Jumaat, 5 Julai 2013

MUSUH2 ISLAM MEMANG SENTIASA TAK SENANG DENGAN ISLAM...SEDANGKAN MEREKA TAK SEDAR ISLAM ITU AGAMA ALLAH SWT...ALLAH YANG MENJADIKAN SEMUANYA TERMASUK MANUSIA...MENENTANG ISLAM BERERTI MENENTANG ALLAH SWT

Guru, pelajar MTT solat hajat untuk Mesir

Khairul Azlam Mohamad, 04 Jul 2013


KUALA TERENGGANU: Guru-guru dan para pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring, dekat sini mengadakan solat hajat memohon keselamatan kerajaan Islam Mesir di bawah pimpinan parti Ikhwanul Muslimin, hari ini.

Solat hajat tersebut dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,Datuk Abu Bakar Chik yang juga memberi penerangan ringkas perkembangan politik semasa di Mesir.

Katanya, apa yang berlaku di Mesir turut dirasai oleh semua gerakan Islam seluruh dunia termasuk di negara ini kerana Ikhwanul Muslimin pilihan rakyat.

“Kita sangat rasa dukacita dan sedih dengan tindakan pihak tentera yang mungkin berkompromi dengan pemberontak untuk menjatuhkan kerajaan Islam Mesir di bawah kepimpinan parti Ikhwanul Muslimin,” ujarnya.

“Sekarang genap setahun kerajaan di bawah pimpinan Dr Mohamed Morsi yang telah mengalahkan golongan sekular. Kerajaan Mesir yang diterajui oleh Ikhwanul Muslimin secara demokrasi telah dirampas kuasanya oleh pihak tentera Mesir,” ujarnya.

Tidak setuju Rozali Ismail diberi RM33.4 juta

Selangorku, 04 Jul 2013
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor tidak bersetuju dengan pemberian pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail.

Abdul Khalid turut berpendapat, sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih penstrukturan air, nilai saham Rozali akan ditolak berdasarkan imbuhan atau ganjaran yang diterimanya itu.

“Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak bersetuju.

“Jika kita dapat mengambil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasarkan calculation of evaluation,” katanya ringkas selepas persidangan Dewan Negeri Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) yang meluluskan cadangan pemberian pakej RM33.4 juta kepada Rozali di dalam mesyuarat agung tahunannya.

Anak syarikat PNHB, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), adalah satu daripada empat syarikat yang mendapat konsensi mengurus perkhidmatan rawatan air di Selangor.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM9.65 bilion kepada PNSB dan tiga lagi syarikat untuk mengambilalih perkhidmatan rawatan air daripada mereka.

Terdahulu,isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyifatkannya sebagai keputusan 'tidak beretika dan tidak bertanggungjawab' memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.

Polis Mesir perintah tangkap 300 tokoh Ikhwanul Muslimin

http://greenboc.blogspot.com, 04 Jul 2013

Polis Mesir Perintahkan Penangkapan 300 Tokoh Ikhwanul Muslimin



Ahli Ikhwanul Muslimindan penyokong Mohamed Mursi membawa poster-poster wajah Mursi sebaik saja Presiden Mesir itu diigulingkan, di perkarangan Masjid Raba El-Adwyia Kaherah
Polis Mesir telah memerintahkan untuk menangkap 300 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin setelah pihak tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Muhammad Mursi pada Rabu malam waktu tempatan. Demikian kata jejaring rasmi akhbar Al-Ahram pada Khamis.

Seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri mengesahkan kepada AFP bahwa surat perintah penangkapan telah dikeluarkan untuk para anggota Ikhwanul Muslimin. Tetapi, pegawai berkenaan tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Para pegawai sebelumnya menyatakan bahwa pasukan keselamatan telah menangkap dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang rapat dengan Presiden Mursi.

Kedua-duanya adalah Saad al-Katatni yang mengetuai Partai Kebebasan dan Keadilan sekaligus cabang politik Ikhwanul Muslimin serta Rashad Bayoumi yang merupaan wakil ketua gerakan Islam itu.

Sementara laporan-laporan dari kota Mediterania, Alexandria, menyatakan sekurang-kurangnya nya 10 orang terkorban ketika lawan dan pendukung Mursi terlibat didalam pertempuran setelah tentera mengumumkan penggulingannya pada Rabu.

Media rasmi dan para pejabat menyatakan tembakan-tembakan berlaku di kota wilayah pantai yang popular itu. Pejabat berita negara MENA, yang mengutip seorang pejabat medis tempatan, melaporkan 50 orang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran tersebut.

Empat orang terkorban dalam pertempuran di kota utara Marsa Matrouh. Demikian kata gabernor negara bahagian itu. Sementara, Gaubernur Badr Tantawi menyatakan kepada Reuters melalui telefon dari kota Mediterania dekat perbatasan Libya bahwa sejumlah pendukung Mursi terkorban. -republika

Rafah Gate ditutup, bukti Israel main peranan

http://wasukalu.blogspot.com, 04 Jul 2013

Rafah Gate ditutup tentera - bukti kukuh Israel turut main peranan

Mesir dan Gaza...
Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama ( satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi :

Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Mengapa Israel?
Pada 4 November 2012 iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni (gambar).

Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Mursi.
Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel.

"Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai
pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas.

Mengapa dengan Gaza?

Gaza ditadbir oleh sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Ya sekutu kuat serta sayap kanan yang berkuasa besar dalam perang gerila. Hamas adalah sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Dengan menutup Rafah, Gaza akan kembali terkepung. Tiada sumber makanan, perubatan dan yang paling penting tiada sumber senjata yang diseludup masuk.

Tanpa semua itu diharapkan Hamas akan kembali lemah dan penduduk Gaza akan menyerah dengan mudah kepada Israel. Segalanya satu konspirasi untuk memudahkan kerja Israel meluaskan pencerobohan ke atas tanah Palestine.

Tengok ni 'bukan perangai yahudi ke?'
Video
Apa berlaku di Turki?

Tidak lain tidak bukan kerja konspirasi yang sama. Ikhwan Muslimin perlu dirobohkan di mana sahaja mereka berkuasa. Tanpa Erdogan, ASWJ Syria akan musnah dengan mudah kerana kebanyakan senjata dan perubatan disalur dari duni luar kepada Mujahiddin melalui Turki. Dan Erdogan mengizinkannya.

Apabila sekular memerintah? sindri mau ingat bro!!!

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Al-kisah lampu trafik baru…

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man , 04 Jul 2013
Di jalan menuju ke Kuantan telah diwujudkan satu lampu trafik baru untuk menyenangkan kereta memasuki Sungai Isap di jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Seorang anak muda yang sudah lama tidak melalui jalan itu merungut pada ayah angkatnya ketika melalui jalan itu.

Trafik light baru ini menyusahkan. Sekarang buat jem sampai Permatang Badak. Alangkah baiknya kalau seperti dulu, tiada trafik light, straight saja terus sampai Kuantan,” rungut anak muda itu ketika membawa ayah dan mak angkatnya ke klinik di tepi Tunas Manja, 1 kilometer daripada lampu trafik tersebut.

Setibanya di klinik, jururawat meminta mak angkat untuk pulang dulu dan datang sejam kemudian kerana ada tujuh lagi pesakit di hadapannya untuk bertemu dengan doktor yang satu.

Ayahnya mencadangkan untuk pergi minum air kelapa di gerai-gerai berdekatan sambil menunggu masa berlalu.

Pusing-pusing di sekitar Sungai Isap, tiada air kelapa yang dijumpai, akhirnya mereka bertiga berpusing balik ke jalan besar menghala balik ke Kuantan dan singgah di sebuah gerai 500 meter daripada lampu trafik yang dirungut tadi.

Setelah selesai minum dan masa menghampiri satu jam, mereka bertiga beredar menuju ke klinik.

Ketika ingin keluar ke jalan besar, terdapat banyak kereta sehingga anak muda itu susah nak keluar.

“Nasib baik ada lampu trafik. Tunggu sekejap, anakanda boleh keluar apabila lampu menjadi merah,” kata ayah angkatnya sambil menepuk manja belakang anak angkatnya.

Anak angkatnya tergelak dan mencubit pipi berlesung pipit ayah angkatnya.

“Ayah ini memang pandai. Diam-diam ayah tunggu masa yang sesuai untuk sampai mesej pada anakanda. Memang hebat ayah saya sebagai ustaz,” balas anak muda itu sambil kereta bergerak keluar ke jalan besar.

“Mestilah. Tadi anakanda marah, ayah berhujah kata lampu trafik itu ada baiknya pun tak guna. Kena tunggu masa sesuai, baru boleh makan dalam. Senyum,” kata ayah angkat sambil mengusap belakang kepala anak angkatnya.

Dapat cerita tersirat?

Senyum.

Gelap 505 di parlimen?

Subky Latif, 04 Jul 2013
Dua hari selepas rapat Gelap 505 di Padang Merbok 22 Jun, pada 24 Jun Dewan Rakyat mengangkat sumpah penggal barunya.

Gambar yang tersiar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk semeja berpakaian hitam lengkap bersama Perdana Menteri Najib dan TPM Muhyidin Yasin juga berpakaian hitam. Semua anggota Parlimen yang mengangkat sumpah hari itu berpakaian hitam belaka.

Saya terfikir sedarkah mereka dua hari dulu hitam seluruh Kuala Lumpur orang  turun membantah manipulasi SPR dalam pengundian 5 Mai lalu. Tidakkah bagi pembantah berpakaian hitam di sesi angkat sumpah di Parlimen itu menyambung unjuk rasa Gelap 505 di Padang Merbok?

Bantahan terhadap SPR itu boleh disambung di Parlimen dengan sekalian MP Pakatan Rakyat  terus menerus berpakaian hitam seperti hari pembukaan sidang Parlimen itu. Sekalian penyokong Pakatan yang singgah ke Parlimen berpakaian gelap.

Tok Guru Haji Abdul Hadi boleh berserban hitam seperti yang digunakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam acara rasmi negeri  semasa menjadi  Menteri Besar  Kelantan dulu.

Tidak kira hari apa, setiap kali sidang Parlimen sekaliannya berpakaian hitam hinggalah SPR dirombak.

Setiap orang yang bangun bercakap selepas menyebut hormat kepada Tuan Speakar atau Yang Dipertua, sebutkan salam Black 505. Sehinggalah ada larangan dari Speaker.

Saya tidak menduga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Parlimen, Shahidan  Kasim akan membuat peraturan dilarang masuk ke bangunan Parlimen berpakaian rasmi hitam. Dan Speaker dan Presiden Dewan Negara dapat melarang orang masuk ke Dewan berpakaian hitam dan melarang orang memberi salam Gelap 505 ketika memulakan ucapan.

Mungkin Speaker boleh menegur tetapi apa yang dapat dibuatnya  bagi menahan YB menuturkan salam itu? Kecuali dia membuat peraturan baru, sesiapa  yang menutur begitu dilarang masuk sidang sehari atau  dua hari. Atau Speaker menggunakan budi bicaranya menghalang YB masuk Dewan.

Seperti yang dibuat oleh Al-Marhum Tan Sri Syed Jaafar Albar dalam acara angkat sumpah Dewan Rakyat tahun 1959. Sekalian MP Front Sosialis masuk ke bangunan Parlimen tanpa kot dan tali leher. Peraturan pakaian belum ada masa itu.

Tan Sri Albar menunggu di pintu masuk Dewan. MP pembangkang sekalian disekatnya memasuki Dewan. Berlaku kekecohan. Selagi mereka tidak berpakaian lengkap, tidak dibenarkannya masuk. Tidak pula mereka berpecah masuk melalui pintu yang tiada Albar. Akhirnya mereka keluar bangunan datang semula dengan pakaian lengkap.

Bolehkah Tan Sri Pendekar Amin Mulia dan Shahidan Kasim sekat orang berpakaian hitam masuk ke Dewan sedang mereka menggunakan pakaian rasmi?

Saya tidak dapat mengagak apa yang bentara Parlimen dapat buat jika semuanya datang dengan pakaian hitam. Selagi peraturan dan larangan itu belum ada, boleh masing-masing tunjukkan bantahan itu hinggalah ke suatu masa yang tidak ditentukan.

Sekalian orang yang tidak puas hati dengan SPR boleh datang ke Parlimen dengan pakaian begitu tetapi tidak pula membuat bising dan tidak kacau ketenteraman Parlimen.

Orang tidak akan kata pembangkang sudah jadi macam budak-budak. Kebijaksanaan pemimpin  Pakatan Rakyat tidak terjejas dan  tidak boleh dikira rendah dengan berpakaian begitu. Sebaliknya ia adalah bantahan yang berterusan.

Hingga bila unjuk rasa Hitam 505 hendak diadakan? Boleh berterusan, tetapi tidak selalu boleh datang beramai-ramai. Para YB boleh terus berpakaian begitu sebagai menyatakan bantahan itu tidak bermusim.

Tiada ulasan: