Selasa, 2 Julai 2013

BUAT SESUATU TENTU ADA UNTUNG MAA...MANA SEGAK PAKAI HONDA ATAU SEGAK PAKAI PROTON ATAU PERODUA

'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
 
RCI SABAH Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.
Timbalan menteri: Proton, Perodua lebih murah dari Honda
 
PARLIMEN Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, kereta nasional Perodua dan Proton dijual dengan harga paling murah di Asean.

Malah, katanya, model seperti Myvi dan Saga lebih murah berbanding harga kereta jenis Honda Rio di Thailand dan Indonesia.

NONE"Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia.

"(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) berhubung bila kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta import supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut, Hamim yang juga ahli parlimen Ledang berkata penurunan harga kereta menjadi salah satu matlamat penting untuk mencapai dalam dasar automotif nasional.

Hapus duti tak jamin turun harga

Katanya, kajian semula berhubung penurunan harga mengambil pandangan semua pihak termasuk pengguna, pengeluar kereta, institusi kewangan dan pengeluar barang gantian bagi mewujudkan industri automatif yang kompetitif dan efisien

"Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan duti sebagaimana mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Ini adalah kerana pengurangan duti tidak menjamin penurunan harga kereta," katanya.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais akan menyebabkan kerajaan hasil cukai lebih kurang RM7 bilion.

"Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan duti sebagaimana mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Ini adalah kerana penghapusan duti tidak menjamin penurunan harga kereta," katanya.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais akan menyebabkan kerajaan kehilangan daripada hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM7 bilion.
Bung: CEO AirAsia X tak layak duduk M'sia
 
PARLIMEN Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

bung mokhtar parliament 080708 01Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.

Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.

Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).
ADUN cadang larangan minum arak di tempat awam
 
ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.
Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.
Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.

Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.

"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.
"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
'Persetujuan ibu perlu untuk tukar agama anak'
 
Menurut Islam, penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dibuat melalui persetujuan ibu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membincangkan langkah untuk meminda undang-undang Islam berkaitan penukaran agama kanak-kanak itu sebelum membuat pandangan rasmi.

Beliau merujuk kepada pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013, yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak melalui persetujuan seorang ibu, bapa atau penjaga sahaja.

Katanya, terdapat kes spesifik dalam sirah nabi apabila Nabi Muhammad menghantar seorang kanak-kanak kembali kepada ibunya kerana hanya bapanya sahaja yang memeluk Islam.
MP bangkit isu penstrukturan fakulti di UM
 
MP Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali hari ini membangkitkan dakwaan berlakunya penstrukturan semula fakulti-fakulti di Univerisiti Malaya (UM) sehingga menjadi lima fakulti sahaja.

Beliau - yang juga setiausaha Dewan Ulama PAS - berkata penstrukturan itu turut melibatkan fakulti Akademi Pengajian Islam UM yang didakwanya dijadikan taraf "sekolah" dan diletakkan bawah Fakulti Kesenian, Kemanusiaan dan Sains Sosial.

"Bagi saya tindakan seumpama ini memperkecilkan displin pengajian Islam, sedangkan ia adalah agama persekutuan. Apatah lagi Universiti Malaya adalah universiti yang tertua di Malaysia.

"(Universiti) yang melahirkan ramai ulama pelbagai bidang, menjadi pensyarah, hakim, kadi, mufti dan sebagainya. Maka tidak layak pengajian Islam diperkecilkan seumpama itu.

"Dan (saya) bimbang tindakan itu akan diikuti oleh universiti-universiti yang lain," katanya membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran, Khairuddin berkata sekiranya Allah mahu memberikan kebaikan kepada seseorang itu, maka Allah akan beri kefahaman tentang Islam kepadanya.

"Ertinya rakyat tidak akan menjadi baik, jika tidak diberi ilmu dan kefahaman tentang agama Allah dan tidak sepatutnya (pengajian Islam) diperkecilkan seumpama itu," katanya.

UM mempunyai 14 fakulti termasuk Akademi Pengajian Islam dan Akademi Pengajian Melayu, enam institut dan lima pusat pengajian.

Tiada ulasan: