PAS kesal jenayah 'bertopengkan agama'
Pemuda
PAS hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap insiden seorang pekerja
kafeteria siber Ng Mun Tatt yang diculik, dikasari, dibogel dan
diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".Bagaimanapun, kata setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil, mangsa akhirnya tampil menafikan dakwaan serius terhadapnya itu.
Justeru, katanya Khairul Faizi (kiri), insiden itu jenayah yang tidak boleh diterima dan lebih dikesali apabila menggunakan isu agama untuk menghalalkan tindakan dan menjadikan bukan Islam sebagai sasaran.
"Sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan Ng Mun Tatt sebenarnya telah menjatuhkan maruah agama Islam serta menghina agama yang suci ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Mereka ini sebenarnya wajar ditangkap dan diadili dengan hukuman setimpal kerana merosakkan kemuliaan agama Islam serta perpaduan masyarakat di negara ini."
Ng, 21, dalam sidang media di Klang semalam berkata, penculik menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya untuk mengelirukan individu yang boleh membantunya dan menggambarkan beliau menghina agama negara.
Katanya, beliau diculik pada awal pagi Isnin ketika sedang minum di sebuah restoran di Shah Alam sebelum dibawa dengan sebuah kereta sedan dengan mata tertutup ke satu pangsapuri dan dipukul menggunakan batang kayu.
Beliau juga mendakwa, penculik memeras wang daripada abang iparnya. Menurut Ng lagi, beliau kemudian dibawa ke sebuah ladang sawit dan dipukul lagi setelah gagal mengingat nombor pin kad ATM.
NG juga mendakwa dipaksa menghidu gam dan sangat kehausan sehingga terpaksa minum air longkang ketika melepaskan diri.
Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.
Laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa lalu bagaimanapun menyebut sebaliknya.
Bersedia bayar tambang teksi lebih
Pengguna
teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar tambang
pengangkutan awam itu.Mengumumkan perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup.
Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka.
"Dengan ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur.
Dalam sidang media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan menaikkan tampan itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan mendedahkan jumlah kenaikannya.
Bilik kecil jadi tempat persembunyian GRO
Jabatan
Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar rahsia sebuah premis karaoke
yang mempunyai 'bilik kecil di dalam bilik' sebagai tempat
menyembunyikan pelayan (GRO) warga asing.Taktik itu dikesan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Seang Tek, di George Town, awal hari ini apabila enam GRO warga asing ditemui berhimpit dalam bilik kecil itu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata pintu bilik itu telah diubah suai bagi membolehkan mereka masuk dan bersembunyi apabila menerima isyarat daripada penjaga atau tonto jika diperiksa oleh pihak berkuasa.
"Dalam operasi itu, kita menahan lima wanita warga China, dua wanita Vietnam yang bekerja sebagai GRO di premis berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar bekerja sebagai pelayan bar," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati GRO yang berusia 20 hingga 35 tahun telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Katanya dalam operasi itu, anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen turut diganggu dan dihalang tonto ketika membuat pemeriksaan di premis terbabit namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.
- Bernama
Kehidupan bukan sebuah novel
Novel,
filem dan drama kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak
sehingga mereka tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang
benar, membaca novel, menonton filem ataupun karya seni lain yang
menceritakan watak-watak khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan
dan ruang untuk kita menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan
babak yang diwujudkan itu. Ia membantu percambahan minda, tambahan
maklumat dan kadang-kala ia boleh melebarkan diskusi pemikiran.
Namun, pada pandangan saya, kesungguhan untuk memberikan penilaian
terhadap rumusan keseluruhan kehidupan bagi sesebuah watak yang
diwujudkan dalam novel, cerpen, drama, filem ataupun sebagainya bukanlah
satu kerja yang begitu bermanfaat. Ini kerana kisah kehidupan yang
diwujudkan dalam karya bikinan manusia itu tidak realiti dan hanya
andaian semata. Jalan kisah bagi watak-watak itu ditulis oleh manusia.
Sedangkan, kehidupan yang hakiki ditulis oleh Tuhan.
Khayalan dan realiti
Para pengkarya menulis cerita berdasarkan khayalan dan kehendak yang
ada dalam diri mereka. Khayalan ini dipengaruhi oleh faktor dalaman
jiwa, kepentingan diri dan tuntutan persekitaran. Episod dan babak
kehidupan yang direka itu, ditafsirkan pula dari sudut pandang seseorang
pengkarya yang mempunyai latar diri dan kepentingan yang tersendiri.
Sementara kehidupan yang hakiki, jalan kisahnya ditulis oleh Tuhan yang
tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan keperluan, sebaliknya Dia Maha
Kaya dan Maha Perkasa.
Walaupun Allah SWT
memberikan ruang kebebasan kepada manusia untuk memilih antara yang baik
dan yang buruk, sehingga ada pihak yang mungkin dizalimi dalam
kehidupan dunia atas pemilihan buruk dibuat oleh sebahagian manusia,
namun Allah SWT menentukan pelbagai keadaan dalam memberikan keadilan
dan menzahirkan hikmah dalam perjalanan hidup seseorang. Campur tangan
Tuhan dalam plot-plot kehidupan ini sangat ajaib dan halus.
Kisah kehidupan sebenar, jika diteliti tiada yang boleh dikatakan
berlaku secara kebetulan, tetapi ia bagaikan plot-plot yang jika dilihat
dari awal sehingga akhir, yang zahir dan tersembunyi, yang tersirat dan
yang tersurat akan terbongkar rahsianya yang dapat diketahui oleh diri
yang melaluinya. Kisah dan watak sebenar yang diceritakan kepada kita
dalam banyak keadaan hanya zahir berita yang diriwayatkan. Hakikat
dalaman diri seseorang sehingga babak, episod dan jalan cerita yang
seperti itu boleh berlaku, hanya Tuhan yang Maha Tahu dan diri berkenaan
juga mungkin tahu. Dalam banyak kisah kita hanya mengetahui zahirnya
sahaja, sedangkan batin kisah tersebut yang membabitkan rahsia
seseorang, niatnya, episod dan babak yang disembunyikan, banyak yang
kita tidak tahu. Maka kita menilai sesuatu berdasarkan zahir yang kita
tahu, sedangkan Tuhan melihat segalanya zahir dan batin. Apakah sama,
antara karya manusia dan realiti hidup yang ditentukan oleh Tuhan.
Tersurat dan tersirat
Saya selalu mengambil kisah pelacur dan anjing yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:
"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)

Mungkin ada yang bertanya bagaimanakah dengan mudah seorang pelacur yang
memberikan minum seekor anjing mendapat keampunan. Apakah ini bererti
setiap pelacur yang memberi minum kepada anjing ataupun yang membelanja
rakan-rakan yang ‘manusia' untuk makan dan minum akan mendapat
keampunan? Kisah ini bukan soal memberikan anjing atau apa-apa haiwan
makan dan minum, tapi apakah yang ada di sebalik perasaannya ketika dia
memberi anjing berkenaan minum. Juga kehidupan yang pernah dilaluinya
sehingga Tuhan mencampak rahmat ke dalam jantung hatinya untuk melahir
dan menzahirkan simpati terhadap anjing berkenaan. Demikian, sudah pasti
ada episod yang dilalui pelacur yang menyebabkan Tuhan memilihnya untuk
memberikan hidayah dan peristiwa memberi minum anjing itu dijadikan
titik tolak keampunan untuknya. Banyak yang tersirat di sebalik yang
tersurat.
Jangan pula kita hairan, jika wanita
di medan pelacuran mendapat keampunan sedangkan ada mujahid di medan
jihad yang mendapat kemurkaan Tuhan.
Kata Abu Hurairah RA:
"Kami menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan. Baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam, dia dalam kalangan ahli neraka.
"Apabila peperangan berlaku, lelaki tersebut telah berperang dengan hebat dan tercedera. Lalu ditanya Rasulullah SAW: Engkau telah berkata dia dalam kalangan ahli neraka sedangkan dia berperang hari ini dengan hebatnya dan telah mati.
"Jawab baginda: Ke neraka. Maka sesetengah pihak merasa keraguan. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba mereka dimaklumkan dia belum mati, tetapi tercedera parah. Apabila malam menjelang dia tidak dapat sabar atas kecederaannya, lalu membunuh diri.
"Lalu diberitahu perkara tersebut kepada Rasulullah SAW, lantas baginda bersabda: Allahu Akbar! Aku menyaksikan aku hamba Allah dan rasul-Nya!
"Lalu baginda perintahkan Bilal agar mengisytiharkan bahawa tidak akan masuk syurga melainkan jiwa yang Muslim dan Allah mungkin menguatkan agama-Nya dengan lelaki yang jahat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini semua berlaku kerana Tuhan sahaja yang mengetahui hakikat yang
tersimpan dalam kehidupan seseorang. Ini merentasi andaian setiap kita
yang kebanyakannya hanya mampu menilai pada zahir semata. Sekali lagi,
banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Zahir dan batin
Tuhan pula dalam melimpahkan kebahagiaan untuk seseorang itu menerusi
pelbagai warna, cara dan rasa. Ia kadang kala merentasi khayalan dan
andaian manusia. Betapa ramai yang kita pandang zahirnya derita,
batinnya mungkin jauh lebih bahagia dari apa yang kita rasa. Betapa
ramai yang dilihat sedang bermandian dengan nikmat dan kebahagiaan,
tetapi hakikat Tuhan sedang mencampakkan dalam jiwa keresahan dan derita
jiwa yang tidak dapat dihuraikan dan ungkapkan dengan lidah untuk
diadukan kepada sesiapa. Kehidupan ini sungguh ajaib dan luar biasa.
Tuhan menulis kehidupan yang hakiki, ia merentasi khayalan seorang
penulis. Diari kehidupan seseorang yang berjalan dalam alam realiti
bersama dengan segala asam garam kehidupan, yang tersurat dan tersirat
dan yang zahir dan batin yang ditentukan oleh Tuhan itu, tentu tidak
dapat digarap oleh khayalan seorang insan.
Rumusan sebuah kehidupan
Walaupun novel mempunyai peranannya yang tersendiri, setiap babak yang
dikhayalkan itu juga mungkin kiasan realiti kehidupan yang benar-benar
wujud, namun cantuman plot dan babak yang dirangkumkan sehingga menjadi
riwayat hidup sesuatu watak ia tetap suatu khayalan semata. Dalam bahasa
yang agak kasar, penulis seakan menjadi Tuhan kepada watak-watak rekaan
mereka dalam menentukan perjalanan dan takdir hidup yang penulis
mahukan. Jika kita andaikan watak itu benar-benar wujud dalam alam
realiti, apakah demikian jalan cerita dan gabungan plot yang Tuhan akan
tentukan?
Oleh kerana itu, kesimpulan novel banyak
dipengaruhi oleh mazhab dan pemikiran seorang pengkarya. Mungkin yang
salah itu akan zahir sebagai yang benar dan direlai Tuhan atas kehendak
penulis. Mungkin watak yang benar pada alam realiti, akan zahir sebagai
yang salah dan tidak mendapat rahmat Tuhan ataupun kurniaan kehidupan
kerana watak itu bertentangan dengan mazhab ataupun pegangan pengkarya.
Maka, saya simpulkan dari segi agama bahawa kita boleh menilai
peristiwa-peristiwa yang dikhayal dalam sebuah karya sebagai satu
andaian peristiwa seperti andaian hukum bagi perkara iftiradi (andaian),
namun kita tidak boleh membuat kesimpulan tentang keseluruhan kehidupan
yang direka dan dirumuskan oleh seseorang pengkarya. Ini kerana ia
hanya rekaan semata sedangkan perjalanan hidup sebenar yang Tuhan
takdirkan yang sangat tersendiri dengan segala hikmat dan rahsianya.
PROF MADYA DATO' DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
Kutuk rampasan kuasa, rayakan Tamarod
Revolusi
masih lagi berjalan di Mesir. Anak muda masih lagi turun ke jalan raya.
Dataran Tahrir masih lagi dipenuhi oleh ribuan anak muda. Morsi telah
disingkir oleh tentera. Penyokong Morsi telah keluar ke jalan raya.
Lebih dari 90 warga Mesir telah pun gugur tewas. Revolusi belum mencapai
tujuan.
Dalam suasana inilah saya menerima banyak pesanan ringkas, saya menerima e-mel, menerima desakan untuk menerangkan dan membuka wacana pencerahan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir pada ketika ini.
Untuk pencerahan bersama: pertamanya, kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan presiden Morsi. Rakyat dunia dan warga demokratik tidak akan menerima tindakan tentera yang bercanggah dengan garis dan cita-cita demokrasi. Rampasan kuasa tentera atas apa sahaja tujuan wajib ditolak dan dilawan.
Untuk memahami apa yang berlaku sekarang kita wajib memahami apa yang berlaku dua tahun dahulu. Amat jelas bahawa Revolusi Mesir pertama dua tahun dahulu telah dibajak. Ada pembajakan yang dilakukan dengan jelas. Dan ada pembajakan yang kabur dan mungkin tidak terlihat di mata kasar.
Revolusi pertama memperlihatkan gerakan spontan anak-anak muda yang bangun menentang 30 tahun rejim zalim Husni Mubarak. Revolusi Pertama ini memiliki sejarahnya sendiri. Revolusi ini adalah hasil rentetan dari babak babak sejarah penindasan dan pengumpulan 30 tahun kemarahan rakyat.
Revolusi pertama ini muncul setelah 30 tahun warga Mesir diinjak-injak oleh rejim Mubarak yang disokong oleh imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel. Rejim Mubarak naik tahha pada tahun 1975 setelah presiden Anwar Sadat mati dibunuh. Sadat dibunuh kerana belot. Sadat membuat perjanjian damai Camp David dengan Zionis Israel.
Perjanjian Camp David ini dilihat sebagai pembelotan yang menusuk ke jantung hati warga Mesir dan bangsa Arab. Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan melalui Camp David. Beberapa tahun sesudah Camp David satu demi satu gerakan pembebasan Palestin membelot sama. Pertama belot ialah Al-Fatah dibawah pimpinan Arafat yang meninggalkan 'garis berjuang angkat senjata' mereka. Sesudah Perjanjian Camp David kelihatan pembelotan dan bekerjasama dengan Zionis Israel dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.
Pada tahun 2005 Hosni Mubarak dengan licik telah menipu pilihan raya Presiden. Mubarak dengan licik telah menggunakan SPR Mesir untuk memastikan pilihan raya akan dimenangi oleh partinya - National Demokratik Party. Sama seperti SPR di Malaysia, SPR Mesir juga merancang dan menggunakan pelbagai taktik untuk memastikan National Demokratik Party menang. Ancaman digunakan. Duit dan dinar telah membeli sokongan. Ramai politikus yang dibeli. Paling menonjol ialah memasukkan kertas undi ke dalam peti undi. Penipuan pilihan raya ini telah mendapat bantahan tetapi tentera telah mematahkan segala bentuk bantahan.
Tetapi, pada 2011 semuanya berubah. Anak muda Mesir - malah anak muda seluruh dunia - telah melihat kejayaan anak-anak muda Tunisia menjatuhkan Presiden Zainalabidin Ben Ali. Anak-anak muda Tunisia telah menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Politik jalan raya telah berjaya menumbangkan rejim yang zalim. Politik jalan raya ini telah disambut dan diambil oleh anak-anak muda Mesir. Mereka juga meraih kejayaan melalui jalan raya.
Tetapi jelas revolusi pertama ini telah dibajak. Untuk memahami pembajakan mari kita melihat apa yang telah berlaku.
Parti Ikhwanul Muslimin adalah parti politik yang besar di Mesir. Ketika anak muda turun di jalan raya, parti ini mengambil garis untuk TIDAK bersama anak anak muda. Sebagai contoh, mari kita ingati kembali tarikh 18 Disember 2011 di mana dunia terperanjat melihat imej seorang anak gadis yang sedang dibelasah oleh tentera Mubarak. Anak gadis ini dipukul dan diheret di atas jalan raya sehingga dunia melihat melihat perut dan colinya berwarna biru.
Dunia gempar dan marah atas keganasan soldadu Mesir ini. Tetapi Ihkwanul Muslimin TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tidak mengutuk dan tidak bersuara. Ikhwan buat dek. Ini kerana parti ini tidak mahu dilihat ‘bertelagah atau berkonfrontasi' dengan tentera. Ini juga dilakukan kerana parti ini tidak begitu yakin akan gerakan jalan raya anak muda. Maka parti ini mengambil sikap tunggu dan lihat, sebelum turun ke jalan raya.
Dua minggu sebelum Mubarak dijatuhkan anak-anak muda telah merancang gerakan jalan raya yang paling besar. Ketika ini parti Ikhwanul Muslimin juga tidak memberi arahan secara rasmi agar ahli-ahlinya turun, walaupun dalam satu juta yang berhimpun di Dataran Tahrir pasti ada puluhan ribu ahli parti abang Muslim ini.
Sesudah Mubarak tumbang maka parti Ikhwan masuk secara sedar ke dalam kancah politik Mesir. Parti ini telah mencalonkan Morsi walau pun pada awalnya ada beberapa nama yang telah muncul. Anak-anak muda ketika itu memberi sokongan yang penuh kepada pemilihan presiden malah rakyat Mesir bergembira dengan jatuhnya Mubarak.
Pilihan raya presiden telah diadakan pada 16/17 Jun 2012. Muhamad Morsi dari Freedom and Justice Party telah menang tipis mengalahkan Ahamed Shafik. Morsi hanya mendapat 51.7 peratus dari jumlah undi manakala Shafik mendapat 48.3 peratus. Seawal ini telah jelas dapat dilihat bahawa setengah dari warga Mesir TIDAK bersama Morsi.
Walau apa pun peratusnya, Morsi secara sah dipilih oleh warga Mesir untuk dinobatkan sebagai presiden. Ini hakikat. Morsi adalah Presiden yang sahih. Sesudah Morsi dinobatkan sebagai presiden, jelas politik Mesir telah diletakkan di landasan demokratik. Pemilihan Morsi adalah pemilihan yang demokratik. Ini satu kejayaan revolusi pertama.
Harus diakui bahawa apparatchik , elit politik dan elit ekonomi dari rejim lama masih berselirat. Masih kukuh di tangga kuasa. Harus diakui bahawa selama 30 tahun Mubarak berkuasa tentera, Mesir telah menjadi satu kumpulan yang tersusun dan memiliki kepentingan ekonomi. Tentera di Mesir telah dirasuah untuk mendapatkan kesetiaan dan sokongan mereka. Tentera Mesir, bukan seperti tentera lain dalam dunia ini. Tentera Mesir telah mencampuri dunia perniagaan.
Hampir 30 peratus ekonomi Mesir dimiliki oleh tentera. Tentera Mesir memiliki syarikat pemaju, memiliki 16 buah kilang yang besar. Kilang ini bukan hanya membuat senjata, ia juga membuat mesin basuh, kain baju dan barangan rumah. Tentera juga menjadi pemaju utama, contohnya Bandar Nasr itu didirikan oleh syarikat tentera. Tentera juga membina lebuh raya, hotel, jambatan, sekolah dan, dan, dan....
Justeru, kita wajib memahami bahawa tentera Mesir ini bukan seperti tentera profesional lagi. Tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan bersenjata yang bukan hanya memiliki kepentingan ekonomi malah mereka sendiri menjalankan aktiviti ekonomi.
Bayangkan sebuah hotel yang dibangunkan oleh tentera di tepi Laut Tengah. Para buruhnya bukan diambil dari luar tetapi para soldadu itulah yang mengetuk dan dan menukul membina bangunan. Para soldadu ini dibayar dengan duit gaji tentera. Byangkan mana mungkin syarikat pembinaan bersaing dengan syarikat tentera.
Apa yang saya ingin paparkan, elit tentera Mesir adalah juga elit politik dan elit ekonomi. Kita akan gagal memahami politik Mesir jika kita tidak mengambil kira dan memahami hakikat bahawa tentera Mesir itu sendiri bergerak sebagai satu parti politik yang tersusun. Tentera di Mesir bukan hanya jentera daulah tetapi telah menjadi daulah. Ini hakikat.
Kedatangan Morsi sebagai presiden Mesir pada awalnya melahirkan "hu ha hu ha" yang hebat. Tetapi Morsi tidak dapat memecahkan tembok-tembok elit yang berkepentingan. Dalam masa yang sama elit politik, elit ekonomi, dan elit tentera terus bekerja rapat dengan kuasa imperial Anglo-Amerika. Morsi juga dilihat mengikut rentak yang sama untuk memastikan kuasanya berterusan.
Dalam strategi kuasa imperial, Mesir adalah negara Arab terbesar dan terpenting. Jika Mesir berjaya dimandulkan maka keseluruhan bumi Arab akan mandul sama. Kuasa imperialis sedar bagaimana mereka telah ditentang hebat di seluruh bumi Arab, oleh garis nasionalisme presiden Nasser. Dalam negara, Nasser telah membawa arus ekonomi progresif hinggakan berjaya memiliknegarakan terusan Suez.
Di luar pula Naseer bersama Soekarno, Tito dan Chau En Lai telah melahirkan blok Negara Berkecuali. Gerakan antiimperialis ini telah memberi dorongan kepada banyak negara tanah jajahan untuk bangun melawan menuntut kemerdekaan termasuk Tanah Melayu.
Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah gagal menjadi presiden Mesir. Morsi menjadikan dirinya bukan presiden Mesir tetapi presiden Ikhwanul Muslimin. Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa bukan semua warga Mesir bersetuju dengan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3 peratus yang tidak bersama.
Untuk memahami apa yang saya maksudkan ‘bukan presiden Mesir' samalah seperti apabila Hadi Awang menjadi menteri besar Terangganu atau Azizan menjadi menteri besar Kedah, atau Lim Guan Eng menjadi ketua menteri Pulau Pinang atau Khalid menjadi MB Selangor - mereka wajib TIDAK dilihat sebagai MB parti mereka sahaja. Mereka seharusnya dirayakan untuk menjadi MB atau ketua menteri untuk seluruh warga - yang menyokong dan yang tidak menyokong.
Morsi tidak dilihat sebagai presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama seperti apa yang telah berlaku di Kedah bawah Azizan. Ketidakpuasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati
Paling memeranjatkan dunia, pada 14 Jun yang lalu Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis dan Nato membuat sekatan udara ke atas Syria.
Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel. Dasar ini bukan hanya memeranjatkan dunia malah anak-anak muda Mesir melihat bahawa revolusi pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod.

Cadangan AS kekal bantuan ketenteraan AS$1.3b pada Mesir
Pemimpin-pemimpin
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab terhadap
cadangan bantuan terhadap Mesir pada Khamis mencadangkan bantuan
ketenteraan ditetapkan sebanyak AS&1.3 bilion untuk tahun depan.
Cadangan itu dibuat ekoran kerajaan Mesir di Kaherah merancang mengadakan sebuah pilihan raya bagi membolehkan pentadbiran awam berlangsung, lapor Reauters.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu mencadangkan bantuan luar negara itu tidak termasuk AS$250 juta untuk bantuan ekonomi yang disediakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Dana AS$250 juta itu tidak termasuk rancangan fiskal 2014 yang bermula pada 1 Oktober tahun ini. Kini banyak pergolakan berlaku di negara-negara Arab, yang merupakan sekutu penting AS.
Washington menghadapi masalah berhubung persoalan cara mengendalikan bantuan tahunan yang dihantar ke Mesir sejak penggulingan presiden yang dipilih rakyat Mohamed Mursi awal bulan ini.
Undang-undang AS tidak membenarkan bantuan diberikan kepada negara yang terlibat dengan rampasan kuasa, penentuan yang harus dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama dan bukannya kongres.
Bagaimanapun ramai pegawai-pegawai rasminya mahu mengekalkan ikatan dengan pihak ketenteraan Mesir dan tidak mahu mengambil risiko menyumbang kepada pergolakan berpanjangan di negara Arab terbesar itu.

Basmi kemiskinan kajian angka atau realiti?
ULASAN Sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini meluluskan penubuhan
beberapa jawatankuasa terpilih yang akan bertindak sebagai ‘check and
balance' terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Antaranya Jawatankuasa Terpilih Pembasmian Kemiskinan Selangor ditubuhkan julung kalinya untuk mengkaji keberkesanan program pembasmian kemiskinan yang telah dan sedang dilaksanakan bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008.
Hasil kajiannya diharapkan dapat menyumbang kepada usaha menangani isu kemiskinan di Selangor terutamanya kemiskinan tegar dengan lebih berkesan.
Institut Rakyat merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri atas langkah yang baik dan progresif ini.
Namun ia tidak seharusnya berhenti pada tahap mengkaji keberkesanan program dari segi peningkatan pendapatan, tetapi selanjutnya harus mengkaji bagaimana sesebuah isi rumah boleh 'graduate' atau lulus dalam program yang disertai; dan bukannya terperangkap dalam stigma berkaitan kemiskinan ataupun sindrom kebergantungan berlebihan.
Artikel ini mencadangkan agar kajian yang bakal dijalankan oleh Jawatankuasa Terpilih Pembasmian Kemiskinan Selangor bukan setakat mengkaji hasil kuantitatif dari segi peningkatan pendapatan, malah aspek lain yang turut menyumbang kepada ‘graduation': akses pendidikan secara umum dan peluang melanjutkan pelajaran; kedudukan dan hak wanita serta taraf kesihatan.
Institut Rakyat ingin menegaskan bahawa kajian kemiskinan yang hanya bersandarkan peningkatan
pendapatan semata-mata tidak holistik atau mencerminkan gambaran sebenar kejayaan sesuatu program membasmi kemiskinan.
Meskipun pendapatan peserta program meningkat, ini tidak semestinya bermakna isi rumah tersebut bebas sepenuhnya daripada belenggu kemiskinan.
Justeru, Institut Rakyat ingin mencadangkan agar kajian kemiskinan yang bakal dijalankan oleh jawatankuasa terpilih itu menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan penyertaan lebih menyeluruh.
Mengikut Unit Perancang Ekonomi (EPU), pendapatan garis kemiskinan (PGK) pada tahun 2009 bagi setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia sebanyak RM763 untuk dianggap ‘miskin'; manakala di Sarawak RM912 dan di Sabah RM1,048.
Dengan PGK ini, kadar kemiskinan di Selangor adalah 0.7 peratus dan kadar kemiskinan tegar sebanyak 0.1 peratus.
Namun, setelah mendapati PGK yang ditetapkan oleh EPU adalah tidak realistik, kerajaan negeri mengambil keputusan menggunakan RM1,500 sebagai satu paras baharu.
Dengan PGK baharu ini, kini dianggarkan 30 peratus rakyat Selangor hidup bawah garis kemiskinan. Perbezaan yang amat ketara antara PGK yang ditetapkan oleh EPU dengan kerajaan Selangor.
Ini seterusnya memberi kesan kepada jumlah peruntukan kerajaan untuk program membasmi kemiskinan dan kumpulan sasaran yang diutamakan.
Beberapa program membasmi kemiskinan kerajaan negeri yang selari dengan dasar MES, memperlihatkan pencapaian program dari segi bilangan penerima.
Namun, persoalan sama ada bantuan yang diterima dapat membantu penerima atau isi rumah penerima keluar dari kancah kemiskinan masih tidak terjawab.
Malah, oleh kerana program ini direka dalam bentuk ‘self-targeted' dan bukannya dengan pendekatan ‘universalism', maka akan wujud golongan yang tercicir.
Maka, persoalan seterusnya yang wajar untuk ditanya: Bagaimanakah nasib mereka yang memohon untuk menyertai program tersebut tapi tidak diluluskan?
Selain bantuan kerajaan negeri, pada tahun 2009, sebanyak 0.4 peratus atau 25,221 rakyat
Selangor menerima bantuan kanak-kanak, bantuan orang tua, bantuan am, geran pelancaran dan
elaun pekerja Orang Kurang Upaya bawah program kebajikan kerajaan persekutuan.
Dianggarkan setiap penerima menerima sekitar RM200-RM300 sebulan. Maka, cabaran bagi kajian yang bakal dijalankan, kemungkinan wujud pertindihan bantuan diterima oleh penerima yang sudah tentu akan memberi impak ke atas peningkatan pendapatan dan beberapa aspek lain.
Bagaimanapun, bagi memastikan kajian yang bakal dijalankan tidak sekadar fokus pada aspek
peningkatan pendapatan di kalangan penerima bantuan, Institut Rakyat mencadangkan agar menjalankan penilaian aspek lain yang dijangka turut menerima kesan daripada peningkatan pendapatan sesebuah isi rumah: peluang pendidikan kanak-kanak, kedudukan dan hak wanita serta taraf kesihatan.
Ketiga-tiga aspek ini merupakan ‘aset' yang penting bagi sesebuah isi rumah untuk bebas kemiskinan
(graduation) atau keluar daripada perangkap kemiskinan (poverty trap) dalam jangka masa panjang.
Hutang isi rumah, dominasi kuasa ketua isi rumah, ketidaksaksamaan gender, jarak dari kemudahan asas seperti sekolah dan klinik antara faktor yang mungkin menyebabkan peningkatan pendapatan hasil daripada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri tidak menyumbang kepada penambahbaikan ketiga-tiga aspek ini.
Berikut merupakan beberapa kes contoh untuk ditinjau secara kasar:
Kes 1Seorang ibu tunggal berumur 27 tahun yang menerima bantuan blueprint kemiskinan
dibekalkan sebuah mesin membuat air batu campur (ABC).
Beliau mendapat peningkatan pendapatan hasil jualan ABC setiap hari di depan rumah beliau. Malangnya, pendapatan yang diperoleh terpaksa diserahkan kepada bapa saudaranya yang tidak mempunyai kerja tetap dan dibelanjakan ke atas rokok dan minuman keras.
Padahal, pendapatan itu boleh digunakan untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak dan perubatan orang tua.
Kes 2 Seorang lelaki yang mempunyai dua orang anak bersekolah menerima bantuan SkimSEL
sebanyak RM3000 bagi memulakan perniagaan menanam bunga melur.
Pendapatan beliau meningkat hasil jualan bunga melur hanya selepas tiga bulan.
Oleh kerana jarak sekolah dari rumah lebih 9km, beliau hanya mampu menghantar salah seorang anak ke sekolah manakala seorang lagi terpaksa berhenti sekolah untuk membantu perniagaan ayahnya.
Sesungguhnya, kedua-dua kes contoh di atas mungkin dianggap ekstrim bagi segelintir pihak, namun
barangkali ia realiti kehidupan harian bagi golongan miskin yang sentiasa terpaksa membuat
pilihan sukar dalam penggunaan pendapatan yang nyata terbatas oleh pelbagai faktor.
Kaum wanita yang mendapat bantuan kerajaan kerana kuota ibu tunggal tidak mendapat hak yang sewajarnya ke atas pendapatan yang diperoleh disebabkan dominasi kuasa kaum lelaki; ataupun lelaki miskin yang mendapat bantuan kerajaan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan tidak dapat menyekolahkan anaknya kerana jarak sekolah jauh yang sudah tentu akan menambahkan beban.
Maka, pendekatan kualitatif dan penyertaan dicadangkan untuk diguna pakai dalam kajian agar tidak
terbatas pada tahap mengkaji keberkesanan program dari segi peningkatan pendapatan.
Sebaliknya, kajian mengenai bagaimana seseorang penerima menggunakan pendapatannya agar mencapai ‘graduation' daripada program yang disertai akan membantu pembuat dasar lebih mendekati realiti golongan miskin dan memahami kekangan yang dihadapi, baik dari segi dasar ataupun norma masyarakat.
Kesimpulannya, pemahaman mendalam mengenai realiti golongan miskin akan menyumbang kepada
pembentukan polisi dan pelaksanaan program yang prorakyat miskin dengan lebih efisien.
Sebaliknya, program membasmi kemiskinan yang hanya bersandarkan pendapatan garis kemiskinan, baik RM720 ataupun RM1,500, akan mewujudkan isu stigma dan kebergantungan keterlaluan di kalangan golongan miskin.
GINIE LIM penolong pengarah kajian Institut Rakyat - badan penyelidikan yang didorong oleh keperluan dasar berpandukan kefahaman mendalam pembangunan manusia, keadilan sosial, hak-hak asasi dan peluang sama rata.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan