh itu
marilah kita sama-sama gerakkan Tabung Wakaf Khas Kesihatan ini yang
dananya diurusakan secara telus melalui Amanah Raya Berhad.
Kalau kita tak mampu, kita sebarkan maklumat tabung ini melalui Facebook, e-mel, twitter dan sebagainya.
TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN
PENGENALAN
Projek
Tabung Wakaf Khas Kesihatan adalah satu usaha mengumpul dana bagi
tujuan wakaf khas kesihatan. Matlamat projek ini adalah untuk menubuhkan
sebuah Hospital Wakaf di negara ini menerusi satu dana wakaf yang
diurus secara telus, efektif dan sistematik.
SUMBER MOTIVASI
Maksud
dari Al Quran : “Kamu belum berbuat baik sehinggalah kamu infaqkan dari
apa yang kamu sayangi. Dan tidaklah kamu menginfaqkan dari sesuatu itu,
maka sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentangnya”.
Maksud dari Al Hadith : “Apabila mati seseorang anak Adam, maka
terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : Sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya”.
OBJEKTIF PROJEK TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN
Suatu usaha mengumpul dana tunai diwakafkan yang manfaatnya akan digunakan untuk :
1. Menggerakkan kesedaran masyarakat terhadap wakaf dan kesihatan.
2. Membantu pesakit yang memerlukan bantuan rawatan dan perubatan.
3. Membangun dan mengurus sebuah Hospital Wakaf di Malaysa.
BUTIRAN TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN DI AMANAH RAYA BERHAD
Nama Akaun/Tabung : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
No Rujukan : LD 001715
KAEDAH BERWAKAF
1. Wakaf boleh dibuat dalam bentuk cek atas nama AMANAH RAYA BERHAD
2. Pastikan nama tabung serta nombor rujukan tabung ini seperti yang dinyatakan di atas ditulis di belakang cek berkenaan.
3. Cek berkenaan boleh dihantar kepada :
Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Wakaf Khas Kesihatan
133, Lorong Cengal Utama 1/3,
Taman Cengal Utama,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan
Tabung Wakaf Khas Kesihatan, Ustaz Hj Mohd Najib Khairudin 019-6202690
Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin
Parti Anak Menantu
Posted on Sunday, July 28 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: TinBuruk
"Seperti biasa, bila sudah bertarawih kami akan dijamu dengan 'moreh'. Hari ini bubur pulut hitam. Dulu masa di asrama (saya pernah tinggal asrama) kali pertama saya melihat dan merasa bubur pulut hitam. Pada masa itu saya tak suka kerana tak biasa. Hanya kenal bubur kacang sahaja.
Pak Ali tokey warung bawa kerana gilirannya mengikut carta yang hampir tercabut dipelekat dengan stapler yang bengkok mungkin kayu cengal sukar ditembusi.
Hassan golongan awal 40an dengan kerjaya yang baik dan berkereta Mercedes nampak begitu rancak berborak. Boleh kata setiap malam dia akan buka cerita baru.
Beberapa golongan tua (lebih 70an) dengan rokok daun dan tembakau yang dibeli di Rusila pada kuliah Jumaat hanya terdiam dan tersengih sekali-sekala. Tak banyak menyampuk melainkan Wan Sembak yang suka bercakap kuat dan menengking sekali sekala.
"Tok Guru kita dengan menantunya Zaharudin Muhammad nak jatuhkan golongan profesional dalam PAS" Hassan membuka perbincangan.
"Yee ke" tanya Razak anak Pak Su Komeng.
"Takkan tak percaya, Zaharuddin tu dilantik menjadi Majlis Syura Ulama PAS pada tahun 2011 dan dia menjadi Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012" kata Hassan dengan bersungguh-sungguh.
"Baca di internet ke Hassan?" Saya menyampuk. Kebetulan saya dah di tangga untuk pulang.
"Amin Iskandar ada tulis dalam Malaysian Insider" kata Hassan.
Saya tak nak ulas siapa Amin Iskandar, kalau orang kenal Hishamuddin Rais mungkin juga boleh kenal Amin Iskandar. Maksud saya 'fikrah' dia!
Saya tanya Hassan "Isu Kota Damansara, sebenarnya sudah bermula tahun 2008 walaupun keputusan memihak Dr Nasir bertanding. Ini boleh tanya kepada mereka yang aktif di situ. Adakah kemasukkan Zaharudin (ramai blogger mengelarkan Din Ayam untuk penghinaan) pada 2011 menjadi punca permasalahan di situ?"
"Din Ayam yang menyebabkan perkara ini berlaku" Hassan bertegas.
"Din ayam rancang untuk menjatuhkan semua golongan profesinal yang kebetulan kebanyakannya kalah dalam PRU13 baru-baru ini" tambah Hassan lagi.
Saya sebenar tak nampak sinifikan kekalahan golongan profesional maka semuanya akan dijatuhkan dalam Muktamar PAS. Setahu saya golongan ulama lebih banyak kalah sebelum PAS menonjol seperti sekarang. Siapa punya idea hingga perkara ini melutus di internet.
"Lihat Hussam Musa disingkirkan daripada exco pun angkara Din Ayam" kata Hassan
"Hassan, jangan kita terlebih cakap dengan maklumat yang tak benar. Tuan Guru Nik Aziz ada jawapannya. Takkan Tuan Guru Nik Aziz bodoh nak biarkan perkara ini kalau tak persetujuannya. 'Orang tua tu' (Tuan Guru Nik Aziz) bukan sebarang orang" kata saya.
"Pergi tanya dia sendiri, jangan buat mulut. Tapi jangan tanya di hadapan kelayak ramai" kata saya.
Dulu ada wartawan tanya pasal perkara ini, tapi Tuan Guru tak layan dan minta soalan lain. Adakah Din Ayam dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi mampu menutup mulut Tuan Guru Nik Aziz. Kalau kita berhujah biarlah ada logik. Jangan kita tambah maklumat dengan maklumat palsu atas dasar kita tak suka seseorang.
Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan menantunya nak menguasai PAS? Biar betul!
Kalau Tuan Guru Haji Hadi dan menantunya rancang nak menguasai PAS sudah pasti dia membenarkan Ustaz Khalil anaknya bertanding. Tapi kenapa dia melarang? Banyak sangat dongengan cerita-cerita memburuk kepimpinan dengan maklumat yang tidak benar.
“Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," kata Hassan
Dalam hati kalau saya layan si Hassan ni panjang... sahur baru balik. Nasib baik tak ada si Rahman. Kalau tak lagi kecoh, Rahman lebih emosi lagi. Patner si Hassan kumpulan "Reform PAS". Tapi Wahab gelar "geng blogger gila". Wahab ni anak Pak imam Ayah Teh. Dia pun tak ada malam ini.
Termeloh, Kuantan dan beberapa tempat sebenarnya adalah kawasan PAS yang dipinjamkan kepada PKR. Tapi bila PKR bertanding PAS nak ambil semula sukar. Jadi dalam banyak mesyuarat-mesyuarat Majlis Pakatan perkara ini dibincangkan. Tak banyak penyelesaian. Rasanya ada perkara yang tak perlu didedahkan kepada umum.
Jadi PAS bertegas nak ambil Temerloh. Ini pun bukan kerana Din Ayam, lama dah. Kalau tak percaya tanya Wan Fauzuddin NS. Dia orang kuat Parti Keadilan di Pahang dan dia jujur dalam banyak hal dia boleh cerita perkara sebenar. Gaduh di Termeloh tu semenjak 2004 lagi.
Kenapa orang suka sebar fitnah dan memburukkan satu sama lain?
Saya rasa malas nak layan si Hassan, saya pun turun tangga dan menyarung selipar. "Sambung esoklah Hassan, malas nak berhujah kalau fakta sekadar baca internet" kata saya.
" Larilah tu" Kata Hassan mengejek saya.
"Assalamualaikum" saya terus ke kereta.
Tin Buruk
http://tin-buruk.blogspot.com/"

JAWI nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula
Posted on Sunday, July 28 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TempayanRetak
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
"Perkara
ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas
siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung
tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat
oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.Posted on Sunday, July 28 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TempayanRetak
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.
- Bernama
................
http://tempayanretak.blogspot.com
Penyalahgunaan Internet Hampiri Tahap Kritikal
Posted on Sunday, July 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TempayanRetak
KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula kemudahan serta akses Internet di Malaysia berikutan penyalahgunaannya di negara ini menghampiri tahap kritikal.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet tidak betul.
"Saya lihat kebebasan yang diberi (disalah guna dan kini) sudah semakin kritikal. Sudah tiba masanya kita tegas dan tanganinya dengan cara serius," katanya selepas menghadiri majlis Tamu Ramadan bersama 261 imam, bilal dan pengerusi masjid di dewan Majlis Perbandaran Kemaman pada Sabtu.
Beliau juga berkata penyebaran fitnah atau sesuatu yang tidak betul menerusi Internet perlu dibendung dari awal sebelum menjadi lebih buruk.
Antara penyalahgunaan berkenaan ialah penyebaran fitnah dan gambar yang mengaibkan seseorang serta penipuan melibatkan wang ringgit.
Terbaharu ialah penyebaran dakwaan bahawa terdapat gelombang kedua pencerobohan Suluk ke Sabah serta penghinaan terhadap Islam oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee. BERNAMA
........
http://tempayanretak.blogspot.com
Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:
1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?
Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?
Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin.
Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.
Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب
"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".
YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS
Nasrudin Hassan, | 28 Jul 2013 |
1.
Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya
kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam
PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian
Insider.
2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.
3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]
4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.
5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi s.a.w yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw]
6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.
7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.
8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana-mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.
9. Jika teori konspirasi ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka. Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Abdul Hadi?
10. Saya tidak percaya Tuan Guru Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.
11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya-tanya dan tercari-cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi kelak?
12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara oleh-Nya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.
13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafi kebenarannya bahkan ia adalah satu tohmahan yang tidak berasas. Jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh berbuat demikian tetapi mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah
., | 28 Jul 2013 |
Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:
1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?
Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?
Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin.
Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.
Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب
"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".
YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Mana bukti Pas amal Syiah?
Posted on Sunday, July 28 @ 05:39:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOBloglist
ALOR SETAR - Ada ahli Pas di Kedah yang diakui amalkan Syiah. Bagaimanapun, tuduhan kaitkan fahaman itu dengan pemimpin Pas di negeri ini, disifatkan karut.
"Jangan buat tuduhan melulu. Kalau nak dakwa kena ada bukti. Jangan cakap saja, label dari pemerhatian sedangkan ini perkara serius, babitkan akidah orang," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan wujud beberapa pemimpin parti politik di negeri ini terlibat fahaman itu. Menurutnya, tuduhan itu jelas tidak berasas, selain tanpa bukti kukuh.
“Tuduhan itu berunsur politik semata-mata,” katanya.
Menurutnya, tuduhan itu juga membahayakan kesepakatan yang terjalin antara umat Islam yang berbeza fahaman politik, dan jika disalah tafsir boleh memecahbelahkan umat Islam.
“Setahu saya ada ahli Pas yang amal Syiah tetapi saya tegaskan, bukan daripada kalangan pimpinan tertinggi parti,” katanya.
Phahrolrazi diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi, Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Ashiq Elahi yang bersedia mendedahkan nama pemimpin parti politik yang terlibat dengan kegiatan Syiah selepas pengharaman Syiah diwartakan.
Dakwanya, sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai pemimpin dalam parti politik tertentu amalkan Syiah dan membuka jalan kepada penyebaran fahaman itu di negara ini.
Katanya, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jakim.
Dalam pada itu, Phahrolrazi, yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, setakat ini, belum ada pemimpin parti itu yang mengisytiharkan diri sebagai pengikut Syiah, dan tohmahan yang dilemparkan mungkin ada kaitan dengan hubungan baik pemimpin Pas dengan pemimpin Iran.
“Tidak dinafikan ada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan ke Iran dan berjumpa pemimpin politik di sana atau hadir pada persidangan ulama. Tetapi itu tidak bermakna kita sokong atau amalkan Syiah,” katanya.
Menurutnya, adalah tidak wajar membuat andaian sebegitu hanya kerana pemimpin Pas menjejak kaki ke negara Iran.
“Selama bergaul dengan pemimpin Pas di Kedah atau Pusat, saya tidak nampak aktiviti yang menjurus kepada amalan Syiah dalam kalangan pimpinan. Cara Syiah berbeza, kita boleh kenal pasti dan saya yakin tiada kalangan pimpinan parti terlibat,” katanya.
Mengulas tohmahan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering kali dikaitkan dengan Syiah, Phahrolrazi berkata, ia lebih kepada propaganda politik.
“Sebelum ini, perkara sama dihebohkan, kini kembali selepas BN berkuasa di Kedah. Saya percaya kempen memburuk-burukkan Mat Sabu diuar-uarkan sejak beliau terpilih sebagai calon PRU13 di Parlimen Pendang,” katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin yang rapat dengan pemimpin nombor dua Pas itu, beliau tidak pernah menyaksikan amalan Mat Sabu terpesong daripada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah. - Sinar Harian
............
http://tkobloglist.blogspot.com

Gambar Ini Pemimpin UMNO Dan MCA Tak Suka Lihat
Posted on Sunday, July 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Sofi Wahab

Gambar
ini sudah tentu tidak disukai oleh pemimpin dan pendokong Umno serta
juga pimpinan MCA. Parti-parti rasis dan pelampau bangsa memang tidak
suka gambar-gamabr macam ini. Sebab mereka berjuang bangsa bukan
berjuang untuk agama.
Gambar ihsan fb Saudara Mazlan Aliman.
Mazlan menulis dalam FB
.......Bersama
YB Wong Su Qi, ADUN DAP Senai, Sdr Hisham Mohd Zin dan pimpinan PAS
Kawasan Kulaijaya. Selesai berbuka puasa di Bandar Putra, Kulai.
Seronok
tengok YB DAP ni pakai baju kurung. Beliau selalu bertanya mengenai
perjuangan PAS. Anak muda DAP yg belajar lama di Taiwan. Terpelajar
tapi merendah diri.
Kenapa tak boleh tunggu sekejap?
Posted on Sunday, July 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Pak Abu
Bulan ramadan ini jika diperhatikan di kebanyakan tempat, ramai orang sanggup beratur demi untuk mendapatkan juadah yang diigini. Sudah pasti juadah itu enak dan sedap dimakan dan memenuhi kehendak dipembeli yang sanggu beratur dan menunggu begitu lama.
Saya juga memerhati waktu solat hampir disemua masjid dan surau, sikap suka menunggu ini jelas kelihatan. Paling menonjol ialah di waktu solat Jumaat.
Kita dapat perhati bahawa ada yang datang agak lewat, mereka beratur untuk dapatkan giliran bagi mengambil wuduk. Selepas berwuduk, kadang kala mereka ini terpaksa berdiri dan menunggu untuk masuk di pintu-pintu masuk masjid.
Lama berdiri adalah bergantung lama mana khutbah jumaat dibaca.
Yang menjadi musyikil kepada saya ialah selepas solat, sesudah sahaja memberikan salam, ada diantara mereka terus mengangkat punggung dan terus untuk nak pulang. Tak boleh tunggu walaupun sesaat bagi membaca wirid atau berdoa.
Mungkin ada yang kata wirid dan doa bidaah, nabi tak buat. Tapi adakah kerana pendapat bidaah ini membuat kita mengangkat punggung untuk menjauhkan diri daripada rumah ALlah?
Saya tak rasa orang yang berpendapat wirid dan doa bidaah yang suka mengangkat punggung selepas sahaja salam.
Timbul persoalan kepada saya kenapa sebelum solat sanggup tunggu dan berdiri hampir ½ jam tetapi selepas solat tak sanggup tunggu ½ minit sahaja?
Tabiat ini juga banyak berlaku dalam masjis-majlis yang kadang kala meninggalkan majlis tak sempat menggu tetamu dalam majlis turun pentas dan meninggalkan dewan atau majlis.
Tunggu sekejap meraikan majlis dan tunggu sekejap meraikan iman membaca doa dan wirid adalah wajar dengan sifat sabar, sebab semuanya adalah untuk ketaatan kita kepada Illahi.
.............
http://laptoplama.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan