Selasa, 9 Julai 2013

JANGAN SAMPAI BERAMAL AGAMA TAPI TAK IKUT HUKUM...JANGAN KITA AMBIL HAK LAPAN ASNAF SECARA BATIL

terkini dari mesirr..

KALI INI IKHWAN TIDAK AKAN BERUNDUR

Sebentar tadi, Majlis Tentera mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi pembunuhan beramai-ramai Subuh tadi di hadapan Bangunan Pengawal Republik.

Majlis Tentera meminta supaya penyokong Mursi untuk meninggalkan dataran-dataran yang dipenuhi.

Malam sebelum berlakunya insiden berdarah itu, helikopter milik askar telah mengugurkan risalah kepada para penyokong Mursi. Antara kandungan risalah itu mengugut askar tidak akan tunduk kepada desakan golongan "minoriti' yang dimaksudkan ialah penyokong Mursi. Askar juga berjanji akan mempertahankan sebarang tindakan yang boleh dikira menceroboh.

Saya kira ketika ini tentera menerima tekanan yang teruk. Selain dengan tekanan dalam tentera yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi yang mendesak Ketua tentera, Abdul Fatah As-Sisi menarik balik rampasan kuasa dibuat. Satu lagi, mereka tertekan kerana selepas seminggu rampasan kuasa berlaku, bilangan mereka yang membanjiri dataran-dataran bagi menolak rampasan kuasa saban hari tidak berkurangan meskipun pihak keselamatan mengupah perusuh (baltoji) untuk menakut-nakutkan mereka.

Apatah lagi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Badi' yang turun berucap di Raba'ah Jumaat lalu menyeru rakyat kekal di dataran dan ia dikira satu arahan kepada anggota Ikhwan Muslimin. Ikhwan juga sehingga hari ini tiada petanda untuk mengendur atau berunding kerana tiada faedah berunding dengan "perompak".

Situasi yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin ini berbeza dengan tahun 50-an. Ketika itu, walaupun Ikhwan dikhianti oleh rejim Abdul Nasser maka terdapat arahan dari pimpinan Ikhwan ketika itu untuk meminta penyokong mereka berundur.

Namun, senario tahun 2013 sama sekali berbeza. Saya tidak nampak Ikhwan akan berundur atau mengeluarkan arahan kepada ahlinya berundur kerana pengalaman mereka 60 tahun dulu memberikan pengajaran.

Kali ini sama ada menang ataupun menemui syahid.

Syabab Pas Kampar shared Maryana Bakar's photo.
Kenyataan mudir hospital:. mereka yg syahid dan cedera tgh solat dan ditembak dari belakang.
Gambar- Gambaran sebenar dimana tentera berada di belakang penyokong² Morsy yg sedang solat. IHZIM HUM YA ALLAH!!
La ilaaha illa Allah !
Mereka ini dilabelkan oleh tentera Mesir sebagai "pengganas"..

Sebahagian mayat pembunuhan askar Subuh tadi..Semoga Allah merahmati roh mereka

Gambar: Ikhwanonline
Ya allah, bantulah saudara kami di mesir..
شيماء علي
أقف لأصلي بين يدي الله، أضع طفلي أمامي، مطمئنة عليه، تلحظه عيناي بين لحظة وأخرى، كأنهما تحميانه من كل سوء..
أركع... أسجد وأدعو الله أن ينصرنا.
أقف منتصبة للركعة الآخرة..
مازال هادئا مطمئنا..
أركع..
أنتفض..
أسجد..
أقوم..
ما الذي يحدث؟
أهذا الملطخ بالدماء طفلي؟
أتلك الجثة الهامدة لي؟
لم تغفل عنه عيناي إلا لحظة.
لحظة واحدة اقتنصوه فيها..
لحظة واحدة لم أعد بعدها أما.
لحظة واحدة سيجف الحليب في صدري من بعدها، لأن رضيعي قد مات!
لحظة واحدة.. ستجف بعدها الدماء.. وتجف الحلوق والصدور.. وتجف منابع الرحمة التي لن تبلغكم بعد اليوم.
اللهم عليك بهم فإنهم لا يعجزونك

تنويه : صورة ارشيفية

(7)


 Kutip zakat 7 hari seminggu, agih zakat bagaimana?
Posted on Monday, July 08 @ 19:13:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Kini kaunter kutipan zakat dibuka 7 hari seminggu. Bagaimana pula dengan kaunter agihan zakat kepada mereka yang memerlukan atau pejabat Baitul Mal?

Kaunter zakat MAIWP dibuka 7 hari seminggu
8 Julai 2013

KUALA LUMPUR : Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sepanjang bulan Ramadhan 2013 ini. Kaunter-kaunter dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang, menurut kenyataan PPZ-MAIWP. "


 Dilakukan Dengan Kefahaman
Posted on Monday, July 08 @ 18:19:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: HishamAhmad

"2.7.2013, rekod terburuk saya. Artikel saya bertajuk ‘Merangkak Kepada Berlari (Reform 1) ’ hanya dibuka (dengan harapan dibaca) tidak lebih 500 kali. Biasnya yang lain melebihi 1,000 kali dan ada yang melebihi 3,000 kali. Setakat selepas PRU, saya hanya menghantar artikel non-politik sebagai alternatif kepada sekian banyak artikel/ paparan politik di sini.

Mungkin kerana ia mengenai nasihat agar memahirkan diri dalam pembacaan al-Quran, maka ia agak biasa dan tidak meransang naluri untuk dibaca. Semua orang dah tahu. Tetapi saya risau mereka tidak sedari bahawa ada suatu isi penting yang saya utarakan iaitu di mana seorang itu wajar untuk mempertikaikan diri sendiri tentang kesempurnaan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya jika dia tidak menguasai bacaan-bacaaan unik di dalam al-Quran antaranya (1) bacaaan naqal (Rujuk surah al-Hujurat ayat 11) (2) Bacaan Iltiqa’ sakinain (2 huruf bertanda mati (sukun) yang bertemu nun kasrah/wiqayah (nun baris di bawah – nun yang dihilang tetapi bunyinya tetap ada) bila tanwin bertemu alif lam tanda mati) itulah iltiqa sakinain dengan menggantikan bunyi nun di bawah (3) Cara ibtida’ hamzal wasal dan lain-lain. Seterusnya bacaan saktah, bacaan imalah, isymam, tashil dan lain-lain.

Bukanlah maksud saya untuk membebel dari sudut hukum tajuwid, tetapi sekiranya kita tidak prihatin terhadap bacaan-bacaan unik ini, lantas tidak menguasainya (iaitu membaca dengan betul)   tentulah kita akan berterusan melakukan kesilapan. Kita kata kita dapat khatam al-Quran beberapa kali setahun atau sebulan Ramadan, tetapi bagaimana kedudukan setiap khatam itu, sempurnakah? Maka usahakanlah kemahiran ini segera.

Bagi Ramadan 2013, ini saya telah menyuarakan cadangan agar tadarus dilaksanakan dengan pembacaan terjemahan. Saya tahu, tidak mudah idea saya ini dapat diterima untuk dilaksanakan di surau kampung saya tapi saya akan cuba yakinkan kepentingannya. Saya tahu akan berlaku pertambahan masa untuk menghabiskan 1 juzuk yang kesannya ditakuti melemahkan semangat bakal-bakal peserta. Inilah kerisauan awal disuarakan iman (lazim bukan rasmi)   yang sering memimpin kumpulan tadarus kami. Lalu saya memberikan beberapa hujah awal iaitu :-

(1)   Peserta tadarus lazimnya telah diketahui setiap tahun dan mereka ini adalah orang yang sama dan komited.

(2)   Pertambahan masa boleh dikawal dan diminimumkan dengan kebijaksanaan pemimpin/ketua membahagikan kadar banyak bacaan peserta mengambilkira kefasihan.

(3)   Terjemahan dibaca secara 1 mukasurat- 1 mukasurat dan saya telah membeli dua buah kitab al Quran terjemahan (Hidayah Publication)   , bahasa melayu, yang besar dan jelas, satu untuk ketua dan satu untuk saya (helah supaya cadangan jangan ditolak).

(4)   Saya juga minta dicuba selama seminggu (helah supaya diteruskan jelah).

Semua di atas adalah sekadar hujah yang tidak penting tetapi apa yang penting ialah saya katakan (di depan beberapa jemaah)   bahawa sejak selama kita hidup hingga umur sekarang (40 tahun- 50 tahun- 60 tahun), siapa diantara kita yang pernah habis membaca terjemahan secara sempurna bagi 30 juzuk al-Quran? Saya tanya, sekali sahaja, ada tak?

Saya agak yakin, tiada. Saya tanya kepada pembaca-pembaca Tranugkite kat luar sana, ada tak yang telah pernah menghabis membaca terjemahan (bukan tafsiran).

(6)   Saya katakan bahawa kita selalu katakana; ini kitab panduan kita, kita rujukan kita, kitab suci kita tetapi kita tidak pernah memahami isikandungnya secara sempurna, walau sekali. Bukankah ia satu yang pelik! Tiada payahlah saya memanjang-lebarkan hujah emosi ini, harap semua boleh melakukan sendiri bagi mendatangkan rasa bersalah dalam diri.

(7)   Saya katakan lagi, bahawa inilah peluang kita buat kali yang ini, Ramadan yang ini (takut takda peluang lagi)   , untuk kita sama-sama menghabiskan membaca makna/terjemahan dalam bahasa yang kita faham. Alangkah indahnya kalau kita berjaya melakukan hanya dalam satu bulan. (Sebab nak lakukan sendiri, memanglah payah).

(8)   Benar, ia mungkin memenatkan tapi saya yakin ia satu kejayaan besar dan penting bagi kita pencinta al Quran walaupun ia sepatutnya dikira peringkat asas (basic)   . Justeru, tentulah ia perlukan usaha bersungguh-sungguh dan bersusah payah iaitu satu mujahadah, satu bentuk jihad, ‘to struggle and strive’

(9)   Apa kata kalau pihak pembaca sekelian juga cuba cadangkan dan laksanakan di surau, masjid masing-masing. Jika tidak dapat semua, 1-2 kumpulan yang komited dan sanggup. Tentulah

Kalau boleh saya ingin lagi menjelaskan bahawa kepentingan membaca al-Quran dengan kefahaman ini telah dihuraikan dengan begitu hebat oleh Dr Zakir Naik (saya akan cuba melengkap dengan baik dalam blog saya nanti, kunjung-kunjungilah bila ada kesempatan).

Ketahuilah saya suka memberi sekadar 2 bukti besar dan hidup (benar-benar hidup) kepentingan membaca dengan kefahaman:-

(1)   Joshua Evan – seorang pemuda mat salleh bekas menteri dalam agama Kristian yang membaca terjemahan al-Quran dan menghabiskannya dalam masa 3 hari (kalau tidak silap) dan kemudiannya melafazkan 2 kalimah syahadah.

(2)   Dr. Maurice Bucaille- seorang pakar perubatan (bedah)   dan saintis yang mengkaji tentang mumia Firauan. Beliau bukan sahaja membaca terjemahan, kemudian belajar bahasa arab secara serius pada umur 50 tahun untuk lebih memahami maksud sebenar ayat –ayat al-Quran itu.

Tapi kita, 40 tahun Islam tidak sekali habis membaca terjemahan al-quran dalam bahasa kita sendiri, Melayu.

Ah!, kalau lah saya ada kesempatan ini untuk menghuraikan lagi di sini. Kita jumpa lagi.

Ziarahi:- hisham-ahmad.blogspot.com (FB: hisham.ahmad.1240)"



 Agensi kerajaan, bank ‘bunuh’ peniaga dan rakyat
Posted on Monday, July 08 @ 18:01:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"FMT 7 Julai 2013 - Birokrasi agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan serta bank-bank menyebabkan usahawan tempatan jatuh bangkrap, dakwa sebuah persatuan penguna.

Manakala pengusaha pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan dengan karenah pegawai kementerian bagi mendapatkan lesen operasi.

“Bayangkan untuk mendapatkan pinjaman mikro pun susah… kena bayar tiga bulan dulu, kos peguam, kos perkhidmatam, birokrasi ini menyusahkan peniaga Melayu.

Beliau juga mendapat aduan dari pengusaha kolej mengenai kesukaran mendapatkan lesen dari Kementerian Pelajaran.

Katanya, sewa bangunan sudah bayar selama dua tahun lesen tetapi masih tidak dapat lesen dari kementerian tersebut kerana pegawai kementerian mahu melihat rekod aliran tunai.

Masalah lesen perniagaan juga dihadapi oleh golongan pesara tentera yang mahu memulakan perniagaan hingga menyebabkan mereka berniaga tanpa lesen.

Beliau turut mendedahkan mengenai pembeli rumah yang menjadi mangsa penipuan membabitkan pihak bank dan syarikat pemaju perumahan.

“Ia berlaku di mana-mana, di seluruh negara. Saya ambil contoh di Kelang. Rumah tidak siap, bank bayar harga tanah kepada pemaju, pembeli terpaksa bayar setiap bulan walaupun rumah tidak tidak siap.

freemalaysiatoday.com"


 Niat Puasa Ramadan - Ulangkaji
Posted on Monday, July 08 @ 17:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tazkirah

"Niat adalah salah satu rukun puasa.

Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh mengunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.

Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.

Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sekaligus itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada setiap malam. Ada pun niat puasa sebulan sekaligus itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.


Wallahu 'alam.

Sumber:
lenggangkangkung-my.blogspot.com"


 Asam Keping - Cara Proses
Posted on Monday, July 08 @ 13:43:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

Asam Gelugor (Garcinia atroviridis Griff) atau Asam Keping dari keluarga Gittriferae merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai natif atau berasal dari Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Pokok ini telah ada juga tumbuh atau ditanam dinegara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India.

Maklumat rasmi yang berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Negeri-negeri utara semenanjung didapati mempunyai jumlah pokok lebih banyak seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah.

Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman asam gelugor di Malaysia tetapi saya ada buat anggaran sekitar 50- 80 hektar CHE (Crop hectrage equivalent). Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung atau orang asli yang tinggal berhampiran.

Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat daripada aras 2 sambil memandang Jambatan Mersing dari Hotel Timotel dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi memproses buah asam gelugor untuk dijadikan asam keping serta satu inovasi Alat Pemotong Asam Gelugor hasil dari pembacan dan pengalaman penulis selama 33 tahun dalam bidang pertanian.

Buah Asam Gelugor (gambar sebelah kanan) yang matang berwarna kuning akan dituai dengan menggunakan galah buluh atau aluminium yang mempunyai pisau dan kantung. Elakkan memetik buah asam gelugur yang masih muda dimana buah tersebut berwarna hijau untuk diproses bagi mendapatkan kualiti asam keping yang baik. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian buah asam gelugur. Buah yang di kutip perlu di kumpulkan dan dibersihkan. Untuk dijadikan asam keping , buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusun untuk dikeringkan menggunakan cahaya matahari atau alatan mesin pengering. Jika potongan asam keping dijemur perlu antara 7-12 hari sebelum cukup kering untuk dijual. Kajian penulis di Kg Baru, Gemenceh, Negeri Sembilan mendapati, asam gelugor segar (Dipanggil asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram (Fresh). Berikut adalah proses membuat asam keping dari buah asam gelugur.



1. Membasuh Buah Asam Gelugur hingga Bersih (Foto Atas). Pastikan hanya buah yang cukup matang digunakan dan dibasuh sehingga hilang kekotoran yang melekat dan kemudian ditoskan. Sebaiknya pilih buah yang bersaiz sederhana agar mudah diproses untuk mendapatkan saiz asam keping lebih seragam.



2. Buah Asam Gelugur kemudian perlu di hiris dengan pisau tajam dengan ketebalan hirisan antara 2.0 - 3.0 cm dan sebaikan diseragamkan. Setelah dihiris maka perlu membuang bahagian bijinya yang tidak digunakan. Buang bahagian hujung yang ada bekas tangkai dan juga bahagian bucu bawah buah dan kemudian semua hirisan perlu disusun diatas dulang atau bekas untuk dijemur. Sebaiknya elakkan daripada menyusun secara berlapis-lapis untuk proses pengeringan.



3. Kepingan hirisan asam gelugor di susun diatas dulang dan boleh dijemur dibawah sinaran matahari sehingga ia kering dan bertukar warna mengikut kepeuluan pasaran sama ada kuning gelap, coklat atau agak kehitaman. Saya juga dapati beberapa pengusahakomersil telah menggunakan mesin pengering eletrik kerana ia juga sesuai digunakan untuk penghasilan yang cepat, warna seragam, sesuai pada musim hujan dan kuantiti yang lebih banyak untuk diproses.



4. Kepingan atau hirisan asam gelugor perlu di terbalikan beberapa kali untuk mengeringkan bahagian atas dan bawah . Iini akan menyebabkan warna asal bertukar kepada warna coklat kegelapan beberapa hari kemudian.



5. Asam Keping yang telah siap dijemur dan kering perlu dikumpulkan untuk memeriksa kualiti (Tahap kering sesuai untuk dijual). Asam keping ini adalah antara bahan perasa masakkan paling lama memberikan rasa masam kepada masakan dan boleh disimpan lama kalau disimpan dengan baik.

Asam keping biasanya digunakan dalam makanan sebagai penambah rasa. Contoh masakan yang biasa menggunakan asam keping ialah laksa, asam pedas dan rendang . Proses pemotongan asam keping merupakan satu proses yang agak leceh dan lambat yang dijalankan secara tradisional.

Kaedah atau cara pemotongan ini sebenarnya boleh dicepatkan dengan alatan moden khas. Saya dapati terdapat satu inovasi daripada satu perekacipta iaitu oleh Zull Design Autotronic (ZDA). Kajian telah cuba menghasilkan sebuah mesin pemotong asam keping bagi memudahkan proses kerja pengusaha berkenaan. Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi keperluan mesin untuk memotong buah asam gelugor yang telah dihasilkan ialah merupakan kawalan semiautomatik yang mempunyai kuasa 220-240 VAC dan mempunyai ketebalan yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna.

Tanpa penggunaan mesin ini kemungkinan proses kerja akan menjadi lambat, hasil potongan yang tidak sekata ketebalannya dan menggunakan tenaga pekerja yang lebih ramai. Mesin ini juga adalah pelbagai guna iaitu boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti memotong keledek atau pisang. Mesin ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu dapat memendekkan tempoh masa proses kerja berbanding proses secara manual, dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga pekerja dan ia mudah dikendalikan. Memproses asam gelugor untuk dijadikan asam keping adalah masih signifikan di Malaysia. Diharap artikel ini memberikan suatu idea kepada pembaca mengenai cara memproses asam keping yang baik.

Wasallam!

ASAM GELUGOR... NAMA ASAM KEPING....
MUDA HIJAU ... MATANG WARNA KUNING...
PERLU DIBASUH... SEBELUM DIPOTONG...
DIJEMUR KERING... PANAS DIATAS ZING...

By,

M Anem
Senior Agronomist,
Room 118, Timotel Hotel,
Jalan Endau Mersing,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(5 Julai 2013)

Untuk pelbagai infotani yang menarik, sila lawati: animhosnan.blogspot.com



Video Janji Najib Tentang Akta Hasutan Yang Zahid Hamidi Wajib Tonton..
Posted on Monday, July 08 @ 13:23:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: anaksgderhaka

"Pada 6 Julai lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan oleh Bernama telah menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Apa tujuan Zahid sebenarnya?..

Perkara ini telah diumumkan oleh Najib sendiri sebelum PRU13 lalu sebagai telah dimansuhkan.. tiba-tiba pula Zahid Hamidi menegaskan ianya akan dipinda bukan dimansuhkan?

Adakah Zahid Hamidi cuba memperlihatkan kepada umum bahawa janji yang telah dibuat oleh Najib Tun Razak ini hanyalah satu lagi pembohongan untuk meraih undi daripada rakyat?

Adakah Zahid juga meletakkan dirinya bersama Ahmad Maslan yang baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan Najib yang kononnya bantuan BR1M boleh bertahan selama satu tahun?.. sila lihat di SINI tentang perkara itu..

Atau Zahid sedang cuba menimbulkan persepsi bahawa Najib memang seorang pembohong maka dengan itu beliau tidak layak dikekalkan sebagai Presiden UMNO?

Saksikan pengumuman Najib ini..

Sila lihat videonya di SINI"


 Pasar pun tak selamat sekarang ini, jenayah di mana-mana
Posted on Monday, July 08 @ 13:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"8 Julai 2013 - Seremban: Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dikenali sebelum ditinggalkan di situ.

Menurutnya, dua minggu lalu kejadian sama berlaku yang menyebabkan seorang lelaki cedera selepas disamun di tandas awam di pasar berkenaan.

*****************

Duduk depan rumah pun bahaya sekarang, ramainya penjenayah kejam di Malaysia ketika ini.

Lelaki hampir putus telinga dilibas parang
8 Julai 2013

Seorang penyelia kilang hampir putus telinga kirinya hingga terpaksa menerima 14 jahitan selepas dilibas dengan parang oleh dua penyamun bermotosikal di hadapan pagar sebuah rumah di Taman Sri Intan di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika Choo Kong Wui, 44, sedang berbual dengan ibu mertua rakannya yang berusia 70-an di hadapan rumah warga emas itu.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Kong Wui berkata, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 tiba-tiba berhenti dan pemboncengnya mengeluarkan sebilah parang sambil meminta wang daripadanya.

Dia yang akur dengan kehendak suspek menyerahkan dompet miliknya namun tanpa disangka-sangka suspek bertindak melibasnya dengan parang.

Kita Di Tipu!! Apa Sebenar Yang Berlaku Di Mesir.. Saksikanlah!!

Bagi mengelakkan Tuan-tuan dan juga Puan-puan menjadi mangsa penipuan Stesen TV Mesir yang kini dikuasai oleh perampas kuasa diakhir laporan ini disertakan link atau URL yang membolehkan anda menyaksikan apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini secara LIVE.
Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.

Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi. 

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta askar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir". ~harakahdaily


Siaran langsung dari Mesir di SINI.

Tiada ulasan: