Puasa dari segi bahasa
bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat :-
إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
Maksudnya
:
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana
(Allah) Ar-Rahman (setelah
aku menyatakan
yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata
kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari
ini.
[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]
Maksud dalam ayat ini
ialah menahan
diri
daripada berkata-kata .
Adapun makna
dari segi istilah syara` ialah
menahan diri daripada nafsu syahwat dan
nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan
puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh
) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat
untuk berpuasa .
PENGERTIAN
HUKUM PUASA
Puasa merupakan kewajipan
kepada setiap orang islam berdasarkan kepada Al-Quran
, Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman
Allah Taala yang berbunyi :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 183]
Dan
berdasarkan kepada firman Allah Taala :
فَمَنْ
شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya : Oleh
itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan
anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah dia berpuasa bulan itu.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 185]
Di
dalam hadis pula disebut , Islam itu terbina di
atas lima perkara dan salah satu daripadanya ialah
puasa pada bulan Ramadhan . Oleh sebab itu telah
bersepakat Ulamak mengatakan puasa itu hukumnya
wajib keatas orang islam yang sudah akil baligh
( cukup umur) dan berkuasa . Ianya tidak diwajibkan kepada orang kafir atau orang gila atau
kanak-kanak
yang belum baligh, tetapi hendaklah dilatih
untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .
SYARAT-SYARAT
WAJIB PUASA
Syarat-syarat
wajib puasa adalah :
1. Berakal:
Orang yang gila tidak
wajib puasa.
2. Baligh
(umur 15 tahun ke atas) atau tanda yang lain.
Kanak-kanak kecil tidak wajib puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w:
رفع القلم عن ثلاثة : عن النائم حتى يستيقظ وعن
الصبي حتى يحتلم ، وعن المجنون حتى يعقل
Maksudnya
: Tiga golongan terlepas
dari hukum: (a) Orang yang tidur sehingga dia
bangun (b) Orang gila sehingga dia sembuh (c)
Kanak-kanak sehingga dia mencapai umur baligh.
(Hadis
Riwayat Imam Abu Daud)
3. Mampu berpuasa.
Orang yang tidak mampu samada kerana tua atau
sakit tidak diwajibkan ke atas mereka berpuasa.
Firman Allah
s.w.t:
وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ
مِنْ أَيَّامٍ
أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ
الْعُسْرَ
Maksud: Sesiapa
yang sakit atau sedang dalam perjalanan, maka
hendaklah dia berpuasa di hari lain. Allah menghendaki
keringanan bagi kamu, dan Dia tidak menghendaki
kesukaran ke atas kamu.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat: 185]
Firman Allah
s.w.t:
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ
مِسْكِينٍ
Maksud: Dan ke
atas orang yang mampu tetapi amat payah menunaikannya
(kerana tua, lemah atau sebagainya) hendaklah
dia membayar fidyah, (iaitu) memberi makan orang
miskin.
SYARAT
SAH PUASA
1. Islam. Orang
yang bukan Islam tidak sah puasa.
2. Mumayyiz (iaitu
dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik).
3. Suci dari haid (darah kotoran) dan nifas (darah setelah melahirkan anak). Orang yang kedatangan haid atau nifas tidak sah berpuasa tetapi keduanya wajib mengganti (membayar) puasa yang tertinggal itu secukupnya. (Qada': Ialah membayar kewajipan yang ditinggalkan sesudah waktunya, seperti orang yang meninggalkan puasa kerana haid, wajib ke atasnya menebus puasa yang ditinggalkan itu di dalam bulan lain. Kalau ketinggalan 3 hari, wajib ke atasnya qada' 3 hari juga).
Diriwayatkan
dari Aisyah r.a, katanya:
Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa
dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari)
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN
PUASA
1) Niat
di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap
malam, kerana
ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan
adalah perbuatan yang terpisah di antara hari
dengan hari yang lain .
Sebagaimana
Hadis Nabi SAW :
من
لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له
Maksud : Sesiapa
yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada
puasa baginya .
(Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Asbus Sunan)
2,3)
Menahan diri
daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu
pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam
keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun
sedikit bermula daripada keluar fajar sehingga
tenggelam matahari .
4)
Menahan diri
daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan
mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya
.
Firman Allah Taala :
فَالآنَ
بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ
الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ
مِنَ الْفَجْرِ
Yang bermaksud
: Maka sekarang setubuhilah
isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta
minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam),
iaitu waktu fajar.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 187]
Sekiranya
makan minum secara tidak sengaja tidak membatalkan
puasa berdasarkan kepada hadis nabi SAW :
أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ
فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Dari Abi Hurairah
R.A, Sabda Rasulullah S.A.W : "
Siapa yang lupa bahwa ia berpuasa, lalu ia makan
atau minum(kemudian dia ingat), maka hendaklah
dia sempurnakan puasanya, maka sesungguhnya Allah
telah memberi makan dan minum kepadanya.
(Hadits
riwayat Muslim.)
5)
Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan
segaja , kalau sekiranya seseorang itu muntah
dengan tidak sengaja tidak batal puasanya .
Sabda Rasulullah s.a.w:
من
ذرعه القئ – غلبه – وهو صائم فليس عليه قضاء ومن
استقاء فليقض
Maksudnya
: Sesiapa yang terpaksa
muntah, tidaklah wajib mengqada' puasanya dan
sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah dia
mengqada' puasanya. (Diriwayat oleh Ashabus Sunan)
PERKARA-PERKARA
YANG
MEMBATALKAN PUASA
MEMBATALKAN PUASA
Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk
perkara ini ialah :
1)
Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya.
Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.
2)
Suntikan makanan atau menambah vitamin.
Kedua :
Memasukkan sesuatu daripada
dua jalan (Qubul & Dubur).Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)
Sebagaimana
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang
lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata:
Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki
itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada
waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w
berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?
Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w
berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?.
Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah
s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan
kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki
itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap
lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan
memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata
lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih
miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk
kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan
selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa
sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata:
Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima : Keluar
Mani dengan sengaja.
Dengan
apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya.
Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir,
cium, sentuh dan sebagainya.
Akan
tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak
membatalkan puasa.
Keenam dan
Ketujuh : Keluar
darah Haid dan Nifas .
كنا
نحيض عند
رسول الله
صلى الله
عليه وسلم
ثم نطهر فنؤمر
بقضاء الصوم
، ولا نؤمر
بقضاء الصلاة
Maksudnya
: Dari Aisyah r.a,
katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada'
puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan :
Gila .Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
وَمَنْ
يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ
عَنْ دِينِهِ
فَيَمُتْ
وَهُوَ كَافِرٌ
فَأُولَئِكَ
حَبِطَتْ
أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling
tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati
sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian,
rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia
dan di akhirat.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan
sepanjang hari ketika berpuasa .
Sabda Rasulullah
SAW. :
لا
يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Maksudnya : Manusia
akan tetap berkeadaan baik selagi mereka menyegerakan
berbuka
(Diriwayatkan
oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Kedua : Menangguhkan
sahur keakhir waktu .
Dalam satu
Hadis :
إن
تأخير السحور من سنن المرسلين
Maksudnya : Sesungguhnya
melewatkan bersahur itu adalah sunnah Para Rasul
(Diriwayatkan
oleh Ibn. Hibban)
Ketiga : Meninggalkan
perkataan yang tidak elok , seperti berbohong
, mengumpat , menfitnah dan sebagainya daripada
perkara-perkara yang haram.
Sabda Rasulullah
SAW.
من
لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن
يدع طعامه وشرابه
Maksudnya : Barangsiapa
yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal
dengannya maka Allah tidak mempunyai hajat padanya
dalam dia meninggalkan makanan dan minumannya
(puasanya sia-sia).
(Diriwayatkan
oleh Al-Bukhari)
HARI-HARI
YANG DIHARAMKAN BERPUASA
Pertama : Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar .
Kedua : Hari Tasyrik
iaitu 11,12,13 Zulhijjah.
Ketiga : Puasa sunat
pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk
ramadhan .
HARI SYAK ITU IALAH
TIGA JENIS:-
1. Hari
yang manusia bercakap padanya telah kelihatan
anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya
.
2. Hari
yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya
oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan
perakuan daripada mereka, seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba
dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .
3. Sekiranya
kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak
bulan , maka wajib berpuasa , sekiranya membenarkan
sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau
sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut
maka haram berpuasa padanya
HUKUM
BERSETUBUH PADA BULAN RAMADHANDiwajibkan Kaffarah Al-Uzma – iaitu membebaskan
hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati
maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut,
kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi
makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman
kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari
dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.
Sebagaimana
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w,
katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w
berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab
lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku
pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah
s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan
hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah
s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan
berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu.
Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai
makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang
miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki
itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang
kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar
berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada
siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku?
Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang
lebih berhajat kepada makanan selain dari kami
seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat
gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah
kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan.
Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak
kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan
persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah
( kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir
) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah
juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan
bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun
lebih daripada waktu terbitnya fajar.
Ringkasan
1) Makna Puasa : menahan
diri daripada nafsu syahwat, nafsu perut dan dari
perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula
daripada fajar (masuk waktu subuh ) sehingga terbenam
matahari beserta dengan niat untuk berpuasa .
2) Hukum Berpuasa :
Wajib ke atas Setiap Muslim yang telah Baligh,
Berakal dan Mampu berpuasa.
3) Syarat Sah Puasa : Islam,
Mumayyiz, Suci dari Haidh dan Nifas dan dalam
waktu dibolehkan berpuasa.
4) Rukun Puasa 5 :
1)Niat.
2)Menahan dari Makan
3)Menahan dari Minum
4) Menahan dari Bersetubuh atau mengeluarkan Mani.
5) Menahan dari Muntah.
5) Perkara
Membatalkan Puasa 9 :
1)Memasukkan sesuatu dalam rongga badan
2)Memasukkan sesuatu ke Qubul dan Dubur
3)Muntah
4)Bersetubuh
5)Mengeluarkan Mani
6)Datang Haidh
7)Nifas
8)Gila
9)Pengsan
6) Sunat Puasa 3 :
1)Menyegerakan berbuka
2)Melewatkan sahur
3)Meninggalkan perkataan tidak elok
7) Hari Diharamkan Puasa 3 :
1)Dua hari raya
2)Hari tasyrik
3)Hari syak
8) Hukum Bersetubuh Siang Hari Ramadhan :
Suami wajib membayar kaffarat
besar.
Rujukan :
1) Al-Quranul
Karim.
2) Al-Feqhul
Muyassar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan