Selasa, 2 Julai 2013

DAH LAH DATANG SURAU DAN MASJID JARANG...DATANG HANYA BULAN RAMADHAN...DATANG TAK DE PULAK TAZKIRAH...BILA NAK SAMPAI MAKLUMAT ISLAM KEPADANYA

Sah !! Azhar Idrus tiada dalam senarai calon : PAS T'ganu
Posted on Tuesday, July 02 @ 14:20:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: abuluqman

"Sah !! Azhar Idrus tiada dalam senarai calon : PAS T'ganu

Pesuruhjaya PAS Terrengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata parti itu menimbang untuk mengetengahkan yang dipertua PAS kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang bakal berlangsung tidak lama lagi.



 Laporan Sinar Harian hari ini menyebut, beliau menjelaskan perkara itu berikutan kekeliruan yang timbul apabila penceramah popular Azhar Idrus dikatakan akan diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu.
Katanya, kekeliruan itu timbul kerana beliau sebelum ini sekadar menyebut nama “Ustaz Azhar” apabila ditanya mengenai identiti bakal calon yang akan diketengahkan PAS.

Kenyataannya itu menyebabkan sesetengah organisasi media melaporkan bahawa calon yang dimaksudkan adalah Azhar Idrus, yang juga digelar “Ustaz Azhar”.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai yang dipertua PAS kawasan (Besut),” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Katanya lagi, Azhar Idrus juga tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dengan mewakili parti politik, namun masih melihat jika tokoh tersebut akan berubah sikap.

“Dia orang Ladang (di Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (jika Azhar Idrus minat bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Laporan itu juga menyebut beberapa lagi nama yang tersenarai – wakil Muslimat PAS, Napisah Omar yang menjadi calon untuk kawasan tersebut dalam pilihan raya umum lalu.

Mohd Abdul Wahid juga berkata, timbalannya Satiful Bahri Mamat dilantik mengetuai jentera parti sebagai sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI


 Larangan tazkirah di bulan Ramadhan
Posted on Tuesday, July 02 @ 12:21:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Penjagakubur

Oleh: amkns

"

Tazkirah kini dilarang, bagaimana mereka yang tak solat tarawih, tak solat fardu, yang bermain futsal, membeli belah, menonton wayang, melepak, lebih teruk lagi berjudi, berzina, rasuah di bulan Ramadhan terutamanya pada waktu malam.



‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’          
2 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.



 Windows Blue (Windows 8.1 Preview): Microsoft Terima Teguran
Posted on Tuesday, July 02 @ 23:38:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Semalam saya download Windows 8.1 Preview juga dikenali sebagai Windows Project Blue. Banyak perkara yang ditegur pada windows 8 lalu telah diperbaiki pada windows 8.1 ini. Sesiapa yang berminat boleh download di sini. Saiz untuk 32-bit ialah 2.8GB manakala untuk 64-bit pula ialah 3.8GB.

Pada keseluruhannya agak menarik. Saya telah cuba hari ini pada salah satu PC di makmal ICT dan keputusan sangat baik. Oh ya windows blue ini tidak support motherboard ATOM.



Paparan pada destop sudah ada kelihat start windows. Microsoft telah menerima teguran ini, sehingga ada kata windows 8 'bodoh'.




Paparan start menu pula boleh edit dengan mengecil dan besarkan icon. dan Application pula ada pada arrow down.




Application boleh di susun atur dengan lebih kemas.



Start windows pula diperkemaskan dengan butang shut down dikembalikan semula seperti windows 7. Ada command promt dengan nama "powershell". Run juga dikembalikan.




Power Shell dengan warna biru, sebelum ini hitam mungkin asal nama projek ini Windows Blue.

Sumber link



Kesal gambar masjid dipijak
Posted on Tuesday, July 02 @ 21:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Banyak perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya. Adakalanya kita pun memijak gambar masjid dan Kaabah yang terdapat pada sejadah secara tidak sengaja yang dihamparkan di masjid serta surau. Berhati-hati apabila melintasi sejadah yang terdapat gambar masjid dan Kaabah.

Kesal gambar masjid dipijak

2 Julai 2013 


BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.




Politik Malaysia Terkini (2)
Posted on Tuesday, July 02 @ 12:10:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Penjagakubur

Analisis Oleh: ruhan

"Di negara kita ada 222 kerusi Dewan Rakyat. Semua kerusi itu terletak dalam kawasan yang dibahagikan kepada lima kategori, iaitu Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, Separa Bandar, dan Luar Bandar.

Jumlah kerusi bagi kategori-kategori kawasan itu ialah Bandar Majoriti Cina (16), Bandar Majoriti Melayu (16), Bandar Campuran (13), Separa Bandar (54), dan Luar Bandar (123). Ini bermakna, kawasan-kawasan bandar di negara kita diperuntukkan sebanyak 99 kerusi. Sehubungan itu, 55.4% kerusi Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia terletak di luar bandar. Kerusi selebihnya berjumlah 44.6%.

Dalam PRU Ke-13 yang lalu, BN tidak memenangi sebarang kerusi di Bandar Majoriti Cina. Mereka memenangi 4 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, 1 kerusi di Bandar Campuran, 20 kerusi di Separa Bandar, dan 108 kerusi di Luar Bandar. Kesemuanya berjumlah 133 kerusi.

PR memenangi kesemua 16 kerusi di Bandar Majoriti Cina, 12 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, 12 kerusi di Bandar Campuran, 34 kerusi di Separa Bandar, dan hanya 15 kerusi di Luar Bandar. Kesemuanya berjumlah 89 kerusi.

PRU Ke-13 menyaksikan cengkaman kuat PR ke atas kawasan bandar dan penguasaan kukuh BN ke atas kawasan luar bandar. Senario sedemikian mengundang banyak persoalan. Nampaknya PR menguasai kawasan-kawasan maju, separa maju, dan sedang membangun. BN menguasai kawasan luar bandar yang serba kekurangan. Pola sedemikian memperlihatkan kepada kita pergeseran yang nyata antara bandar dan luar bandar.

Jika kita mengambil kira kedudukan sosio-ekonomi antara kedua-duanya, lebih banyak perkara akan muncul ke permukaan. Banyak perubahan akan berlaku dari sekarang hingga tahun 2018 nanti. Pertambahan penduduk dan pembangunan akan mendorong pembentukan lebih banyak Bandar Campuran dan Separa Bandar pada masa mendatang. Sehubungan itu, kawasan-kawasan pilihan raya di Luar Bandar akan menjadi semakin sedikit. Pertambahan kawasan Bandar Campuran dan Separa Bandar sudah pasti menguntungkan PR. Pengurangan kawasan-kawasan Luar Bandar akan menjadi mala petaka kepada BN.

Pada masa ini terdapat 99 kerusi dalam kategori Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, dan Separa Bandar. Kawasan-kawasan ini, terutamanya Bandar Campuran dan Separa Bandar akan terus berkembang. Jika terdapat pertambahan 4 kawasan Bandar Campuran dan 6 kawasan Separa Bandar, jumlah kawasan dalam kategori tersebut akan menjadi 109 kerusi. Oleh sebab itu, kawasan Luar Bandar hanya tinggal 113 kerusi. Jumlahnya tetap 222 kerusi seandainya persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak direalisasikan.

Berasaskan situasi semasa, Pakatan mampu menguasai 97 daripada 109 kerusi tersebut. Pakatan akan mendapat majoriti mudah jika mengekalkan 15 kerusi Luar Bandar yang mereka menangi dalam PRU Ke-13. Namun, sudah pasti pengundi-pengundi bermaklumat dan pengundi-pengundi baru di 109 kawasan itu ingin melihat keputusan yang lebih baik daripada yang disebutkan itu.

Jika hal sedemikian berlaku, Pakatan akan mencapai kemenangan yang lebih bergaya dalam PRU Ke-14 nanti. Sementara menunggu saat itu, sama-samalah kita lihat apa-apa yang akan dilakukan oleh SPR berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang pasti berlaku ialah Pakatan takkan mau melihat pisang berbuah bukan saja dua kali malahan juga berkali-kali seperti yang pernah berlaku sebelum ini."
 
 

Diari P.088 di Parlimen 1 Julai 2013

., 02 Jul 2013

Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Parlimen Datuk Seri Shahidan Kasim telah mengemukakan usul supaya persidangan dewan hari ini dilanjutkan hingga jam 8.30 malam berbanding hari sidang sebelum ini hanya berakhir jam 5.00 petang.

Memang penat dan lesu memandangkan tumpuan penuh diberikan pada perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat bermula seawal jam 10.00 am. Sementara setiap malam pula saya terpaksa membaca dan membuat persediaan untuk menghadiri sidang dewan pada keesokan hari.

Sungguhpun giliran saya membahaskan titah DiRaja telah berlalu tetapi saya terpaksa bersedia dalam apa jua keadaan untuk bangun mengemukakan persoalan dan memohon penjelasan berasaskan fakta dari perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat. Termasuk menegur dan menangkis serangan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat.

Namun realitinya, tidak semua kesempatan berpihak kepada saya. Terlalu sukar untuk mendapatkan ruang. Sama ada saya tidak diberi laluan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang membahaskan titah SPB YDPA atau Tuan Yang Dipertua tidak memberi kebenaran kepada saya untuk mengemukakan persoalan dan mencelah.

Berkali-kali saya bangun bagi mendapat izin dan laluan dari pihak Yang Dipertua dewan pada setiap hari, hanya 3 atau 4 kali sahaja peluang yang dapat saya miliki. Sungguhpun begitu, pada kesempatan lain, rakan-rakan saya yang lain bingkas dan pantas memanfaatkan setiap ruang. Kami tidak akan memberi laluan mudah kepada MP Barisan Nasional memperkotak katik Pakatan Rakyat.

Sehingga kini, MP Pakatan Rakyat aktif menyertai dan manfaatkan setiap ruang terutama bagi membawa idea Pakatan Rakyat dan menangkis apa jua kenyataan yang dilihat keterlaluan, salah fakta dan menyerang Pakatan Rakyat di samping membawa suara rakyat yang diwakili melalui kawasan parlimen masing-masing. Hari ini saya sempat mengemukakan persoalan berkait dengan isu pencerobohan Lahad Datu serta PATI dan isu larangan Tazkirah sewaktu solat Terawih di negeri Pahang.

Pengalaman ini agak menarik bagi saya sebagai Ahli Parlimen yang baru. Betapa peluang untuk bercakap dan bersuara sangat sukar dan setiap MP terpaksa berusaha keras bagi menarik perhatian Yang Dipertua agar mendapat laluan. Saya percaya Yang Dipertua Dewan juga melihat kepada MP-MP baru dan memberi peluang kepada yang belum berkesempatan bercakap.

Namun petua para MP senior ialah bangun segera dan acap kali akan lebih menarik perhatian Yang Dipertua. Pun begitu ada MP dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat yang bangun lalu terus bercakap tanpa peduli sama ada mereka mendapat laluan atau tidak daripada Yang Dipertua Dewan. Mereka berhujah, jika tidak berbuat demikian maka sampai ke akhirnya mereka tidak dapat peluang walaupun mereka tahu bahawa tindakan itu bercanggah dengan peraturan dewan. Lebih menarik, saya lihat Yang Dipertua Dewan banyak menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan untuk mengendalikan situasi ini dan sesekali membiarkan sahaja pelanggaran kecil itu berlaku.

Saya terus mempelajari selok belok ini dengan tekun. Sementara saya membiasakan diri dengan suasana pentadbiran, pengendalian dan perbahasan di dewan yang mulia ini. Namun begitu saya berazam untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik dengan terus kekal mematuhi dan menepati peraturan yang telah ditetapkan. Meskipun tindakan saya tidak popular, tapi saya juga mahu mendidik diri dan juga Ahli Parlimen yang lain menerusi tindakan dan sikap saya. Semoga saya mampu melakukannya.

Saya juga tekun memerhati gelagat MP senior dari kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk saya mempelajari sesuatu yang baru dari mereka dan juga membuat sempadan apa yang perlu. Demi memajukan diri saya, saya mesti meletakkan diri untuk senantiasa belajar sama ada daripada kitab-kitab yang sering saya tela'ah begitu juga dari pengalaman hidup termasuklah dari sidang dewan parlimen yang mulia ini.

Nasrudin bin Hassan
MP Temerloh

Alkisah seorang pendekar

Tuan Ibrahim Tuan Man, 02 Jul 2013
Seorang pendekar yatim piatu baru mengetahui cerita sebenar mengenai kematian ibubapanya.

Sejak itu, hidupnya tidak tenteram kerana hatinya membara dengan kebencian dan niat untuk membalas dendam.

Kerana api kebencian, pendekar menguatkan ilmu silatnya sehingga menjadi pendekar terbaik di nusantara. Kini dia bersedia untuk membalas dendam untuk ibubapanya.

Sebelum bertolak, pendekar berjumpa Tok Guru Zainal di Gunung Puncak.

“Selepas membunuh pakcik (orang yang menyebakan kematian ibubapa pendekar), apa yang akan berlaku?” tanya Tok Guru Zainal.

Pendekar mendiamkan diri, kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Wahai anakku, jangan ingat kamu akan berasa puas dan gembira selepas membalas dendam. Sebenarnya tidak. Selepas itu, kamu hidup dalam kebimbangan, kerana anak-anak pakcik kamu akan mencarimu untuk membalas dendam.

Wahai anakku, selepas kematianmu, anak-anak kamu pula akan mencari anak-anak mereka untuk membalas dendam. Dan berulanglah perkara ini sehingga bergenerasi akan datang. Apakah kamu akan puas dan gembira melihat anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitmu hidup dalam kebencian?” tanya TG Zainal lagi.

Pendekar terdiam lagi, tapi niat membalas dendam masih membara.

“Kebencian tidak boleh diselesaikan kebencian. Kebencian bukanlah jawapan kepada kebencian yang satu lagi. Jawapan kepada kebencian ialah kemaafan. Wahai anakku, tidak cukup mu hidup sengsara untuk 10 tahun kebelakangan ini selepas mengetahui kematian ibubapamu? Tidak cukupkah bagimu melihat anak-anak dan isterimu sengsara dalam api kebencian yang menyemarak di dalam hatimu.

Wahai anakku, fikirkan kembali zaman mudamu yang gembira waktu kamu masih tidak mengetahui kematian ibubapamu. Betapa gembira dan bahagianya hidupmu. Apakah berbaloi untuk meneruskan kebencian ini dan menggadaikan segala ini untuk meneruskan kebencianmu?

Wahai anakku, fikirkan juga. Jikalau kamu tidak ingin melihat anak-anakmu hidup dalam kebencian, apakah ibubapamu rela melihatmu hidup dalam api membalas dendam. Yang diharapkan ibubapamu padamu ialah melihat kamu hidup bahagia dengan mendapat keredhaan Allah daripada terjerumus dalam bisikan syaitan yang suka membuat sarang pada hati dan minda yang penuh kebencian.

Wahai anakku, turunlah dari gunung ini jika kata-kataku tidak dapat menginsafkanmu. Tapi ingat, jangan naik balik ke gunung ini mencariku setelah kamu membalas dendam, kerana dendam akan balik mencarimu, dan aku tidak rela gunung ini dijerebui dendam yang mencarimu. Nak balas dendam, engkau perlu berjalan beribu batu menumpaskan beribu orang, nak memaafkan orang, engkau hanya perlu menggugurkan batu dari hatimu. Wahai anakku, sudah tentu engkau tahu yang mana lebih mudah dan membahagiakan. Tapi awasilah egomu dan racun dendam di hatimu yang barangkali sedang melanggar akal fikiranmu dan jiwamu kerana bisikan syaitan yang enggan membebaskanmu dan meringankan hidupmu,” kata TG Zainal lagi.

Pendekar mengangkat kepalanya, matanya merah bergenang air. TG Zainal terus memeluknya.

“Terima kasih kerana menyelamatkan aku, Tok Guruku. Kebencianku ditawarkan dengan kesayangan Tok Guru. Betullah kebencian tidak boleh dipadamkan dengan kebencian, tapi dengan kemaafan dan kasih sayang,” kata pendekar.

Isi tersirat ada, tapi hanya pada mereka yang sudi menerimanya sahaja.

Senyum.

Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen

Subky Latif, 02 Jul 2013
SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13  dulu.
Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.

Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi.  Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.

Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.

Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ  saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang  dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.

Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963,  John Profumo, Menteri Perang Britain hilang  kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.

Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.

Jawatankuasa Tata Tertib Parllimen perlu melihat jawapan Shahidan tentang dakwat itu betulkah Shahidan berkata benar atau dia bergurau bohong di Parlimen. Siapa yang menyediakan jawatan itu adalah hal yang lain, penuturnya adalah seorang anggota Parlimen dan menteri.

Pastikan dari hansard Parlimen apa yang diucapkannya. Pastikan betul ada ujian dilakukan atas jari petugas SPR sebelum tarikh mengundi. Betul dakwat itu tidak padam hingga beberapa hari. Ujian itu mesti dibuat sebelum dakwat itu  dibeli. Bukan dua tiga hari sebelum mengundi hingga dia  tidak layak mengundi kerana dakwat itu masih lekat di jari pada hari mengundi.

Ke atas berapa  jari yang diuji. Adakah semua orang yang diuji  dakwat itu lekat belaka? Ertinya tidak orang yang diuji dakwat itu tidak lekat.

Parlimen atau SPRM yang berminat tentang kesahihan dakwat itu mesti mendapatkan pandangan pakar dakwah tentang ada jari manusia dakwat itu boleh lekat lama hingga tempoh  yang ditentukan dan ada  jenis jari dan kulit tangan manusia yang tidak lekat dakwat.

Dan bila SPR dan kerajaan sedar adalah jari yang boleh lekat dakwat dan ada jari yang kalis dakwat.

Pastikan bahawa Shahidan telah dibekalkan dengan bukti yang betul sebelum dia membuat jawapan di Parlimen dan dia sendiri yakin tentang ada jari manusia yang kalis dakwat dan yang lekat dakwat.

Sama ada Shahidan telah dikelirukan oleh pegawainya dan oleh orang-orang SPR adalah perkara kedua. Jika dia dikelirukan oleh orang lain, itu adalah kebodohannya. Jika dia menyamai jawapan atas bndak yang  tidak betul atas nasihat orang lain, dengan sendirinya ada kecacatan untuk jadi ahli Parlimen yang berwibawa.

Jika dipastikan dia berbohong, baik atas otak  dan lidahnya, atau dia dinasihat orang, bercanggah dengan fakta sains ada jari lekat dakwat dan ada jari kalis dakwat, maka kalayakan Shahidan jadi MP sudah tidak dapat  dipertahankan.

Kelantan optimumkan penggunaan tanah

Aslani M, 02 Jul 2013
JELI: Kelantan bercadang meluaskan konsep penggunaan tanah yang lebih efisyen bagi meningkatkan pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, konsep penggunaan tanah oleh Perbadanan Ladang Rakyat memberi dua bentuk pulangan hasil iaitu ladang dan perlombongan secara serentak.

Katanya, Ladang Rakyat Lubuk Bongor dan Ladang Rakyat Kuala Balah yang ditanam sawit turut diberi kelulusan untuk penjelajahan mineral.

"Kawsan seluas 8,000 ekar dikedua-dua ladang dijalankan penjelajahan mineral.

"Ini bermakna di atas bumi ditanam.pokok sawit, manakala dalam tanah dijalankan penjelajahan mineral," katanya selepas melawat projek Ladang Rakyat di Kuala Balah hari ini.

Hadir sama pada lawatan Speaker Dun Kelantan, Abdullah Yakub, Pengerusi Syarikat Ladang Sungai Terah, Datuk Omar Mohamad, Yang Dipertua PAS Jeli Apandi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Pada lawatan itu, menteri besar mendengar taklimat Perkembangan Ladang Rakyat Lubuk Bongor yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perladangan PKINK, Zazali Japar.

Selain itu rombongan juga mendengar hasil penjelajahan mineral disampaikan pengurus lojistik OME Resources Sdn Bhd, Jimmy Ooi Hoon Jin.

Ladang Rakyat Lubok Bongor seluas 17,000 ekar sejak tiga tahun lalu mengeluarkan hasil.

Zazali berkata, pihaknya bercadang membina kilang sawit melibatkan kos RM42 juta.

"Kilang tersebut dijangka beroperasi pada Julai tahun depan," katanya.

Undi popular: Noh pula kena ‘belasah’ di parlimen

Harakahdaily, 02 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu undi popular apabila mengatakan kawasan parlimen yang diwakilinya lebih besar berbanding kawasan parlimen yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin dipetik KeadilanDaily.

Ini membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding PKR bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain, “kami bertanding dalam satu gabungan”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri,” sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan Dewan Rakyat gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan.

Tiada ulasan: