Selasa, 9 Julai 2013

TRY DULU BARU TAHU BENAR ATAU SALAH...CUBA INSYAALLAH TAHU KHASIAT SERTA KEBAIKAN2NYA

Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan

Harakahdaily, 09 Jul 2013
MESIR: Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini.”

Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu.

Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau.
Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Minta sejadah dan al-Quran

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah.

Menurutnya, seorang jeneral tentera yang mengawal Morsi bernama Shubhi enam kali datang memujuk Morsi agar menerima rampasan kuasa ini.

“Tapi setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: ‘Bunuhlah aku, karena itu sangatlah ringan bagiku berbanding terpaksa bersaksi dusta',".

Situasi PAS 'bukan dominan'

Ahmad Lutfi Othman , 09 Jul 2013
Semasa menunggu pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu, selepas menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor sehari sebelumnya di Alor Setar, saya diingatkan oleh seorang teman bahawa usaha untuk menarik PAS daripada Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan.

Saya ketawa kecil mendengarnya. "Takkan sampai begitu sekali?" tanya saya, serius. "Ketua Pengarang patut lebih tahu," balasnya pantas. Saya mengesan wajahnya; dia juga serius. "Sukar nak percaya ada usaha mahu PAS undur ke belakang dan bertanding secara solo," saya tidak sempat meluahkannya. Dia sudah berjalan ke depan.

Mutakhir ini, banyak persoalan yang timbul, terutama berkaitan isu-isu dalaman parti, termasuk kerjasama dalam Pakatan, juga menyinggung hal-hal sensitif PAS, patut diselidik dan dipastikan kesahihan terlebih dahulu.

Terdapat trend atau kecenderungan yang agak negatif, sehingga perbincangan atau diskusi yang sepatutnya membawa penambahbaikan kepada parti telah tersasar jauh, apatah lagi jika menyangkut faktor-faktor kekalahan dalam PRU13 (atau ada yang menyifatkannya sebagai kemenangan yang tertangguh).

Sesekali apabila melayari media sosial, Facebook, saya tidak dapat mengelak daripada menatap komen-komen nakal, dan ada kalanya serangan peribadi yang agak melampau, sekali gus menyebarkan bahan-bahan fitnah atau 'fakta' yang boleh menimbulkan ketegangan atau permusuhan sesama sendiri. Ruang siber menjadi gelanggang terbuka wacana kritikal, yang bisa "mendedahkan segalanya".

Perbedaan pendapat, hatta membentuk "kumpulan" atau "pasukan" dalam parti, adalah lumrah dan tidak sepatutnya merungsingkan kita, terutama menjelang proses pemilihan kepemimpinan.

Ya, PAS kini sebuah parti besar, berkembang pesat dan mendapat perhatian istimewa masyarakat, selaras slogan "PAS for All". Walaupun mempunyai jumlah ahli Parlimen terkecil berbanding DAP dan KeADILan, tetapi  PAS tetap diakui parti paling tersusun, teramai keahlian, manakala aktivisnya lebih berdisiplin dan komited.

Sedihnya, perdebatan (untuk melonjakkan kemajuan parti) yang sepatutnya berlangsung secara beradab telah dicemari elemen hodoh di luar batasan, dengan bahasa kesat dan terperosok dalam jurang label-melabel. Ia juga terbuka kepada "acara londeh-melondeh".

Keterbukaan media menjadi gergaji bermata dua atau pisau yang boleh membunuh.

Walaupun saya yakin fenomena negatif ini masih terkawal dan lebih ramai yang rasional-waras, namun ia tidak boleh dipandang mudah, bukan hanya disebabkan mampu menggugat keutuhan parti ataupun membantutkan lagi kemenangan, tetapi dibimbangi dapat menghakis ciri-ciri unik gerakan politik Islam.

Apa pun, fikiran saya lebih terganggu dengan peringatan rakan saya tadi - jika benar ada usaha untuk membawa PAS keluar Pakatan. Bagi saya, ia bukan saja langkah songsang ke belakang, malah mendedahkan kepada "kutukan" penyokong Pakatan yang memberikan sokongan kepada PAS dalam PRU13, dan lebih penting boleh memudarkan integriti Parti Islam.

AJK PAS Pusat, Khalid Samad, ketika membentangkan kertas kerja Tahaluf Siyasi: Ijtihad semasa, teori dan aplikasi, di Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, mengemukakan beberapa persoalan menarik, khususnya mengenai kerajaan campuran dan kongsi kuasa Pakatan di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Di negeri-negeri berkenaan, kerajaan tidak dapat dibentuk oleh mana-mana parti secara bersendirian, tidak sepertimana realiti di Kelantan pada 1990 (Angkatan Perpaduan Ummah) dan Terengganu 1999 (Barisan Alternatif), apabila PAS berupaya menerajui kerajaan secara solo.

Lebih unik selepas PRU12 ialah situasi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor; mungkin tidak pernah diduga sebahagian pemimpin PAS bahawa dapat berkongsi kuasa bersama DAP dan KeADILan.

"Bagi pimpinan seperti Dr Hasan Ali, bekerjasama dengan KeADILan dan DAP semasa pilihan raya merupakan perkara biasa, tetapi tidak sekali-kali pernah terlintas di pemikiran mereka bahawa PAS akan berkongsi kuasa dengan KeADILan, apatah lagi DAP, dalam keadaan kerusi PAS adalah yang paling kurang," ujar Khalid, merujuk keputusan PRU 2008 di Selangor, PAS hanya memperoleh 8 kerusi, DAP, 13 dan KeADILan, 15.

Bagaimanapun, pada 2013, Pakatan bukan saja terus menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, malah meletakkan BN sebagai kerajaan minoriti apabila undi popularnya hanya sekitar 47 peratus. Lebih istimewa di Selangor, bilangan Adun PAS bertambah menjadi 15.

"Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama KeADILan dan DAP melalui Pakatan memungkinkan keadaan kongsi kuasa tanpa 'PAS dominan', sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan, amatlah perlu untuk semua khususnya pimpinan PAS meyakini bahawa 'risiko yang sudah diperhitungkan' sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti. Kita perlu yakin, dalam keadaan tidak 'dominan' sekalipun, PAS, dan dengan itu perjuangan Islam, tetap akan mendapat manfaat atau keuntungan," tegas Khalid.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menjawab kebimbangan jika Pakatan dapat membentuk kerajaan dengan bilangan ahli Parlimen PAS paling kecil. Bagi saya, pandangan Khalid itu wajar ditelaah, termasuk oleh pihak yang mungkin mempunyai pendapat berbeda.
Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera
11:08AM Jul 9 2013  
Ketua kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran masa segera untuk sebuah pilihan raya umum bagi menarik keluar negara Arab terbesar di dunia itu keluar daripada krisis, selepas bantahan berdarah ekoran penggulingan presidennya Mohamed Mursi.

Perintah yang dikeluarkan Adli Mansour itu menuju ke arah pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan sebelum diikuti pilihan raya presiden, lapor Reuters.

Keperluan ke arah tindakan politik yang berjaya dilihat amat mendesak di negara itu buat masa ini.

Sekurang-kurangnya 51 terkorban pada Ahad apabila tentera melepas tembakan kepada penyokong Mursi di luar berek tentera Pengawal Republik di Kaherah, tempat tokoh Ikhwanul Muslimin itu dipercayai ditahan.

Pihak tentera menjelaskan, tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka diserang secara bersenjata. Pada Jumaat, berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi menyebabkan 35 terkorban.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin pada Selasa masih mendorong supaya lebih banyak tunjuk perasaan diadakan, sekali gus meningkatkan risiko lebih banyak keganasan berlaku. Kumpulan penaung anti-Mursi bagaimanapun berkata mereka tidak akan mengambil langkah sama.

Pertumpahan darah itu ternyata mengejutkan warga Mesir yang rata-rata letih dengan pergolakan yang bermula sejam dua tahun setengah lalu untuk menggulingkan Hosni Mubarak.

Ia juga sekali gus memberi amaran kepada penderma utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah serta Israel yang mempunyai perjanjian pendamaian yang disokong AS pada 1979.

Jutaan orang turun ke jalan raya pada 30 Jun bagi menuntut pengunduran Mursi kerana bimbang beliau berusaha ke arah pengambilalihan kumpulan Islamis Ikhwanul Muslimin - dakwaan yang dinafikan keras.
'Jenayah meningkat ketika EO berkuatkuasa'
11:37AM Jul 9 2013  
MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya menimbulkan dakwaan bahawa peningkatan kadar jenayah berpunca dari pemansuhan Ordinan Darurat (EO).
Sedangkan, pasukan polis tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan bahawa peningkatan kadar jenayah itu berpunca dari pembebasan penjenayah yang sebelum ini ditahan bawah EO.

“Malah, jika kita kaji statistik jenayah sejak satu dekad lalu, ia menunjukkan bahawa kejadian jenayah meningkat dengan agresif ketika EO berkuatkuasa.

“Indeks jenayah Malaysia meningkat dengan mendadak dari 2003 hingga 2008. Pada kemuncaknya, kadar jenayah meningkat 34 peratus dari 2004 hingga 2007.

“Dalam tempoh ini, EO boleh digunakan oleh polis, namun kadar jenayah nampaknya tidak boleh dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Zahid Hamidi pada 4 Julai lalu berhubung usaha KDN untuk merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
Zahid berkata demikian susulan kenyataan polis sebelum itu, yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih 2,600 tahanan bawah undang-undang tersebut, yang dimansuhkan pada 2011.
Namun, selepas mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara pada 2009, kerajaan menyatakan bahawa kada jenayah berkurangan dengan ketara – dari 209,417 kes pada tahun berkenaan kepada 157,891 kes pada 2011, kata Pua.
“Ini dikaitkan dengan pelan transformasi kerajaan dengan peruntukan sumber lebih besar untuk mengawal dan memerangi jenayah jalanan.

“Pencapaian ini, jika benar, tidak pernah dirujuk kepada penggunakan EO yang lebih meluas untuk menahan individu didakwa penjenayah tanpa perbicaraan,” katanya.

Pasukan itu juga, menurut Pua, mengemukakan data pada tahun lalu yang menyebut bahawa kadar jenauah berada pada takah paling rendah dalam dekad ini – dengan 145,891 kes atau penurunan 7.6 peratus dari 2001.

“Lebih jelas lagi, penurunan kadar tersebut, menurut statistik polis, dicapai walau EO dimansuhkan pada tahun tersebut,” katanya.
Sukar nafas, cekikan punca kematian 3 beranak
10:09AM Jul 9 2013  
Bedah siasat ke atas mayat seorang suri rumah dan dua anaknya, yang ditemui dibunuh di rumah mereka di Taman Perumahan Pulau Li Hua baru-baru ini, dijalankan di Hospital Sibu semalam.

Bedah siasat itu dilakukan Dr Jamil Dolkadir, Dr Naomi Chieng Hie Ming dan Dr Hwang Ing Siong bersama beberapa pembantu perubatan.

Jurucakap polis berkata abang suri rumah berkenaan, Ling Tong Ying, mengesahkan identiti Ling Yung Ming, 40, serta dua anaknya, Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng, 2.

Hasil bedah siasat mendapati Ling mati akibat asfiksia atau sesak nafas dan terdapat kecederaan fizikal pada sebelah kiri kepala dan mukanya, Christine pula meninggal dunia disebabkan cekikan di leher manakala adik lelakinya sesak nafas serta kecederaan di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Jayadi Sebli mengesahkan bedah siasat itu selesai pada 1.45 tengah hari dan berkata beliau masih menunggu laporan penuh daripada doktor berkenaan.

Pembunuhan kejam ketiga-tiga mangsa diketahui pukul 10 pagi pada 5 Julai di rumah mereka.

Anggota keluarga terdekat mangsa yang berusia 43 tahun dan bekerja sebagai kontraktor, ditahan ketika berehat dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Bintulu pada petang hari kejadian, bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek didakwa merancang membunuh mangsa dengan gas ketika mereka tidur.

Seorang anak lelaki mangsa berusia 17 tahun, Tiang Soon Tai, yang tidur di bilik berasingan, berjaya melarikan diri ke rumah seorang jiran selepas mendapati ibu dan dua adiknya mati.

Dia kemudian memberitahu polis bahawa suspek menanggung hutang berjumlah kira-kira RM3.5 juta.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari.

- Bernama
Indonesia puasa esok, Muhammadiyah hari ini
 
Kerajaan Indonesia menetapkan bahawa 1 Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan, jatuh pada Rabu, 10 Julai.

Menteri Agama Indonesia Surya Dharma Ali membuat pengumuman itu malam ini di sidang isbat dengan sejumlah pertubuhan Islam yang mewakili pelbagai kumpulan masyarakat di seluruh negara.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Bagaimanapun, anggota pertubuhan Islam Muhammadiyah, sebuah daripada pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, akan mula berpuasa pada Selasa (9 Julai) kerana telah membuat penetapan berdasarkan kaedah kiraan pegangan mereka selama ini.

Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin pada Khamis lepas mengumumkan bahawa tarikh 1 Ramadan yang harus diikuti anggotanya ialah 9 Julai.

Muhammadiyah, katanya, menentukan awal Ramadan menggunakan pendekatan hisab hakiki peredaran bulan, bumi dan matahari.

Setiap tahun, beberapa kumpulan masyarakat Islam di Indonesia memulakan ibadat puasa pada tarikh berbeza, contohnya sebahagian umat Islam di Gorontalo, yang mula berpuasa lebih awal, iaitu pada Isnin (8 Julai).

Kumpulan dari jamaah Al-Qadiriyah di Desa Milango, daerah kecil Dambalo, Gorontalo Utara, itu menetapkan awal puasa berdasarkan ramalan bulan dan keyakinan hati.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak memaksa anggotanya memulakan puasa hari ini.

- Bernama
 
 MESIR : Masuk fasa penentuan?
Posted on Tuesday, July 09 @ 08:29:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokpepijat

"

Kesabaran Ikhwanul Muslimin sudah sampai kemuncaknya.Pembunuhan oleh Tentera ke atas 53 jemaah yang sedang solat Subuh bakal mencetuskan krisis yang amat berat menimpa Mesir.

Sesungguhnya Amerika sedang merancang krisis ini agar berlaku pertentangan antara rakyat dengan Tentera.Dan antara pro Mursi dengan anti Mursi.

Amerika seperti biasa mendanai penyokong anti Mursi dengan kewangan maupun senjata melalui talian Tentera Mesir.

Angkatan Tentera Mesir adalah penerima kedua terbesar bantuan dolar Amerika selepas Zionis Israel.

Perancangan Amerika memasuki fasa kedua selepas fasa pertama berjaya. Fasa pertama ialah mewujudkan suasana perhimpunan anti Mursi. Antaranya kutipan tandatangan 22 juta rakyat Mesir.

Fasa kedua pula,menggulingkan Kerajaan Mursi melalui kudeta tentera. Dan mewujudkan suasana huru hara dengan bantuan tentera dan penyokong anti Mursi.

Fasa ketiga dan terakhir ialah melantik Presiden dan kabinet boneka Amerika dan gunakan kekerasan peluru hidup untuk menghadapi bantahan rakyat Mesir.

Persoalannya, sampai bila tentera sanggup membunuh rakyat sendiri demi menurut arahan Amerika?

Adakah peluru mereka mencukupi untuk membunuh 7 juta rakyat sendiri ?

Besar sangatkah penjara Mesir untuk mengurung 7 juta rakyatnya?

Penyokong Ikhwanul Muslimin sudah kalih dengan tragedi menimpa pimpinan mereka.Bermula dengan pembunuhan Hasan Al Banna,penggantungan ke atas Syed Qutub, ribuan masuk penjara sudah menjadi rutin perjuangan mereka.

Mati lebih mulia daripada berpresidenkan cucu cicit Firaun dan barua Amerika!!

MESIR : Masuk fasa penentuan? "
 
 Pro, anti Mubarak anti Mursi sejak awal
Posted on Tuesday, July 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Subky Latif

SEKALIAN pro Mubarak di Mesir dan seluruh dunia khususnya Israel  dan Amerika hancur hati masing-masing dengan cara Mubarak digulingkan. Justeru itu membuka laluan kepada Ikhwanul Muslimin mengisi kekosongan kuasa.

Kuasa di akar umbi adalah bersama revolusi demokrasi pro Islam gerakan Ikhwan  Muslimin.

Maka anasir pro dan anti Mubarak sepakat untuk menghalangi parti pimpinan Mursi yang pro Ikhwan memenangi pillihan raya Parlimen  dan pillihan raya Presiden.

Mereka gagal menyekat parti Mursi memenangi pilihan raya Parlimen. Menjelang pilihan raya Presiden mahkamah agung yang diketuai Adly Mansor yang menjadi Presiden sementara menggantikan Dr. Mursi membatalkan keputusan pilihan raya itu.

Kecenderungan rakyat ketika Mubarak digulingkan tiada ruang bagi ansir pro Mubarak boleh diberi muka dalam politik, tetapi pemerintah tentera membenarkan bekas Perdana Menteri zaman  Mubarak menjadi calon Presiden menentang Dr. Mursi. Khadam Mubarak itu gagal.

Sebelum Dr. Mursi mengangkat sumpah Presiden, pemeritahan sementara meluluskan undang-undang mencabut kuasa tentera dari Presiden. Apa akan jadi pada Presiden tanpa kuasa atas tentera? Dan apa erti semuanya.

Mursi masuk pejabat tanpa kuasa tentera tetapi beliau mula-mula sekali menggantikan pemimpin tentera yang menjadi khadam pro  dan anti Mubarak sedunia yang  anti Mursi dan Ikhwan.

Tindakan keduanya  ialah cuba mengganti ketua hakim yang membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen. Tindakan ini tidak dapat dibuat oleh Mursi dengan sekalian hakim adalah khadam Mubarat dan anti Ikhwan.

Dari awal hakim dan mahkamah adalah tidak bersama Mursi dan masyarakat diwarwarkan Mursi menentang hakim dan mahkamah.

Ketua hakim yang menjadi Presden sementara sekarang bukan saja sekular anti Islam yang menjadi khadam Mubarak, saya dimaklumkan dia adalah penganut mazhab Kibti. Kibti adalam kaum asal Mesir purba sebangsa dengan Firaun. Firaun adalah anti Nabi Musa dan anti Tuhan Nabi Musa di zamannya dan Firaun ada pemerintahan anti Tuhan dan anti kemanusiaan zaman berzaman.

Mesir yang menjadi boneka barat sejak zaman beraja hingga hari terakhir pemerintahan Mubarak – kecuali di zaman Gamal Abdel  Nasser  yang  anti-Amerika – ia bukan saja memupuk fahaman sekular yang tebal di kalangan elit rakyat Islam, bahkan ia memberi layanan tertentu kepada penganut Khibti tertentu.

Apabila giliran Afrika menjadi Setiausaha Agung PBB, barat menyokong pencalonan warga Mesir untuk jawatan itu tetapi dia adalah seorang penganut Khibtai iaitu Boutrus-Boutrus Ghali.

Sekalipun barat mempercayai golongan sekular Islam  Mesir tetapi ia lebih percaya kepada Khibti kerana Khibti bukan Islam.

Sebaga boneka Mubarak juga lebih percaya kepada Khibti dari orang Islam kerana Islam sekular boleh khianat kepadanya seperti yang dilakukan oleh setengah golongan  sekular yang menjayakan revolusi penggulingannya dulu.

Sekalipun dari mula Mursi cuba menjadi pemimpin yang adil dan  saksama untuk semua – Islam, Kristian, Khibti dan lain-lain, tetapi semua usahanya telah tentang oleh gejala anasir anti Ikhwan.

Sejak dia berkuasa, dia membuka laluan mudah bagi Palastin mendapatkan bekalan melalui terowong di sempdan Gaza. Dia memperkenal dasar pro  Islam yang tidak bercanggah dengan nilai kemanusiaan sejagat.

Israel dan khadam Amerikanya mahu Mursi dan  Ikhwan dihapuskan tetapi tidak mahu tentera mengambil kuasa. Tentera melakukan kudeta dan memberi kuasa Presiden kepada ketua hakim yang membatalkan keputusan pililhan raya Parlimen yang pertama yang dimenangi oleh parti Mursi. Sandiwara yang Amerika tidak dapat bersihkan.

Langkah pertama tentera dan Presiden sementara sebaik Mursi digulingkan selain menahan beratus  pemimpin Ikhwan, ia membinasa terowong bantuan ke Gaza. Mengapa anti Mursi dan anti Ikhwan juga menjadi anti Palestin? Ia adalah tindakan anti Mesir, anti Arab dan anti demokrasi  Islam. 
 
 Harakah lebih bahaya dari majalah lucah
Posted on Tuesday, July 09 @ 08:45:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"
Nampaknya Harakah dan Suara Keadilan lebih bahaya dari majalah lucah, majalah seksi, majalah yang mendedah aurat yang bersepah-sepah terdapat di negara ini. Sebagaimana juga Tazkirah Ramadan yang lebih bahaya dari pusat hiburan dan kedai judi berlesen yang beroperasi di bulan Ramadan.


KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar tabloid
8 Julai 2013 

KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. "Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah.

 Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan
Posted on Tuesday, July 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Hasbullah Awang Chik

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.


"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.
"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.
"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.
Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.
"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.
"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.
Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau  sudah memeluk Islam.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.
DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.
Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. - MI 9 Julai, 2013.

 Siapa Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ?
Posted on Tuesday, July 09 @ 08:25:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tazkirah

"

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
         
 


             Ahlus Sunnah Wal Jama'ah *

Bersabda Nabi Muhammad SAW, ''Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, satu masuk syurga dan yang lainnya masuk neraka''. Sahabat bertanya, ''Siapakah firqah itu Ya Rasulullah ?'' Nabi saw. menjawab, ''Ahlus sunnah wal jama'ah''. (HR. Imam Thabrani)


Link pilihan:

Pengertian - Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi

Ahlus sunnah wal jama’ah - golongan yang selamat

'Asya'irah Pelopor Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Ahlus sunnah wal jama'ah adalah kaum Asy’ariyyah dan Maturidiyyah

Berpegang kepada Ahli Sunnah

Benarkah salafi – wahabi, ahlus sunnah wal jamaah ?

Soal Jawab berkaitan Ahlus sunnah wal jama'ah


*

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/07/ahlus-sunnah-wal-jamaah.html

Tiada ulasan: