TG Nik Aziz didiskriminasi sepanjang 23 tahun
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Rentetan dilarang menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan.
Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk ‘memasuki’ tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidakadilan yang dilakukan Umno sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, dipetik http://prkkualabesut.pas.org.my
Meskipun berkondisi sedikit uzur, bekas Menteri Besar Kelantan itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS pada PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau mesra dengan panggilan Che Long.
Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya.
Keputusan itu, katanya disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma.
Jlasnya, walaupun Umno Kelantan banyak menimbulkan isu Kerajaan PAS tidak membina masjid namun PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid.
Mengakhiri ucapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon Umno pun pakoh PAS."
Kuala Besut: Tukar payung lama dengan payung baru
Mohammad Faizal Che Yusof, | 20 Jul 2013 |
Kita menolak Barisan Nasional “BN” bukan sekadar suka-suka. Bukan BN tiada jasa kepada negara, negeri mahupun Kuala Besut. Bukan juga kerana BN tidak pernah membuat kebaikan. Umpama sekaki payung yang usang, ia tidak lagi mampu menahan air hujan dan panas kerana bocor dan mudah saja lentuk bila ditiup angin.
Bagaikan paying usang yang pernah memberi kebaikan dan jasa, demikianlah BN yang tidak lagi sesuai untuk kita jadikan tempat bernaung dan berlindung. BN perlu ditukar dengan PAS yang lebih segar untuk melindungi kita dan menaungi kita dalam suasana yang makin mencabar dengan kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, jenayah yang berleluasa dan pelbagai haru biru yang berada di sekeliling kita. Umpama sekaki payung usung, BN tidak lagi mampu melindungi kita dari panas dan hujan yang lebatnya tidak menentu.
Jika kita tinjau dari prestasi negara sejak 1980 hingga 2012, sememangnya tidak siapa yang boleh nafikan adanya pertumbuhan hasil BN memerintah.
Sebagai contoh, kadar jangka hayat meningkat iaitu dari 67.4% pada 1980 kepada 74.5% pada 2012. Demikian juga, pendapatan perkapita meningkat dari USD4,692 pada 1980 kepada USD13,676 pada 2012.
Namun begitu, sebagaimana yang pernah disebut oleh mantan menteri kewangan Negara, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, angka dan statistik bukanlah petunjuk mutlak untuk menggambarkan kesejahteraan rakyat. Di sebalik angka dan statistik yang masih boleh diperdebatkan, perhatilah sekeliling kita apakah ia sebenarnya menggambarkan rakyat Malaysia yang hidup dengan purata pendapatan yang digambarkan iaitu USD13,676?
Justeru, tidak hairanlah bila ada kajian sosioekonomi yang mengatakan kekayaan negara sebenarnya tidak berada dalam tangan-tangan rakyat kebanyakan, sebaliknya ia lebih dimiliki oleh konglomerat-konglomerat utama yang mendapat pelbagai faedah dan insentif. Segala faedah dan insentif tersebut hanya untuk segolongan syarikat-syarikat dalam bursa saham, syarikat-syarikat naungan kerajaan, dan ianya tidak mungkin dirasai oleh segenap rakyat termasuklah mereka yang berada di Kuala Besut.
Cuba kita perhatikan di sekeliling, berapa ramai kakitangan kerajaan yang mempunyai pendapatan tetap masih tidak mampu memiliki rumah kediaman sendiri? Dalam satu draf laporan yang disediakan kepada United Nation Development Programme yang akan dimuktamatkan penghujung tahun, dianggarkan 53% dari keseluruhan kakitangan awam masih tidak memiliki kediaman.
Jika itulah situasi yang dialami oleh penjawat-penjawat awam, apatah lagi halnya dengan rakyat kebanyakan yang berkerja sendiri dan memerah keringat sekadar untuk mencukupkan keperluan harian diri sendiri dan keluarga?
Begitu juga bila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek pada 14 Julai lalu mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga. Itu semua menggambarkan betapa kita berada dalam suasana yang serba tidak kena.
Itulah yang dapat kita rasai bila kita berlindung dengan payung usang yang penuh dengan kebocoran dan besinya yang patah. Rakyat Terengganu telah cukup menyaksikan dan merasai kebocoran payung usang. Bermula dengan keruntuhan stadium dan premis-premis utama hingggalah ugutan menteri besar bahawa pembangunan hanya untuk orang UMNO dan penyokong UMNO, pengundi Kuala Besut mampu mencetus perubahan dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri 16 16.
Ayuh, seluruh pengundi Kuala Besut, ini peluang terbaik untuk cipta perubahan selepas PRU 13. Apakah kita mahu apa yang dilaporkan 3 Oktober 2012 lalu terus berlaku? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada ketika itu telah memaklumkan seramai 16 orang bekas ahli-ahli parlimen telah diberi jawatan di pelbagai tempat dengan diberi elaun setinggi RM27,227.20 seorang.
Cukuplah pembaziran demi pembaziran yang berlaku, keruntuhan demi keruntuhan bangunan, ugutan demi ugutan dan bermacam kecelaruan lagi. Cukuplah kita dipaparkan yang kaya kian kaya yang susah kian melata.
Berilah peluang kepada calon PAS untuk kita merasai apa yang disebut negeri berkebajikan. Berkebajikan dalam erti kata sebenar. Yang layak dibantu akan dibantu, yang telah cukup segalanya akan rasa keselamatan diri dan keluarga lebih terjamin sekaligus mampu berkongsi senang dengan yang susah. Moga Ramadhan 1434 mampu menghasilkan perubahan di peringkat negeri mahupun nasional dengan terbentuknya 16:16 melalui Kuala Besut. – 11 Ramadhan 1434H.
Abby nikah di Siam selepas kenal 2 minggu
Oleh
elleh pada
20 Jul, 2013 |
Respon anda...
Abby berkata, walaupun perkenalan mereka cukup singkat, namun ia bukanlah halangan untuk dia menerima pemuda berasal dari Kelantan itu sebagai suami.
“Selepas seminggu berkenalan, dia melahirkan hasrat untuk melamar saya menjadi isterinya. Pada mulanya, saya agak sangsi dengan keputusannya itu. Namun selepas melihat kesungguhannya, saya terbuka hati untuk menerimanya,” kata Abby kepada BH, semalam.
Ketika ditanya mengenai lokasi majlis pernikahan, Abby memberitahu,
dia hanya akan mendedahkan perkara itu selepas perbincangannya bersama
beberapa pihak tertentu selesai.
Bagaimanapun, BH difahamkan, pernikahan pasangan ini berlangsung di Thailand.Kata Abby lagi, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 31 Ogos ini di ibu negara.
Berita perkahwinan Abby dan suaminya yang bekerja sendiri tersebar selepas bekas isteri pelakon, Norman Hakim, itu berkongsi maklumat berkenaan dengan memuat naik gambarnya bersama Nur Farhan di laman sosial Instagram dalam keadaan mesra.
Di bawah gambar itu tertera kenyataan yang menerangkan mereka sudah bergelar suami isteri dua minggu lalu, sambil meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka. – BeritaHarian
Abby nikah di Siam selepas kenal 2 minggu
Posted by
elleh on
Jul 20, 2013 |
Leave a Comment
Share
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 35, mengesahkan dirinya sudah
bernikah dengan Muhammad Nur Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu
selepas dua minggu berkenalan.
Abby berkata, walaupun perkenalan mereka cukup singkat, namun ia
bukanlah halangan untuk dia menerima pemuda berasal dari Kelantan itu
sebagai suami.
“Selepas seminggu berkenalan, dia melahirkan hasrat untuk melamar saya
menjadi isterinya. Pada mulanya,...
Abby Abadi sudah bernikah
“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.
Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.
"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.
Abby Abadi ke Kuala Besut dengan suami ‘orang jamaah’
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Selebriti Abby Abadi mengumunkan bahawa beliau datang berkempen pada PRK Dun Kuala Besut bersama suami tersayang, Farhan dari Kelantan yang merupakan 'orang jamaah'.
Perkara itu dimuatkan dalam laman http://prkkualabesut.pas.org.my malam tadi seperti di bawah.
Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.
Abby yang aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau mesra dengan paggilan Che Long.
Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.
Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.
Abby Abadi lelong baju, tudung untuk dana PRK
Khairul Azlam Mohamad, | 20 Jul 2013 |
BESUT: Selebriti Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan membuat lelongan amal terhadap sepasang baju kurung berwarna hijau dari butiknya serta sehelai tudung moden milik peribadinya.
Lelongan amal itu dibuat bagi mengisi dana Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut pada satu majlis Karnival “Jom Bersama Che Long” di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, semalam.
Baju kurung cekak musang berwarna hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dibida dengan harga permulaan RM200 dan terjual dengan harga RM1,010 pada majlis tersebut.
Pembidanya ialah bekas Exco Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir setelah mengatasi 'pencabarnya' seorang muslimat PAS dengan harga tertinggi RM1,010.
Selain itu, sehelai tudung berwarna ungu yang dipakai oleh Abby Abadi turut dilelong setelah diminta secara spontan oleh pengerusi majlis bagi memeriahkan aktiviti karnival tersebut.
Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70 dan akhirnya berjaya ditawarkan dengan harga RM100 oleh Asri Husin.
Sebelum itu, Abby sebagai salah seorang ahli panel Bicara Keluarga Bahagia kepada pengunjung khususnya muslimat PAS serta menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamour sebagai artis.
Antara pengisian programnya seperti khidmat kesihatan percuma, gunting rambut dan bertindik percuma, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta Ceramah Pentas Pemuda.
Kehadiran Che Long yang juga calon PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Besut turut memeriahkan suasana kerana popularitinya mewakili parti.
Presiden PAS berbuka dengan Perantau hari ini
Harakahdaily, | 20 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang menjadi tetami istimewa pada Iftor Perantau dan tarawih
anjuran Anak-anak Terengganu di Perantauan di Unisel, Shah Alam hari
ini.
Dua selibriti tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali
sebagai Aishah dan Noryn Aziz dijangka akan menyertai majlis berbuka
puasa itu.
”Iftor ini diadakan bagi meraikan anak-anak Terengganu khususnya anak-anak Kuala Besut sempena dengan pilihanraya kecil Kuala Besut,” kata setiausaha penganjur Iftor Perantau, Zulhilmi Abd Rahman.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan anak-anak Kuala Besut di Perantauan untuk bersama-sama bagi mengadakan satu wacana dan dialog ‘16:16 Terengganu Baru – Kuala Besut cipta sejarah’.
”Program Iftor pada hari, ini, 20hb Julai dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 6.00 petang. Satu lagi program iftor dijangka akan diadakan di Besut pada Isnin, 22 Julai,” ujarnya.
Setakat ini, katanya sambutan adalah menggalakkan dan tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubunginya di talian 12-9283560 atau Khuzaini 013-3902165.
”Iftor ini diadakan bagi meraikan anak-anak Terengganu khususnya anak-anak Kuala Besut sempena dengan pilihanraya kecil Kuala Besut,” kata setiausaha penganjur Iftor Perantau, Zulhilmi Abd Rahman.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan anak-anak Kuala Besut di Perantauan untuk bersama-sama bagi mengadakan satu wacana dan dialog ‘16:16 Terengganu Baru – Kuala Besut cipta sejarah’.
”Program Iftor pada hari, ini, 20hb Julai dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 6.00 petang. Satu lagi program iftor dijangka akan diadakan di Besut pada Isnin, 22 Julai,” ujarnya.
Setakat ini, katanya sambutan adalah menggalakkan dan tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubunginya di talian 12-9283560 atau Khuzaini 013-3902165.
Ambil umpan jangan makan mata kail - Presiden PAS
Aslani M, | 20 Jul 2013 |
Antara bahan kempen untuk memastikan kemenangan Che Long.
BESUT: Pengundi di Dun Kuala Besut dinasihatkan Presiden PAS supaya menjadi lebih pintar apabila hanya sekadar “mengambil umpan” dan tidak “termakan mata kail” yang disogok pada kempen pilihan raya sekarang.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengundi Kuala Besut perlu berlagak sebagai ikan yang lebih cerdik, ketika umpan banyak ditabur bagi meraih simpati pengundi.
“Jangan pula kita menjadi seperti ikan yang makan semua sekali umpan dan mata kail. Itu tidak ada kepintaran namanya. Kita perlu lebih pintar dalam perkara ini,” katanya pada ceramah di Markas Pemuda di Kampung Nail, malam tadi.
Hadir sama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Leman Raja Lawak. Di tapak ceramah juga diadakan solat tarawih di bawah khemah yang disediakan.
Kemeriahan kempen di kawasan itu nampaknya lebih didominasi PAS dan Pakatan Rakyat apabila peniaga mengambil kesempatan melariskan pelbagai produk berlogo Pakatan Rakyat.
Selain itu gerai-gerai segera juga banyak wujud bagi memudahkan orang ramai berbuka puasa. Kawasan berkenaan meriah sepanjang malam.
Biar pun terdapat sebuah bilik gerakan Umno/BN di kawasan berdekatan, namun ia tenggelam memandangkan tumpuan ramai lebih terarah kepada markas PAS.
Ustaz Abdul Hadi juga mengimbau banyak manfaat diperolehi rakyat ketika PAS mentadbir Terengganu pada 1999.
“Perkara pertama yang kita lakukan selepas menang pada 1999 ialah menghapuskan tol di Jambatan Sultan Mahmoood bagi mengurangkan bebanan pengguna jalan raya.
“Selain itu kita juga menghapuskan cukai pintu yang dikenakan kepada kediaman-kediaman yang terletak di kawasan bandar.
“Langkah itu diambil memandangkan kerajaan Terengganu sudah ada sumber hasilnya daripada hasil royalti petroleum yang sudah memadai digunakan bagi membangunkan Terenggganu,” ujarnya.
Beliau juga mendedahkan apa yang berlaku di Mesir sekarang serupa juga dengan apa yang pernah berlaku di Kelantan pada 1978 apabila Umno mempengaruhi rakyat berdemontrasi bagi menggulingkan kerajaan PAS.
Selepas itu apabila keadaan tidak terkawal kerajaan BN yang memerintah pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan sebagai langkah permulaan mengambil alih kerajaan negeri daripada PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan