Dataran
Raba'ah yang terus dijadikan lokasi utama himpunan menyokong Dr.Mursi
menjelang Subuh pagi ini dilaporkan tidak dapat lagi menampung
kebanjiran rakyat yang datang dari pelusuk negara.
Hari ini,
Gabungan Kerjasama Kebangsaan menyeru rakyat berhimpun di Kaherah yang
dinamakan "Jumaat Kemaraan". Sementara itu, ratusan ribu rakyat
dilaporkan sedang bergerak dari wilayah luar Kaherah menuju ke Raba'ah
dan dataran Nahdhah bagi menjayakan himpunan hari ini. Jumlah mereka
dijangka meningkat selepas Jumaat nanti.
Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini
-> http://bit.ly/morsidanmesir
_ab_
Dataran
Raba'ah yang terus dijadikan lokasi utama himpunan menyokong Dr.Mursi
menjelang Subuh pagi ini dilaporkan tidak dapat lagi menampung
kebanjiran rakyat yang datang dari pelusuk negara.
Hari ini, Gabungan Kerjasama Kebangsaan menyeru rakyat berhimpun di Kaherah yang dinamakan "Jumaat Kemaraan". Sementara itu, ratusan ribu rakyat dilaporkan sedang bergerak dari wilayah luar Kaherah menuju ke Raba'ah dan dataran Nahdhah bagi menjayakan himpunan hari ini. Jumlah mereka dijangka meningkat selepas Jumaat nanti.
Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini
-> http://bit.ly/morsidanmesir
_ab_
Hari ini, Gabungan Kerjasama Kebangsaan menyeru rakyat berhimpun di Kaherah yang dinamakan "Jumaat Kemaraan". Sementara itu, ratusan ribu rakyat dilaporkan sedang bergerak dari wilayah luar Kaherah menuju ke Raba'ah dan dataran Nahdhah bagi menjayakan himpunan hari ini. Jumlah mereka dijangka meningkat selepas Jumaat nanti.
Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini
-> http://bit.ly/morsidanmesir
_ab_
Like · · Share · 292839 · 9 minutes ago ·
BESUT: Biarpun tidak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.
Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja.
Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.
Perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.
Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi.
Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka.
Ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut oleh Mustafa Ali.
Pemimpin PAS dan PR berada di pekarangan pusat penamaan calon.
Azlan meneliti borang yang diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Kuala Besut.
Presiden ketuai perarakan, TG Nik Aziz juga hadir
M Faizal | Foto: Sazali, | 12 Jul 2013 |

Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
MESIR:
Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir
dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman
himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang
dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.
Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.
Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.
Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.
(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)
Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".
Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.
Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.
Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.
Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.
Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.
Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.
KUALA LUMPUR:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin sekali mempersoalkan
definisi kecantikan dan keyakinan diri daripada kaca mata masyarakat
masa kini.
“Adakah gaya hidup kini melihat kecantikan dan keyakinan diri itu hanya suatu bentuk komoditi, fizikal dan material semata?” tanya Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan.
Hal ini, ujarnya kian meruncing apabila masyarakat mengambil jalan pintas untuk kekal menarik- menggunakan steroid sebagai tambahan kepada regim kecergasan di pusat kecergasan.
Oleh itu, katanya CAP menggesa kerajaan untuk membuat kawalan ketat terhadap penjualan steroid tanpa pengawasan dan penggunaan steroid tanpa perskripsi daripada doktor.
Katanya, menurut laporan khas daripada akhbar Bahasa Malaysia baru-baru ini, lebih 18,000 golongan belia terdedah kepada ancaman kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada kematian kerana penggunaan steroid untuk mendapatkan susuk badan yang tegap dan berotot.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, pengguna boleh mendapat akses dengan mudah kepada steroid di pusat-pusat kecergasan, runner, klinik dan secara online.
Jika tidak ditangani, kata beliau fenomena ini akan makin berleluasa disebabkan terdapatnya permintaan daripada pengguna yang tegar untuk memiliki susuk tubuh bergaya.
Jelasnya, penggunaan steroid akan menyebabkan kebergantungan – otot dalam badan perlu terus dibekalkan dengan steroid.
Segelintir masyarakat yang mengimpikan susuk tubuh yang sasa dan berotot kerana ia menawarkan kepuasan diri, menarik perhatian, dan meningkatkan keyakinan diri. Jika mengikut rutin kecergasan yang rapi, berat badan mampu dikurangkan.
Namun, ujarnya ada sebahagian daripada mereka percaya terdapatnya cara yang mudah dan cepat untuk mencapai impian mereka ini.
Beliau menjelaskan lagi, penggunaan steroid tanpa disedari boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, masalah hati dan kemandulan.
Bagi wanita, katanya ia mampu mengubah bentuk fizikal mereka, tumbuh misai dan bulu kaki, selain suara menjadi garau.
“Pengambilan steroid tanpa perskripsi doktor dan pengedarannya sewenang-wenangnya di pusat kecergasan komersial dan pusat kecergasan rakyat menunjukkan kontradiksi nyata – nampak sihat dalam sakit,” ujarnya.
Beliau menambah, CAP percaya, untuk mendapatkan bentuk tubuh dan keyakinan diri yang diimpi-impikan, boleh dicapai melalui cara yang lebih sihat, lestari, dan tidak memberi bebanan kewangan kepada pengguna.
Katanya, bersenam bersama teman-teman di padang dan kawasan perumahan, bercucuk tanam di kawasan lapang sekitar rumah, mengamalkan pemakanan seimbang dan memberi nutrisi kepada tubuh merupakan alternatif yang lebih menyihatkan.
“Apalah ertinya mendapatkan bentuk tubuh idaman dalam keadaan meracun tubuh badan sendiri.
“Adakah untuk mencapai makna kecantikan, kesihatan diri perlu digadaikan?” ujarnya lagi.
Perutusan Ramadhan 1434H oleh YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Ramadhan: bulan membentuk generasi furqan
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
"..Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan juga menjadi furqan (menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah).." (Surah al-Baqarah : ayat 185).
Alhamdulillah, kita dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan dan nyawa yang berpanjangan ini merupakan nikmat yang sangat besar yang diberikan oleh Allah SWT sebagai ujian kepada manusia. Hanya manusia yang beruntung sahaja yang akan menggunakan kesempatan yang diberikan ini untuk melakukan amal soleh agar ia menjadi bekal yang terbaik untuk di bawa ke hadapan Allah SWT.
Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Ia bukan sekadar mengandungi ibadat puasa sahaja bahkan juga kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Justeru, seringkali saya mengulangi agar jangan disebut Ramadhan ini sebagai bulan puasa, kerana sebutan tersebut seolah-olah hanya mengiktiraf puasa sahaja sebagai intipati terpenting di dalam Ramadhan. Padahal di dalamnya terkandung juga kelebihan ibadat yang lain yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti membaca al-Quran, tarawih, infaq dan sebagainya.
Antara yang utama di dalam bulan ini ialah peristiwa penurunan al-Quran. Ia dicatatkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan dinyatakan bahawa tujuan penurunan kitab ini ialah untuk menjadi petunjuk kepada manusia, mengandungi keterangan dan juga sebagai furqan.
Furqan bermaksud pembeza di antara hak dan yang batil. Ia bermaksud al-Quran ialah satu garis lurus yang menjadi kayu ukur untuk mengira betul salahnya perbuatan manusia. Jika selari dengan kayu ukur ini, betullah ia dan begitu juga jika sebaliknya. Furqan tidak mungkin salah kerana jika kayu ukur itu sendiri belot dan bengkok, ia bukan lagi menjadi furqan.
Ramadhan sewajarnya membentuk generasi furqan iaitu generasi yang boleh membezakan di antara yang haq dan yang batil. Jika visi Ramadhan ini berjaya dilaksanakan, nescaya tidak akan ada di kalangan masyarakat umat Islam yang terpingga-pingga di tengah terang untuk mencari jalan yang benar.
Pada tahun ini, kita menyambut Ramadhan dalam suasana yang bercampur-campur. Di peringkat antarabangsa kita menyaksikan pergolakan di Mesir hasil daripada perancangan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya. Pada saat saya menulis perutusan ini, sudah berpuluh-puluh rakyat Mesir yang terkorban di muncung senjata tentera di atas nama keamanan. Inilah dia demokrasi ala Barat yang hanya terlaksana jika kemenangan memihak kepada mereka. Adapun apabila mereka sendiri sudah lemas di dalam laut demokrasi, tangan mereka yang terkapai-kapai akan berusaha mencari pelampung penyelamat meskipun terpaksa menebuk perahu orang lain.
Sayangnya di Mesir yang bersemadi di buminya puluhan ambiya', masih ada yang tidak tahu membezakan yang benar dan yang salah. Masih ada segelintir yang bersorak gembira apabila kerajaan pilihan rakyat digulingkan secara haram oleh waris diktator. Di sinilah keperluan wujudnya usaha membina generasi furqan. Kegagalan membina generasi furqan akan menatijahkan bermaharajalela kerajaan sekular. Namun, saya sangat optimis, kebangkitan rakyat di Mesir tidak sama sekali membiarkan era diktator berulang kembali di Lembah Nil ini.
Inilah juga yang berlaku di Syria, puluhan ribu yang terkorban di tangan tentera kerajaan zalim dan berterusan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini menarik-narik tangan kita untuk terus menadah tangan ke langit memohon nusrah daripada Allah SWT. Sungguh, rintihan dan air mata yang jatuh kerana saudara seagama dianiaya pastinya akan dinilai oleh Allah SWT rabbul jalil.
Insya-allah, Ramadhan ini akan menyemarakkan usaha kita mendaulatkan al-Quran yang bersifat furqan di samping menghadam sifat ini di dalam sanubari masyarakat. Di mana-mana sahaja akan sentiasa berlaku pertembungan haq dan batil, dan di situlah akan timbulnya furqan untuk menjadi kayu ukur yang jelas dan nyata. Tidak hanya di Mesir dan Syria, bahkan juga di Malaysia atau lebih khusus di Kuala Besut nanti.
Bagi kita yang berada di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS), kita teruskan dengan misi kita. Bergeraklah terus ke hadapan. Melangkahlah dengan penuh yakin di samping sentiasa mendamping diri dengan Allah SWT.
Di garisan yang terakhir, hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan!
Salam Ramadhan.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan satu program dinamakan Himpunan Solidariti Umah Mesir Berdarah pada Ahad, 14 Julai ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM Taman Melewar.
Program ini yang menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan pidato serta mengupas isu terkini rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.
Program ini dijadual bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum pidato dimulakan.
Sheikh Abdul Ghani Al-Syahid Ahmed Yassin juga akan tampil menyampaikan pidato khas pada malam tersebut.
Selain beliau, turut akan menyampaikan pidato termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.
Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.
Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.
Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.
(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)
Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".
Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.
Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.
Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.
Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.
Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah.
Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.
CAP gesa kawal ketat penjualan steroid
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
“Adakah gaya hidup kini melihat kecantikan dan keyakinan diri itu hanya suatu bentuk komoditi, fizikal dan material semata?” tanya Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan.
Hal ini, ujarnya kian meruncing apabila masyarakat mengambil jalan pintas untuk kekal menarik- menggunakan steroid sebagai tambahan kepada regim kecergasan di pusat kecergasan.
Oleh itu, katanya CAP menggesa kerajaan untuk membuat kawalan ketat terhadap penjualan steroid tanpa pengawasan dan penggunaan steroid tanpa perskripsi daripada doktor.
Katanya, menurut laporan khas daripada akhbar Bahasa Malaysia baru-baru ini, lebih 18,000 golongan belia terdedah kepada ancaman kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada kematian kerana penggunaan steroid untuk mendapatkan susuk badan yang tegap dan berotot.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, pengguna boleh mendapat akses dengan mudah kepada steroid di pusat-pusat kecergasan, runner, klinik dan secara online.
Jika tidak ditangani, kata beliau fenomena ini akan makin berleluasa disebabkan terdapatnya permintaan daripada pengguna yang tegar untuk memiliki susuk tubuh bergaya.
Jelasnya, penggunaan steroid akan menyebabkan kebergantungan – otot dalam badan perlu terus dibekalkan dengan steroid.
Segelintir masyarakat yang mengimpikan susuk tubuh yang sasa dan berotot kerana ia menawarkan kepuasan diri, menarik perhatian, dan meningkatkan keyakinan diri. Jika mengikut rutin kecergasan yang rapi, berat badan mampu dikurangkan.
Namun, ujarnya ada sebahagian daripada mereka percaya terdapatnya cara yang mudah dan cepat untuk mencapai impian mereka ini.
Beliau menjelaskan lagi, penggunaan steroid tanpa disedari boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, masalah hati dan kemandulan.
Bagi wanita, katanya ia mampu mengubah bentuk fizikal mereka, tumbuh misai dan bulu kaki, selain suara menjadi garau.
“Pengambilan steroid tanpa perskripsi doktor dan pengedarannya sewenang-wenangnya di pusat kecergasan komersial dan pusat kecergasan rakyat menunjukkan kontradiksi nyata – nampak sihat dalam sakit,” ujarnya.
Beliau menambah, CAP percaya, untuk mendapatkan bentuk tubuh dan keyakinan diri yang diimpi-impikan, boleh dicapai melalui cara yang lebih sihat, lestari, dan tidak memberi bebanan kewangan kepada pengguna.
Katanya, bersenam bersama teman-teman di padang dan kawasan perumahan, bercucuk tanam di kawasan lapang sekitar rumah, mengamalkan pemakanan seimbang dan memberi nutrisi kepada tubuh merupakan alternatif yang lebih menyihatkan.
“Apalah ertinya mendapatkan bentuk tubuh idaman dalam keadaan meracun tubuh badan sendiri.
“Adakah untuk mencapai makna kecantikan, kesihatan diri perlu digadaikan?” ujarnya lagi.
Ramadhan, bulan membentuk generasi furqan
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, | 12 Jul 2013 |
Ramadhan: bulan membentuk generasi furqan
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
"..Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan juga menjadi furqan (menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah).." (Surah al-Baqarah : ayat 185).
Alhamdulillah, kita dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan dan nyawa yang berpanjangan ini merupakan nikmat yang sangat besar yang diberikan oleh Allah SWT sebagai ujian kepada manusia. Hanya manusia yang beruntung sahaja yang akan menggunakan kesempatan yang diberikan ini untuk melakukan amal soleh agar ia menjadi bekal yang terbaik untuk di bawa ke hadapan Allah SWT.
Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Ia bukan sekadar mengandungi ibadat puasa sahaja bahkan juga kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Justeru, seringkali saya mengulangi agar jangan disebut Ramadhan ini sebagai bulan puasa, kerana sebutan tersebut seolah-olah hanya mengiktiraf puasa sahaja sebagai intipati terpenting di dalam Ramadhan. Padahal di dalamnya terkandung juga kelebihan ibadat yang lain yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti membaca al-Quran, tarawih, infaq dan sebagainya.
Antara yang utama di dalam bulan ini ialah peristiwa penurunan al-Quran. Ia dicatatkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan dinyatakan bahawa tujuan penurunan kitab ini ialah untuk menjadi petunjuk kepada manusia, mengandungi keterangan dan juga sebagai furqan.
Furqan bermaksud pembeza di antara hak dan yang batil. Ia bermaksud al-Quran ialah satu garis lurus yang menjadi kayu ukur untuk mengira betul salahnya perbuatan manusia. Jika selari dengan kayu ukur ini, betullah ia dan begitu juga jika sebaliknya. Furqan tidak mungkin salah kerana jika kayu ukur itu sendiri belot dan bengkok, ia bukan lagi menjadi furqan.
Ramadhan sewajarnya membentuk generasi furqan iaitu generasi yang boleh membezakan di antara yang haq dan yang batil. Jika visi Ramadhan ini berjaya dilaksanakan, nescaya tidak akan ada di kalangan masyarakat umat Islam yang terpingga-pingga di tengah terang untuk mencari jalan yang benar.
Pada tahun ini, kita menyambut Ramadhan dalam suasana yang bercampur-campur. Di peringkat antarabangsa kita menyaksikan pergolakan di Mesir hasil daripada perancangan jahat Amerika dan sekutu-sekutunya. Pada saat saya menulis perutusan ini, sudah berpuluh-puluh rakyat Mesir yang terkorban di muncung senjata tentera di atas nama keamanan. Inilah dia demokrasi ala Barat yang hanya terlaksana jika kemenangan memihak kepada mereka. Adapun apabila mereka sendiri sudah lemas di dalam laut demokrasi, tangan mereka yang terkapai-kapai akan berusaha mencari pelampung penyelamat meskipun terpaksa menebuk perahu orang lain.
Sayangnya di Mesir yang bersemadi di buminya puluhan ambiya', masih ada yang tidak tahu membezakan yang benar dan yang salah. Masih ada segelintir yang bersorak gembira apabila kerajaan pilihan rakyat digulingkan secara haram oleh waris diktator. Di sinilah keperluan wujudnya usaha membina generasi furqan. Kegagalan membina generasi furqan akan menatijahkan bermaharajalela kerajaan sekular. Namun, saya sangat optimis, kebangkitan rakyat di Mesir tidak sama sekali membiarkan era diktator berulang kembali di Lembah Nil ini.
Inilah juga yang berlaku di Syria, puluhan ribu yang terkorban di tangan tentera kerajaan zalim dan berterusan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini menarik-narik tangan kita untuk terus menadah tangan ke langit memohon nusrah daripada Allah SWT. Sungguh, rintihan dan air mata yang jatuh kerana saudara seagama dianiaya pastinya akan dinilai oleh Allah SWT rabbul jalil.
Insya-allah, Ramadhan ini akan menyemarakkan usaha kita mendaulatkan al-Quran yang bersifat furqan di samping menghadam sifat ini di dalam sanubari masyarakat. Di mana-mana sahaja akan sentiasa berlaku pertembungan haq dan batil, dan di situlah akan timbulnya furqan untuk menjadi kayu ukur yang jelas dan nyata. Tidak hanya di Mesir dan Syria, bahkan juga di Malaysia atau lebih khusus di Kuala Besut nanti.
Bagi kita yang berada di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS), kita teruskan dengan misi kita. Bergeraklah terus ke hadapan. Melangkahlah dengan penuh yakin di samping sentiasa mendamping diri dengan Allah SWT.
Di garisan yang terakhir, hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan!
Salam Ramadhan.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Himpunan solidariti umah 'Mesir berdarah' Ahad ini
Harakahdaily, | 12 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan satu program dinamakan Himpunan Solidariti Umah Mesir Berdarah pada Ahad, 14 Julai ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM Taman Melewar.
Program ini yang menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan pidato serta mengupas isu terkini rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.
Program ini dijadual bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum pidato dimulakan.
Sheikh Abdul Ghani Al-Syahid Ahmed Yassin juga akan tampil menyampaikan pidato khas pada malam tersebut.
Selain beliau, turut akan menyampaikan pidato termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan