Selasa, 9 Julai 2013

SOROK2...BERCANGGAH2....MACAM ADA YANG TAK KENA AJE

Kerajaan enggan dedah pembekal dakwat kekal

Hazayani Zakaria, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan RM6,900,000 bagi penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, kos ini meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran.

Manakala kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000.00 menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.00.

"Perolehan dakwat kekal ini dibuat secara rundingan terus bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan pembekalan dakwat ini.

"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin Khamis lalu.

Shahidan juga berkata, ketahanan dakwat kekal ini diuji oleh wartawan semasa sidang akhbar berkaitan pada 2 Mei lalu dan terbukti ia tidak dapat dihilangkan dengan menggunakan bahan peluntur dan pencuci.

"Walaubagaimana pun, ketahanan dakwat kekal adalah bergantung kepada setiap individu.

"Sekiranya terdapat usaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan dakwat kekal menggunakan bahan peluntur dan pencucui, sudah pasti dakwat kekal sedikit sebanyak dapat dihilangkan tertakluk kepada niat individu berkenaan," katanya.

TV Mesir bohong, tunjuk rakaman lama

Harakahdaily, 08 Jul 2013
MESIR: Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.

Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi.

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta aksar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir".

Penjelasan SPRM percangahan jawapan di Parlimen

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan percanggahan peratusan sabitan yang diberikannya dengan angka yang dinyatakan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berikut penjelasan penuh SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merujuk kepada kenyataan susulan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli berkaitan statistik dikeluarkan oleh SPRM pada 4 Julai 2013 (Khamis) dan jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat bertarikh 1 Julai 2013.

SPRM ingin menjelaskan bahawa kadar sabitan yang disebutkan dalam kenyataan 4 Julai 2013 (Khamis) adalah berdasarkan peratusan bilangan kes yang mendapat keputusan pada satu-satu tahun manakala statistik dalam jawapan bertulis pula merujuk kepada bilangan orang yang dituduh dan disabitkan dari tahun 2009 hingga 2013.

Pengiraan secara terus (2009 hinga 2013) oleh YB Rafizi dengan membandingkan jumlah pertuduhan dan sabitan (jawapan bertulis) adalah tidak tepat.

Ini kerana pertuduhan kes pada tahun semasa, sebagai contoh pada tahun 2012, tidak semestinya akan mendapat keputusan sabitan pada tahun yang sama. Ia disebabkan sesuatu kes pertuduhan mengambil masa perbicaraan yang panjang sebelum diketahui keputusan sama ada kes disabitkan atau dilepaskan oleh mahkamah.

Bagi kes-kes terbaru, yang dituduh pada tahun 2013 (sehingga bulan Mei), kebanyakan kes masih berjalan dan belum ada keputusan penghakiman.

Untuk makluman, perbezaan ini juga boleh berlaku kerana dalam satu-satu kes pertuduhan, tidak semestinya melibatkan seorang tertuduh sahaja. Ada keadaan di mana dalam satu-satu kes, ia melibatkan lebih daripada seorang.

SPRM ingin menekankan contoh prestasi jumlah kes tuduhan dan sabitan antara Januari dan Jun 2013. Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan pada 4 Julai 2013, sabitan kes di mahkamah rendah iaitu Mahkamah Sesyen antara Januari dan Jun 2013 adalah sebanyak 89 peratus. Daripada 162 kes yang telah selesai dibicarakan (sila rujuk jadual disertakan), sebanyak 144 telah disabitkan kesalahan. Baki sembilan peratus atau 15 kes adalah kes yang dilepas dan dibebas manakala tiga kes (dua peratus) lagi adalah kes yang dilepas tanpa dibebaskan. Pada tahun 2012, sebanyak 339 kes (85 peratus) daripada 400 kes yang selesai dibicarakan adalah kes yang telah disabitkan kesalahan.

SPRM ingin menekankan contoh prestasi jumlah kes tuduhan dan sabitan antara Januari dan Jun 2013. Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan pada 4 Julai 2013, sabitan kes di mahkamah rendah iaitu Mahkamah Sesyen antara Januari dan Jun 2013 adalah sebanyak 89 peratus. Daripada 162 kes yang telah selesai dibicarakan (sila rujuk jadual disertakan), sebanyak 144 telah disabitkan kesalahan. Baki sembilan peratus atau 15 kes adalah kes yang dilepas dan dibebas manakala tiga kes (dua peratus) lagi adalah kes yang dilepas tanpa dibebaskan. Pada tahun 2012, sebanyak 339 kes (85 peratus) daripada 400 kes yang selesai dibicarakan adalah kes yang telah disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, SPRM berharap penjelasan ini dapat menguraikan kekeliruan akibat salah tafsir ke atas statistik yang dikeluarkan sebelum ini. SPRM berbesar hati untuk mempelawa YB Rafizi dan juga mana-mana ahli Parlimen agar bertemu dengan SPRM jika mahukan penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

PM diminta jelaskan kos sepanjang tempoh PRU13

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status sebenar lawatan YAB Perdana Menteri ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi Kerajaan dan apakah hasil daripada lawatan tersebut.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia  menyatakan:-
(a) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar; dan
(b) bagaimanakah jurang perbezaan ini antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 iaitu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian ke atas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & Company Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan, nyatakan kos pembangunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem kereta api berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus) minta Menteri Kerja Raya
menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah plan Kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua Felda.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha membersihkan Sabah daripada kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan:-
(a) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM meningkatkan mutu bola sepak negara yang kini menduduki 'ranking' FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan pada masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bola sepak terutamanya di benua Asia, malahan pernah dua
kali melayakkan diri dalam acara bola sepak di Temasya Sukan Olimpik; dan
(b) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh 'bookies' dalam sukan terutamanya bola sepak di negara ini, yang bukan sahaja menjejaskan mutu bola sepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index).

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal "deliver" rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep/polisi bina dan jual (build and sell) industri perumahan di negara kita.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

Ulasan ringkas isu Mesir dan Dr Morsi

Dr. Zaharuddin Abd Rahman, 08 Jul 2013
1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undang-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.

9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman ( khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah tidak.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.

www.zaharuddin.net

Kutipan Tabung Lahad Datu diagih kepada mangsa

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya mengagihkan duit hasil sumbangan dan derma Tabung Lahad Datu kepada mangsa yang terjejas dengan insiden keganasan di Lahad Datu dua bulan lalu.

Tabung Lahad Datu diwujudkan oleh DPMM dan digerakkan bermula pada 1 Mac 2013 setelah beberapa hari insiden keganasan di Lahad Datu.

Ia bertujuan membantu mangsa kekejaman pengganas Sulu yang terdiri daripada keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika bertugas disamping memberi sumbangan kepada keluarga mangsa yang terjejas kehidupan mereka di Lahad Datu, Sabah.

Tabung ini telah ditutup pada 30 Jun 2013 iaitu setelah genap tiga bulan tabung ini digerakkan ke seluruh negara, dan setelah insiden keganasan ini tamat dengan kejayaan pasukan keselamatan mengawal keadaan.

"DPPM berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM25,634.18. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 16,000.00 berjaya diagihkan kepada balu dan keluarga pejuang negara seramai 9 orang yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna," kata Setiausaha DPMM Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut beliau, DPPM juga telah menyerahkan pelbagai bantuan termasuk makanan, pakaian dan sebuah frozen untuk menyimpan makanan segar yang berharga RM 2,000.00 dan ianya telah diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) semasa misi kemanusiaan DPPM ke Lahat Datu yang diketuai oleh Ketua DPPM Nasrudin Hassan sendiri pada 26 Mac 2013.

"Baki daripada akaun sebanyak RM 9,634.18 pula akan diagihkan menjelang Ramadhan tahun ini kepada kesemua keluarga terbabit," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang budiman dan mendoakan semoga semua pihak yang terbabit menghulurkan sumbangan agar dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan dalam hidup.

Terjemahan ucapan Dr. Badi'e di Dataran Rabaah

Harakahdaily, 08 Jul 2013
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di Mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi Mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan di semua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara-penjara melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat-saat kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu-pembantu mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat Mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera Mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang-orang islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

-Penyokong melaungkan "kami mahukan Mursi! berambuslah wahai Sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang-orang kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa-nyawa kamu, harta-harta kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat Mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr. Muhammad Mursi.

*Dr. Muhammad Badi'e adalah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir

Mammogram: Selangor sedia RM1 juta setahun

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas atau wanita yang berumur kurang dari itu yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit kanser.

“Mereka dikehendaki untuk mengisi borang-borang khas yang diedarkan di pusat-pusat khidmat dan ketua-ketua kampung,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita yang layak dibawa secara percuma dengan pengangkutan khas ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara dan bagaimana kaedah pemeriksaannya boleh juga diamalkan sendiri secara manual di rumah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Jelasnya, kerajaan negeri telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma; 10 ribu wanita setahun dijangka akan menikmati kemudahan ini selanjutnya.

Berikut adalah statistik penerima manafaat Skim Kesihatan Wanita Negeri Selangor:-

Statistik Terkini Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Mengikut Dun Sehingga 28 Februari 2013













PROGRAM : SKIM KESIHATAN WANITA




















PENERIMA FAEDAH (ORANG)

Bil
DUN
Nama DUN
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
JUMLAH

1
N01
SUNGAI AIR TAWAR
Sabak Bernam


100
372
177

649

2
N02
SABAK
Sabak Bernam


-
417
91

508

3
N03
SUNGAI PANJANG
Sabak Bernam


26
710
228

964

4
N04
SEKINCHAN
Sabak Bernam


25
286
146

457

5
N05
HULU BERNAM
Hulu Selangor


-
108
49

157

6
N06
KUALA KUBU BAHARU
Hulu Selangor


83
27
44

154

7
N07
BATANG KALI
Hulu Selangor


223
166
98
30
517

8
N08
SUNGAI BURONG
Kuala Selangor


59
438
81
26
604

9
N09
PERMATANG
Kuala Selangor


-
325
242
13
580















PENERIMA FAEDAH (ORANG)

Bil
DUN
Nama DUN
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
JUMLAH

10
N10
BUKIT MELAWATI
Kuala Selangor


-
90
-

90

11
N11
IJOK
Kuala Selangor


108
187
-
17
312

12
N12
JERAM
Kuala Selangor


-
64
62

126

13
N13
KUANG
Gombak


28
177
153

358

14
N14
RAWANG
Gombak


110
120
60
11
301

15
N15
TAMAN TEMPLER
Gombak


14
182
46

242

16
N16
BATU CAVES
Gombak


75
248
58

381

17
N17
GOMBAK SETIA
Gombak


57
195
28
17
297

18
N18
HULU KELANG
Gombak


-
97
24

121

19
N19
BUKIT ANTARABANGSA
Hulu Langat


37
115
-

152

20
N20
LEMBAH JAYA
Hulu Langat


-
90
21

111

21
N21
CHEMPAKA
Hulu Langat


75
136
-

211

22
N22
TERATAI
Hulu Langat


96
273
18

387



PENERIMA FAEDAH (ORANG)

Bil
DUN
Nama DUN
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
JUMLAH

23
N23
DUSUN TUA
Hulu Langat


38
145
19

202

24
N24
SEMENYIH
Hulu Langat


-
26
35

61

25
N25
KAJANG
Hulu Langat


-
94
-

94

26
N26
BANGI
Hulu Langat


-
35
-

35

27
N27
BALAKONG
Hulu Langat


-
60
102

162

28
N28
SERI KEMBANGAN
Petaling


127
230
34

391

29
N29
SERI SERDANG
Petaling


42
201
30

273

30
N30
KINRARA
Petaling


83
171
-

254

31
N31
SUBANG JAYA
Petaling


26
390
116

532

32
N32
SERI SETIA
Petaling


37
18
10

65

33
N33
TAMAN MEDAN
Petaling


-
191
143
46
380



PENERIMA FAEDAH (ORANG)

Bil
DUN
Nama DUN
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
JUMLAH

34
N34
BUKIT GASING
Petaling


-
37
-

37

35
N35
KAMPUNG TUNKU
Petaling


105
181
9

295

36
N36
DAMANSARA UTAMA
Petaling


-
37
14

51

37
N37
BUKIT LANJAN
Petaling


-
206
-

206

38
N38
PAYA JARAS
Petaling


14
199
62
26
301

39
N39
KOTA DAMANSARA
Petaling


33
195
13

241

40
N40
KOTA ANGGERIK
Petaling


-
100
89

189

41
N41
BATU TIGA
Petaling


17
167
89
35
308

42
N42
MERU
Klang


72
283
174

529

43
N43
SEMENTA
Klang


22
72
55

149

44
N44
SUNGAI PINANG
Klang


-
147
-

147



PENERIMA FAEDAH (ORANG)

Bil
DUN
Nama DUN
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
JUMLAH

45
N45
SELAT KLANG
Klang


157
191
67

415

46
N46
PELABUHAN KLANG
Klang


-
22
-

22

47
N47
PANDAMARAN
Klang


-
51
-

51

48
N48
KOTA ALAM SHAH
Klang


-
23
-

23

49
N49
SERI ANDALAS
Klang


35
815
189
72
1,111

50
N50
SRI MUDA
Klang


78
85
46

209

51
N51
SIJANGKANG
Kuala Langat


60
265
38

363

52
N52
TELUK DATUK
Kuala Langat


478
447
186

1,111

53
N53
MORIB
Kuala Langat


82
352
93

527

54
N54
TANJUNG SEPAT
Kuala Langat


66
509
115

690

55
N55
DENGKIL
Sepang


-
64
101
36
201

56
N56
SUNGAI PELEK
Sepang


-
408
50

458

57

Kakitangan kerajaan



-
77
133
23
233

JUMLAH
-
-
2,688
11,317
3,638
352
17,995













*  Papsmear telah di diadakan pada tahun 2012 dengan pembabitan 1,000 orang wanita. Untuk tahun 2013 program ini belum dilaksanakan lagi.

Tiada ulasan: