Rabu, 24 Julai 2013

DAH KUTIP...BAGI ASNAF2 DENGAN BETUL DAN JUJUR...JIKA TIDAK....AKHIRAT KENA DAKWA...ASNAF2 YANG TERCICIR DAN TAK DAPAT AKAN TUNTUT DIAKHIRAT

Pengundi Kuala Besut, corakkanlah politik Terengganu hari ini

Harakahdaily, 24 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Umno begitu tertekan dengan keadaan di Kuala Besut ini.  Maklum sahajalah Umno amat takut kehilangan kuasa.

Bagi Umno untuk berpisah dengan kuasa ibarat hendak memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dengan isi, tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com.

Menurutnya, bagi Umno kehilangan kerusi adalah seperti nyawa bercerai dari badan. Tetapi Umno tetap cuba untuk mempertahankan sokongan rakyat, maka mereka terpaksa membeli undi secara sistematik tetapi mudah difahami oleh rakyat yang berfikir.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Hari ini adalah hari mengundi pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut. Oleh kerana pilihanraya kecil ini diadakan pada bulan Ramadan, tidaklah banyak cerita isu memaki hamun di antara kedua-dua belah pihak. Ramailah yang merasa selesa kerana orang ramai tidak mahu lagi mendengar maki hamun yang tidak henti sejak beberapa tahun dahulu.

Tetapi rupa-rupanya pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang sangat genting bagi UMNO kerana jika kemenangan berpihak kepada PAS ia akan meletakkan kedudukan kerusi di DUN Terengganu menjadi seri, 16/16. Kemenangan PAS memberikan isyarat yang UMNO di Terengganu itu berada di dalam keadaan yang amat merbahaya.

Itulah sebabnya kita terdengar pimpinan besar UMNO berulang alik ke Kuala Besut dan ada di antara mereka datang untuk mengimamkan solat berjemaah untuk mendekati rakyat yang sedang dipujuk dan diurut kaki dan tangan mereka untuk memberikan sokongan kepada BN.

Seandainya kedudukan kerusi sama banyaknya maka kalau tidak salah saya mengamati undang-undang, pilihanraya negeri terpaksa diadakan semula. Pilihanraya boleh dielakkan. Jika ada dikalangan ADUN UMNO melompat menyertai PAS maka PAS akan menerajui kerajaan Terengganu. Ini serba kemungkinan bagi UMNO.

Jika hendak mengharapkan ADUN PAS melompat menyertai UMNO ia tidak mungkin berlaku kerana sesiapa yang mempunyai daya pemikiran yang mampu menilai apa yang akan berlaku, tentu sekali ia merupakan tanda yang amat jelas yang UMNO sudah hampir sampai ke penghujung usianya.

UMNO begitu tertekan dengan keadaan di Kuala Besut ini.  Maklum sahajalah UMNO amat takut kehilangan kuasa. Bagi UMNO untuk berpisah dengan kuasa ibarat hendak memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dengan isi. Bagi UMNO kehilangan kerusi adalah seperti nyawa bercerai dari badan. Tetapi UMNO tetap cuba untuk mempertahankan sokongan rakyat, maka mereka terpaksa membeli undi secara sistematik tetapi mudah difahami oleh rakyat yang berfikir.

Oleh kerana pilihanraya mendahului Hari Raya Aidilfitri maka pengundi di Kuala Besut sedang menerima berbagai-bagai punca duit raya bagi tahun ini. Seronok sungguh pengundi di Kuala Besut menghadapi Hari Raya Puasa kali ini. Ramai yang berjenaka dengan berkata, “kenapalah kawasan aku tidak ada pilihanraya kecil dibulan puasa ini”

Seorang sahabat saya yang berasal dari Kuala Besut yang saya panggil sebagai Joe, berkata, “ Kalaulah aku kekalkan diri aku sekeluarga sebagai pengundi Kuala Besut, raya ini dapat banyak duit raya. Malangnya aku pindahkan nama pengundi aku ke Shah Alam semata-mata aku tinggal di Shah Alam. Mengundi di Shah Alam pun bukannya ada faedahnya, Takkan aku nak mengundi Zulkifli Noordin” katanya sambil berjenaka. “Nak tunggu pilihanraya kecil di Shah Alam pula, Ahli Parlimennya masih segar bugar” Joe meneruskan jenaka beliau.

Walau apa pun PRK Kuala Besut ini akan membawa banyak makna yang tersirat. Kemenangan PAS akan membayangkan yang UMNO hanya menunggu masa untuk terkubur. Jika UMNO memang persepsinya tidak lain adalah disebabkan kuasa wang ringgit dan itu juga tidak akan kekal lama sokongannya.

UMNO tidak lagi mampu bersandar kepada kekuatan kepimpinannya. UMNO hanya bersandar kepada kuasa yang ada di tangan. Pimpinan UMNO dan beberapa pimpinan yang di sebelah pembangkang sekali pun mempunyai jiwa yang kecil. Pimpinan yang berjiwa besar tidak akan berdendam dan menekan.

Pimpinan yang berjiwa besar akan memaparkan dengan jelas apa yang hendak mereka lakukan tanpa takut dan segan, takut-takut tidak diterima oleh pengundi. Pimpinan yang berjiwa besar tidak akan terkeluar kata-kata seperti yang terkeluar dari mulut Ahmad Said yang mengakui yang UMNO perlu hanya membela siapa yang menyokong UMNO sahaja.

Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain, tidak boleh juga dipersalahkan orang seperti Ahmad Said ini, kerana rakyat merelakan mereka berbuat demikian. Tidak ada siapa yang akan menjadi pemimpin tanpa sokongan dan kerelaan rakyat itu sendiri.

Jika pemimpin itu berjiwa besar ia tidak akan melanggar janji-janjinya sebelum pilihanraya. Hanya jiwa yang kecil dan kenit sahaja yang hanya menumpukan politiknya kepada kaumnya sendiri walaupun telah melaungkan perjuangan untuk berbilang bangsa dengan gah dan berterusan.

Pimpinan yang berjiwa kecil sahaja yang berlindung kepada kumpulan dan bangsanya sendiri dan tidak berani dan berkeyakinan berlindung dari rakyat yang berlatar belakangkan berbilang kaum. Perasaan kurang keyakinan kepada diri sahaja yang bertumpu kepada bangsanya sendiri sahaja dan menggunakan isu ‘multiracialism’ itu hanya sebagai retorik semata-mata untuk kegunaan semasa pilihanraya sahaja.

Perlu diingat pemimpin negara ini wajar mempunyai kualiti yang selari dengan keperluan kepimpinan berbilang kaum dan agama sahaja.

Itu sebab kita mula terlihat orang ramai sudah mula tidak bertumpu kepada bangsa dan cara hidup. Mereka memilih untuk berpolitik berdasarkan kepada agama dan Islamlah yang menjadi landasan perjuangan mereka.

Ramai yang sudah berkeyakinan yang Islam itu adalah agama yang universal kerana jika Islam yang memimpin, maka orang Hindu yang mengikutinya akan menjadi Hindu yang baik, dan jika orang Budhist yang mengikut kepimpinan Islam itu mereka akan menjadi Budhist yang baik.

Islam itu sesungguhnya merupakan agama perpaduan dan itulah sebabnya parti-parti yang berlandaskan perjuangan Islam itu sentiasa mendapat dugaan yang besar. Bagi mereka yang serius dengan keperluan kehidupan yang lengkap elok kita bermula dengan kawasan Kuala Besut.

Segala-galanya boleh bermula di sini. Seperti yang saya selalu sebutkan akhir-akhir ini PAS perlu melatih parti itu yang mampu untuk mengendalikan kejayaan mengikut kehendak waktu dan zamannya. Itu pun adalah tuntutan Islam.
SPR: Calon BN tentu pangkah BN
8:13AM Jul 24 2013
[GALERI FOTO]
Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.

Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan:

10.45am Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah keluar mengundi setakat jam 10 pagi cukup tinggi.

"Saya harap ia berterusan," katanya dalam sidang media.

Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).

"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya sambil timbalannya.

10.30am: SK Nail - 'Kempen sihat' kelihatan di Kampung Nail apabila terdapat penyokong PAS mengambil peluang bergambar dengan calon BN Tengku Zaihan.

"Saya tiada masalah, ini kempen sihat," kata seorang penyokong PAS dari Dungun yang enggan dinamakan.

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 5,147 orang.

Jika dicampur dengan undi awal sebanyak 911 orang, jumlahnya menjadi 34 peratus (6,059 orang).

NONE9.48am: Jeti Kuala Besut - Ketika suasana di pusat pengundian makin panas, sekitar kawasan jeti masih kekal tenang. Orang ramai kelihatan kurang berbanding hari-hari lain.

Pelancong seperti biasa bersarapan dan bersedian menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Sementara itu, laman Facebook rasmi pilihan raya kecil Kuala Besut PAS melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turun melawat di unit peti undi Kg Nangka sebentar tadi.

9.15am: SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil.

Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain.
NONESebelum itu, di SK Kg Nangka - Calon PAS Che Long beredar daripada pusat pengundian itu, selepas 20 minit meluangkan masa membuat lawatan di situ dan beramah mesra dengan pengundi.

Tidak berapa lama kemudian, menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut beredar daripada pusat pengundian itu.

Sementara kedua-dua penyokong berbaris di luar kawasan sekolah di tepi jalan sambil memegang dan menunjukkan poster calon masing-masing kepada pengundi yang berjalan ke pusat pengundian dan kenderaan yang lalu lalang di situ.

NONESementara itu, di SM Kuala Besut, Naib Ketua Wanita MCA Heng Seai yang berdiri di depan sekolah itu berkata, perjalanan hari mengundi setakat ini nampak aman dan harmoni.

"Walaupun mereka daripada parti yang berbeza, tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain, ini budaya yang sangat berbeza," katanya.

Terdapat 148 pengundi Cina di Kuala Besut, tidak sampai 1 peratus daripada jumlah pemilih keseluruhan.

Seramai 114 daripada mereka akan mengundi di Sebarang Barat dan selebihnya di Bukit Puteri.

9.08am: SMK Kuala Besut - Beberapa penyokong PAS mula mempamerkan kain rentang dan plakad di kedua-dua tepi jalan di hadapan sekolah bagi merayu undi.

NONE8.50am: SK Kg Baharu - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tiba di pusat pengundian itu tetapi disambut dengan laungan takbir oleh majoriti penyokong PAS.

Bagaimanapun beliau hanya mampu tersenyum. Manakala laungan "Hidup BN" oleh penyokong BN tenggelam laungan takbir penyokong PAS.

"Setakat ini saya berpuas hati perjalanan pilihan raya. Semuanya aman dan saya berharap ia berterusan sehingga pusat pengundian ditutup.

"Saya berharap penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan provokasi.

"Insya-Allah, BN mampu mempertahankan DUN Kuala Besut," katanya ketika ditemui pemberita diluar pusat mengundi.

8.25am SK Kg Baharu - Pengurus kempen kepada calon PAS mengakui hari ini merupakan pertarungan sengit antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

NONE"Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh.

"Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangat friendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu.

"Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah.

NONE8.20am: SMK Kuala Besut - Tengku Zaihan, calon BN tiba untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau menunaikan kertas undi ketika mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri.

"Saya nasihatkan pemilih keluar mengundi seawal mungkin untuk terus memangkah BN," katanya.

8:15am: SK Kampung Baharu - Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.

"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.

Beliau mengakui sedikit berdebar dan bangun awal untuk bersahur dan bersolat subuh sebelum menuju ke pusat pengundian.

8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi.

NONEBeliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir.

Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad.

Azlan atau lebih dikenali Che Long menjadi orang kedua mememasuki pusat mengundi.

Langit cerah pagi ini. Ramalan cuaca bagaimanapun meramalkan hujan ribut petir mungkin melanda di sebelah petang.

Punahnya impian mahu jadi peguam
5:47AM Jul 24 2013
Sejak kecil, beliau sentiasa mengimpikan mahu jadi peguam.

Dan beliau sungguh gembira apabila ditawarkan tempat ke sebuah universiti awam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda undang-undang.

Bagaimanapun, kegembiraan mahasiswa 19 tahun dan ibu bapanya itu tidak lama.

Mereka terkejut apabila mendapati kursus yang diambil di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diiktiraf di negara ini.

"Siapa sangka universiti awam menawarkan kursus yang tidak diiktiraf?" keluh ibunya.

"Ini tidak masuk akal dan tidak dapat diterima sama sekali."

Bercakap kepada Malaysiakini, si ibu, yang hanya mahu dikenali sebagai Tee nyata kebingungan memilih arah masa depan anak kesayangannya.

Beliau berkata, ijazah sarjana muda UniSZA tidak diiktiraf Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU).

Beliau hanya menyedari perkara itu apabila Bar Malaysia pada Jumaat lalu mengingatkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang berwaspada memilih kursus.

Ini kerana, menurut badan peguam itu lagi, pada masa kini, lima institut pengajian terkenal didapati menawarkan program tidak diiktiraf.
Ibu bapa kesal bilik persalinan jadi tempat makan
5:58AM Jul 24 2013
Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah
itu pada bulan Ramadan.

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ.

NONE"Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu.

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas.

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya.

NONEAyahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas.

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu.

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki.

"Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan.

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu.

- Bernama

 Isu Sekolah: Perhatian untuk blogger-blogger haprak yang lemah daya fikir
Posted on Wednesday, July 24 @ 11:29:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: setisab

"Dalam isu "Sekolah Sri Pristana", terlalu banyak blogger-blogger haprak yang lemah daya fikir dan gagal mencari kebenaran telah mengambil kesempatan untuk menjaja fitnah dengan memutarbelitkan (spin) cerita sebenar.

Sekolah Sri Pristana


Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:


1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.
 http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/07/perhatian-untuk-blogger-blogger-haprak.html

Hanya 5 premis jual sejuk beku di S'wak ada sijil halal
6:07AM Jul 24 2013
Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) akan meneruskan siasatan ke atas tiga premis yang menjual produk sejuk beku di Kuching yang mempamerkan tanda halal yang tidak diperakui.

Ketua Unit Pembangunan Halal Jais Asmawaty@Siti Asmah Ahmad berkata ketiga-tiga premis yang diperiksa jabatan itu dalam operasi di Kuching semalam turut didapati menggunakan sijil halal yang meragukan.

Bercakap kepada pemberita selepas operasi itu, beliau berkata pemilik premis boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM250,000.

Menurutnya sehingga kini, hanya lima premis menjual produk sejuk beku di negeri ini yang memperoleh pengiktirafan halal dari JAIS dengan empat daripadanya di Miri dan sebuah di Bintulu.

"Mereka yang membeli produk sejuk beku dari kelima-lima premis ini untuk tujuan dijual semula juga perlu memiliki sijil halal dari Jais untuk premis masing-masing," katanya.

- Bernama
Laman palsu kutip zakat atas talian
6:04AM Jul 24 2013
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiada kaitan dengan sebuah laman web yang menerima pembayaran zakat, wakaf dan sedekah secara online seperti dilapor media baru-baru ini.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata aktiviti laman web itu tidak mendapat kebenaran dari pihaknya dan siasatan mendapati laman web itu beroperasi di Shah Alam serta turut menggunakan paparan muka kalkulator pembayaran zakat milik Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Kita menerima aduan daripada orang ramai kerana operasi laman web itu telah mewujudkan kekeliruan dan memberi tanggapan bahawa syarikat terbabit mendapat tauliah untuk mengutip serta mengagihkan zakat dan wakaf di Selangor," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam semalam.

Beliau berkata MAIS melalui LZS juga telah membuat laporan polis pada 19 Julai lepas berhubung perkara itu.

Katanya, MAIS turut melaporkan perkara itu di Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Agama Islam Selangor.

Mengulas lanjut, Mohamad Adzib berkata berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan, MAIS berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah serta membuat pungutan khairat termasuk kutipan wakaf tunai tanpa kebenaran MAIS.

Sehubungan itu, MAIS meminta orang ramai supaya membayar zakat atau wakaf terus kepada LZS atau Perbadanan Wakaf Selangor atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh MAIS.

- Bernama

PPZ-MAIWP kutip RM224 juta zakat sejak Januari
5:52AM Jul 24 2013
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengutip sebanyak RM224 juta zakat sejak Januari sehingga kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah itu meningkat hampir RM44 juta berbanding RM180.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

"Harap dengan adanya kutipan zakat ini akan dapat membantu golongan asnaf serta golongan memerlukan selain untuk membuat lebih banyak majlis keagamaan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan di Masjid Putra di Putrajaya semalam.

Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Beliau berkata lazimnya bulan Ramadan akan mencatatkan kutipan zakat yang tinggi selain kutipan pada setiap hujung tahun.

Pada majlis itu, sebanyak 11 syarikat antaranya Amanah Saham Bumiputera, Felda D'Saji Sdn Bhd dan Hospital Pusrawi Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan mereka membabitkan jumlah keseluruhan RM13 juta.

Sementara itu, Mustafa dalam ucapannya berkata PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM430 juta melalui 120,000 pembayar, tahun ini.

Menjelas lanjut beliau berkata pada Ramadan tahun lalu, sebanyak RM35 juta zakat telah dikutip dan menjangkakan jumlah kutipan akan meningkat sebelum penghujung Ramadan.

Katanya, pembayar zakat di sekitar Lembah Klang boleh berbuat demikian di 10 kaunter zakat yang dibuka dari 8.15 pagi hingga 4.30 petang dan bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek.

Sepuluh kaunter berkenaan ialah di Shamelin Perkasa, Masjid Negara, Wangsa Maju Pusat Satelit Seksyen 5, Putrajaya Presint sembilan, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Daruzzakah, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur di Pudu Sentral serta Cawangan Labuan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

- Bernama

Tiada ulasan: