Posted on Thursday, July 25 @ 17:32:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Anak Ketua Polis Ampang Jaya disamun
25 Julai 2013 - Seorang ahli perniagaan wanita yang merupakan anak kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin disamun ketika memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang Selangor Pewter, Setapak hari ini.
Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika mangsa yang berusia 34 tahun memandu kereta jenis Honda Civic. Dua lelaki yang menunggang motosikal berhenti di sebelah kiri kenderaan tersebut dan memecah tingkap sebelah penumpang hadapan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek kemudian melarikan sebuah beg tangan milik mangsa yang diletakkan di atas tempat duduk.
utusan.com.my
Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?
Posted on Thursday, July 25 @ 12:24:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh MalaysianInsider
ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.
Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?
Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.
Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.
Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.
Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.
Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.
Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.
Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?
PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.
Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?
Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.
Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.
Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. – 25 Julai, 2013.
Imam dari Mesir, Palestin, Syria dan Libya mungkin akan diharamkan di Melaka
Posted on Thursday, July 25 @ 12:22:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh: amkns
"
Kaji isu jemput imam Tarawih
25
Julai 2013 : Tindakan mengundang imam dari negara bergolak seperti
Mesir dan Palestin untuk memimpin solat Tarawih sepanjang Ramadan di
negara ini perlu dikaji semula, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira
Idris Haron. Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
meminta Othman meneliti setiap permohonan mengundang imam daripada
negara terbabit pada masa akan datang.
"Saya minta Datuk Wira Othman lihat dan kaji semula perkara ini. Pastikan tiada imam dari negara bergolak di Asia Barat seperti Mesir, Palestin, Syria dan Libya diundang ke negeri ini selepas ini (pada masa depan) kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka mahu lari daripada masalah dalaman negara mereka ketika ini," katanya.
Peristiwa Besar Islam Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan
Posted on Sunday, July 14 @ 16:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hijabulcrewz
"
Posted on Sunday, July 14 @ 16:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hijabulcrewz
"
“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)
Bulan
Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat
Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam
antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
Beberapa
hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di
dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang
benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga
menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur,
Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan
Ramadhan.
PERANG BADAR
Pada
hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama
dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di
sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam
mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di
situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan
dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata.
Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70
tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan
diri.
Peperangan
ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang
jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan
Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan
penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi
mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan
Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam
Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud,“Sesungguhnya Allah
menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang
yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
mensyukuriNya”.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa
ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini
berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang
termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut,
setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun
sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10
tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam
suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu
Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah
manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu
malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang
perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir.
Apabila
berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan
10,000 tentera Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin
Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga
kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah.
Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan
hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya
umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.
Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang
ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al-Fath ayat 1
bermaksud,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang
nyata”. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’
dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.
Perang
Al-Furqan (Pembeda antara Hak dan Batil). Di sini turun Malaikat
membantu tentera Islam. Di sini golongan sedikit dan serba kekurangan
menewaskan golongan lebih ramai dan lengkap bersenjata.
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila
pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab,
ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada
masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi
menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita
itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat
Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu
tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu
benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi
Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke
utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak
berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan
tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom
sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai
persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad
SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman
terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan
Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman
khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk
agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan
Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas
umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya
dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum
berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid
al-Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan
Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia
sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid
al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu
menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun
berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar
Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi
Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam
berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu
tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam
mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya
rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah
dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al
Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
Sebelum
Perang Badar bermula, para Sahabat membina “Al-Arisy” iaitu kem tempat
Rasulullah saw di sebuah tempat yang agak tinggi untuk mengatur strategi
peperangan. Selepas itu, mengambil keberkatan tempat tersebut, seperti
mana tempat-tempat lain yang pernah Rasulullah saw berada, dibina masjid
di situ yang dinamakan Masjid Al-Arisy.
Masjid
Al-Arisy, tempat Rasulullah saw ketika Perang Badar. Rasulullah saw
berdoa bersungguh-sungguh sehingga jatuh kain selendang Baginda saw, “Ya
Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku. Ya Allah! Kemenangan
yang Engkau janjikan kepada aku”. Moga Allah swt memberikan kemenangan
yang sama kepada kita dalam perjuangan ini. Ameen.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus
adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian
Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama 8 kurun
bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92
Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan
Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Tariq memimpin armada Islam
menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan
tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya
mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan
menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama
lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada
dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL
Peristiwa
ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah.
Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara.
Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit,
Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang
diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya
dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai
seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol
Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
Lagi sambungan artikel di: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/07/peristiwa-besar-islam-yang-berlaku.html
Khutbah: Ramadhan Mengajar Kita Taat
Posted on Wednesday, July 03 @ 13:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: ustaznik
"Sinopsis: Ramadhan hampir menjengah. Kedatangannya dinanti-nanti oleh mereka yang taatkan Allah.Peluang menabung amal sangat banyak melalui pelbagai ibadah.
Ibadah yang bukan hanya secara ritual tetapi yang membentuk sikap, peribadi dan lain-lain bagi memikul amanah dan tanggungjawab khilafah.
DSTG Presiden PAS mengupasnya dalam khutbah seperti di bawah pada 19 Syaaban 1434H (28 Jun 2013) :
Ramadhan Mengajar Kita Taat"

Subahat Seorang Tua Di Tepi Jalan? [R5]
Posted on Sunday, July 21 @ 01:38:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: hishamahmad
"Sejak awal Ramadan, aku dah perasan kehadirannya. Seorang lelaki tua bersama anak perempuannya (juga tidak muda). Beliau menjual makanan ditepi jalan besar di dalam kawasan taman Sri Telok Mas, Melaka.
Baguslah, umur tidak menghalang untuk berusaha mencari rezeki halal dan baik. Harap jualannya habis seawal mungkin sebelum maghrib menjelma.
Kasihan kalau terpaksa bertahan sampai hampir waktu berbuka atau lebih malang jika terpaksa balik selepas maghrib. Sepatutnya dia bersama keluarga dirumah berbuka dan kemudian menunaikan solat jemaah di surau atau masjid.
Apa boleh buat, mungkin itulah peluang terbaik untuknya setakat ini, mengambil peluang meniaga berpayung dan bermeja ditepi-tepi jalan bersama-sama sekian ramai peniaga melayu yang lain sedangkan hampir kesemua perniagaan di bangunan lot-lot kedai di taman dikuasai kaum lain. Itulah kehidupan muslim melayu di Malaysia dan itulah juga sebagai antara tanda ‘kejayaan’ ekonomi bangsa kita, setakat ini.
Oh hampir saya terlupa kepada objektif asal kisah ini. Pakcik atau Atuk tadi telah meniaga seawal pukul 2.00 petang (atau mungkin lebih awal). Masalahnya … siapa pelanggan-pelanggan yang diharapkan untuk membeli pada masa itu? Makcik yang uzur atau untuk kanak-kanak kecil. Itu tidak apa.
Bagaimana kalau yang datang membeli lelaki-lelaki muda muslim yang sihat, segar- bugar. Takkan nak membeli makanan untuk berbuka seawal itu atau bekalan untuk musafir. Nak kata macam membeli untuk ibu yang sakit, atau isteri yang uzur atau anak kecil yang kelaparan, entahlah. Macam susah nak anggap begitu. Patut kita bersangka baik atau sebaliknya? Patut tak atuk atau pakcik itu bertanya dan menyelidiki?
Ini penyaksian benar. Ketika beberapa tahun dahulu saya di Taman Bukit Perdana Batu Pahat, ada gerai tepi jalan menjual makanan dan nasi berlauk se awal waktu yang sama. Seorang lelaki muda atau lebih membeli nasi berlauk dalam bekas polystrene, berlaku sekitar antara pukul 2.30 petang.
Baiklah mungkin kita masih boleh sangka baik itu untuk tujuan berbuka….Tapi bagaimana kalau nasi dan lauk dicampur sekali, mungkin siap dengan sayur. Ini, untuk di makan segera atau disimpan untuk buka?!
Justeru, saya menyeru sekian anak-anak muda beriman dari kalangan pembaca untuk melakukan kajian, tinjuan dan dakwah kepada semua gerai orang Islam ditepi-tepi jalan yang dibuka sekitar waktu tengahari atau sebelum pukul 3… dan kaji selidik setakat mana berlaku kegiatan syakwasangka ini.
Saya juga menyeru mereka berjumpa peniaga-peniaga ini dan memberi nasihat, pesanan dan maklumat supaya berawas dalam berjual agar tidak bersubahat dengan manusia ingkar puasa tanpa alasan syarak. Antaranya jangan jual air atau nasi dahulu yang ‘ready’ untuk dinikmati sebagai tanda kita berjaga-jaga. Sipemuda datang berseorangan, mesti ditanya.
Untuk bersangka baik, kita perlu mengambil langkah tidak memudahkan siingkar puasa ini mengambil kesempatan. Jangan kerana RM5-RM10 nasi bungkus, kelak kita pun turut dibungkuskan untuk dicampak ke neraka.
Hisham-ahmad.blogspot.com"

Anak dara Ustaz yang baca doa dalam perhimpunan pemuda wanita dan puteri UMNO
Posted on Wednesday, November 28 @ 22:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: LensaHandPhone
"
Anak dara Ustaz yang baca doa dalam perhimpunan pemuda wanita dan puteri UMNO semalam.Antara doa yang di bacakan ialah
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah!
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu
Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com "

PANAS- Mengucap YB.....mengucap YB ....
Posted on Thursday, November 01 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: DukunPasir
"
"I nak cakap dengan ketua Trafik sekarang...sambungkan cepat". Tegas Yb Jamal memberikan arahan tanpa perlu memberi salam.
" Iya Yb, ada apa boleh saya bantu?". Tanya Ketua Trafik Balai Polis dengan sedikit curiga apabila menerima panggilan dari YB Jamal yang juga rakan baiknya.
" Inilah i lupa malam ni harijadi anak dara I..tapi esok pagi I kena meeting dengan Menteri..I nak u arrangekan perjalanan esok supaya cepat sampai ". YB Jamal menyatakan hasratnya..maklumlah nak dekat Pilihanraya ni YB Jamal mesti tunjuk muka sekarang ...kalau tidak MELEPASLAH PELUANGNYA UNTUK MENJADI CALON meskipun dia tak pernah MERASA JADI CALON SPM !
" Susah juga YB, esok mesti semua nak balik beraya Haji...mesti jalan sesak ". Kata ketua trafik pula sambil melihat pergerakan aliran trafik di komputernya.
" I nak U uruskan juga esok... gunalah apa cara sekalipun yang i tahu pagi esok I dah sampai Putrajaya ". Marah Yb Jamal terus matikan telefon bimbitnya,
Ketua Trafik terkedu......Nak bantah tak boleh sebab YB ni kawan baik dia, banyak jasa YB ni padanya.....Pening memikirkan macam mana nak mengawal perjalanan YB Jamal esok sedangkan YB Jamal bukanlah tahap menteri atau VIP yang perlu diiring untuk kemana mana ,cumaaaaaaa .....YB Jamal ni banyak duittt itulah masalahnya.......
Waktu yang sama .......Dalam ladang sawit...... Haji Osman sedang memasang strategi untuk menangkap lembu liar supaya dapat dikorbankan selepas raya Haji nanti..kalau korban masa raya haji kurang untungnya kata haji Osmanlah.
" Susah nak tangkap lembu liar tu tuan Aji....kecuali tembak!. "Cadang Ramli rakan ternaknya yang sudah 30 tahun pengalaman menternak lembu dan baja taik lembu.
" Gila!! Nak kena upah semua tu...Ah!! Tahulah aku nak uruskan lembu tu esok, ko tahu dapatlah bahagian ko nanti!" Marah Haji Osman yang baru setahun berkecamuk dalam bidang penternakan lembu ini.
Pagi itu ketua Trafik telah mengarahkan 4 orang anggotanya untuk mengiring YB Jamal ke Putrajaya yang diketuai oleh Sarjan Musey. Awalnya perjalanan mereka lancar...tetapi bila nak menyusuri masuk dari Tol Ipoh ke Lebuhraya jalan dah mula sesak....Sarjan Musey berpatah balik ke arah MPV Mewah YB Jamal yang berada dibelakangnya......
" Jem lah YB! Selalu tak macam ni ...i rasa ada kemalangan lah depan tu....macam mana?' Sarjan Musey berkata setelah menongkat motornya.
" Hantu betullah!! Nak eksiden pun biarlah hari lainnn!! Kita ikut jalan kampung". Rungut Haji Jamal sambil menaikkan semula cermin keretanya.
" Tapiiii....." Belum habis Sarjan Musey berkata YB Jamal dah beri Isyarat untuk bergerak saja dari dalam MPV nya. Dengan serta merta mereka berpatah balik dengan menongkah arus jalan....Ada juga kenderaan yang bunyikan hon tetapi bunyi Siren motor polis trafik lagi kuat dan mengerunkan pemandu yang lain...semua ketepi dan terpaksa memberi laluan!
Mereka mula bergerak melalui jalan kampung dan semasa sampai ke Kampung Batu Sembilan ....YB Jamal terkenang kisah lampau kerana di Kampung inilah dia nekad KELUAR PARTI dan menjadi calon BEBAS yang menyebabkan dia dipulau oleh rakan rakan politiknya termasuk orang kampung....AHHH!! Peduli apa, yang penting DUIT AKU DAH BANYAK!! Lamunan YB Jamal terhenti lagi bila kelibat Sarjan Musey berpatah balik dan menuju ke arah MPVnya....." AHHH!! Apa lagi niiiiii". Marah YB Jamal pada pemandunya Wak Tukimin.
" Ada lembulah YB....liar pulak tu .....banyakkkkkk!! Sarjan Musey menunjukkan arah lembu lembu yang sedang berlari lintang pukang melintas jalan dan ada lembu yang berpatah balik dan bersiar siar ditepi jalan. Kelihatan Haji Osman sedang menghalau lembu dengan motornya tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan oleh YB Jamal dan 4 orang polis Trafik.
"Bahaya ni kalau kita bergerak...lembu lembu tu macam liar ...sekejab lari melintas jalan sekejab ke belakang..... YB". Kata Wak Tukimin pemandunya yang sedari tadi cuma diam.
"Hantu betul!! " Marah YB Jamal lalu keluar dari keretanya. Wak Tukimin sempat berbisik pada pada Sarjan Musey "....Sekaya dan sehebat manapun YB KALAH JUGA DENGAN LEMBU". Mereka ketawa sendiri sambil melihat YB Jamal melulu ke arah Haji Osman yang sudah berpeluh peluh sambil memegang tali.
"Apahal lembu lembu kamu niiiii....Bahaya betul halau macam ni !!!" Marah YB Jamal pada Haji Osman yang leka mengikat tali untuk memerangkap lembu lembu liar.
" Eh!! YB Jamalllllll...errr...er...bukan lembu saya ni....saya cuma nak halau saja dari masuk kebun ". Haji Osman cuba berbohong untuk selamatkan diri. Dia terkejut kerana YB Jamal yang pernah diKEMPENnya dulu berada didepan nya dengan marah marah.
"HUH!! Tak Ngaku lagiiii...Cepat cepat halau aku nak lalu niiiiii". Bentak YB Jamal tanpa menyedari ada seekor lembu Jantan Liar yang berlari dan merempuhnya dari belakang......YB Jamal tersembam ke tanah, kepalanya terkena parang yang dipacakkan oleh Haji Osman. Darah mula mengalir keluar..Haji Osman terkejut!! Haji Osman terkedu!! Disaat itu juga Haji Osman dirempuh pula oleh lembu jantan liar tadi..Haji Osman tersandar di pangkal pokok ......matanya gelap dan pensan akibat rempuhan itu.
Sarjan Musey dan rakan rakannya melulu berlari mendapatkan mereka berdua. Lembu Jantan liar terus lari masuk kedalam semak kebun...HILANG!! Mungkin lembu jantan itu ternampak ada Pistol yang dibawa oleh Sarjan Musey dan rakannya.
Tak kala itu beberapa kenderaan sudah mula berkampung, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu untuk melihat apa yang berlaku.....
YB Jamal sesak dan tenat...Darah menitik dari lehernya tidak berhentiiii...matanya melihat seseorang yang sedang berkata kata sesuatu padanya....dia macam kenal orang ituuuuuuu... YB Jamal cuba menguatkan diri ...Iya!! YB Abdullah LIM yang sedang memangku keadaannya yang sedang tenat itu...YB Abdullah Lim -Musuh politik yang sering dimakinya dalam setiap siri ceramah ..Banyak ditohmahnya...banyak direka dan difitnahnya YB Abdullah Lim yang baru memeluk Islam itu......tetapi SEKARANG YB ITULAH YANG SEDANG MENGAJARNYA MENGUCAP....Ingat Allah!! .....
"Mengucap Yb....mengucap...... Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah "
Sebelum mata YB Jamal TERPEJAM................
SUMBER : http://jomgelakla.blogspot.com"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan