PAS menang tidak merugikan, UMNO menang pun tidak menguntungkan
Apa pun keputusan PRK Kuala
Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah
yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu.
Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan
menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan
Negeri Terengganu itu. Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan
perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku.
Jika BN menang ia akan
mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan Negeri itu dan ia tetap
melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO sebenarnya tidak kuat di
Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam PRK kali ini di Kuala Besut.
UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar. UMNO tidak bersatu diantara
pemimpinnya dan ini diketahui umum.
Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian
itu berkata ada usaha PAS untuk melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad
Said. Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak
yang akan percaya dengan ‘tohmahan’ PAS itu.
Sesungguhnya kata-kata kedua-dua
pemimpin UMNO Terengganu itu adalah lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku
dalam UMNO Terengganu. Ini politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO
itu. Jika ada pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh
PAS melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi
dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu.
Hakikatnya kedua-dua pemimpin,
Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu dilagakan, kerana kedua-duanya memang
sudah pun berlaga dari dulu lagi. Bagaimana kita hendak menafikannya kerana
mereka berlaga secara terbuka sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah
diulangi apa yang berlaku kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika
ada dalam UMNO Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka.
Tetapi itu bukannya perkara
penting bagi PAS. Bagi PAS yang penting ialah untuk menunjukkan kepada rakyat
yang parti itu adalah parti ‘alternative’ terbaik bagi Melayu yang tidak
menyokong UMNO. Baik buruknya PAS itu masih ada bau Melayunya. Yang menang dan
yang kalah itu Melayu yang sama agama mereka.
Pilihanraya yang baru lalu ini
telah memberikan pelajaran kepada kita yang retorik memperjuangkan ‘multiracialism’
itu adalah palsu semata-mata. Ada pihak yang berjuang untuk ‘multiracialism’ nya
tetapi mereka sendiri itu adalah rasis dalam ‘approach’ politik yang di
tunjukkan kepada rakyat.
Oleh itu orang Melayu yang
beragama Islam ini wajar jangan berpecah dan sama-sama membetulkan apa-apa
perbezaan dianatara kita. Yang penting kita tidak boleh berpecah kerana politik
kepartian ini. Biarlah politik kepartian ini menjadi kehadapan semasa
pilihanraya sahaja.
Dalam kes Kuala Besut ini adalah
baik jika PAS diberikan tempat kali ini. Bagi setengah pihak PAS wajar mendapat
perhatian orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Jika PAS mendapat
kemenangan di Besut maka kita boleh menunjukkan kepada mana-mana pihak yang lain
yang orang Melayu sudah mula bersatu dan jangan cuba memecahkan Melayu itu untuk
kepentingan perjuangan rasis mereka itu.
Setiap orang melakukan kesalahan
termasuk saudara dan saya sendiri dalam hidup ini termasuk politik. Hidup ini
ibarat meniti permatang sawah yang sempit. Dalam penitian permatangan sawah itu
kadangkala kita terkelincir dan jatuh kedalam lopak sawah itu. Tetapi kita
bangun dan naik kembali ke permatangan itu dan berjalan terus dan melakukan
penitian itu. Jika jatuh lagi, naik kembali dan teruskan perjuangan penitian
itu sampai ke penghujung penitian itu.
Saya merasakan tidak ada salahnya
jika PAS mendapat tempat di Kuala Besut itu. Setidak-tidaknya jika PAS
memenangi kerusi itu kedudukan sama banyak kerusi di DUN Terengganu akan dapat
memberikan latihan untuk kita melakukan penyelesaian secara baik apabila
berhadapan situasi sedemikian.
Yang penting sekarang kedua-dua
pihak mesti menghormati kehadiran pihak lawan dan tidak perlu bergaduh dan
bertikam lidah untuk menegakkan perbahasan masing-masing. Jika perbahasan itu
terlalu hangat ia sangat tidak kena dengan keadaan pilihanraya di bulan Ramadan
al Mubarak ini.
Ada beberapa orang pembaca blog saya dari
kawasan itu bertanyakan pihak mana yang mereka harus menyokong. Ternyata mereka
adalah dari kumpulan yang duduk diatas pagar. Jawapan saya kepada mereka mudah.
Hak untuk mengundi pihak mana itu adalah hak mutlak mereka. Tetapi jika mereka
bertanya kepada pandangan dan pendapat saya, saya telah katakan kepada mereka
PAS adalah yang sewajarnya diberikan peluang untuk mewakili kawasan Kuala Besut
itu.
Memberikan PAS sokongan bukannya
tindakan jenayah dan tidak perlu berasa takut untuk memberikan sokongan kepada
parti itu. Begitu juga tindakan membelakangkan UMNO dalam pilihanraya kecil di
Kuala Besut itu pun bukannya satu tindakan jenayah.
Sementara menunggu UMNO berubah
dalam erti kata sebenarnya, memberikan undi kepada PAS itu bukanlah tindakan
yang tidak baik, malahan ia akan menambahkan usaha UMNO itu memperbaiki parti
itu secara serius.
Setakat hari ini UMNO yang
beriya-iya untuk berubah belum pun mendapat ilham apa perubahan yang mereka
patut lakukan. Dengan nilai kepimpinan serta keupayaan pimpinan UMNO hari ini
ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah.
Maka beransur-ansurlah kita
memberikan tumpuan untuk menunjukkan yang kita semua adalah manusia yang serius
untuk perubahan itu. Tetapi jika UMNO tidak serius untuk berubah pun tidak
mengapa kerana orang Melayu mempunyai PAS sebagai pilihan kepada wadah
perjuangan mereka.
Tidak ada ruginya jika PAS menang
dan tidak pula ada untungnya jika UMNO menang di Besut itu.
Ramadhan kareem di bandar Rasul
Abd Shukur Harun, | 15 Jul 2013 |
Aku terkenang Madinah Bandar Rasul
Penuh cahaya gemerlapan
Bandar yang dibina dari keringat dan air mata
Bagaikan kilauan mutiara di malam purnama
Tidak sedar air mataku mengalir menyaksikannya.
Kutulis puisi ini untuk merakamkan
Rasa cinta kasih sedalam-dalamnya
Kepadamu ya Rasul, pemimpin umat
Masjidmu yang penuh sejarah seolah-olah berkata
Di sinilah Rasul dan para sahabat memancarkan Islam
Menebarkannya ke seluruh alam.
Aku seperti terdengar engkau berkata dengan penuh kasih sayang
Selamat datang umatku, selamat datang umatku
Kasihmu kepada umat seperti air mengalir dari gunung
Bersih, jernih dan tenang tidak putus-putusnya.
Di Raudhatul Jannah aku berdiri di tepi maqammu
Seperti tidak mahu beredar dari situ
Terkenang perjuanganmu, kepimpinanmu,
Jihadmu, tarbiyah dan dakwahmu
bagai arus mengalir dan terus mengalir
ke seluruh alam sepanjang zaman.
Azan yang berkumandang di malam Ramadhan di masjidmu
Mengingatkan aku Bilal Ibnu Rabah
Insan berkulit hitam bersuara merdu.
Bilal yang sabar dan tabah menjadi sahabat karibmu
Dan aku juga terbayangkan
Engkau menyampaikan pesan di mimbarmu
Supaya umat ini mempertahankan Islam
Dengan nyawa dan harta
Jangan seorangpun yang menyerah kalah
Kerana umat ini pewaris agama ini hingga akhir zaman
Engkau bekalkan kami al-Quran dan Sunnahmu
Untuk menjadi penyuluh malam gelita
Bukanlah lapar dan dahaga yang menjadi derita umat
Tetapi kejahilan dan dorongan nafsu serakah menewaskan mereka
Ya Rasul, kami menyahut amanatmu
Gemerlapan purnama di langit Madinah ini menjadi saksi
Kesetiaan kami, Ya Rasul yang mulia
Kami memohon syafaatmu.
Abd Shukur Harun, Subang Jaya 5 Julai 2013
Bila menteri 'cap ayam' mahu selesaikan isu ayam
Shahbudin Husin, | 15 Jul 2013 |
Tahun ini harga ayam naik lagi. Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga RM9.00 sekilo. Bagaimanapun bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek, beliau mempunyai cara yang amat mudah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini iaitu dengan mencadangkan supaya rakyat beralih kepada menu lain seperti ikan atau daging bagi mengekang kenaikan harga itu.
Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini. Gilo apo montori ni...
Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya. Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan.
Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12.00 hingga RM15.00 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada.
Nampaknya menteri ini tidak pernah ambil tahu harga pasaran barangan pengguna di pasaran atau barang kali tidak pernah turun ke pasar sebelumi ini. Beliau seperti bercakap ikut sedap mulut saja bila jumpa mikrofon atau kamera tv.
Selain itu, jika ayam mahu ditukar dengan daging pula, kedua-duanya mempunyai khasiat yang berbeza dan dari sudut kesihatan pula, daging putih lebih baik berbanding daging merah. Sebab itulah ayam lebih menjadi pilihan, selain rasanya yang lebih sedap dan kanak-kanak juga lebih menyukai ayam berbanding daging atau ikan.
Sebab itulah ayam menjadi pilihan semua golongan dan bangsa. Dan tugas menteri yang gajinya dibayar melalui cukai rakyat ialah mesti memastikan harga pasaran keperluan rakyat ini sentiasa berada di paras yang stabil dan tidak terlalu membebankan, bukannya mencadangkan rakyat menukar menu makanan.
Kenaikan ayam di musim perayaan orang Islam juga, selain ia menjadi pilihan semua peringkat umur untuk berbuka puasa, ia juga sesuai dibuat rendang ketika Hari Raya untuk dimakan dengan lemang atau ketupat. Walaupun daging boleh juga dibuat rendang tetapi ayam lebih menjadi pilihan kerana ia lebih enak.
Tetapi ikan tidak boleh dibuat rendang. Sudahlah harganya lebih mahal daripada ayam, penggunaannya untuk masakan juga agak terhad. Mungkin jamuan raya Hassan Malek pada tahun ini ada menu rendang Negeri Sembilan ikan kembung agaknya!
Kenyataan Hassan Malek mengenai kenaikan harga ayam ini mendapat ulasan paling banyak di laman-laman sosial di mana rata-rata rakyat tidak setuju dengan pandangan yang diberinya. Memang sesiapa pun akan geleng kepala membaca keyataan separuh masak menteri itu. Beliau bercakap seolah-olah tidak tahu apa-apa mengenai kedudukan harga barang keperluan harian di pasaran sekarang.
Selain itu, ramai juga yang mengecam beliau seolah-olah begitu senang kerja seorang menteri di negara ini. Harga ayam naik disuruh makan ikan atau daging, nanti kalau semua ayam, ikan dan daging naik, disuruhnya pula makan lauk kicap saja. Atau kalau beras naik, mungkin disarankannya makan bubur nasi atau mee maggi saja.
Kenyataan Hassan Malek ini mendedahkan standard beliau sebagai menteri hanya cap ayam saja. Jika begitu senanglah kerja seorang menteri, pastinya lebih ramai daripada 3.2 juta ahli UMNO yang jauh lebih layak daripada beliau.
Sebelum ini seorang lagi menteri, Shahidan Kassim juga memberi jawapan ala-ala cap ayam mengenai kerahsiaan pembekal dakwat kekal untuk SPR. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, nama pembekal itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana jika diketahui nama dan alamat pembekalnya akan menyebabkan rakyat beratur panjang untuk membeli dakwat itu dan akhirnya akan mengganggu perjalanan pilihanraya di negara ini.
Kalau dihalusi, kenyataan itu bukan saja tidak logik, bahkan juga menunjukkan Shahidan tidak kurang cap ayamnya dengan Hassan Malek.
Tolongnya Najib, berilah panduan dan nasihat kepada menteri-menteri agar janganlah mengeluarkan kenyataan atau bercakap seolah-olah mereka itu cap ayam, nanti Perdana Menteri atau kerajaan pun dikata rakyat cap ayam juga. - http://shahbudindotcom.blogspot.com
Nasir Sahlan shared Aman Palestin's photo.
Hari Ini Dalam Sejarah: Masjid Al-Azhar DitutupPasukan keselamatan Mesir semalam - Ahad 14 Julai 2013 - menutup Masjid Al-Azhar bagi para jemaah yang ingin bersembahyang didalamnya dan ini merupakan tarikh bersejarah dalam lipatan sejarah Mesir.
Ini kerana pihak keselamatan Mesir tidak memberikan ruang kepada perarakan yang dirancang oleh Ulama' Azhar yang akan berarak dari Masjid Al-Azhar ke Rabaah Adawiyah untuk menyatakan sokongan perlaksanaan syariat Islam dan menolak rampasan kuasa pihak tentera.
Menurut saksi, pada ketika itu azan tidak dibenarkan dan ini merupakan ulangan sejarah ketika penjajahan perancis di Mesir yang hanya membenarkan azan menggunakan siaran radio.
Aman Palestin amat menghargai setiap sumbangan tuan/puan, kecil atau besar, moral atau material, semoga Ramadan kali ini bersama dengan denyutan nyawa nadi kita, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat:
1- Like & 2- Share berita | arikel ini. Terima kasih
PUASA MENDIDIK KEIKHLASAN JIWA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Penyakit yang terbesar dalam jiwa insan ialah hati nurani yang tidak
ikhlas dengan perbuatannya. Dalam dunia yang penuh kepura-puraan, tujuan
asal perbuatan seseorang sering tidak sama dengan apa yang zahir dari
tindakannya. Jika dia bersedekah, zahirnya dia ingin membantu mereka
yang keperluan, tetapi di sudut jantung hatinya kadang-kala dia inginkan
pujian ataupun balasan tertentu. Jika dia seorang pemimpin, maka
keadaan itu lebih buruk apabila amalan baik seperti derma dan pemberian
itu mempunyai hasrat yang tersembunyi seperti mengharapkan undi ataupun
sokongan. Hasilnya, hubungan jiwanya dengan Allah yang mensyariatkan
amalan yang baik itu terputus. Ia kemudiannya boleh bertukar menjadi
satu penyakit jiwa yang parah jika hasrat yang diingini iaitu pujian
ataupun sokongan manusia itu gagal diperolehi. Di sebalik itu, ia juga
menjadi kerugian besar kepada dirinya kerana amalan yang baik itu yang
kadang-kala memerlukan usaha yang kuat seperti amalan derma, tidak
memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah pada Hari Akhirat kelak.Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Riyak
Oleh kerana itu ikhlas amatlah penting dalam setiap amalan. Bahkan ia
menjadi penentu utama sesuatu amalan itu diterima ataupun ditolak di
sisi Tuhan. Tanpa ikhlas, manusia akan memanipulasikan amalan baik
dengan tujuan yang tidak baik. Bahkan betapa banyak orang yang menzahir
keikhlasan, ketaqwaan dan kezuhudan tetapi mereka sebenarnya tidak
ikhlas, tiada taqwa dan tidak bertujuan zuhud. Apa yang tersemat dalam
jantung hati mereka tidak sama dengan apa yang mereka zahirkan. Sehingga
sesetengah golongan sufi yang berpakaian selekeh untuk menzahirkan
sifat zuhud tetapi itu sebenarnya untuk menunjuk-nunjuk. Inilah yang
dikritik oleh al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) dengan menyatakan:“Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).Justeru itu, Islam memberikan pelbagai peringatan agar insan jujur dengan amalan baiknya. Firman Allah (maksudnya):
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar” (Surah al-Baiyyinah: 5).Islam juga mengingatkan bahawa ketidak ikhlasan adalah sejenis syirik yang tersembunyi. Sedangkan syirik itu adalah dosa yang paling besar dalam agama. Jika sampai mempersekutukan kebesaran Allah, boleh merosakkan akidah seseorang muslim. Nabi s.a.w menyebut:
“Syirik yang tersembunyi itu ialah apabila seseorang beramal untuk dilihat oleh orang lain” (riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis hasan).
Penawar
Untuk mengubati penyakit jiwa ini, maka Allah mensyariatkan pelbagai
penawar. Antara penawar yang paling hebat ialah puasa. Ini kerana amalan
puasa sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata. Ia bukan satu
perbuatan yang dapat dikesan melalui pergerakan insan seperti solat,
sedekah dan selainnya. Seseorang mungkin bersolat ataupun bersedekah
ataupun selainnya dengan kelihatan penuh ikhlas, tetapi tidak. Sedangkan
puasa pula satu amalan tanpa satu pergerakan khusus, di mana seseorang
menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang membatalkan puasa. Ia
tidak kelihatan di mata manusia. Ramai orang kita lihat tidak makan di
hadapan kita, tetapi itu bukan semestinya menunjukkan dia berpuasa. Kita
tidak tahu seseorang itu berpuasa ataupun tidak, melainkan jika dia
sendiri yang memberitahu. Kita juga tidak tahu apakah dia bercakap benar
ataupun bohong bahawa dia berpuasa. Seseorang mungkin boleh menyatakan
dia berpuasa tetapi sebenarnya dia tidak berpuasa. Dia mungkin makan,
minum secara sembunyi. Hanya Allah Yang Maha Tahu.Justeru, tiada siapa pun tahu apakah seseorang itu benar-benar berpuasa dengan segala kepatuhannya melainkan Allah sahaja. Mungkin kita sangka seseorang tidak berpuasa dilihat pada zahir tenaganya, tetapi dia sedang berpuasa dengan penuh kepatuhan. Mungkin seseorang yang lain datang berbuka puasa bersama kita, sedangkan dia tadi makan secara sembunyian. Ternyata, tiada siapa yang boleh menilai puasa seseorang melainkan Allah. Untuk itu Allah berfirman dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).Inilah antara hikmah besar berpuasa. Ia mendidik ikhlas. Jangan hairan jika ada orang yang jahat perangai lagi enggan berubah, tetapi memberitahu kita dia berpuasa. Kita tidak tahu dia berpuasa ataupun tidak. Setiap orang boleh mendakwa. Sukar untuk kita nilai dakwaannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Namun, jika seseorang itu benar-benar berpuasa kerana Allah, itu adalah gambaran kepada keikhlasan yang ada dalam hidupnya. Jika dia boleh berdisiplin dengan puasanya, ertinya perasaan takutkan Allah itu ada dalam jiwanya. Puasa yang ikhlas akan melahirkan manusia yang ikhlas dalam kehidupannya.
* Artikel ini tersiar di “Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia”
Zakat Fitrah dan Ramadhan
Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob, |
Maksud Zakat Fitrah
Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.
Dalil Zakat Fitrah
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hukum Zakat Fitrah
Jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba.
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:
1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”
2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”
3. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari kalangan umat Islam.”
4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.
5. Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:
أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.”
Waktu membayar zakat fitrah
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah SAW.:-
“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."
Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Kadarnya
Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.
Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob masih merupakan pelajar tahun akhir sebuah IPTA
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.
Dalil Zakat Fitrah
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hukum Zakat Fitrah
Jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba.
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:
1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”
2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”
3. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari kalangan umat Islam.”
4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.
5. Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:
أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.”
Waktu membayar zakat fitrah
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah SAW.:-
“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."
Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Kadarnya
Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.
Raja Nurul Ain Binti Raja Yacob masih merupakan pelajar tahun akhir sebuah IPTA
Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim
Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim:
1. Kelebihan Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abu Hurairah,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Maksud: Semua amalan anak Adam
digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh
ratus kali ganda,Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa,kerana ia
untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya,mereka meninggalkan syahwat
dan makanannya kerana-Ku.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua
kegembiraan,kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui
Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa
lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk(minyak kasturi)
~Riwayat Bukhari & Muslim~
2. Kelebihan Bagi Orang Yang Melakukan Solat Sunat Terawih
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawih) karana iman dan mencari pahala,maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”
3. Kelebihan Menyediakan Makanan Untuk orang Berbuka Puasa
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksudnya: Siapa yang menyediakan
makanan berbuka untuk orang puasa,dia akan dapat seperti pahalanya tanpa
dikurangkan pahalanya sedikitpun
~HR al-Tirmizi Dan Dinilai Sohih Oleh al Bani~
4. Kelebihan Umrah Di Bulan Ramadhan Pahalanya Ibarat Membuat Haji
فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً
Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji
~ HR.Muslim ~
5. Pintu Langit Dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan”
~Riwayat Bukhari dan Muslim~
6. Pintu-Pintu Syurga Dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya.Maka berserulah penyeru:Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan”
~Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.~
7. Pintu Neraka Ditutup
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadan,dibuka pintu-pintu langit,ditutup pintu jahanam dan dirantai para syaitan”
~Riwayat Bukhari~
8. Dibelenggu Para Syaitan Dan Jin
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka”
~Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah~
Menurut Ulama antaranya Imam As-Syafie hanya Jin dan Syaitan yang bengis sahaja dibelenggu,manakala yang lain masih bebaS.
9. Pengampunan Dosa Yang Lepas
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan
Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah
Taala,nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu”
~Riwayat Bukhari dan Muslim~
10. Malam Lailatul Qadar
Hebat dan tingginya kedudukan Lailatul Qadar dapat kita ketahui bedasarkan firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ .لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya
(Al-Quran) pada malam Al-Qadr (lailatul qadr).Dan tahukah kamu apa
lailatul qadr itu? lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu
bulan.Pada malam itu,malaikat-malaikat dan malaikat Jibril turun dengan
izin Rabb mereka untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh)
keselamatan sampai fajar terbit”~Al-Qadr: 1-5~
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”
~Hadis Riwayat Bukhari~
4 Amalan Bahagia Di Alam Kubur Dan 4 Amalan Derita Di Alam Kubur
Ada empat amalan yang boleh membahagiakan
manusia di alam kubur dan ada 4 amalan yang memawa derita kepada
Manusia di alam kubur..
Kata Abu-Laits:Siapa yang ingin selamat
dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan
meninggalkan empat perkara.
4 Perkara Yang Mesti Dilazimi:
1. Menjaga solat lima waktu
2. Banyak bersedekah
3.Banyak membaca al-Quran
4. Memperbanyak bertasbih:
سبحان الله و الحمد لله و لا اله إلا الله و الله اكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله
Subhanallah Walhamdulillah Wa laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar,Walahaula WaLa Quwwata Illa Billah
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.
Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Berbohong
2. Khianat
3. Mengadu-domba
4. Menjaga kencing,
sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada
air kencing,sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air
kencing.(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas
membuang air kecil.)
Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin
7 Tips Membuka Pintu Rezeki
Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.
Yang sedihnya ada yang mengambil jalan
pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada
yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..
Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..
Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah
tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita
hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..
Berikut ini saya kongsikan kepada anda
suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang
menjadi amalan orang-orang soleh..
1. Banyakkan beristighfar
Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku
katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA
adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu
hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan
menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa
datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya
yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang
pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”.
Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab
beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa
jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata
imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s
sebut”
2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah
hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah
apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan
ampunkan untuknya…
Doa ini untuk didoakan kepada seorang
lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia)
seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada
dhomir hiya(ha) seperti berikut :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها
Adapun jika anda mahu amalkan doa ini
untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia
wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah
hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa
yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan
untukku…
Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a
Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan
harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri:
“Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus
orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.
Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..
3. Selawat Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim
Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah
kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat
melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan
kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya
Amalkan selawat ini dengan ikhlas
berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi
ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..
4. Ayat Seribu Dinar
Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo
Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah,
nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang
dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..
Kaedah beramal:
Amalkan setiap selepas solat
subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah
baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min
haitsu laa yahtasib”
P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat
ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak
murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar
di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai
amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..
5. Banyak Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki adalah
bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di
atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan
Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin
kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi
bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).
6. Berbakti kepada Ibu Bapa
Antara amalan yang boleh membuatkan
Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan
mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan
mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:
17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari
keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka
(sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”
17:24: “Dan hendaklah engkau merendah
diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan
doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”
Disebutkan di dalam Hadis:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang
Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan
hartanya di infaqkan ke jalan Allah
Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”
Jawabnya:”Aaku telah tinggalkan kepada
mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa
kemiskinan selama-lamanya
Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”
Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..
Surah al waqi’ah ini menjadi amalan
keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai
Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah
sebagai ikhtiar murah rezeki
Kata Dr Haron Din:
“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah
suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada
tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan
dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati
betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan
kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak
dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan
al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah,dalam kereta,atas kapal
terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal
waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena
yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap
hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”
Pesanan saya:
1. Beramallah dengan
tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok
nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..
2.Yakinlah serta
letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini
Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..
3. Beramal dengan
tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar
cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke
maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..
4. Pengalaman
orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di
atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali
tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah
mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..
5. Anda perlu tahu bila
sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat
kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan
yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..
6. Yang paling penting
ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti
Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi
jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa
itu rezeki yang tidak pernah ia duga.
Persempadanan: Perincian asas demografi, geografi
Harakahdaily, | 15 Jul 2013 |
Soalan bagi jawab lisan itu dikemukakan oleh Ahli Palimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang turut disenaraikan hari ini seperti di bawah.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah aduan/kes yang telah diterima dan berjaya diselesaikan oleh EAIC (Enforcement Agencies Integrity Commission) dan kos pengendalian badan ini semenjak ditubuhkan.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Janda Baik.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan akan terus membenarkan parti-parti politik tertentu menggunakan bangunan, dewan mahupun padang sekolah-sekolah untuk kegiatan politik yang dibuat atas nama jawatan dalam Kerajaan, umpamanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan seumpamanya, dan apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membenarkan kegiatan politik yang sama dianjurkan di situ oleh parti-parti Pembangkang.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan menyatakan jumlah makmum yang boleh dimuat tiap-tiap Masjid Negeri di seluruh negara.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan kadar kemiskinan berdasarkan kaum/bangsa dan negeri mulai 2008 hingga kini.
Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah kejayaan program netbook telah membantu meningkatkan prestasi pelajar.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan perancangan Kerajaan dalam menggalakkan rakyat menggunakan sumber air hujan (rainwater harvesting) sebagai sumber bekalan air negara memandangkan negara kita mempunyai kadar hujan yang sangat tinggi.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (RCI) berhubung PRU-13.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan sejak ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, berapakah jumlah kakitangan, termasuk lantikan politik seumpama Penyelia Pembangunan Mukim yang dilantik dan berapa pula perbelanjaan tahunan yang terpaksa ditanggung oleh pihak JPP.
Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah terkini hutang negara termasuk hutang dalam negeri dan jumlah hutang luar negara.
Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula pemberian pampasan kepada para peneroka awal seramai 24 orang di Rancangan Tanah Belia (RTB) Kampung Labu, Lanjut, Sepang yang hanya diberikan pampasan RM20,000.00 seekar apabila hartanah yang mereka teroka dari hutan belantara sejak 1975 diambil untuk projek KLIA pada tahun 1995.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan apakah Lapangan Terbang Kuala Terengganu merupakan pintu masuk (gateway) antarabangsa ke pantai timur yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pelancongan di Pantai Timur.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan sejauh mana kerjasama yang telah dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum pendidikan jasmani dalam membina bakat muda di samping usaha untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah projek Lebuhraya Persisiran Pantai ke Changkat Jering akan dimulakan.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan proses penganugerahan projek kerja baik pulih dan menaik taraf kuarters di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak Kuala Lumpur.
Nyatakan berapakah harga, nama kontraktor dan cara pemilihan kontraktor.
Wanita Dirogol & Diliwat Bergilir-Gilir 3 Lelaki
PETALING JAYA – Seorang wanita warga China bukan sahaja dirogol secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.
Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.
“Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.
“Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama,” katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.
Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. -SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan