Boneka AS kuasai Mesir
Ratusan penyokong anti Mursi meraikan pelantikan ElBaradei di jalan-jalan utama sekitar Kaherah.
Anne W Patterson
Anne W Patterson
Mohamed ElBaradei
Mohamed ElBaradei
SEJAK hari pertama penggulingan Presiden Mohamed Mursi, khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan nama ejen Amerika Syarikat (AS) Mohamed ElBaradei bakal tersenarai dalam kerajaan sementara Mesir sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Namun kini segalanya terus menjadi persoalan apabila pemenang Anugerah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mungkin bergelar Perdana Menteri selepas berjaya dilobi AS dengan alasan untuk meredakan dan menangani krisis di negara itu selepas bergolak sepanjang minggu lalu.

Ketika perkara itu terus menjadi persoalan, Dataran Tahrir dan Dataran Raba’ah masih bermandi darah. Kumpulan anti Mursi didalangi pergerakan Tamarod yang suatu ketika dahulu pernah menggulingkan bekas Presiden diktator Hosni Mubarak pada 2011 meneruskan protes hingga puluhan nyawa terkorban dan ribuan cedera.

Agensi berita Mena dan beberapa sumber pegawai mengesahkan, pelantikan ElBaradei dibuat selepas Presiden sementara Adly Mansour mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dalam barisan kerajaan sementara termasuk tentera semalam.

Penasihat dan jurucakap presiden sementara, Ahmed al-Muslimani yang baru dilantik kelmarin berkata, ElBaradei adalah pilihan logik dan terkuat,” menurut laporan itu.

Sebelum lantikan dibuat, Angkatan Tentera Mesir diketuai Jeneral Abdel Fattah al Sisi sedaya upaya meyakinkan ‘parti atas pagar’ Salafi Al-Nour  untuk serta menyokong pelantikan itu.

Kini, Angkatan Tentera Mesir, pergerakan Tamarod, Parti Penyelamat Negara dan penyokong anti Mursi bersorak di Dataran Tahrir dan di hadapan Istana Ittihadiya  bagi menyokong pelantikan tersebut. Sementara, jutaan penyokong Mursi mengalirkan air mata dan masih terus berkabung atas penggulingan insan bergelar Hafiz itu.

Usaha penyokong Mursi untuk melihat pemimpin itu dibebaskan masih dilakukan dengan jutaan pengikutnya berhimpun melakukan solat Hajat dan berkhemah di luar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah dengan ulama terkemuka Mesir, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan kenyataan meminta jutaan rakyat Mesir meneruskan sokongan ke atas Mursi.

AS mengaku desak Mursi meletak jawatan sejam sebelum digulingkan

Penasihat kanan Mursi yang juga diarahkan untuk perintah berkurung ketika penangkapan Presiden itu, Essam al Haddad mendedahkan, sejam sebelum Mursi digulingkan, Penasihat Keselamatan AS Susan Rice menghubungi Mursi memaklumkan rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletakkan jawatan.

“Menteri Luar Arab sebagai wakil kepada AS telah menghubungi Mursi mendesak supaya melepaskan jawatannya itu bagi mewujudkan peralihan baru dalam Kabinet  atau tentera akan melakukan rampasan kuasa,” katanya.

Essam berkata, ketika itu beliau ada bersama Mursi di rumah Pengawal Keselamatan Republikan dan Mursi terus berkeras enggan melepaskan jawatan itu dan bersumpah untuk terus menyelamatkan Mesir.

“Mursi kemudiannya menghubungi Duta AS ke Mesir Anne W Patterson dan menyatakan pendirian beliau sebagai tidak akan melepaskan jawatan itu dan jangan masuk campur dalam urusan negara,” katanya.

Menurutnya, selepas Mursi selesai menghubungi Patterson, Rice kemudiannya menghantar  khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur sindiran.

“SMS berbunyi: ‘Ibu Amerika baru menghubungi kami, permainan ini akan tamat dalam tempoh sejam’-- (Ibu Amerika merujuk kepada gelaran sinis Mesir bagi kuasa Barat yang telah bertahun-tahun menyokong dan memberi berbilion dana kepada tentera Mesir). Sejam kemudian, SAH! Abdel Fattah mengumumkan penggulingan Mursi dan tentera mengambil alih kuasa,” katanya.


Campur tangan AS jelas

Jika disingkap, punca penggulingan dan desakan menjatuhkan Mursi melalui protes besar-besaran memang didalangi oleh AS dan tuduhan itu adalah jelas.

Pentadbiran Mursi selama setahun lima bulan itu goyah selepas dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat.

Ini kerana semua barisan penentang beliau terdiri daripada individu mempunyai hubungan rapat dengan AS manakala kumpulan penyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikwanul Muslimin yang telah bertapak di Mesir lebih 80 tahun.

Sejak Mursi melantik Abdel Fattah sebagai komander tertinggi negara, Mursi selalu dituduh memonopoli kuasa dengan memberikan jawatan tertinggi kepada ahli Ikwanul Muslimin.

Essam berkata, lantikan Abdel Fattah merupakan kejutan kepada gerakan itu tetapi mereka menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka selepas diberi keyakinan oleh Mursi apabila menggelar Jeneral itu sebagai ‘orang boleh dipercayai’.

“Ketika saya dan Mursi menghadiri mesyuarat di Washington Disember lalu, Barrack Obama mendesak supaya melantik wakil pembangkang untuk membarisi Kabinet. Setiausaha Negara, John Kerry pula pernah mencadangkan ElBaradei patut dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi cadangan itu ditolak mentah oleh Mursi,” katanya.

Kini jelas, segala episod drama penggulingan Mursi tercatat dan dirancang dari awal oleh sekutu AS yang selama ini menjadi 'musuh dalam selimut' kepada pentadbiran MOHAMED MURSI...

Tragedi 'Subuh berdarah', catatan saya

Abdul Malik, 10 Jul 2013
Berlalu lebih 24 jam insiden berdarah "Solat Subuh" dan angka korban semakin meningkat. Jarak antara Dataran Raba'ah yang menjadi lokasi himpunan menyokong Mursi dengan Bangunan Kelab Pengawal Republik tidak jauh, kurang dari 10 km.Beberapa hari sebelumnya, mereka menganjurkan himpunan aman di tiga lokasi iaitu dataran Raba'ah Madinah Nasr, dataran Nahdhah,Giza dan hadapan Bangunan Kelab Pengawal Republik, Jalan Solah Salem.

Malam sebelum kejadian berdarah, tentera menggunakan helikopter mereka bagi menggugurkan risalah kepada lebih 100,000 orang yang berkumpul di Bangunan Pengawal Republik. Antara kandungan risalah iaitu "tentera tidak akan tunduk kepada tekanan dari kumpulan minoriti" yang diisyaratkan kepada penyokong Mursi.

Mesir akan mencatat sejarah yang akan dibaca oleh generasi mereka yang akan datang bahawa terdapat datuk nenek mereka yang sedang menunaikan solat Subuh pada 8 Julai 2013, menganjurkan himpunan aman yang hanya menuntut hak mereka yang dirampas, dibunuh dengan cara yang paling kejam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia pada zaman serba moden ini insiden kejam sedemikian melainkan askar rejim Nusairi Syria dan askar Zionis yang membunuh umat Islam di Syria dan Palestin ketika solat.

Mangsa yang ditembak pula mati serta-merta kerana tembakan di dada, kepala dan leher sememangnya untuk membunuh, bukan sekadar mencederakan mangsa. Sementara mereka yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan. Malangnya, tiga buah hospital yang berdekatan enggan menerima mangsa yang cedera. Tiga buah hospital tersebut iaitu Hospital Husein Jami'i, Hospital Abbasiyah dan Hospital Damardash. Keengganan pihak hospital menerima mangsa yang cedera menyebabkan angka kematian meningkat mendadak. Lalu mangsa dibawa ke Hospital Rab'ah, berhampiran lokasi himpunan. Dengan kepadatan hospital yang tidak mampu menampung mangsa, pihak aktivis yang terdiri dari kalangan doktor-doktor perubatan telah menubuhkan "hospital awam" yang dibuat di dewan persidangan, bersebelahan masjid Raba'ah. Terdapat juga mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Ta'amin Sihhi, berhampiran Dewan ACC. Rupanya pihak polis telah sedia menanti kedatangan mereka lalu mereka ditangkap.

Keadaan bertambah kritikal apabila pihak ambulans tidak dibenarkan menghampiri kawasan serangan lalu terpaksa rakyat menggunakan kenderaan persendirian membawa mangsa ke hospital.

Sementara mereka yang terselamat di kawasan serangan,terutama golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa peluru polis dan askar. Mereka mencari perlindungan di dalam rumah Allah, Masjid Mustafa yang terletak berhampiran medan serangan. Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan masjid lebih 3 jam dan akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba keluar. Terdapat mereka yang terpaksa keluar lalu ditangkap dan jumlah mereka sekitar 200 orang.

Ikhwanonline pula mendedahkan, mangsa yang ditangkap ini kemudian didera teruk bertujuan supaya mereka mengaku bahawa mereka adalah "pengganas" yang cuba menyerang Bangunan Pengawal Republik. Jika mereka mengaku, mereka akan ditampilkan dalam satu sidang media petang nanti. Hingga sidang media, tidak terdapat mereka yang berbuat demikian.

Kesatuan Doktor Perubatan Mesir mengadakan sidang tergempar di Dewan Raba'ah jam 11 pagi. Menurut Setiausaha Agung kesatuan, Dr.Jamal Abdussalam, angka korban (waktu itu) berjumlah 51 orang, termasuk 8 orang wanita dan 5 orang kanak-kanak, dua daripadanya masih menyusu.

Sekitar jam 3 petang, sidang media khas diadakan bersama oleh Majlis Tentera dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi "menjelaskan secara lanjut" insiden berdarah pagi tadi.

Sebelum sidang dimulakan, wartawan "Al-Jazeera" telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan membuat liputan.

Lalu, wakil tentera dan KDN "menjelaskan" tragedi. Kata tentera, "pagi tadi, sekitar jam 4 pagi kami dikejutkan dengan serangan pihak pengganas yang cuba menceroboh Bangunan Pengawal Republik. Seorang tentera terbunuh dan 14 yang lain cedera akibat serangan pengganas itu. Tapi tentera berjaya memberkas 200 orang pengganas dan didapati mereka mempunyai senjata api."

Pihak media juga ditayangkan dengan keratan video bagi menunjukkan bahawa terdapat usaha bagi menceroboh bangunan. Juga mereka tayangkan beberapa orang pemuda melemparkan "molotov" buatan kepada pihak keselamatan.

Askar berkata, "Senjata kami untuk membunuh musuh, bukan anak bangsa sendiri. Apa yang disebarkan bukan gambar yang berlaku di Mesir tetapi di Syria. Termasuk gambar kanak-kanak yang ditembak, ia adalah yang berlaku di Syria."

Tambah wakil askar, hari ini terdapat mereka yang cuba memburukkan imej baik pihak askar.

Kata wakil KDN, "Kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi undang-undang."

Semoga Allah mengurniakan kita kebenaran dan kita mengikuti kebenaran tersebut.
Osman Aziz shared Abdul Latip's photo.
KHABAR DARI MESIR

Bagaimana keadaan di Mesir sekarang?

Suasana semakin tegang. Kejadian jenayah sering berlaku terutama menjelang malam.

Di mana Dr Morsi sekarang?

Ada laporan mengatakan beliau ditahan pihak tentera. Namun berita itu dinafikan banyak pihak termasuk Ikhwan Muslimin. Dr Morsi disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui sesiapa selain Pengawal Republik yang masih setia terhadapnya. Ini bermakna nasib Dr Morsi tidak sama seperti Sadam Husen, Muammar Ghadafi dan beberapa pemimpin lagi yang mana setelah digulingkan terus hilang kuasa malah ada yang dihukum bunuh.

Bagaimana sikap tentera Mesir?

Mereka terbahagi kepada dua, satu menyokong rampasan kuasa dan satu lagi masih setia terhadap Dr Morsi malah masih menganggapnya sebagai Ketua Angkatan Tentera Mesir. Pasukan tentera darat dikatakan masih setia dengan Dr Morsi. Tetapi pasukan tentera udara dan laut menyokong rampasan kuasa.

Bagaimana dengan Ikhwan Muslimin?

Mereka tidak ada pilihan selain terus menentang atau jihad. Perjuangan mereka untuk menentang kekufuran yang sedang berusaha menghapuskan Islam dari Mesir. Ini kerana Ahmad Syafiq yang kalah bertanding jawatan Presiden Mesir pernah berkata, selepas Jun tidak ada lagi pemerintah Islam di Mesir.

Kenapa Ikhlwan Muslimin tidak mahu menyerah atau mengalah?.

Pemerintah yang ada akan menghancurkan Ikhwan Muslimin mungkin lebih teruk dari zaman Gamel Abdul Nasir. Ini kerana mereka tidak mahu Islam memerintah Mesir. Ramai Ikhwan Muslimin akan ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh dengan pelbagai tuduhan. Jika itu berlaku Ikhwan Muslimin mengambil masa yang lama untuk bangkit semula.
.
Bukankah Ikhwan Muslimin boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang?

Mereka akan mengharamkan Ikhwan Muslimin dan tidak dibenarkan mereka bertanding dalam pilihan raya supaya yang menang golongan sekular yang anti Islam.

Apakah Ikhwan Muslimin masih ada harapan?

Tentera darat Mesir menyokong Dr Morsi. Rakyat Mesir juga semakin ramai yang menyebelahi Dr Morsi. Berita terbaharu, penduduk Sinai iaitu Arab Badwi juga dikatakan sudah menyebelahi Dr Morsi. Mereka sedang merancang untuk pergi ke Kaherah. Penduduk Sinai yang terdiri dari Arab Badwi terkenal kaum yang berhati kering tidak takut kepada sesiapa.

Bagaimana jika Ikhwan Muslimin menang?

Pemerintahan Islam akan berkuasa di Mesir. Undang-undang Islam dapat ditegakkan sepenuhnya. Kerana itu Perjuangan Ikhwan Muslimin sekarang ialah mempertahanakn Islam di Mesir dengan cara mengekalkan kembali Dr Morsi sebagai Presiden.

Selamat berjuang….
Gambar yang menggerunkan pihak yang cuba berniat buruk terhadap mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia !

Solat Taraweh di Rab'iah El-Adawiyyah ... Lautan manusia yang tidah gentar kecuali hanya kepada Allah ... Gerakan Islam Mesir dan para ulamaknya telah berjaya menghasilkan generasi yang hanya takutkan kepada Allah s.w.t .. Alhamdulillah dan Syabas !!!


Kredit : Rassd.com
Gambar yang menggerunkan pihak yang cuba berniat buruk terhadap mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia !

Solat Taraweh di Rab'iah El-Adawiyyah ... Lautan manusia yang tidah gentar kecuali hanya kepada Allah ... Gerakan Islam Mesir dan para ulamaknya telah berjaya menghasilkan generasi yang hanya takutkan kepada Allah s.w.t .. Alhamdulillah dan Syabas !!!

*Penulis adalah penasihat PMRAM
Osman Aziz shared Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)'s photo.
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 09 Julai 2013 | 07.25 petang

Kesatuan Doktor Perubatan Mesir hari ini melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan).

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Pas Bagan Parit Sulong shared Irfan B. Masiri's photo.
Beliau adalah Dr. yang mengajar ana subjek lipid biochemistry, di Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar. Exam baru-baru ni, beliau adalah Dr. yang menguji ana dalam oral section. Sempat bersembang dengan beliau. Seorang yang berwatakan baik. Berwajah manis. Tegas dalam mengajar. Apa yang menarik, dia tanya ana, Wan (Wan Aiman Khudzri..) ni apa maksudnya. Jawab ana ni nama keturunan di Malaysia, wilayah Kelantan. Kenangan menarik bersama As-Syahid.

Tapi, hari ini nampaknya Allah lebih sayangkan dia. Dia membenarkan janjinya ketika mempertahankan negara dan agamanya. beliau adalah Prof. Dr. Yasir Taha. Ya Dr. Mudah-mudahan aku mengikuti jejakmu..!
Ya Allah, hancurkanlah anjing as-sisi dan sekutu-sekutunya, sehancur dan selumatnya..!

-akh Aiman Khudzri-


Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 9 Julai 2013 (gambar) yang menyatakan "Ikhwanul Muslimin gesa pemberontakan diadakan", berdasarkan kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan di Kaherah oleh pihak Ikhwanul Muslimin sejak bermulanya kebangkitan rakyat Mesir selepas pihak kepimpinan Tentera merampas kuasa pada 30 Jun 2013 dengan memecat Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat Mesir, Muhammad Mursi, kami ingin menyatakan bahawa :

1. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak datang dari sumber Ikhwanul Muslimin sendiri. Ianya mungkin dirujuk daripada sumber- sumber lain khasnya media propaganda pihak pembangkang Presiden Muhammad Mursi atau media- media lain.

2. Menurut kenyataan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Badi', Ikhwan menentang penggulingan kuasa oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah As Sisi ini kerana ianya adalah satu pencabulan hak rakyat yang telah membuat pemilihan terhadap presiden mereka melalui sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang bersih (buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir) yang diiktiraf oleh rakyat dan juga negara- negara luar.

3. Ikhwan Muslimin bersama berbagai kelompok rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan, menentang keras tindakan jahat dan kotor ini melalui perhimpunan aman di seluruh negara Mesir. Perhimpunan aman dan "I'tisom" ( berpiket secara berterusan/ tidak keluar daripada tempat berpiket) akan tetap diteruskan sehinggalah Presiden Dr Muhammad Mursi dikembalikan semula ke tampuk jawatannya sebagai presiden Mesir yang sah dan dipilih oleh rakyat melalui lunas demokrasi yang luhur.

4. Tindakan berhimpun secara aman dan tidak menggunakan sebarang unsur kekerasan akan tetap diteruskan sehinggalah presiden mesir dikembalikan semula. Mereka menegaskan perhimpunan aman ini adalah hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan Mesir (yang juga telah digantung perlaksanaannya oleh as Sisi) dan dijamin oleh PBB.

5. Tragedi berdarah yang berlaku semalam merupakan tindakan durjana pihak kepimpinan tentera yang telah menggunakan tindakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan aman ini. Mereka yang berhimpun waktu itu sedang solat subuh dan mereka dihujani dengan tembakan gas pemedih mata dan tembakan dengan peluru hidup tatkala mereka masih solat (rakaat kedua). Tohmahan adanya tindakan golongan pelampau yang menyerang tentera telah dinafikan sekeras- kerasnya oleh pihak penyokong Dr Muhammad Mursi. Semua bukti yang dikemukan oleh jurucakap Tentera dalam kenyataannya semalam adalah bukti video yang dimanipulasi dari rakaman insiden lain yang berlaku di tempat lain dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku dalam tragedi berdarah awal pagi semalam.

via Mesir Kini
Like · · · 14 hours ago ·
Azhan Shah shared Syed Amni Syed Mohamed's photo.
Mesir: Sebahagian drpd IM yg dtembak ktka solat subuh pg td di Rabiah. 4 org drpd mreka mrupakn knak2, 31 yg lain dewasa, dan 9 lg blm dikenalpasti. Moga mrk dtmptkn d Firdaus Allah sana.