Jumaat, 12 Julai 2013

TAK YAH MINUMLAH...MINUM YANG LAIN

Akibat Habuan Tak Cukup Mula Gigit Tuan
Posted on Thursday, July 11 @ 22:44:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO

Ini lagi seronok bangaiman anak buat Datuk Rohani, Ahli Parlimen Batang Lupar telah membut komen terbuka dalam blog kerana tak puas hati tak cukup makan selepas bekerja kuat memangkan UMNO.

Dia orang ingat duit kerajaan tu duit mak bapak dia orang ke? Baca petikan komen terbuka di bawah.

Sangkakala dapat tahu bahawa Datuk Rohani, Ahli Parlimen Batang Lupar membawa jentera mengundi beliau ke Kuala Lumpur bermula pada 1 hinggalah ke 6 haribulani.

Bagus apa yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita ini kerana menghargai jentera jentera pilihanraya beliau.

Sangkakala dengar sampai 3 bas tu daripada Sarawak dan sudah pastilah mereka yang dibawa ke Kuala Lumpur itu berasa amat gembira.

Tapi apa yang Sangkakala dengar lagi, ada kelainan pulak dalam trip rombongan kali ini, Datuk Rohani bukan membawa mereka melancong, tapi membawa mereka ke rumah tumpangan orang orang tua dan anak akan yatim.

Kalau nak melawat setakat tempat tempat macam tu, tak payah lah bawa sampai ke Kuala Lumpur Datuk, di Sarawak pun banyak, silap silap boleh buat acara gotong royong lagi.

Apa yang Sangkakala dengar lagi mereka ini ditempatkan di hotel bajet sekitar kawasan masjid India di ibu kota, dan Datuk Rohani sendiri menginap di hotel Legend.

Bukanlah Sangkakala marah, tapi Sangkakala cuma menegur, kalau nak bawa rombongan jentera biarlah ikhlas, walaupun dekat tapi berbaloi dengan usaha mereka bagi memenangkan Datuk di kawasan.

Apa yang lebih mengecewakan lagi, Sangkakala dapat tahu juga bahawa makan para peserta rombongan hanya diberi pada waktu siang, dan waktu malam, mereka makan sendiri.

Kesian le pada mereka tu Datuk, tak banyak mana pun kalau Datuk tanggung semua tu.

Nak tau mana Sangkakala dapat cerita, pakcik Sangkakala pun ada sama dalam rombongan tersebut, dan beberapa malam lepas, Sangkakala telah berjumpa dengan beliau, dan oleh kerana kesian, Sangkakala belikan pula makanan untuk seorang lagi saudara Sangkakala yang turut sama dalam rombongan tersebut.

Macam Sangkakala katakan tadi, kalau tak mampu, bawa mereka ke kawasan berdekatan, tapi biarlah berbaloi, jangan bawa jauh jauh, tapi menyukarkan mereka. 


 Kecoh 30 Penyamun Memasuki PRK Kuala Besut
Posted on Thursday, July 11 @ 22:34:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Wartawan TKO (WTKO)

Bahan ini, gua copy & paste daripada otai UMNO. Rasanya elok untuk dikongsikan berkaitan dengan PRK Kuala Besut.

Menjelang ramadhan dunia Cytro Barisan Nasional mula menjadi kecoh bila khabarnya PRK Besut didatangi 30 penyamun. Wah mau tidak panas bila isu ini digamatkan lagi dengan penyamun mee segera mahu memanaskan PRK Kuala Besut.



Antara bunyi-bunyi yang kedengaran Tapi apa pun, 30 blogger Tok Mat inilah yang akan memenangkan BN di Kuala Besut. Percayalah! Merekalah yang akan menjadi penerangan maklumat serta pendinding BN di alam siber dari serangan cybertroopers PR. Sudah seminggu berlalu sejak kumpulan ini berkampung di Terengganu tetapi dunia siber lesu seolah-olah tiada pun pilihanraya kecil berlaku di Kuala Besut. Nak tahu klik pautan ini

PPM tidak sabar hendak melibat team media ini boleh gegar PRK Kuala Besut, iayalah PPM percaya Ahmad Maslan adalah yang paling terbaik pernah dilantik untuk merekrud team blogger di PRK Besut sebab itu mana-mana Blogger UMB Otai nasib luuu lah kena singkirkan. Kerana mungkin lepas PRU13 lu orang punya tarikh luput sudah sampai maaa.

Terbaik Ahmad Maslan tetapi AWAS LU KALAU PRK KUALA BESUT KALAH!!!!! alamat masak laa luuu. Sebab sesekali buat-buat tunjuk pandai tanpa meneliti benar-benar, selalunya boleh makan diri dan masa itu siaplah lumat-lumat dia orang kerjakan.

Apa-apapun kami dari kalangan Blogger tak bernama ni sedang menonton tayangan drama PMO yang terbaru dalam episod "Blogger Otai UMB Sudah Luput Tarikh Berkhidmat Dengan UMNO" adakah berjaya atau terbabas. Situasi alama maya srkarang ada yang bersorak dan ada yang simpati. Sebab dekat dunia Cytro BN banyak Kem sebab itu macam-macam cerita. Bila -bila berborak dengan team media semenanjung ada yang sebut "Sekurang-kurang pakat-pakat terkena seorang sedikitkan" Itulah team media BN sendirikan ada puak-puaknya dan nasib badanlah kalau kena jual. "Opss... PPM pun terkena jugak semasa pasca PRU13!!! iyalah nasib badan laaa katakan."

Kepada kawan-kawan yang tidak terpilih tu jangan berkecil hati di bulan mulia ini. Selamat beramal insya allah kalau diizinkan rezeki itu akan datang...

Begitu adanya cerita puak-puak ini bergadug sama sendiri. Perompak boleh gelarkan perompak lain juga perompak!! 


 Kisah Ajaib Bulan Ramadan
Posted on Thursday, July 11 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hishamahmad

"Malam tadi majlis bertadarus berjalan lancar di surau kampungku. Kg Bukit Kecil, Mukim Pernu, Melaka. Buat pertama kali bagi membaca al-Quran beserta terjemahan. Habis 1 juzuk. Syukur, Alhamdulillah.

Aku berharap dan berdoa kami akan bertahan sehingga habis 30 juzuk. Biarlah buat pertama kali dalam hidup ini kami mengkhatam bukan alQuran beserta 30 juzuk terjemahan dalam bahasa melayu.


10.7.2013. Siang hari ini  pula, pada saat aku tulis ini, ialah hari pertama berpuasa Ramadan tahun 2013, Kul 4.00 petang. Pada saat ini,  aku telah menghabisi juzuk 2 bagi  bacaan sendirian. Aku harap kurang-kurang dapat 1 kali  katam bersendirian dan 1 kali katam berkumpulan. Alangkah ‘cekai’ nya level aku berbanding , mereka yang khatam berkali-kali dalam bulan yang mulia ini.  

Tiba-tiba aku teringat aku teringat bulan puasa yang lalu, semasa itu ada sekumpulan jemaah tabligh yang singgah bermalam beberapa hari di surau kami. Pada malamnya, sesudah selesai solat terawikh dan witir, seorang jemaah tabligh bergegas bangun menuju ke hadapan saf pertama untuk membaca sesuatu daripada kitab Fadail Amal.  Antaranya dibacakan kepada kami bahawa :-
1. Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam 30 hari pada bulan Ramadan.
2. Seterusnya ada ahli abid yang bersolat malam sepanjang malam hingga solat subuhnya menggunakan wuduk solat isyak untuk sekitar 30 @ 50 tahun. (Mungkin memaksudkan ahli abid ini telah tidak tidur malam selama tempoh itu).
Inilah antara 2 kisah ajaib dari kisah-kisah lain yang menyebabkan aku merasa musykil setakat mana kesahihan kisah ini.
Please.. jangan salah faham. Aku tidak mempertikaikan kesahihan ketokohan sesiapa apalagi Imam Syafie yang disanjungi tapi aku hanya minta penjelasan dari segi unsur realiti dan logik akal bagaimana ia boleh berlaku.
Beginilah, kalau kita anggap kisah itu berlaku secara karamah atau sebagainya maka habislah cerita. Takyah lagi ungkit dari segi logik. Tertutup diskusi ilmiah.  Memang benar, kalau ia kurniaan Allah kepada insan terpilih, ia boleh berlaku dalam apa keadaan pun yang Allah kehendaki. 
Sebenarnya, kisah khatam 60 kali dalam 1 bulan Ramadan oleh Imam Syafie ini telah sebelum itu aku dengar dalam khutbah jumaat di sebuah masjid di Melaka (Rasanya teks khutbah pada jumaat itu pasti sama di masjid-masjid yang lain di Melaka). 
Aku juga tertonton siri rancangan kuliyyah tv3 sekitar beberapa tahun lalu. Pada akhir siaran program itu sekitar pukul 6 petang, Ustaz Dr Zahazan (jika tidak silap) juga menyebut mengenai seseorang yang khatam quran dalam satu rakaat solat dan hal kisah imam Syafie tadi. Dr. Abdul Basit, ilmuan sunnah terkemuka juga ada menyebutnya.
Aku bertambah yakin kesahihan riwayatnya kisah ini (khatam 60 kali dalam 1 bulan, 2 kali sehari) sebab kedua mereka begitu teliti dalam hukum hadith dan mementingkan kesahihan kisah agama. Namun sekadar kerehatan dari kesibukan harian, marilah kita lakukan sedikit kajian ilmiah mudah bersifat logik dan rasional :-
Khatam al Quran 30 Juzuk Sebanyak  60 kali 1 bulan (2 kali dalam 1 hari)
Seorang Insan biasa  mampu menghabiskan :  1 juzuk 1 jam – 1 ½ jam. Seorang Qari yang hebat mungkin mampu menghabiskan: 1 juzuk - ½ jam. Bermakna 30 Juzuk memerlukan 15 jam. Iaitu bagi = 1 kali khatam. [1 kali khatam = 30 juzuk = 15 jam. 2 kali : 30 jam]  Ini telah melebihi 6 jam. [ 1 hari = 24 jam. Jadi 30 jam - 24 jam : 6 jam]. 
Ini bermakna Qari yang hebat perlu menghabiskan 1 juzuk kurang daripada ½ jam. Oleh itu jika anggaran 1 bulan = 30 hari. Maka  proses mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali berjalan terus menerus, non-stop. Siang dan malam. Tiada waktu tidur.
Tetapi selain membaca dan mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 1 hari (24 jam). Sudah tentu seorang insan sepenting Imam Syafie rahimahullah mempunyai banyak tugas lain mungkin seperti mengimami solat jemaah, mengajar kelas pengajian, menulis kitab, diziarahi tetamu dan lain-lain. Ramadhan juga memerlukan aktiviti-aktiviti yang tidak boleh ‘miss’ seperti solat terawikh, witir, program tadarus dan sebagainya. Sebagai insan biasa, terdapat juga keperluan-keperluan keinsanan yang perlu dilakukan seperti bersahur, berbuka, tidur sekejap, diziarahi dan menziarahi dan sebagainya. Mengambil kira lain-lain tugasan dan aktiviti itu, berapa jam sehari yang tinggal untuk amalan mengkhatam Quran. 
Bagaimana mungkin akal yang berfikiran munasabah dan logik dapat menyesuaikan kisah ini. Sebagai seorang alim yang salih dan tawaduk, pasti Imam Syafie takkan menyatakan kepada sesiapa akan berapakali beliau khatam, melainkan mungkin ia hasil pemerhatian, kepercayaan dan penilaian seseorang yang lain- adakah mungkin orang ini tersilap secara tidak sengaja?
Ya benar, kasih dan kekaguman kita kepada imam besar itu menjadikan kita rasa tidak selesa untuk mempertikaikan kisah itu. Ingat kita bukan pertikaikan kemampuan dan kehebatan Imam itu.. tapi ingin tahu kesahihan periwayatan dan sumber perolehan kisah itu apabila ada keraguan pada isi dakwaan itu yang memerlukan penjelasan.
Mungkin juga penting kita sebagai orang awam mendapat panduan daripada ilmuan agama dalam menilai kisah-kisah ajaib sebegini? bagaimana kita sebagai orang awam perlu melayani kisah-kisah ajaib ini ? Percaya sahaja sepenuhnya sebab ustaz yang sebut bukan calang-calang atau bagaimana? Sebab sekarang ramai ilmuan sunnah menyatakan bahawa kisah-kisah agama yang pelik apalagi tidak sahih perlu ditolak kerana kita tidak mahu agama kita dikotori oleh khayalan.  
Sekiranya sekalipun sahih kisah khatam ini, ia tetap perlukan penjelasan mengambilkira seperti ada unsur percanggahan dengan sunnah nabi seperti di nyatakan di bawah ini.
Marilah kita rujuk dan bandingkan dengan dalil-dalil  ini:-
1.         Dalil keperluan membaca  al-Quran dengan tartil. Diketahui semua.
2.         Dalil Hadith sahih. Tidak pernah diketahui bahawa baginda s.a.w. membaca seluruh Al-Quran dalam satu malam [walaupun hanya sekali]. Bahkan, baginda tidak meredhai Abdullah bin Amr r.a. melakukan hal itu. Baginda bersabda kepadanya: “Khatamkanlah Al-Quran sekali dalam sebulan.” Dia berkata, “Saya berkata, ‘Saya merasa lebih kuat daripada itu,” Baginda s.a.w. bersabda, “Khatamkanlah dalam dua puluh malam.” Dia berkata, “Saya merasa lebih kuat daripada itu.” Baginda s.a.w. bersabda, “ Khatamkanlah dalam tujuh malam, dan jangan kurang dari tujuh malam.

Kemudian baginda memberi keringanan baginya untuk membaca (mengkhatamkan) Al-Quran dalam lima hari. Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz tambahan pada matannya, yang merupakan hadis berikut ini: Lalu baginda memberi keringanan baginya untuk membaca (mengkhatamkan) Al-Quran dalam tiga hari.
Baginda melarang seseorang mengkhatamkan Al-Quran kurang dari batasan itu. Alasan akan hal itu, baginda kemukakan dalam sabdanya kepada Ibnu Amr:  “Sesiapa mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari, nescaya ia tidak akan memahaminya.”
Pada lafaz lainnya, “ Tidak akan dapat memahami (Al-Quran), orang yang mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari.”
Kalaulah, ada sesiapa (ustaz) diluar sana dapat beri pencerahan dalam perkara ini,… jika tiada pun, takpelah anggaplah  isu ini sekadar luahan isu untuk meng’cas’ kan fikiran kita dalam menentukan kesimbangan antara kisah ghaib dalam agama, kesahihan sumber riwayat dan akal fikiran logik kita. Jangan marah, ye. 
Kisah ini sudah cukup utk paparan disini tetapi jika ingin membaca kisah lain iaitu ‘Superman’@ ‘Superhuman’ - sila singgap jap di blog saya.
Hisham-ahmad.blogspot.com

 Cuma dengan RM50 kita dah boleh ambil pahala puasa orang lain
Posted on Thursday, July 11 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.(Riwayat At-Tirmidzi)

Sekarang hotel, restoran sedang mempromosi program buffet Ramadan ada yang RM25, RM50, RM100 dan seterusnya, tengok menu. Tak kiralah buffet Ramadan ke , pasar Ramadan ke, semua boleh saja asalkan tidak membazir.

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban pun sekarang ini sedang membuat promosi makan untuk berbuka puasa iaitu Istimewa BERIANI HUFFAZ. Cuma yang ini kita beli kupon RM50, kemudian mereka akan menghantar bungkusan makanan ini kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah kebajikan, pesakit-pesakit di hospital serta keluarga di kawasan perumahan kos rendah dan sebagainya sekitar Seremban.

Penghantaran makanan untuk berbuka puasa ini bermula dari Ahad 21 Julai 2013 sehingga Rabu 31 Julai 2013.

Walaubagaimana pun tempahan dan bayaran boleh dibuat mulai sekarang.

Kepada mereka yang ingin menempah BERIANI HUFFAZ ini sila hubungi :
Urusetia di 06-6771232 , 06-6717643 ,  Emel : mtasns@yahoo.com

Maklumat lanjut di www.mtas.edu.my

Pembayaran atau sumbangan boleh dibuat melalui :
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
No Akaun : 5551-2610-6603
Bank : Maybank ( cawangan Senawang)

 Zakat Fitrah Seluruh Negeri Bagi Tahun 2013/1434 Hijrah
Posted on Thursday, July 11 @ 15:58:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI BAGI TAHUN 2013/1434 HIJRAH

Negeri Tahun 2013 (RM)
Perlis RM6.00
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00

Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.50
Johor RM5.00/8.00*
Pahang RM7.00
Terengganu RM4.50/7.00/7.60*
Kelantan RM7.00
Sarawak RM6.50
Sabah RM7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan RM7.00

Info terkini layari: IniKalilah... "

 Idris Cakap Besar
Posted on Thursday, July 11 @ 15:53:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: salehgong

"Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh cakap besar bila berkata BN akan menang dengan majoriti 4,000 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut kerana beliau adalah Menteri Pelajaran II.

Oleh itu saya rasa lebih baik letak Idris sebagai calon jika BN mahu menang dengan majoriti 4,000 undi. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya BN mampu mengalahkan calon PAS dengan majoriti 4,000 undi. Saya harap Idris jangan cakap besar. Dia kena kerja kuat untuk pastikan BN menang dengan majoriti 4,000 undi

Jika BN menang besar peluangnya untuk jadi Naib Presiden UMNO memang cerah. Beliau wajar diketengahkan sebagai pemimpin utama negara kerana beliau adalah seorang yang bijak. Terengganu sudah lama tiada Naib Presiden UMNO setelah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad kalah pada tahun 1990.

Beliau pernah menjadi Naib Presiden UMNO selama dua penggal dai tahun 1984 hingga 1990. Sudah 23 tahun Terengganu tiada Naib Presiden UMNO, maka jika BN menang besar, maka Idris mampu mengalahkan Datuk Seri Shafie Afdal.

catatanzabidi.blogspot.com/"

 TAZKIRAH RAMADAN - Kisah Duit Syiling dan Batu
Posted on Thursday, July 11 @ 15:50:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: bumiperak

"Ustaz Zahazan Mohamed

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/S : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Selamat Berpuasa.."

 Bukti Coca-cola Haram Diminum
Posted on Thursday, July 11 @ 15:43:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mahmod

"BUKTI COCA-COLA HARAM DIMINUM

Jadi apa rahsia untuk membuktikan  Coke @ Coca-Cola adalah HARAM DI MINUM dan baca apa yang telah ditulis di dalam resepi pembuatan Coke @ Coca-Cola

The recipe formula:
·         Fluid extract of Coca: 3 drams USP
·         Citric acid: 3 oz
·         Caffeine: 1 oz
·         Sugar: 30 (unclear quantity)
·         Water: 2.5 gal
·         Lime juice: 2 pints, 1 quart
·         Vanilla: 1 oz
·         Caramel: 1.5 oz or more for color and secret 7X


·         The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
·         Alcohol: 8 oz
·         Orange oil: 20 drops
·         Lemon oil: 30 drops
·         Nutmeg oil: 10 drops
·         Coriander: 5 drops
·         Neroli: 10 drops
·         Cinnamon: 10 drops
RUMUSAN : Mulai Hari Ini Dan Seterusnya Umat Islam Adalah Diminta Jangan Sekali-Kali Membeli Dan Meminum Coca-Cola. BOIKOT COCA-COLA

WASSALAM."


 Bahagia dunia, Bahagia akhirat
Posted on Thursday, July 11 @ 19:56:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mahmod

"Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya.

Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Tip-Tip dan amalan Kebahagian Dunia Dan Akhirat



Berpuasa

Isnin atau/dan Khamis

Untuk Badan Sihat Sejahtera

Asmaul-husna YA SALAM 100x –

Yang memberi kesejahteraan



Qiamu-lail

Sembahyang malam



Wajah Akan Berseri

Amalkan setiap malam cuti/cuti am/umum/Solat Tarawih



Bacaan Al-quran

Hati akan Lapang dan Tenang

Baca al-fatihah secara tartil (buka Alquran)



Berwudhu dan Istifgfar

Positif Pemikiran

akan menolak sifat negatif



Gelisah dan stres

Berdoa dan Bersukan

Berjoging-berlari anak seperti Saei’

Berkuda-berbasikal

Berenang–berkelah di pantai/sungai/kolam



Tekaanan dan keletihan

Bacakan
lahawlawala-quwata-il’la-billah’hil ‘aliyil azhim (9x)



Keberkahan hidup  limpah rahmat Allah



Makan Rezeki Halalan dan

Berselawat (10x) Ikuti majlis Ilmu (taskirah)

Ingin kaya harta/
jauhkan bencana

Bersedekah Setiap Hati

Memadai RM 1.00 (10 sen jika tidak mampu)

RM10.00 hingga 100.00 (jika mampu/ ikhlas)



Aman di akhirat

Doa dari Anak / Amal-Jariah / Ilmu Manfaat
Sampaikan walaupun Satu Ilmu
"

Tiada ulasan: