Selasa, 9 Julai 2013

PUASA PADA HARI RABU 10/7/2013


Malu Bagitau Nama Sebenar shared Nur Zulaikha's photo.
niat puase jangan lupe -- doc hati

khidmat pembentungan perlu distruktur semula

Piarapakaran S,
Industri Perkhidmatan Air dibahagikan kepada Perawatan Air, Bekalan Air dan Perkhidmatan Pembentungan. Tiga komponen ini adalah perlu mengikuti proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, ketelusan, kekurangan pembangunan infrastruktur, kegagalan dalam penswastaan (perjanjian konsesi) dan struktur kos (tarif) adalah sebab utama Kerajaan Persekutuan meyakinkan Majlis Raja-raja untuk meneruskan dengan pelaksanaan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Akhirnya WSIA telah diluluskan oleh Parlimen

Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat swasta yang telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Persekutuan pada 9 Disember 1993 untuk menguruskan perkhidmatan pembetungan 'bersambung'. Walau bagaimanapun, syarikat swasta ini tidak mampu menguruskan hutang dan memerlukan 'bailout' pada tahun 1999. Kerajaan Persekutuan telah 'bailout' IWK dan mengambil alih keseluruhan IWK.

Penstrukturan semula Indah Water Konsortium (IWK) sepatutnya siap seawal tahun 2008. Apakah yang melambatkan Kementerian Kewangan (MOF) daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga memohon kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek-projek pemulihan infrastruktur pembetungan secara berterusan. AWER ingin menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak membenarkan apa-apa kenaikan tarif IWK sebelum menstruktur semula IWK mengikut model WSIA. Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memimpin melalui teladan dengan memastikan MOF memansuhkan perjanjian konsesi ini. Dalam jangka masa panjang, IWK akan dipecahkan kepada entiti-entiti peringkat negeri untuk digabungkan dengan syarikat-syarikat bekalan air di peringkat negeri bagi meningkatkan kemampanan ekonomi industri perkhidmatan air. Ini adalah model WSIA yang lengkap.

Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). JPP mengulangi operasi SPAN, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dalam beberapa kes dengan IWK dari segi pengawalseliaan, pengurusan projek dan pelaksanaan projek. Mereka sebenarnya menduplikasi dan merunsingkan tugas-tugas dan fungsi-fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh SPAN, PAAB dan IWK. Pertindihan sebegini ini bukan sahaja akan memperlahankan keberkesanan pengawalselia (SPAN) untuk melaksanakan tugasnya tetapi juga membuka ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan salah urus daripada pegawai-pegawai JPP. Sebagai contoh, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan dan JPP tidak mempunyai sebarang KUASA KAWALSELIA. Kuasa pengawalseliaan untuk perkhidmatan pembetungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Oleh itu, JPP perlu ditutup dan pegawai-pegawainya boleh diserap ke dalam SPAN, PAAB dan IWK sebagai pilihan atau memilih kekosongan jawatan kerajaan yang lain.

Mengapa penambahbaikan perkhidmatan pembetungan sangat penting? Anda perlu ingat bahawa pencemaran kumbahan kepada air adalah satu isu yang serius. Lembangan Sungai Langat mempunyai lebih daripada 30,000 tangki septik individu dan merupakan penyumbang terbesar kepada tahap ammonia di dalam air sungai ini. Tidak termasuk lain-lain loji rawatan kumbahan di sepanjang lembangan sungai ini yang masih melepaskan pencemar. Sungai ini merupakan salah satu punca utama pengambilan air mentah. Ya, kita menggunakan air sungai dengan pencemaran sisa pembetungan sebagai air minuman selepas rawatan.

Walau bagaimanapun, WSIA juga mewajibkan industri untuk menjadi telus, termasuk proses penetapan tarif. AWER telah berjaya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan proses penetapan tarif secara telus. Proses ini akan memastikan setiap butiran Perbelanjaan Modal (Capex), Perbelanjaan Operasi (Opex), pendapatan yang dikawal selia dan bukan dikawal selia untuk dimasukkan ke dalam proses penetapan tarif dengan penglibatan semua pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai .

Jika kita meneliti tarif pembentungan, adakah adil bagi mereka yang kurang menggunakan air terawat dan kurang melepaskan air sisa ke sistem pembetungan bersambung untuk membayar jumlah yang sama dengan orang-orang yang melepaskan air sisa yang banyak. Oleh itu, sistem bil berdasarkan isipadu (volumetric billing system) adalah penting. AWER telah bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa sistem bil berdasarkan isipadu akan diperkuatkuasakan bagi semua pengguna dalam masa terdekat.

Untuk menjadikan industri pembetungan lebih baik dan mapan, kawasan berpenduduk padat dengan tangki septik individu dan sistem simbah terus (pour flush) perlu ditukar kepada sistem bersambung. Dengan peningkatan kepada perkhidmatan yang diberikan, kos operasi keseluruhan dapat dikurangkan. Ini adalah satu konsep operasi besar-besaran. Tetapi bagi kawasan berpenduduk tidak padat, mesti mempunyai tangki septik individu yang dikosongkan (enapan disedut keluar) setiap 2 hingga 3 tahun sekali. Hal ini adalah kerana menukarkan tangki-tangki septik di kawasan tidak berpenduduk padat melibatkan kos yang tinggi.

Sekarang, pembiayaan untuk melakukan penambahbaikan ini boleh diperolehi melalu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah badan yang ditubuhkan untuk melancarkan proses penstrukturan semula bagi membantu pembiayaan pembangunan infrastruktur. Bagaimana anda menyalurkan kos ini kepada tarif? Ia perlu dilakukan melalui proses penetapan tarif yang telus dan semua kos IWK perlu diaudit dan ditanda aras.

Menutup kebocoran di dalam sistem (IWK) sebelum mengenakan tarif kepada pengguna. Ini adalah WSIA yang dipermudahkan untuk anda.

Pada masa ini, air sisa kumbahan yang dirawat ini boleh digunakan semula untuk penyejukan mesin dan pemprosesan bukan makanan di kilang, menyiram taman di bawah seliaan kerajaan tempatan, dan lain-lain lagi. Paip khusus boleh disambungkan ke kawasan permintaan yang tinggi dengan permintaan khas. Di samping itu, lori-lori tangki air yang menyiram taman-taman di bawah kerajaan tempatan boleh mengisi air sisa yang dirawat di loji pembetungan yang ditetapkan dengan mudah. Ini akan meningkatkan hasil kepada industri pembetungan melalui perkhidmatan yang dikawal selia.

Banyak lagi juga boleh dilakukan untuk menuai gas metana (gas rumah hijau) secara lestari daripada sistem pembetungan untuk mengurangkan kebergantungan loji rawatan kumbahan kepada tenaga elektrik. Ini juga bermakna bahawa, sistem pembetungan boleh menjadi satu lagi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lestari  dengan bekalan sumber bahan api yang berterusan dari kita (kita melepaskan jumlah sumber/najis  yang banyak setiap hari).

Hampir terlupa satu maklumat penting, apa-apa pendapatan yang dibuat dalam melupuskan perkakas lama (melalui kitar semula), menghasilkan baja daripada enapcemar, penggunaan semula air sisa kumbahan dan lain-lain bentuk perniagaan (papan iklan) melalui perkhidmatan pembetungan, IWK perlu menyalurkan pendapatan ini kembali kepada tarif . Ia bukan pendapatan bagi syarikat ini. Ini juga merupakan satu lagi pendekatan penting dalam WSIA. Jadi, IWK perlu lebih telus dalam kos dan operasi untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai dan perniagaan. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat antara AWER dan KeTTHA.

Jadi, MOF apa yang anda tunggu? Mansuhkan perjanjian konsesi IWK untuk membolehkan IWK distruktur semula. Berhenti menjadi penghalang kepada penambah baikan industri perkhidmatan air negara. Semua kebaikan ini hanya akan direalisasikan jika MOF bersetuju untuk menstruktur semula IWK. Tidak ada keperluan untuk membentuk Syarikat Pembetungan Negara (NASCo) yang menelan perbelanjaan sangat tinggi (melampaui kemampuan Malaysia), dahulukan penstrukturan semula! Ia senada dengan Rakyat Didahulukan.

Ke arah melengkapkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara menjelang akhir tahun 2013.

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu kenyataan menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA.

“Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda,” tambah kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

PKPIM mengikuti secara minat mengenai penglibatan Malaysia dalam TPPA.

Penglibatan negara sejak tahun 2010 bakal melalui siri rundingan yang ke-18 di Sabah dan dijangka akan ditandatangani seawal bulan Oktober ini.

Kami melahirkan kebimbangan kerana perjanjian yang penting ini tidak dibincangkan isi kandungannya kepada masyarakat awam. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan ‘kerajaan sentiasa betul’ dan memaksakan kepada rakyat Malaysia satu perjanjian yang sangat diragui.

Ini kerana kami sudah menyelidik pelbagai bantahan baik dari dalam atau luar dan ternyata TPPA ini lebih banyak mendatangkan keburukan baik dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

PKPIM mahu kerajaan memberi perhatian berkenaan klausa dalam perjanjian di mana rakyat negara asing yang juga terlibat dalam TPPA boleh bekerja di Malaysia tanpa sekatan.

Malah syarikat antarabangsa juga boleh mengambil pekerja asing tanpa perlu memenuhi kuota pekerja tempatan seperti yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.

Perjanjian ini bakal memburukkan lagi situasi pengangguran di Malaysia di kalangan graduan universiti. Ini kerana sukar bagi mereka bersaing dengan pekerja asing yang sanggup dibayar gaji yang lebih murah.

Malah pekerja asing yang lebih mahir dan berpengalaman dari negara maju dalam TPPA juga bakal merampas peluang pekerjaan daripada pekerja mahir tempatan.

Kami juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa orang  Malaysia juga boleh bekerja di negara lain kerana hakikatnya majoriti graduan mahu bekerja di dalam negara dan mahu berkhidmat demi kemajuan negara tercinta ini.

Oleh itu, PKPIM menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA. Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda.

Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari TPPA sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.

Kuala Besut: Fokus dan cipta sejarah

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA BESUT: PAS yakin dengan memberikan fokus khusus untuk setiap kelompok pengundi, parti komponen Pakatan Rakyat itu boleh menang di pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.

Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, pihaknya telah menyusun strategi tertentu bagi memastikan sejarah dicipta di negeri ini.

Terengganu bakal mencipta sejarah jika PAS berjaya memenangi PRK ini kerana akan mempunyai bilangan Adun yang sama ramai dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu 16:16.

Dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS mendapat 14 dan PKR satu.

Dengan kematian Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu, Adun BN tinggal 16. Jika PAS menang dalam pilihan raya ini, jumlah Adun Pakatan akan menjadi 16.

"Suasana inilah yang hendak dicipta oleh para penyokong PAS sekarang. Inilah yang menjadi tema kempen kita, mari kita cipta sejarah," kata Wan Azhar ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti calon BN adalah 2,434 undi.

Dari 14 pilihan raya sebelum ini, PAS menang empat kali iaitu 1959, 1969, 1974 dan 1999. Yang lainnya dimenangi BN.

Ketika ditanya pendapat Ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata, PAS tidak boleh berbuat apa-apa walaupun menang kerana mereka mempunyai Seaker di pihak BN, Wan Azhar berkata;

"Bagaimana kalau Adun PAS memberikan usul undi tidak percaya kepada speaker. 16 menyokong dan 16 lagi menentang usul itu. Apa akan berlaku?" jawab beliau dengan memberikan soalan.

Bagi Wan Azhar, jawapannya tentu sukar dan inilah sejarah baru yang bakal dicipta jika menang.

Pakar undang-undang perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat, jika PAS menang, Sultan boleh membuat keputusan siapa yang berhak menjadi pemimpin ataupun pilihan raya semula boleh diadakan.

Muhyiddin ditekan kuat dari dalam untuk bertanding

Harakahdaily, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ditekan kuat dari pelbagai arah untuk mencabar presidennya Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan parti yang akan datang.
Sumber Umno memberitahu Harakahdaily sekarang arus memprotes panggilan untuk tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi Umno semakin kencang.

“Anta dah balik tulisan terbaru Kadir Jasin? Sekarang itulah moodnya dalam Umno sekarang – mereka nak Muhyiddin bertanding melawan Najib. Sebab 1Malaysia dah gagal, dan yang menyelamatkan Umno masa pilihanraya umum ke 13 ialah sikap ‘Malay first’ Muhyiddin yang menyakinkan orang Umno luar bandar terus bersama Umno di PRU yang lalu,” kata sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dalam tulisannya, bekas ketua editor News Straits Times A Kadir Jasin seolah-olah menyeru Muhyiddin tidak bersikap hipokrit dengan tidak mencabar Najib.

Di dalam tulisan tersebut, Kadir menggelar Muhyiddin sebagai ‘Kingmaker’.

“Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?” tulis Kadir.

Kadir turut menyeru para pemimpin Umno untuk berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

“Adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?” tanya beliau.

Menurut sumber Umno, Muhyiddin kini turut diasak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu-satu caranya Zahid boleh menyelamatkan diri daripada persepsi buruk dan kes mahkamahnya dan juga ancaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ialah menjadi salah satu daripada dua orang tertinggi Umno atau sekurang-kurangnya kekal sebagai Naib Presiden. Beliau sedang menunjukkan kepada para ahli Umno ‘kekerasan’ dan ‘kelakian’nya sebagai pemimpin Umno yang sepatutnya kerana Najib dilihat lembut dan Muhyiddin semakin hari dilihat sebagai penakut,” katanya.

Apa yang diperkatakan sumber Umno adalah sejajar dengan laporan The Malaysian Insider yang juga memetik sumber berkata Zahid sedang menunjukkan kepimpinan keras sejak kejadian Sulu sebagai interviu untuk pemilihan parti.

Beliau turut baru-baru ini dilihat berani melanggar Najib dengan mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

“Jika ahli Umno mula merasa Zahid lebih berani membuat keputusan daripada Muhyiddin dan Najib, maka habislah Muhyiddin, kerana Zahid hanya berani cabar tempat nombor 2. Untuk Muhyiddin, dengarlah kata ana sebelum terlambat – terlambat itu bermaksud apabila ahli Umno merasakan Tan Sri sebagai seorang pengecut – dan pada masa itu, kareer politik Tan Sri akan tamat,” kata sumber Umno itu lagi.

Apakah signal yang perlu dibuat Muhyiddin untuk menyakinkan ahli Umno bahawa beliau ialah pemimpin harapan mereka?

“Jangan diam diri pada kelakuan isteri Najib dan Permatanya,” jawab sumber Umno tanpa mengulas lanjut.

Jentera muslimat sudah berkampung di Kuala Besut

Hazayani Zakaria, 08 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Jentera Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan PAS menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Menurut ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusoff, bagi mencapai matlamat itu, jentera DMPP sudah siap-sedia dan memulakan gerak kerja di Kuala Besut.

"Jentera dan pimpinan muslimat sudah turun ke Kuala Besut dan kita sudah wujudkan gelombang-gelombang untuk bekerja walaupun pada bulan Ramadhan.

"Setiap gelombang selama lima hari, muslimat akan melakukan gerak kerja di sana mengikut giliran.

"Jentera muslimat akan bekerja habis-habisan sebab kita tahu kemenangan kita untuk PRK Kuala Besut sangat penting demi survival kepimpinan Islam di Terenganu," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, walaupun PAS belum mengumumkan calon yang akan bertanding, namun itu bukanlah menjadi isu penting.

Tegasnya, DMPP menerima siapa sahaja yang akan menadi calon sama ada calon lelaki atau wanita, asalkan ia merupakan calo boleh menang.

"Dewan Muslimat tidak mengira siapa pun calon sama ada lelaki atau wanita, yang penting ialah calon yang layak dan diterima rakyat.

"Muslimat akan memberi sokongan penuh kerana apa yang penting calon itu layak dan boleh mennag untuk mewakili PAS ke Dewan Undangan Negeri," katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, PAS meletakkan calon muslimat iaitu Napisah Ismail.

Napisah dikalahkan calon BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Suruhanjaya menetapkan 12 Julai bagi penamaan calon manakala hari membuang undi pada 24 Julai.

PAS akan mengumumkan calonnya pada esok malam.

Mesir: 53 terbunuh diserang ketika sedang solat Subuh

Harakahdaily, 08 Jul 2013

(Jenazah yang terkorban pagi tadi dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah)

MESIR: Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Tiada ulasan: