Ahad, 21 Julai 2013

BILA GERAKGERI KITA DIPANTAU OLEH MALAIKAT...MALAIKAT BERTUGAS MENCATAT AMAL BAIK SERTA YANG BURUK

RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut

Muhammad Faizal, 20 Jul 2013
BESUT: Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukan melalui janji sebanyak RM324 juta sepanjang sembilan hari berkempen.

Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang  pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai.

"Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan.

"Jika mereka merasakan kempen kita kuat maka mereka akan salurkan peruntukan yang besar sehingga akhir kempen dan sehari sebelum mengundi sudah pasti ada pemberian tunai kepada pengundi untuk mereka meraih undi," jelas beliau selepas sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.

Dr Dzulkefly menyifatkan aktiviti menyogok pengundi adalah tidak wajar dan ia merupakan satu jenayah pilihanraya.

"Mereka menggunakan wang untuk meraih undi dan kita tidak mampu melawan dari sudut tersebut.

"Apa yang kita bawa untuk rakyat adalah kelebihan serta manfaat yang diperolehi rakyat apabila keseimbangan kerusi 16:16 di Dewan Undangan Negeri.

"Kita jelaskan kepada rakyat melalui keseimbang kerusi kita dapat bertindak sebagai semak imbang untuk setiap keputusan serta projek yang dilakukan oleh kerajaan," sambungnya lagi.

Beliau yang turut berkempan dan membuat penerangan mengenai keberkesanan kedudukan kerusi 16:16 memberitahu, rakyat mula memahami serta menerima apa yang mereka perolehi jika kedudukan kerusi ini direalisasikan.

"Saya melawat semua tempat peti undi, isyarat sudah mula diterima oleh pengundi dan mereka mulai faham kenapa perlunya 16:16.

"Bukan mustahil untuk kita melakukan kejutan pada PRK kali ini, sasaran kita untuk mengurangkan majoriti telah kita capai dan sekarang kita perlu kerja keras untuk memastikan 16:16 ini bukan satu mimpi," kata beliau lagi.

Beliau yang berharap agar pengundi Kuala Besut tidak melepaskan peluang yang diperolehi ini bagi memastikan Terengganu yang akan datang lebih baik dari sudut pentadbiran.

Mad Said lebih pentingkan zoo dari Taman Ilmu?

Harakahdaily, 20 Jul 2013
BESUT: PAS mempersoal tindakan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa telah mengabaikan projek Taman Ilmu di kampung Tembila di sini sehingga gagal disiapkan.

Projek bagi menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi di atas tanah seluas 700 ekar itu dimulakan sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum 2004 lalu.

Dalam projek itu, tapak untuk pembinaan universiti disediakan manakala kerajaan negeri akan menyediakan pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama serta kompleks sukan.

Namun difahamkan, selepas Ahmad Said dilantik menteri besar selepas PRU 2008, projek tersebut tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri sehingga ianya tidak siap sampai ke hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihak kontraktor juga menghadapi masalah tidak menerima bayaran terhadap kerja-kerja yang 80 peratus telah disiapkan.

Malah katanya sehingga 2012 kontraktor-kontraktor ini tidak lagi meneruskan kerja-kerja ditapak malah bersetuju untuk "mutual termination".

Menurut beliau, dianggarkan kos diperlukan untuk menyiapkan baki 20 peratus lagi projek tersebut hanya sekitar RM50 juta.

"Apa yang dikesali, sementara projek Taman Ilmu tidak diberi perhatian sepatutnya dari aspek kewangan, dalam masa sama Menteri Besar (Ahmad Said) memberi tumpuan pula kepada projek Zoo di Kemaman yang memakan belanja berjuta-juta ringgit.

"Dalam masa sama juga kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana 'viabiliti' projek tersebut di persoalkan," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.

Tambah beliau lagi, terdapat dua blok bangunan yang hampir siap itu juga telah mengalami masalah kerosakan struktur dan kemungkinan perlu dirobohkan semula.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media sama berkata, beliau tidk menolak kemungkinan masalah projek itu disebabkan pergeseran antara Ahmad dengan Idris.

Namun katanya, adalah tidak wajar pertelingkahan dua pemimpin itu sehingga memperjudikan keperluan dan kepentingan rakyat.

"Saya tak mahu ambil bahagian isu pergaduhan mereka, tapi tindakan ini telah mengainaya rakyat Besut dan Kuala Terengganu ini," katanya.

14 ditahan demo bantah TPPA

Harakahdaily, 20 Jul 2013
KOTA KINABALU: 14 aktivis Gerakan Bertindak Bantah TPPA Sabah ditahan ketika berhimpun membuat bantahan terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di sini hari ini.

Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu.

Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal.

"Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif.

"Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily.

Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita.

Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA.
SPR: Seksyen 9A perlu untuk elak lengah p'raya

Seksyen 9A Akta Pilihan Raya diperlukan untuk menghalang orang ramai daripada melengahkan proses pilihan raya dengan mencabar daftar pemilih, kata Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk  Wan Ahmad Wan Omar.

"Jika kita buka daftar pemilih untuk dicabar, maka bila kita boleh adakan pilihan raya?" tegasnya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

ec wan ahmad wan omar in kaula besutBeliau mengulas cabaran Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S
Ambiga supaya membuka daftar pemilih kepada penelitian mahkamah jika SPR "tidak ada apa yang hendak disembunyikan".

Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang mahkamah daripada meneliti daftar pemilih apabila ia telah diwartakan.

Ia digubal selepas kejayaan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 yang menyaksikan mana keputusan pilihan raya itu dibatalkan daftar pemilih yang bermasalah.

Mahkamah sejak itu telah digunakan Seksyen 9A untuk memutuskan bahawa daftar pemilih tidak boleh dicabar.
Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.
SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.

ec wan ahmad wan omar in kaula besut"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.
Mufti WP: Haram wanita Islam sertai pertandingan ratu cantik
12:32PM Jul 20 2013
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
  
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
  
"Justeru itu pihak penguatkuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
  
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.

- Bernama
Awas, 'Semut' pantau gerak-geri anda!
12:22PM Jul 20 2013
 Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut, Huan Cheng Guan kepada Bernama.
  
Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.
  
"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.
  
Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.
  
"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.
  
Setakat ini Semut membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.
  
"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
  
Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan Semut hanya untuk menyalurkan maklumat.
  
Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: "Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita."
  
Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.
  
Huan yang merupakan naib presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata: "Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?"

- Bernama
Kedah wartakan pengharaman shisha
Mohd Rawi Abd Hamid
Mohd Rawi Abd Hamid
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah sedia mewartakan pengharaman shisha selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskannya sebagai haram.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk mendapatkan persetujuan sebelum diwartakan.

“Kita akan berbincang pada mesyuarat Exco akan datang untuk putuskan sama ada pengharaman itu perlu diwartakan atau sebaliknya.

“Dalam masa sama, kita perlu dapatkan pandangan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad terlebih dahulu sebelum menguatkuasakannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jika ia diwartakan, maka hukuman dan tindakan tertentu boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan atau menghisapnya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang diadakan pada 17 Julai lalu bersetuju memutuskan bahawa Shisha adalah haram.

Menurut laporan itu, Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan dibuat setelah mendengar pandangan dari kementerian kesihatan dan penelitian beberapa aspek yang boleh memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dan pembentukan generasi.

Tiada ulasan: