Selasa, 2 Julai 2013

SEKARANG MAHKAMAH AJE

Heret BN ke mahkamah kerana cubaan menipu atas tajuk turun harga kereta ?
Posted on Tuesday, July 02 @ 23:11:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: sp4n4r

"Pada pru13 lalu, berlaku perang manifesto. Tawaran kepada rakyat dari kedua-dua parti PR dan BN.

Mengikut kamus Oxford, perkataan manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi bertulis oleh seseorang atau parti politik untuk mendapat perhatian, tarikan serta simpati dari orang ramai.

Manifesto adalah perkataan Italy dimana istilah itu berasal dari perkataan Latin iaitu "manifestum" yang bermaksud jelas atau mudah dilihat ( clear or conspicuous ).

Menurut wikipedia, maksud perkataan manifesto adalah satu pengistyiharan bertulis yang berniat, motif atau pandangan penerbit.

Jika diteliti dan difahami dari takrfian manifesto, senang kata, sebagai akujanji atau tawaran. Akujanji atau tawaran itu boleh bertukar menjadi MoU, Memorandum of Understanding apabila akujanji atau tawaran ini dimeterai dengan satu ikatan iaitu UNDI Majoriti. Apabila dimeterai dengan satu ikatan, maka ianya boleh dianggap sebagai kontrak antara BN dan Pengundi untuk tempoh 1 penggal pilihanraya.

Oleh kerana pada PRU13 lalu, BN telah memenangi pilihanraya yang telah dimenteri ikatan dari pengundi melalui undi, maka, sewajarnya, MoU itu dipatuhi oleh pihak yang diberi pemeterian.

Salah satu manifesto atau akujanji atau tawaran atau MoU dari Barisan Nasional adalah menurunkan harga kereta sebanyak 20% sehingga 30%. Barisan Nasional telah mewar-warkan pernurunan harga kereta berperingkat-peringkat. Akan tetapi akujanji atau tawaran atau Mou itu tidak dipatuhi oleh Barisan Nasional kerana, penurunan harga kereta yagn siarkan diakbar milik BN tidak sampai 10%, malah, nilai harga kereta yang ditawarkan mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan rakyat. Dengan kata lain, Barisan Nasional telah memperdayakan orang ramai dimana ianya telah memungkiri satu kontrak ( akujanji atau tawaran atau MoU ).

Mengikut akta 574 kanun keseksaan, dibawah seksyen 415, Barisan Nasional telah memperdayakan orang ramai dan memungkiri kontrak yang diperbaharui selepas Pilihanraya Umum lalu.

Jadi, mana-mana NGO atau parti politik yang berduit, berkeinginan mengheret BN ke mahkamah kerana melakukan penipuan dibawah akta 574 seksyen 415, bolehlah berbuat sedemikian. Jika dulu BN boleh menggunakan ibu tunggal mengheret PR yang menerajui kerajaan selangor ke mahkamah, takkan NGO atau Parti politik PR tak berminat plak mengambil tindakan sama kerana tindakan Barisan Nasional jelas menipu atas tajuk penurunan harga kereta.

Semua tulisan diatas adalah pandangan sahaja berdasarkan rujukan-rujukan yang dirujuk.


 Kalau orang serah bantuan, segera beri kepada yang memerlukan
Posted on Tuesday, July 02 @ 23:14:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"

Saya cuba mencari kisah atau hadith yang mengatakan Nabi Muhammad SAW apabila diberi sumbangan, sedekah atau zakat, Baginda SAW akan segera mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Baginda SAW, tidak akan pulang ke rumah selagi sumbangan, sedekah atau zakat tersebut selesai diagihkan.


Harap kita semua yang diamanahkan untuk menyampaikan bantuan supaya segera menyalurkan bantuan tersebut, tidak perlu menunggu hari tertentu atau bulan tertentu atau orang kenamaan untuk diagihkan.

 Merangkak Kepada Berlari (R1) Motivasi Ramadhan 2013
Posted on Tuesday, July 02 @ 21:39:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hishamahmad

"Seorang yang ingin menunaikan haji mesti berusaha untuk menjadi ‘intim al-Quran’. 1 tahun atau 2 tahun atau seawal yang dapat sebelum tahun jangkaan pergi haji, kita telah berusaha memperbaiki kelemahan bacaan al-Quran kita, sehingga ke saat ketika mana kita berangkat ke tanah suci, kita telah mempunyai kefasihan membaca al-Quran dengan tidak mudah membuat silap, jika ada pun, mampu memperbetulkan sendiri. Bermakna, dari merangkak kita, telah berlari.

Ini amat mustahak.   Mengapa saya pertekankan perkara ini? Ini kerana ada satu rahsia. Rahsia Ini akan terbongkar menjelang seawal malam pertama Ramadan dan akan makin terserlah pada malam-malam berikutnya. Apakah dia?
Rahsia Yang Terbongkar
Setiap Ramadan. Tahun ke tahun. Surau-surau dan masjid-masjid. Saban tahun diadakan program bertadarus al-Quran. Saya pernah menyertainya selama di Batu Pahat dan Melaka.  Masih ingat lagi, beberapa tahun lalu, di surau suatu taman perumahan di Batu Pahat, kami bersama-sama melakukan tadarus al-Quran. Setiap malam, sekitar  10 hingga 15 orang menyertai majlis tadarus, kadangkala kurang kadangkala lebih. Jumlah ini masih tersangat sedikit dibandingkan bilangan  jemaah yang sebelumnya bersama-sama bertarawikh. Kebanyakannya mungkin memilih rumah masing-masing sebagai tempat bertadarus, manakala sebahagian pula memilih untuk ‘bertidur –terus’. 
Semasa program tadarus inilah terdedah dan terbongkar rahsia. Kebenaran yang pahit untuk ditelan. Kelemahan dalam membaca al-Quran. Kelemahan-kelemahan yang pelbagai bentuk dan keadaan. Kelemahan kecil atau ringan, sederhana atau pertengahan, kelemahan serius lagi merisaukan.
Dengar sini! Ini bukan sketsa “tom-tom bak,”  atau  sitcom “geng bas sekolah”. Ini kehidupan  orang-orang dewasa. Kisah drama hari ini. Kategori kisah benar. Mereka ini ada yang telah bergelar haji, ada yang akan pergi haji tak lama lagi, ada yang telah mendaftar untuk pergi, ada pula yang dah patut pergi, tapi sayang tak daftar lagi. 
Inilah hakikat sebuah drama kisah benar majlis tadarus al Quran disebuah surau di taman perumahan. Tak tahulah secara pasti keadaan di surau dan masjid lain. Namun di sebuah kampung, terdapat peserta-peserta pensioner dengan jenis masalah yang pelbagai tetapi lebih kurang sama. Dikala umur-umur mereka disekitar 55 tahun ke atas, nasihat saya tiada yang lain melainkan agar bersegeralah mereka mendapatkan kelas al-Quran intensif.  Harapannya, biarlah masalah ini telah diatasi, sebelum pergi menuju Illahi (haji)  atau lebih ngeri, sebelum dijemput pergi yang tidak kembali. 
Lalu kita juga terfikir, dalam bilangan kecil yang bertadarus, banyak rahsia yang terbongkar. Bagaimanalah pula agaknya keadaan sekian ramai mereka yang lain, diluar sana. Status bacaan mereka? Wallahu taala alam.
Status Kelemahan
(kecil atau ringan? sederhana atau pertengahan?, kelemahan serius lagi merisaukan?
Terlalu banyak perlanggaran dan kesalahan. Sama ada dari segi tajuwid dan etika dalam membaca al-Quran. Masih ramai membaca dengan cara tak betul, 1 harkat jadi 2 harkat, huruf lain,  sebutnya lain.
Kesalahan cara mulakan semula bacaan setelah tersilap, ketepatan meletakkan harakat, sifat huruf dan lain-lain.
Ada yang kelihatan membaca agak laju (macam fasih) namun tajwidnya lintang pukang. Segala yang ‘ikhfa’,  diizharkan. Cara Ibtida dan waqaf  ikut kreativiti sendiri. Banyaklah perkataan dan istilah dipotong, dibelah dua. Geramnya, bila ditegur, dibuat selamba.
Bacaan Unik Dalam Quran
Bagaimana pula tentang bacaan-bacaaan unik di dalam al-Quran. Kebanyakan kita hanya ketemui bacaan-bacaan ini setahun sekali pada malam tadarus, itupun bagi yang bertadarus. Maka ada sahaja bentuk bacaan dan bunyian yang dibaca dan dibunyikan ikut rasa dan tekaan sendiri.  Mari kita khususkan rujukan ini untuk mengetahui setakat mana ia dikenali:-

(1) bacaaan naqal (Rujuk surah al-Hujurat ayat 11) ,
(2) Bacaan Iltiqa’ sakinain (2 huruf bertanda mati (sukun) yang bertemu nun kasrah/wiqayah (nun baris di bawah – nun yang dihilang tetapi bunyinya tetap ada) bila tanwin bertemu alif lam tanda mati) itulah iltiqa sakinain dengan menggantikan bunyi nun di bawah,
(3) Cara ibtida’ hamzal wasal dan lain-lain. Seterusnya bacaan saktah, bacaan imalah, isymam, tashil dan lain-lain. 
Bukanlah maksud saya untuk membebel dari sudut hukum tajuwid, tetapi sekiranya kita tidak prihatin terhadap bacaan-bacaan unik ini, lantas tidak menguasainya (iaitu membaca dengan betul) tentulah kita akan berterusan melakukan kesilapan. Kita kata kita dapat khatam al-Quran berkali-kali di Mekah, tetapi bagaimana kedudukan setiap khatam itu, sempurnakah?  
Membaca Tidak Betul, Tidak Bagus
Kenapa wujud keadaan “membaca tidak betul, tidak bagus?” Ia tidak lain kerana tidak belajar membaca dan kurang membaca. Kalau membaca ayat Al Quran pun tidak. Bila pula kita nak membaca terjemahannya. Memahami tafsirannya. Melaksanakan tuntutan dan perintah dalamnya. 
Ingatlah! Janganlah sampai kita kepada keadaan bahawa kita membaca al Quran tetapi al Quran mencela dan mengutuk kita.  
Sebagai motivasi menyambut ramadhan, Justeru berubahlah, tidak nanti, tidak kemudian. Sekarang.  Siapa jua kita tidak kira berpangkat atuk, nenek, ibu, bapa, kakak, abang  yang masih tidak membaca dengan baik, bertindak segera.
Kita sendiri yang tahu kelemahan diri sendiri, di mana dan setakat mana?  Segeralah belajar dengan guru Quran yang baik. Sertailah kelas intensif, bukan seminggu sekali, tetapi seminggu banyak kali. Biar kita dapat khatam secara sempurna dalam beberapa bulan. Kemudian kita memburu  kemahiran membaca dengan lancar tanpa silap.  
Jangan tunggu lagi. Disamping itu terlalu banyak kaedah moden yang boleh membantu kita seperti (1) bahan percuma dan berkualiti yang boleh didownload di internet-youtube, tentang perihal mengaji, pelajaran tajuwid dan sebagainya (2) atau jika ada kemampuan, belilah sebatang pen yang berharga agak mahal sekitar RM200-300. Pen ini bukan sebarang pen. Pen ini boleh membaca al-Quran sefasih Imam-imam Mekah.

Semoga yang ‘merangkak-rangkak dalam bacaan, akan segera dapat berlari…. ‘
Artikel ini telah disunting bagi paparan di atas. Sesiapa yang mahu melihat artikel asal yang lebih panjang, sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com  (FB: hisham.ahmad.1420)
Berminat: artikel ini juga adalah sebahagian daripada isi kandung buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf - karya seorang peguam sivil, syariah, berijazah  undang-undang sivil, diploma syariah dan ijazah sarjana muda pengajian Islam, Quran dan Sunnah. Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain.  (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)



 Yang ini Adun UMNO patut malu
Posted on Tuesday, July 02 @ 21:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: nordinali

"ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.

Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.

Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.

"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.
"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. - Malaysiakini

@ Orang bukan Islam tahu membezakan baik dan buruk. Yang ada agama tak boleh nak bezakan.

Nordin Ali


 Kedudukan Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor masih kabur
Posted on Tuesday, July 02 @ 21:50:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Kedudukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai perhubungan politik menteri besar Selangor masih lagi kabur buat masa ini walaupun sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan pelantikan mengenai jawatan itu.



Ketua Umum PKR itu mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai pegawai perhubungan politik kepada menteri besar Selangor  sewaktu menggulung perbahasan Kongres Tahunan Nasional ke-9 PKR di Dewan Sivik MBPJ pada hujung Mei lalu.
“Pengesahan berkenaan perlu dijawab sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim," kata Saifuddin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
"Jawatan jurucakap politik itu masih belum diwujudkan di negeri Selangor,”  tambah beliau.
Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali pada awal bulan lalu mendedahkan ada di kalangan anggota PKR Selangor yang kurang senang dengan perlantikan Saifuddin ke jawatan berkenaan.
Azmin memberitahu pelantikan berkenaan seolah-olah meminggirkan pemimpin PKR Selangor yang lain.
Sinar Harian turut melaporkan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pada Jun lalu belum menerima maklumat rasmi berhubung pelantikan Saifudin ke jawatan tersebut.
Zuraida memberitahu PKR mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Awal bulan lalu, Abdul Khalid memberitahu tugas Saifuddin di pejabat menteri besar Selangor akan diumumkan pada minggu berikutnya namun sehingga kini pelantikan berkenaan masih kabur.
Abdul Khalid membayangkan antara tugas jurucakap berkenaan adalah membantu penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar bandar.
Menteri besar itu turut memberitahu pelantikan Saifuddin bukan lagi ura-ura. Beliau bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya 2013 di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada Jun tahun ini.
Pada Pilihan Raya 2013, Saifuddin yang bertanding mewakili PKR untuk kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu  tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi. - MalaysianInsider

_________
http://tempayanretak.blogspot.com


 Patutlah orang Isreal perangai semacam aje
Posted on Tuesday, July 02 @ 22:00:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog PenjualCendol



SPA kesihatan dan kecantikan yang terletak di Utara Israel menawarkan satu perkhidmatan yang pelik untuk pelanggan.Perkhidmatan yang pelik dan ganjil itu ialah berurut dengan ular pada harga sekitar $70-80! Saiz ular bergantung kepada jenis urutan, ular yang lebih besar untuk mengurangkan ketegangan otot yang lebih mendalam.






tonton videonya sekali

Tiada ulasan: