Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)
MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.
Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.
Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.
Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.
Satu nota dalam Bahasa Arab turut ditinggalkan bertulis "Laman web ini telah dipintas oleh Qassam Hacker. Assalamualaikum, Bersama ini kami mengumumkan kepada semua khalayak, dengan izin Allah Dr. Muhammad Morsi akan segera kembali. Wahai para pengkhianat, para tentera dan sisa-sisa rejim penguasa, Nyahkan kakimu dan jangan kalian ganggu Muhammad Morsi".
Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran kepada pasukan tentera elit Hamas, Palestin dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Namun perkaitan dengan revolusi terbaru Mesir ini tidak dapat disahkan.
Apabila menyebut Ramadhan, ramai dalam kalangan kita yang teruja.
Keterujaan itu datang dalam pelbagai sudut, bergantung kepada yang
empunya diri. Secara umumnya, ramai yang membayangkan bahawa bulan ini
adalah peluang untuk menikmati pelbagai makanan dan kuih-muih di bazar
Ramadhan yang ada dipelbagai ceruk.
Bukan itu sahaja, pihak hotel turut menawarkan pelbagai pakej untuk menarik orang ramai berbuka puasa di premis mereka. Untuk Ramadhan sahaja, ribuan lesen berniaga sementara telah dikeluarkan. Bagi peniaga, bulan ini merupakan bulan rezeki kerana pendapatan dijangka meningkat berkali ganda.
Hakikatnya yang berlaku pada hari ini ialah kita banyak menghabiskan wang untuk membeli makanan. Sepatutnya, ketika bulan puasalah kita mempunyai lebihan wang kerana tidak lagi perlu berbelanja untuk sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sebaliknya yang berlaku ialah perbelanjaan pada bulan Ramadhan telah meningkat berbanding bulan biasa.
Sepatutnya dalam bulan yang berkat ini kita kurangkan makan, banyakkan solat sunat, banyakkan bersedekah, dan apa-apa yang berkaitan. Barulah kita dapat merasakan keberkatan berpuasa. Berbukalah dan bersahurlah dalam keadaan yang sederhana – jangan membazir makanan.
Saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia khususnya, marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini sebagai pesta ibadat, bukan pesta makan!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar)
ingin menarik perhatian kerajaan berhubung dengan kos pengurusan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak cekap dan gagal
mengoptimumkan kemudahan yang diperuntukkan.
Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,
Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.
Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.
Pada tahun 2011, ujarnya Jabatan Audit Negara telah melawat tujuh kem PLKN, iaitu Kem Paya Indah, Selangor; Kem Princess Haliza, Selangor; Kem Sri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan; Kem Cahaya Gemilang, Pahang; Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem KK Di Bawah Bayu, Sabah; dan Kem PLKN Bukit Saban, Betong, Sarawak.
Hasil daripada audit tersebut, katanya Laporan Ketua Audit telah mendapati kepincangan besar dalam kos perkhidmatan bas kerana sebelum tahun 2010, JLKN telah membayar RM1.35 juta bagi perkhidmatan bas di ketujuh-tujuh kem tersebut.
“Bayaran ini telah dibuat mengikut perjalanan dan bukan sewa bulanan,” ujarmya dalam satu kenyataan.
Namun begitu, kata beliau bagi tahun 2010 dan 2011 pula, semenjak kuatkuasanya kontrak perkhidmatan selama lima tahun dengan Syarikat GPB Corporation Sdn Bhd, JLKN telah membayar RM5.36 juta setiap tahun untuk tujuh kem yang sama.
“Ini adalah peningkatan mendadak lima kali ganda atau 500 peratus dan jelas satu pembaziran sumber kerana perkhidmatan bas tidak dioptimumkan,” ujarnya lagi.
Menurut laporan yang sama, kata beliau bayaran bulanan berjumlah RM17,014 bagi sebuah bas atau RM85,072 bagi setiap kem pada tahun 2010 dan 2011 tidak setimpal dengan bilangan penggunaannya.
Analisis Audit, ujarnya mendapati purata penggunaan bulanan bas adalah hanya antara 2 hingga 15 kali bagi tahun 2010 dan antara satu hingga 18 kali bagi tahun 2011.
Malah, kata Zairil terdapat kem PLKN yang gagal mengemukakan log perjalanan bas.
“JLKN telah memberi maklum balas pada 13 Jun 2012 yang mendakwa kontrak perkhidmatan bas diperlukan bagi memudahkan Jabatan membuat perancangan perjalanan dan pengurusan menjadi lebih sistematik tidak boleh diterima kerana kekerapan penggunaan bas yang rendah dan melibatkan peningkatan kos sehingga 500 peratus,” katanya lagi.
Oleh itu, kata beliau Menteri Pertahanan harus menjawab soalan-soalan berikut:
1. Laporan Ketua Audit ini hanya meliputi tujuh buah Kem Latihan Khidmat Negara yang terpilih sahaja. Apakah kos sebenar untuk kesemua kem latihan di seluruh negara? Berdasarkan kos RM5.36 juta setahun untuk tujuh kem, kos perkhidmatan bas bagi 81 kem mungkin mencecah RM434 juta.
2. Apakah alasan sebenar JLKN untuk menukar kaedah sewaan perkhidmatan daripada berdasarkan jumlah perjalanan kepada sewaan bulanan yang melibatkan peningkatan kos sebanyak 500 peratus yang tidak setimpal dengan penggunaan?
3. Bagaimanakah kaedah syarikat bas ini dilantik dan apakah perincian perjanjian tersebut?
4. Apakah tindakan JLKN untuk menghentikan pembaziran yang tidak masuk akal ini?
KUALA LUMPUR: PAS prihatin dengan bebanan yang ditanggung oleh para guru akibat pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan bebanan kerja guru akibat pelaksanaan Sistem PBS.
Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan soalan untuk jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Lain-lain soalan daripada ahli parlimen PAS yang disenaraikan untuk dijawab lisan hari ini sebagaimana di bawah.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bilakah kemudahan UNIFI akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Kelantan.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan tragedi-tragedi keruntuhan begitu banyak bangunan-bangunan projek Kerajaan di Terengganu kebelakangan ini.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan berapakah jumlah dan bagaimanakah Kaedah Agihan Peruntukan untuk Galakan/Promosi Pelancongan untuk Negeri Kelantan bagi tahun 2008 hingga 2013.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan lanjutan usaha memurnikan hubungan antara agama bagi memastikan perpaduan kaum terjamin di negara ini.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan langkah bagi menggalakkan penggunaan Termografi Pengkomputeran (Computerize Thermography) dan Radiografi Digital (Digital Radiography) dalam industri bagi mengurangkan dedahan sinaran kepada pekerja dan orang awam.
Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan kegagalan Keramat Mall menjadi pusat perniagaan walaupun kedudukannya amat strategik dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pusat ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah royalti Petronas akan diberikan kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang layak.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan cukai eksais dan cukai import kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dan berapakah penurunan cukai tersebut.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri
menyatakan adakah terdapat kajian khusus antara pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menyekat kebebasan murtad.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komiditi menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas-bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh Kerajaan.
MUNGKIN ramai dari kita terlepas pandang kepada suatu perkembangan undang-undang yang berlaku di Mahkamah Rayuan, Putrajaya penghujung Jun lalu. Penarikan rayuan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran dan kerajaan Malaysia dalam kes melibatkan seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberhentikan kerana hamil suatu perkembangan yang wajar diberi perhatian.
Noorfadilla Ahmad Saikin seorang guru di bawah GSTT telah memulakan suatu tindakan undang-undang pada bulan Mei 2010 kerana ditamatkan perkhidmatan sebagai pengajar GSTT kerana bakal melahirkan anak ketiga. Beliau telah mengambil tindakan terhadap beberapa pihak termasu Kementerian Pendidikan ketika itu dan kerajaan Malaysia.
Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui penghakiman oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof telah memutuskan bahawa penamatan Noorfadilla sebagai guru di bawah GSTT pada 12 Januari 2009 adalah tidak sah dan terbatal kerana telah dibuat melanggari peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia.
Penamatan perkhitmatan sebagai seorang guru GSTT hanya kerana beliau hamil adalah suatu tindakan diskriminasi terhadap wanita yang mana bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dalam Bahagian II perlembagaan tersebut menegaskan bahawa setiap warga Negara Malaysia adalah mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang tanpa boleh didiskriminasi meskipun dari aspek jantina.
Pada peringkat perbicaraan, Kerajaan Malaysia telah menghujahkan bahawa tindakan pemberhentian tersebut adalah wajar disebabkan tiadanya suatu ikatan kontrak antara Noorfadilla dan Kementerian Pendidikan. Mahkamah dalam keputusannya telah menolak hujah tersebut dan menyandarkan alas an penghakiman kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak asasi manusia dan satu konvensyen antarabangsa yang telah diterima pakai oleh kerajaan Malaysia iaitu Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW).
Berikutan kemenangan Noorfadilla di peringkat mahkamah tinggi itulah, kerajaan Malaysia telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Pembatalan rayuan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan tersebut telah sekali gus menjadikan keputusan asal Mahkamah Tinggi Shah Alam terus terpakai dan berkuatkuasa.
Selain CEDAW yang berkait dengan hak-hak wanita dan tegahan diskriminasi terhadap wanita, sehingga ke hari ini Malaysia juga telah menerima pakai beberapa konvensyen antarabangsa. ia termasuklah Convention on the Rights of the Child (CRC) berkaitan hak kanak-kanak dan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) berkaitan hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU).
Pengekalan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Noorfadilla sesungguhnya meletakkan hak-hak warga Negara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia sejagat kian diiktiraf. Ia seterusnya memberi suatu petanda kepada pimpinan politik dan pihak berkuasa awam untuk tidak bertindak sewenang-wenang terhadap rakyat jelata.
Lebih dari itu, kes Noorfadilla juga membuka ruang yang lebih baik bagi tindakan-tindakan yang berasaskan kepentingan awam dan rakyat dibawa ke muka pengadilan bilamana ia melibatkan tindakan-tindakan pihak berkuasa yang cenderung bersifat menindas dan mendiskriminasi rakyat.
Perkembangan tersebut juga menuntut integriti perkhidmatan awam dipertingkatkan agar setiap tindakan oleh pihak berkuasa awam bebas dari sebarang anasir penindasan dan penafian hak. Demikian juga, kealpaan pihak berkuasa untuk bertindak bagi memastikan setiap hak rakyat diberikan kini terdedah kepada tindakan demi kepentingan awam.
Wajarlah untuk setiap penggiat masyarakat dalam pelbagai bidang dan peringkat untuk cakna dengan perkembangan yang berlaku dalam ruang undang-undang Negara. Apatah lagi selaku individu yang mendokong dan memperjuangkan Islam, undang-undang yang ada perlu terus hidup dan diusahakan selari dengan kehendak Islam dalam memastikan setiap rakyat dapat dibangunkan tanpa ada yang dinafikan hak sebagai insan dan warga Negara. – 30 Sya’ban 1434H.
BENTONG: Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda: Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dengan demikian tahulah kita kenapa budaya membaca dan menghafal Al-Quran amat dititikberatkan oleh generasi terdahulu. Namun akhir-akhir ini budaya tersebut kelihatan semakin pudar dan dilupai.
Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Abrar, Roslan Md Esa berkata, akibatnya ramai anak muda tidak mahir membaca kitab suci itu, apatah lagi untuk menghafal dan menghayatinya.
“Atas faktor inilah saya mengasaskan Pusat Pendidikan dan Pengajian Islam ini bagi mengatasi masalah tersebut. Penubuhan kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas-kelas fardhu ain yang sebelum ini diadakan di masjid,” katanya.
Roslan berkata maahad bangunan tiga tingkat di atas tanah setengah ekar yang merupakan satu-satunya pusat pengajian Islam di tengah bandar Bentong itu, adalah wakaf daripada salah seorang bapa pelajar dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.
Tambahnya, maahad yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) itu mempunyai keseluruhan pelajar 76 orang dengan 16 orang daripadanya belajar sepenuh masa dan tinggal di asrama tingkat tiga bangunan itu. Selain tahfiz, maahad tersebut turut mengadakan kuliah untuk umum dua kali seminggu dan ijtimak bulanan.
Suasana belajar.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang itu berkata, sebelum ini beliau bersama-sama beberapa orang sahabat sudahpun menubuhkan Maahad Tahfiz Darul Abrar di Manjung, Perak yang pada masa ini sedang menggunapakai modul tahfiz, Sijil Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama.
Pengalaman tersebutlah yang digunakannya untuk memajukan maahad di Bentong ini.
“Ketika ini maahad memiliki enam orang tenaga pengajar sepenuh masa. Untuk itu saya terpaksa mencari sekitar RM10,000 sebulan untuk menampung semua kos operasi.
“Maahad juga sudah memiliki enam ekar tanah yang separuh dibeli separuh lagi wakaf berhampiran Lebuh Raya Karak iaitu kira-kira lima kilometer dari sini. Dalam perancangan jangka panjangnya akan dibangunkan pondok pengajian,” katanya.
Roslan yang berkelulusan syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir, turut mengalu-alukan kemasukan pelajar lelaki yang terbuka sepanjang masa kerana ‘sesiapa yang menghafal Al-Quran dialah yang akan membawa panji-panji Islam’.
Bagi yang ingin melabur saham akhirat, juga amat dialu-alukan dengan jualan wakaf bangunan untuk menyiapkan asrama pelajar.
Sesiapa yang ingin menyumbang untuk dana pembangunan bolehlah memasukkan wang ke Maybank Islamik ke akaun Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al- Abrar 556132051813. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian: 014-5034996 dan ww.facebook.com/mtdaralabrar.
MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.
Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.
Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.
Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.
Satu nota dalam Bahasa Arab turut ditinggalkan bertulis "Laman web ini telah dipintas oleh Qassam Hacker. Assalamualaikum, Bersama ini kami mengumumkan kepada semua khalayak, dengan izin Allah Dr. Muhammad Morsi akan segera kembali. Wahai para pengkhianat, para tentera dan sisa-sisa rejim penguasa, Nyahkan kakimu dan jangan kalian ganggu Muhammad Morsi".
Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran kepada pasukan tentera elit Hamas, Palestin dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Namun perkaitan dengan revolusi terbaru Mesir ini tidak dapat disahkan.
Ramadhan bukan pesta makan
Syed Ramadan, |
Bukan itu sahaja, pihak hotel turut menawarkan pelbagai pakej untuk menarik orang ramai berbuka puasa di premis mereka. Untuk Ramadhan sahaja, ribuan lesen berniaga sementara telah dikeluarkan. Bagi peniaga, bulan ini merupakan bulan rezeki kerana pendapatan dijangka meningkat berkali ganda.
Hakikatnya yang berlaku pada hari ini ialah kita banyak menghabiskan wang untuk membeli makanan. Sepatutnya, ketika bulan puasalah kita mempunyai lebihan wang kerana tidak lagi perlu berbelanja untuk sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sebaliknya yang berlaku ialah perbelanjaan pada bulan Ramadhan telah meningkat berbanding bulan biasa.
Sepatutnya dalam bulan yang berkat ini kita kurangkan makan, banyakkan solat sunat, banyakkan bersedekah, dan apa-apa yang berkaitan. Barulah kita dapat merasakan keberkatan berpuasa. Berbukalah dan bersahurlah dalam keadaan yang sederhana – jangan membazir makanan.
Saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia khususnya, marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini sebagai pesta ibadat, bukan pesta makan!
Kenapa kos perkhidmatan bas PLKN naik 500%?
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,
Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.
Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.
Pada tahun 2011, ujarnya Jabatan Audit Negara telah melawat tujuh kem PLKN, iaitu Kem Paya Indah, Selangor; Kem Princess Haliza, Selangor; Kem Sri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan; Kem Cahaya Gemilang, Pahang; Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem KK Di Bawah Bayu, Sabah; dan Kem PLKN Bukit Saban, Betong, Sarawak.
Hasil daripada audit tersebut, katanya Laporan Ketua Audit telah mendapati kepincangan besar dalam kos perkhidmatan bas kerana sebelum tahun 2010, JLKN telah membayar RM1.35 juta bagi perkhidmatan bas di ketujuh-tujuh kem tersebut.
“Bayaran ini telah dibuat mengikut perjalanan dan bukan sewa bulanan,” ujarmya dalam satu kenyataan.
Namun begitu, kata beliau bagi tahun 2010 dan 2011 pula, semenjak kuatkuasanya kontrak perkhidmatan selama lima tahun dengan Syarikat GPB Corporation Sdn Bhd, JLKN telah membayar RM5.36 juta setiap tahun untuk tujuh kem yang sama.
“Ini adalah peningkatan mendadak lima kali ganda atau 500 peratus dan jelas satu pembaziran sumber kerana perkhidmatan bas tidak dioptimumkan,” ujarnya lagi.
Menurut laporan yang sama, kata beliau bayaran bulanan berjumlah RM17,014 bagi sebuah bas atau RM85,072 bagi setiap kem pada tahun 2010 dan 2011 tidak setimpal dengan bilangan penggunaannya.
Analisis Audit, ujarnya mendapati purata penggunaan bulanan bas adalah hanya antara 2 hingga 15 kali bagi tahun 2010 dan antara satu hingga 18 kali bagi tahun 2011.
Malah, kata Zairil terdapat kem PLKN yang gagal mengemukakan log perjalanan bas.
“JLKN telah memberi maklum balas pada 13 Jun 2012 yang mendakwa kontrak perkhidmatan bas diperlukan bagi memudahkan Jabatan membuat perancangan perjalanan dan pengurusan menjadi lebih sistematik tidak boleh diterima kerana kekerapan penggunaan bas yang rendah dan melibatkan peningkatan kos sehingga 500 peratus,” katanya lagi.
Oleh itu, kata beliau Menteri Pertahanan harus menjawab soalan-soalan berikut:
1. Laporan Ketua Audit ini hanya meliputi tujuh buah Kem Latihan Khidmat Negara yang terpilih sahaja. Apakah kos sebenar untuk kesemua kem latihan di seluruh negara? Berdasarkan kos RM5.36 juta setahun untuk tujuh kem, kos perkhidmatan bas bagi 81 kem mungkin mencecah RM434 juta.
2. Apakah alasan sebenar JLKN untuk menukar kaedah sewaan perkhidmatan daripada berdasarkan jumlah perjalanan kepada sewaan bulanan yang melibatkan peningkatan kos sebanyak 500 peratus yang tidak setimpal dengan penggunaan?
3. Bagaimanakah kaedah syarikat bas ini dilantik dan apakah perincian perjanjian tersebut?
4. Apakah tindakan JLKN untuk menghentikan pembaziran yang tidak masuk akal ini?
PBS: Apa langkah untuk kurangkan beban guru
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan bebanan kerja guru akibat pelaksanaan Sistem PBS.
Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan soalan untuk jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Lain-lain soalan daripada ahli parlimen PAS yang disenaraikan untuk dijawab lisan hari ini sebagaimana di bawah.
Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bilakah kemudahan UNIFI akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Kelantan.
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil untuk mengelakkan tragedi-tragedi keruntuhan begitu banyak bangunan-bangunan projek Kerajaan di Terengganu kebelakangan ini.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan berapakah jumlah dan bagaimanakah Kaedah Agihan Peruntukan untuk Galakan/Promosi Pelancongan untuk Negeri Kelantan bagi tahun 2008 hingga 2013.
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan lanjutan usaha memurnikan hubungan antara agama bagi memastikan perpaduan kaum terjamin di negara ini.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan langkah bagi menggalakkan penggunaan Termografi Pengkomputeran (Computerize Thermography) dan Radiografi Digital (Digital Radiography) dalam industri bagi mengurangkan dedahan sinaran kepada pekerja dan orang awam.
Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan kegagalan Keramat Mall menjadi pusat perniagaan walaupun kedudukannya amat strategik dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pusat ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah royalti Petronas akan diberikan kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang layak.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan cukai eksais dan cukai import kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dan berapakah penurunan cukai tersebut.
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri
menyatakan adakah terdapat kajian khusus antara pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menyekat kebebasan murtad.
Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komiditi menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas-bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh Kerajaan.
Hidupnya undang-undang pasti bermanfaat untuk Islam
Mohammad Faizal Che Yusof, | 09 Jul 2013 |
MUNGKIN ramai dari kita terlepas pandang kepada suatu perkembangan undang-undang yang berlaku di Mahkamah Rayuan, Putrajaya penghujung Jun lalu. Penarikan rayuan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran dan kerajaan Malaysia dalam kes melibatkan seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberhentikan kerana hamil suatu perkembangan yang wajar diberi perhatian.
Noorfadilla Ahmad Saikin seorang guru di bawah GSTT telah memulakan suatu tindakan undang-undang pada bulan Mei 2010 kerana ditamatkan perkhidmatan sebagai pengajar GSTT kerana bakal melahirkan anak ketiga. Beliau telah mengambil tindakan terhadap beberapa pihak termasu Kementerian Pendidikan ketika itu dan kerajaan Malaysia.
Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui penghakiman oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof telah memutuskan bahawa penamatan Noorfadilla sebagai guru di bawah GSTT pada 12 Januari 2009 adalah tidak sah dan terbatal kerana telah dibuat melanggari peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia.
Penamatan perkhitmatan sebagai seorang guru GSTT hanya kerana beliau hamil adalah suatu tindakan diskriminasi terhadap wanita yang mana bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dalam Bahagian II perlembagaan tersebut menegaskan bahawa setiap warga Negara Malaysia adalah mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang tanpa boleh didiskriminasi meskipun dari aspek jantina.
Pada peringkat perbicaraan, Kerajaan Malaysia telah menghujahkan bahawa tindakan pemberhentian tersebut adalah wajar disebabkan tiadanya suatu ikatan kontrak antara Noorfadilla dan Kementerian Pendidikan. Mahkamah dalam keputusannya telah menolak hujah tersebut dan menyandarkan alas an penghakiman kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak asasi manusia dan satu konvensyen antarabangsa yang telah diterima pakai oleh kerajaan Malaysia iaitu Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW).
Berikutan kemenangan Noorfadilla di peringkat mahkamah tinggi itulah, kerajaan Malaysia telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Pembatalan rayuan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan tersebut telah sekali gus menjadikan keputusan asal Mahkamah Tinggi Shah Alam terus terpakai dan berkuatkuasa.
Selain CEDAW yang berkait dengan hak-hak wanita dan tegahan diskriminasi terhadap wanita, sehingga ke hari ini Malaysia juga telah menerima pakai beberapa konvensyen antarabangsa. ia termasuklah Convention on the Rights of the Child (CRC) berkaitan hak kanak-kanak dan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) berkaitan hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU).
Pengekalan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Noorfadilla sesungguhnya meletakkan hak-hak warga Negara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia sejagat kian diiktiraf. Ia seterusnya memberi suatu petanda kepada pimpinan politik dan pihak berkuasa awam untuk tidak bertindak sewenang-wenang terhadap rakyat jelata.
Lebih dari itu, kes Noorfadilla juga membuka ruang yang lebih baik bagi tindakan-tindakan yang berasaskan kepentingan awam dan rakyat dibawa ke muka pengadilan bilamana ia melibatkan tindakan-tindakan pihak berkuasa yang cenderung bersifat menindas dan mendiskriminasi rakyat.
Perkembangan tersebut juga menuntut integriti perkhidmatan awam dipertingkatkan agar setiap tindakan oleh pihak berkuasa awam bebas dari sebarang anasir penindasan dan penafian hak. Demikian juga, kealpaan pihak berkuasa untuk bertindak bagi memastikan setiap hak rakyat diberikan kini terdedah kepada tindakan demi kepentingan awam.
Wajarlah untuk setiap penggiat masyarakat dalam pelbagai bidang dan peringkat untuk cakna dengan perkembangan yang berlaku dalam ruang undang-undang Negara. Apatah lagi selaku individu yang mendokong dan memperjuangkan Islam, undang-undang yang ada perlu terus hidup dan diusahakan selari dengan kehendak Islam dalam memastikan setiap rakyat dapat dibangunkan tanpa ada yang dinafikan hak sebagai insan dan warga Negara. – 30 Sya’ban 1434H.
Maahad Tahfiz Abrar mahu anak muda celik al-Quran
Khairil Abdul Rahim, | 09 Jul 2013 |
BENTONG: Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda: Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dengan demikian tahulah kita kenapa budaya membaca dan menghafal Al-Quran amat dititikberatkan oleh generasi terdahulu. Namun akhir-akhir ini budaya tersebut kelihatan semakin pudar dan dilupai.
Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Abrar, Roslan Md Esa berkata, akibatnya ramai anak muda tidak mahir membaca kitab suci itu, apatah lagi untuk menghafal dan menghayatinya.
“Atas faktor inilah saya mengasaskan Pusat Pendidikan dan Pengajian Islam ini bagi mengatasi masalah tersebut. Penubuhan kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas-kelas fardhu ain yang sebelum ini diadakan di masjid,” katanya.
Roslan berkata maahad bangunan tiga tingkat di atas tanah setengah ekar yang merupakan satu-satunya pusat pengajian Islam di tengah bandar Bentong itu, adalah wakaf daripada salah seorang bapa pelajar dan mula beroperasi pada 1 Disember 2010.
Tambahnya, maahad yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) itu mempunyai keseluruhan pelajar 76 orang dengan 16 orang daripadanya belajar sepenuh masa dan tinggal di asrama tingkat tiga bangunan itu. Selain tahfiz, maahad tersebut turut mengadakan kuliah untuk umum dua kali seminggu dan ijtimak bulanan.
Suasana belajar.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang itu berkata, sebelum ini beliau bersama-sama beberapa orang sahabat sudahpun menubuhkan Maahad Tahfiz Darul Abrar di Manjung, Perak yang pada masa ini sedang menggunapakai modul tahfiz, Sijil Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama.
Pengalaman tersebutlah yang digunakannya untuk memajukan maahad di Bentong ini.
“Ketika ini maahad memiliki enam orang tenaga pengajar sepenuh masa. Untuk itu saya terpaksa mencari sekitar RM10,000 sebulan untuk menampung semua kos operasi.
“Maahad juga sudah memiliki enam ekar tanah yang separuh dibeli separuh lagi wakaf berhampiran Lebuh Raya Karak iaitu kira-kira lima kilometer dari sini. Dalam perancangan jangka panjangnya akan dibangunkan pondok pengajian,” katanya.
Roslan yang berkelulusan syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir, turut mengalu-alukan kemasukan pelajar lelaki yang terbuka sepanjang masa kerana ‘sesiapa yang menghafal Al-Quran dialah yang akan membawa panji-panji Islam’.
Bagi yang ingin melabur saham akhirat, juga amat dialu-alukan dengan jualan wakaf bangunan untuk menyiapkan asrama pelajar.
Sesiapa yang ingin menyumbang untuk dana pembangunan bolehlah memasukkan wang ke Maybank Islamik ke akaun Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al- Abrar 556132051813. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian: 014-5034996 dan ww.facebook.com/mtdaralabrar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan