Terengganu timbang panggil pelajar pulang
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata kini terdapat lebih 300 orang pelajar Terengganu yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Iskandariah dan Mansoura di Mesir.
"Sejak dua tahun lepas kita sudah tidak hantar lagi pelajar-pelajar baharu ke Mesir, yang ada di sana ialah pelajar-pelajar lama di tahun tiga hingga lima," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Yayasan Terengganu hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keselamatan pelajar-pelajar Terengganu berikutan pergolakan yang sedang berlaku di Mesir sekarang.
Mazlan berkata tindakan memanggil pelajar-pelajar di Mesir itu pulang ke tanah air bergantung kepada keputusan kerajaan persekutuan.
"Kalau kerajaan persekutuan memutuskan mereka pulang, maka kita akan memanggil mereka pulang," katanya.
Tambahan pula, Mazlan berkata keselamatan pelajar-pelajar Terengganu di Mesir tidak begitu membimbangkan kerana mereka tinggal dalam asrama.
"Kita rasa tidak bimbang dari segi keselamatan mereka," katanya.
Beliau berkata kedutaan Malaysia di Mesir sentiasa memberikan nasihat dan maklumat berhubung keselamatan pelajar-pelajar Terengganu di negara itu. - Bernama
Pemilihan Umno: Halimah 'kunci mulut'
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Sadique hanya
'kunci mulut' berhubung kemungkinan beliau berminat untuk bertanding
jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti tahun ini.
Halimah, yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang ditemui di Lobi Parlimen hari ini hanya menunjukkan isyarat mengunci (zip) mulut beberapa kali kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan ketua sayap Umno itu.
"Tak mahu, tak mahu (komen)," katanya.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil baru-baru ini mengesahkan hasrat mempertahan jawatan itu, yang dimenanginya pada 2009 selepas berdepan persaingan dengan Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said sudah menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Halimah dilantik menganggotai Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak selepas berjaya mengekalkan kemenangannya di Parlimen Tenggara selama dua penggal berturut-turut sejak 2008.
Bekas Ketua Wanita Umno Johor itu memulakan karier politik pada 1995 selepas terpilih sebagai calon BN bagi kerusi Dun Gunung Lambak pada pilihan raya umum ke-9. - Bernama

Amah Indonesia: Majikan hanya tanggung kos gaji
KUALA LUMPUR - Majikan di negara ini hanya perlu menanggung RM6,200
sebagai kos penggajian Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) atau pembantu
rumah Indonesia daripada kadar baharu RM8,000, yang diumumkan semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia menjelaskan kadar baru itu adalah termasuk RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.
"Ini bermakna kos yang perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200. Struktur kos yang diumumkan itu telah mengambilkira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh MRA (Malaysia Recruitment Agency) dan IRA (Indonesia Recruitment Agency) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000,", menurut kenyataan itu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.
Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu, keputusan struktur kos baharu itu juga telah dibuat perbandingan dengan kos penghantaran pembantu rumah warga Indonesia ke beberapa negara penerima lain seperti Arab Saudi, Singapura, Taiwan dan Hong Kong yang secara purata adalah antara RM6,100 hingga RM8,900.
"Kos ini tidak termasuk kos-kos lain yang dikenakan agensi pekerjaan di negara penerima berkenaan," katanya.
Katanya Malaysia tidak mampu bersaing untuk menarik IRA supaya terus menghantar pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini jika kerajaan masih mengekalkan struktur kos RM4,511 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) 2011.
Katanya bagi tempoh 1 Dis 2011 hingga sekarang, jumlah pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk untuk bekerja di Malaysia hanya 290 orang berikutan beberapa faktor seperti struktur kos penggajian dan persaingan daripada negara penerima yang lain.
Katanya keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran Journey Performed Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober depan adalah langkah yang baik kerana boleh menjamin kos yang munasabah, penggantian, tapisan kesihatan, kompetensi pembantu rumah dan pematuhan standard perburuhan.
"Diharapkan dengan keputusan kerajaan yang terkini, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan oleh IRA untuk menghantar pembantu rumah bekerja," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, yang
pernah didenda kerana memiliki dadah, didakwa sekali lagi di Mahkamah
Majistret Ampang hari ini atas kesalahan sama.
Benjy, 34, didakwa bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27, dan Afifi Hamidi, 27.
Asmanizam dan isterinya, Norazila merupakan peniaga, begitu juga Zain Amir dan Imran Radzi manakala Afifi dalam bidang pembinaan.
Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan.
Mereka didakwa memiliki sebuah beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama (Pindaan 2007) yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala peguam Farhan Read mewakili Imran Radzi dan Afifi, Amer Hamzah Arshad mewakili Benjy, dan P.G Cyril mewakili Zain Amir, Asmanizan dan Norazila.
Pada 17 Ogos 2011, Benjy didenda RM5,000 selepas didapati bersalah memiliki dadah dan pada 18 Ogos 2010, dia terlepas daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. - Bernama
KUALA LUMPUR - Pelantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul
Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mendapat
tentangan daripada Ahli Parlimen dari PR kerana mendakwanya sebagai
bersifat berat sebelah dan mempunyai kepentingan politik BN.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.
"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.
"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.
Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
Perlantikan Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji kini sudah mula mendapat reaksi negatif bukan saja dari kalangan blogger pro PR tetapi yang paling ketera keras membantah ialah para blogger UMNO sendiri yang dilihat perlantikkan yang tidak kena pada tempatnya.
Azeez Rahim yang sebelum ini digelar Azeez Rempit, Azeez Putra dan juga Azeez Baling dizaman Pak Lah tetapi sudah bertukar jenama semasa pemerintahan Najib dengan gelaran Azeez Gaza dan Azeez Somalia.
Antara blogger UMNO yang cukup kuat menentang perlantikkan beliau ialah penghulu blogger pro UMNO Rocky Bru, yang menyifatkan perlantikkan beliau tidak lebih dari upah sebagai merampas kembali parlimen Baling dari PAS pada PRU 13 baru-baru ini.
Paling menyedihkan sudah kedengaran dari kalangan blogger pro UMNO memperlekehkan kelulusan akademik beliau yang sekadar lulus SPM yang diberi amanah terajui sebuah GLC sebesar Tabung Haji.
Apakah dengan kelulusan sedemikian beliau boleh menyumbang kearah kemajuan Tabung Haji?
Abdul Azeez Abdul Rahim sah
Bernama dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji dan berkuatkuasa hari
ini. Dia menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah
berkhidmat sejak Ogos 2007.
Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.
Tersebar di blog, baca ruangan komen di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.
Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!
Azez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya. Baca juga salah satu komen di bawah dari blog Rocky bru:
Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun!!
Kelab Putera 1Malaysia Presiden Abdul Azeez dan Azeez Rahim Putera UMNO.
Sumber Ekeleh
SUNGAI PETANI - Ibu kepada anak bongsu berusia 13 tahun yang dibelasah
sekumpulan lelaki di sini, bimbang dengan masa depan yang terpaksa
ditanggung anaknya akibat menjadi mangsa pergaduhan dalam satu kejadian,
Khamis lalu.
Fadziyah, 43, mendakwa, anaknya nyaris maut diserang 20 lelaki yang bersenjatakan kayu besbol, topi keledar dan sebatang besi yang diasah tajam dipercayai akibat perselisihan faham yang tercetus beberapa hari sebelumnya.
Dakwanya, dia dimaklumkan orang ramai yang menyaksikan kejadian di hadapan pintu pagar sekolah ketika anak lelaki tunggal dari lima beradik itu mahu balik selepas tamat sesi persekolahan.
“Orang awam hubungi saya memaklumkan supaya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan polis,” katanya.
Fadziyah berkata, dia menemui anaknya di IPD dengan keadaan mata lebam, hidung berdarah dan paha serta sikunya cedera.
Seterusnya katanya, dia membawa anaknya membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan ditahan wad selama dua hari.
Dia berharap, pihak berkenaan perlu lebih prihatin terhadap pergaduhan melibatkan pelajar memandangkan kes sedemikian melibatkan nyawa pelajar dan yakin anaknya hanya menjadi mangsa keadaan.
Menceritakan kejadian, Fadziyah mendakwa, pergaduhan dikatakan tercetus apabila mangsa tersentuh bahu seorang suspek dalam tandas sekolah.
“Bermula insiden berkenaan, sekumpulan pelajar mengepung dan pernah bertindak kasar di padang sekolah iaitu memijak pinggang anak saya, namun memikirkan ia hanya gaduh biasa dan tidak mahu dibesarkan.
“Rupa-rupanya mereka berdendam dan akibat tidak puas hati tersebut, anak dibelasah 20 individu dipercayai geng suspek,” katanya.
Menurutnya, rakan mangsa yang turut diterajang di perut sehingga terjatuh ke dalam longkang dan seorang lagi cedera dalam kejadian Khamis lalu, sudah dibenarkan ke sekolah.
“Bagaimanapun, akibat kecederaan di kepala, muka, tangan dan paha, anak diberi cuti sakit sehingga 15 Julai depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut akan diteruskan.
Khalil turut menasihati ibu bapa dan pihak sekolah supaya bekerjasama dalam menangani isu pergaduhan melibatkan pelajar.
SHAH ALAM- Kerajaan negeri bakal memberi bonus kepada kakitangan pusat
khidmat Dun yang mencapai target dalam menjayakan program Merakyatkan
Ekonomi Selangor (MES).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu bertujuan mempertingkat penglibatan masyarakat terhadap program MES selain memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu.
“Kerajaan negeri bercadang memberi bonus kepada kakitangan di pusat khidmat Dun sebagai satu galakkan agar keberkesanan kerajaan prihatin akan dapat dicapai. Jumlah pemberian akan dibincangkan.
“ Program MES ini kita telah mula laksanakan sejak 2008 melalui beberapa bantuan antaranya air percuma, Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), dan yang terbaru insentif perkahwinan kepada belia berumur 35 tahun ke bawah, tidak ketinggalan bantuan untuk golongan warga emas serta banyak lagi program.
“Tetapi, kita dapati adakalanya maklumat program MES tidak sampai kepada rakyat dan kita merencanakan beberapa pendekatan antaranya memperhebat hubungan antara pusat khidmat Dun,” katanya menjawab pertanyaan lisan Hasbullah Mohd Ridwan (Pas-Gombak Setia) ketika sidang Dun, semalam.
Beliau berkata, maklumat dalam portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my akan diperkasakan lagi supaya rakyat sentiasa didedahkan dengan pencapaian dan program yang dilaksanakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia menjelaskan kadar baru itu adalah termasuk RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.
"Ini bermakna kos yang perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200. Struktur kos yang diumumkan itu telah mengambilkira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh MRA (Malaysia Recruitment Agency) dan IRA (Indonesia Recruitment Agency) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000,", menurut kenyataan itu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.
Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu, keputusan struktur kos baharu itu juga telah dibuat perbandingan dengan kos penghantaran pembantu rumah warga Indonesia ke beberapa negara penerima lain seperti Arab Saudi, Singapura, Taiwan dan Hong Kong yang secara purata adalah antara RM6,100 hingga RM8,900.
"Kos ini tidak termasuk kos-kos lain yang dikenakan agensi pekerjaan di negara penerima berkenaan," katanya.
Katanya Malaysia tidak mampu bersaing untuk menarik IRA supaya terus menghantar pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini jika kerajaan masih mengekalkan struktur kos RM4,511 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) 2011.
Katanya bagi tempoh 1 Dis 2011 hingga sekarang, jumlah pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk untuk bekerja di Malaysia hanya 290 orang berikutan beberapa faktor seperti struktur kos penggajian dan persaingan daripada negara penerima yang lain.
Katanya keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran Journey Performed Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober depan adalah langkah yang baik kerana boleh menjamin kos yang munasabah, penggantian, tapisan kesihatan, kompetensi pembantu rumah dan pematuhan standard perburuhan.
"Diharapkan dengan keputusan kerajaan yang terkini, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan oleh IRA untuk menghantar pembantu rumah bekerja," katanya. - Bernama
Dadah: Benjy didakwa lagi
Benjy, 34, didakwa bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27, dan Afifi Hamidi, 27.
Asmanizam dan isterinya, Norazila merupakan peniaga, begitu juga Zain Amir dan Imran Radzi manakala Afifi dalam bidang pembinaan.
Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan.
Mereka didakwa memiliki sebuah beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama (Pindaan 2007) yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala peguam Farhan Read mewakili Imran Radzi dan Afifi, Amer Hamzah Arshad mewakili Benjy, dan P.G Cyril mewakili Zain Amir, Asmanizan dan Norazila.
Pada 17 Ogos 2011, Benjy didenda RM5,000 selepas didapati bersalah memiliki dadah dan pada 18 Ogos 2010, dia terlepas daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. - Bernama
PR bantah lantikan Pengerusi TH
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.
"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.
"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.
Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
KECOH SATU DUNIA PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI YANG BARU HANYA BERKELULUSAN SPM SAJA????
Perlantikan Ahli Parlimen Baling Azeez Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji kini sudah mula mendapat reaksi negatif bukan saja dari kalangan blogger pro PR tetapi yang paling ketera keras membantah ialah para blogger UMNO sendiri yang dilihat perlantikkan yang tidak kena pada tempatnya.
Azeez Rahim yang sebelum ini digelar Azeez Rempit, Azeez Putra dan juga Azeez Baling dizaman Pak Lah tetapi sudah bertukar jenama semasa pemerintahan Najib dengan gelaran Azeez Gaza dan Azeez Somalia.
Antara blogger UMNO yang cukup kuat menentang perlantikkan beliau ialah penghulu blogger pro UMNO Rocky Bru, yang menyifatkan perlantikkan beliau tidak lebih dari upah sebagai merampas kembali parlimen Baling dari PAS pada PRU 13 baru-baru ini.
Paling menyedihkan sudah kedengaran dari kalangan blogger pro UMNO memperlekehkan kelulusan akademik beliau yang sekadar lulus SPM yang diberi amanah terajui sebuah GLC sebesar Tabung Haji.
Apakah dengan kelulusan sedemikian beliau boleh menyumbang kearah kemajuan Tabung Haji?
Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji hanya ada sijil SPM?
Seingat admin MRM, Abdul Azeez memang seorang yg kuat bekerja dan pro aktif dalam UMNO.
Tiada komplen kerana kenang kebaikan beliau secara peribadi terharu.
Tahniah Azeez semuga dividen TH bertambah!
Tahniah Azeez semuga dividen TH bertambah!
Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.
Tersebar di blog, baca ruangan komen di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.
Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!
Azez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya. Baca juga salah satu komen di bawah dari blog Rocky bru:
Azeez is also Chairman of Tabung Haji’s subsidiary, TH Real Estate (based in Saudi Arabia). TH Real Estate is basically a ZERO revenue company but Tabung Haji has been very generous. Not only the contract of THRE’s CEO was extended, he also got maximum pay raise – up from RM30k to RM70k currently and soon will explode to RM100k per month (his contract will expire end of the year). With total staff of only 5 people (1 CEO, 2 Malaysians and 2 Saudis), TH RE’s yearly cost for salary is already in excess of RM2 million!!!!! So Najib’s decision to appoint Azeez as Chairman of Tabung Haji is due to THRE’s sterling performance? No?Najib menggenapkan transformasi yang ingin dilakukannya. Ghani Othman (Lim Kang Hoo)/Sime Darby, Ng Yen Yen (and family)/Tourism Malaysia, Rafidah Aziz/Air Asia, Ali Rustam/LADA, and Now Azeez Rahim (Ismee/Jasmi/Azizan/Sheikh Akmal)/Tabung Haji.
Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun!!
Kelab Putera 1Malaysia Presiden Abdul Azeez dan Azeez Rahim Putera UMNO.
Sumber Ekeleh
Diserang 20 pelajar samseng
Fadziyah, 43, mendakwa, anaknya nyaris maut diserang 20 lelaki yang bersenjatakan kayu besbol, topi keledar dan sebatang besi yang diasah tajam dipercayai akibat perselisihan faham yang tercetus beberapa hari sebelumnya.
Dakwanya, dia dimaklumkan orang ramai yang menyaksikan kejadian di hadapan pintu pagar sekolah ketika anak lelaki tunggal dari lima beradik itu mahu balik selepas tamat sesi persekolahan.
“Orang awam hubungi saya memaklumkan supaya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan polis,” katanya.
Fadziyah berkata, dia menemui anaknya di IPD dengan keadaan mata lebam, hidung berdarah dan paha serta sikunya cedera.
Seterusnya katanya, dia membawa anaknya membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan ditahan wad selama dua hari.
Dia berharap, pihak berkenaan perlu lebih prihatin terhadap pergaduhan melibatkan pelajar memandangkan kes sedemikian melibatkan nyawa pelajar dan yakin anaknya hanya menjadi mangsa keadaan.
Menceritakan kejadian, Fadziyah mendakwa, pergaduhan dikatakan tercetus apabila mangsa tersentuh bahu seorang suspek dalam tandas sekolah.
“Bermula insiden berkenaan, sekumpulan pelajar mengepung dan pernah bertindak kasar di padang sekolah iaitu memijak pinggang anak saya, namun memikirkan ia hanya gaduh biasa dan tidak mahu dibesarkan.
“Rupa-rupanya mereka berdendam dan akibat tidak puas hati tersebut, anak dibelasah 20 individu dipercayai geng suspek,” katanya.
Menurutnya, rakan mangsa yang turut diterajang di perut sehingga terjatuh ke dalam longkang dan seorang lagi cedera dalam kejadian Khamis lalu, sudah dibenarkan ke sekolah.
“Bagaimanapun, akibat kecederaan di kepala, muka, tangan dan paha, anak diberi cuti sakit sehingga 15 Julai depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut akan diteruskan.
Khalil turut menasihati ibu bapa dan pihak sekolah supaya bekerjasama dalam menangani isu pergaduhan melibatkan pelajar.
Kerajaan Selangor beri bonus lagi
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu bertujuan mempertingkat penglibatan masyarakat terhadap program MES selain memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu.
“Kerajaan negeri bercadang memberi bonus kepada kakitangan di pusat khidmat Dun sebagai satu galakkan agar keberkesanan kerajaan prihatin akan dapat dicapai. Jumlah pemberian akan dibincangkan.
“ Program MES ini kita telah mula laksanakan sejak 2008 melalui beberapa bantuan antaranya air percuma, Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), dan yang terbaru insentif perkahwinan kepada belia berumur 35 tahun ke bawah, tidak ketinggalan bantuan untuk golongan warga emas serta banyak lagi program.
“Tetapi, kita dapati adakalanya maklumat program MES tidak sampai kepada rakyat dan kita merencanakan beberapa pendekatan antaranya memperhebat hubungan antara pusat khidmat Dun,” katanya menjawab pertanyaan lisan Hasbullah Mohd Ridwan (Pas-Gombak Setia) ketika sidang Dun, semalam.
Beliau berkata, maklumat dalam portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my akan diperkasakan lagi supaya rakyat sentiasa didedahkan dengan pencapaian dan program yang dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan