Jumaat, 19 Julai 2013

APA DAH JADI

Nyawa 2 beranak melayang selang 2 jam

Maut5Seremban- Memilukan apabila nyawa dua beranak melayang selang dua jam 20 minit dalam dua kemalangan ngeri di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Senawang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, yang cedera parah di kepala selepas kereta Hyundai Atos dipandu ibunya, Widayati Abdol Aziz, 41, hilang kawalan.
Kemalangan mengorbankan Muhammad Shafiq itu dipercayai berlaku selepas kereta dipandu Widayati dari Melaka menghala ke rumah mereka di Klang, Selangor bersama dua lagi anaknya, Muhammad Shazwan Mohd Yusob, 17, dan Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan kereta itu berpusing lalu melintang di tengah lebuh raya.
Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata, ketika kejadian dia dari Putrajaya menghala ke Pedas terkejut sebaik melihat mayat dan kereta dalam keadaan remuk di tengah lebuh raya.
“Saya memberhentikan motosikal mengawal lalu lintas bagi mengelak kenderaan lain menggilis mayat itu berikutan ketika kejadian hanya terdapat tiga petugas lebuh raya selain kawasan itu menuruni bukit dan gelap. -Metro
'Pencuri tarawih' berleluasa
'Pencuri tarawih' berleluasa
Yaakob menunjuk cara pencuri memasuki rumahnya dengan menggunakan kayu bagi mencungkil besi kerangka tingkap.
BUKIT TEMBAGA - Penduduk di Kampung Bukit Tembaga Selatan dekat sini, kini dihantui kejadian pecah rumah sejak bermulanya Ramadan hingga menyebabkan mereka bimbang untuk meninggalkan rumah bagi melakukan solat di masjid.

Kejadian pecah rumah itu dikatakan berlaku ketika penduduk melakukan solat Isyak dan Tarawih di masjid dan kumpulan itu mengambil kesempatan memecah rumah dengan mencuri pelbagai barangan berharga.

Mangsa, Abdul Kadir Abdul Rahman, 50, berkata, dia kerugian hampir RM300 selepas wang tunai milik isterinya serta dua telefon bimbit dicuri kumpulan terbabit.

Menurutnya, pada malam kejadian, isterinya terserempak dengan pencuri selepas melakukan solat Tarawih.

“Semasa di masjid, isteri gelisah seperti ada yang tidak kena menyebabkan dia mengajak anak pulang. Selepas sampai, isteri mendapati pintu belakang rumah sudah terbuka dan terdengar seperti orang terkejut dan berlari.

“Selepas nampak pencuri itu, isteri saya memegang parang untuk keselamatan dengan memeriksa beberapa barang yang disimpannya dan mendapati wang tunai sudah dicuri oleh kumpulan itu. Selepas memeriksa setiap bilik barulah sedar bahawa kumpulan pencuri itu masuk melalui tingkap bilik anaknya dengan mencungkil rangka besi tingkap," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Yaakob Ismail, 58, berkata, dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri apabila pulang dari melakukan solat Isyak dan Tarawih di masjid  bersama isterinya.

Katanya, dia mula menyedari rumahnya dimasuki pencuri selepas melihat kad prabayar telefon bimbitnya berada di atas meja sedangkan telefonnya itu sudah tiada.

“Semasa masuk di bilik belakang, saya dapati cermin tingkap sudah ditanggalkan dan pencuri itu menggunakan kayu untuk mencungkil besi tingkap hingga mereka boleh masuk ke dalam rumah saya,” katanya.

Yaakob berkata, selepas kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Felda Bukit Tembaga dan kejadian itu merupakan kali keempat rumahnya dimasuki pencuri.

Katanya, kejadian itu dikatakan semakin aktif sejak awal Ramadan lagi ketika orang ramai sibuk melakukan solat Tarawih dan kini sebanyak lima rumah dimasuki pencuri.

Pelajar Mengandung Dirogol Abang Kandung Durjana

CHUKAI – Perbuatan terkutuk seorang pelajar tingkatan lima yang tergamak menjadikan adik kandungnya sendiri sebagai pemuas nafsu terbongkar apabila mangsa mengalami keguguran, tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua dan bersekolah di sekolah sama dengan abangnya itu mengalami keguguran sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.
Menurutnya, suspek dipercayai merogol adiknya itu pada pertengahan April lalu dalam kejadian di rumah mereka di sebuah kampung di Chukai.
Bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan perbuatan sumbang yang dilakukan oleh abangnya itu kerana telah diugut oleh abangnya itu.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung 12 minggu dan doktor yang merawat mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chukai.
“Bagaimanapun mangsa masih lagi dirawat di wad bagi memastikan keadaan kesihatannya kembali pulih,” katanya.
Akibat perbuatan terkutuknya terbongkar, suspek bertindak melarikan diri dan kini diburu pihak polis.
Che Suza berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang jika sabit kesalahan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan. -Sh

Ngeri, Murid Tahun 5 Maut Tersepit Lif

sepitKUALA LUMPUR – Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak di sini, semalam.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11, tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat dua dan tiga di bangunan berkenaan.
Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah menyebabkan kepalanya tersepit di pintu.
“Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba tiba-tiba lif bergerak,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian.
Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baru pulang dari sekolah, katanya.
“Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif itu,”katanya.
Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. -AP

Samun: Peniaga kedai runcit, anak cedera ditembak
Samun: Peniaga kedai runcit, anak cedera ditembak
Peniaga kedai runcit berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 13 tahun, cedera terkena tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek selepas disamun di rumah mereka di Taman Sejahtera, di Ipoh malam tadi. - Foto Bernama
IPOH - Peniaga kedai runcit dan anak lelakinya cedera terkena tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek selepas disamun di rumah mereka di Taman Sejahtera, Kampar di sini malam tadi.
 
Peniaga berumur 51 tahun itu cedera di perut manakala anaknya berumur 13 tahun di paha kanan dan mereka kini dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
 
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika peniaga dan isteri serta dua anaknya yang sedang berehat di ruang tamu didatangi tiga lelaki memakai 'topeng ski' bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.
 
Kumpulan itu yang dipercayai mahu merompak kereta Toyota Hilux milik mangsa turut merampas dua telefon bimbit, kunci rumah, kad pengenalan, buku bank dan buku cek mangsa, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
 
"Ketika suspek sedang menghidupkan enjin kereta Hilux milik mangsa yang berada di hadapan rumah bertindak menyerang suspek dengan sebilah parang, namun seorang daripada mereka melepaskan satu das tembakan dan mengenai perut mangsa serta paha kanan anaknya.
  
"Setelah gagal membawa lari kereta Hilux itu, ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki kereta Proton Perdana berwarna gelap," katanya.
 
Setengah jam kemudian, katanya kumpulan sama menyamun seorang pemilik kilang besi di Jalan Kampar Langkap berumur 31 tahun dengan melarikan kereta Toyota Hilus milik mangsa selain merampas dua telefon bimbit, seutas rantai leher emas, keping loket emas, wang tunai RM6,000.
 
"Semasa mangsa berada dalam kereta di kilang besi miliknya di Jalan Kampar Langkap, datang sebuah kereta Perdana berwarna hitam yang dinaiki tiga lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng.
 
"Seorang daripada mereka keluar dan meletakkan parang di leher mangsa, seorang lagi menarik mangsa keluar dari Hilux dan terus melarikan kereta itu manakala seorang suspek lagi berada dalam kereta Perdana," katanya sambil menambah mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Dua jam kemudian, suspek yang menaiki kereta Perdana itu berjaya ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Ayer Kuning, Tapah selepas kereta suspek berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan selepas membuat pusingan 'U' untuk melarikan diri.

Katanya polis menemui kad pengenalan, buku cek dan buku akaun Tabung Haji milik mangsa pertama dalam Proton Perdana itu yang merupakan kereta curi dan dilaporkan hilang di Bukit Puchong baru-baru ini, katanya.
 
Katanya suspek berumur 33 tahun dan berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kepala dan kini dirawat di sebuah hospital di sini manakala tiga orang dalam sebuah lagi kereta hanya mengalami kecederaan ringan.
 
Paramasivam berkata siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 10 kes curi Toyota Hilux dengan menggunakan modus operandi yang sama.
 
"Polis telah mengenal pasti dua lagi suspek dan mereka berasal dari Perak," katanya.  - Bernama


Jari doktor wanita putus ditetak penyamun
KUALA LUMPUR - Seorang doktor wanita putus ibu jari kiri akibat ditetak penyamun bersenjatakan parang sebaik mangsa keluar dari polikliniknya di Jalan SS19/6, Subang Jaya dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa juga hampir terputus jari kelingking kiri serta cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.
Ketika kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an diserang suspek ketika menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta sebelum merampas beg tangan mangsa.
Yahaya berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat pengadu, dia dimaklumkan tentang kejadian itu selepas diberitahu isterinya yang merupakan pembantu poliklinik itu.
"Pengadu yang bekerja sebagai pemandu doktor berkenaan telah menghantar mangsa ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya untuk dirawat dan keadaannya kini stabil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya suspek dipercayai melarikan diri menunggang motosikal Honda EX5 bersama seorang lelaki lain. - Bernama

Azizul Yusof Lenggong
Menteri paling ramai ialah kt Malaysia dgn Tim nya..Tim 1 dan 2 serta Penasihat Kementerian tertentu bertaraf menteri. Tapi kes jenayah makin meningkat. Harga ayam pun tk dpt nak kawal. Apo ke heii ni yeop..








Guru dalam perjalanan ke sekolah maut ditembak
KULIM - Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.
 
Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
 
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.
 
"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
 
Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.
 
"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.
 
"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.
 
Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.
 
"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.  - Bernama


D'Din Din shared Asri Aris Mohamed's photo.
Like · · · about an hour ago ·

Kejam, Wanita Jadi Mangsa Dera Suami

chinKUALA LUMPUR - Wanita yang dituduh menyerang suami dan ibu mertuanya dengan sudip besi menafikan dakwaan dia berbuat demikian, sebalikya mengatakan dialah yang menjadi mangsa dalam kes tersebut.
Chin Siau Lan, 31, mendakwa dialah individu yang dilibas dengan parang oleh suaminya ketika pergaduhan yang berlaku antara ketiga-tiga mereka.
Dia mendapat 17 jahitan ekoran kejadian itu.
Chin berkata dia telah dikelar dibahagian lengan, jari dan telinga oleh suaminya di kondominium mereka di Bandar Baru Klang pada 6 Ogos lalu.
“Dakwaan mereka menjadi mangsa dan saya memukul mereka dengan sudip besi tidak benar,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Minggu lalu, Liew Pang@Low Pang, 37 dan Liw Kae Poh,67, memberitahu pemberita mereka diserang oleh Chin dengan sudip besi hingga cedera dan luka mereka terpaksa dijahit.
Kedua beranak itu mendakwa mereka diserang ketika bergaduh mengenai kertas judi.
Menurut Chin, drama itu bermula sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah selepas berjudi di Genting Highlands pada pukul 10.30 pagi.
Chin yang sudah tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya yang suka berjudi itu, bersemuka dengan suaminya, hingga menyebabkan pertengkaran itu menjadi lebih besar apabila ibu mertuanya campur tangan.
“Apabila ibu mertua saya masuk campur, saya bertanya mengenai kertas judi yang saya simpan atas meja dan ia telah mencetuskan kemarahannya,” kata Chin.
Dia berkata suaminya kemudian melibasnya dengan sebilah parang.
Chin mendakwa dia telah didera sejak mereka berkahwin dalam satu upacara tradisional Cina dua tahun lalu.
Mereka tidak berkahwin mengikut undang-undang yang sah kerana Liew tidak pernah bercerai dengan isteri pertamanya, serta mempunyai tiga anak dengan wanita tersebut.
Dia juga menyangkal dakwaan dia mendera anak suaminya, sebaliknya menegaskan mereka tinggal ibu mereka.
Chin, berkata dia sangat terkejut apabila melihat gambar Liew dan Lim di dalam surat khabar dengan kesan luka dan lebam, dia mendakwa pada hari kejadian mereka tidak mengalami sebarang pendarahan.
Sementara itu, Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong berkata dia telah bertemu secara peribadi dengan pemangku Ketua Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk A. Thaiveegan untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.
Liew ketika dihubungi menegaskan dia dan ibunya tidak bersalah.
Dia bagaimanapun, enggan mengulas, sebaliknya berkata dia telah membuat beberapa laporan polis berhubung perbalahan yang berlaku dalam keluarganya. -mStar

Tiada ulasan: