Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut
Harakahdaily, | 09 Jul 2013 |
Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.
Bagi membantu Husam, dua timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.
Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.
Malam ini, Presiden PAS, Abdul Hadi akan mengumumkan calon yang akan bertanding bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat di Kampung Nail, Kuala Besut.
Harakahdaily difahamkan, PAS Besut dan Terengganu mencadangkan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat sebagai calon.
Tiga nama tersebut adalah bekas wakil rakyat di situ, Datuk Nik Zawawi Salleh, Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Bendahari PAS kawasan Besut Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.
Nama yang paling popular sehingga kini adalah penduduk jati Kuala Besut iaitu Che Long, seorang ahli perniagaan yang terkenal di sini.
Umno pula dikatakan menyenarai dua nama popular untuk PRK itu. Bekas Kadhi Besut, Nik Suhaiza Nik Ismail dan AJK Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf.
Anak bekas Adun Kuala Besut dan Exco Terengganu yang berpengaruh juga disebut-sebut menjadi calon PRK berkenaan.
Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS menang empat kali iaitu PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A. Rahman Mokhtar selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Pada PRU13 lalu, Allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti calon BN adalah 2,434 undi.
Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS dan PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat memperoleh 15 kerusi DUN di Terengganu.
Jika calon PAS menang dalam PRK ini, ia bakal menghasilkan satu suasana menarik dalam politik dan pentadbiran negeri Terengganu kerana ia akan menghasilkan kerusi yang sama banyak iaitu 16:16.
Mood pengundi Kuala Besut baik, 16:16 boleh dicapai
Khairul Azlam Mohamad, | 08 Jul 2013 |
Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf (gambar) berkata proses tersebut memerlukan keberanian bagi memilih PAS mewakili Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan tersebut bukan sekadar keberanian memprotes tetapi perlu diterjemahkan melalui peti undi yang dijamin selamat.
“Sudah ketikanya persekitaran kita (Besut) diubah. Fenomena dan lanskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik.
“Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan rakyat berada pada skala kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan untuk meraih sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Che Long menegaskan PAS tidak bakhil untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas dasar keprihatinan membantu rakyat.
Namun, katanyag bantuan dan keprihatinan tersebut bukanlah hanya bermusim ketika menjelang pilihan raya sahaja seperti sekarang.
“Kalau pilihan raya kecil sebagai ‘basic’ untuk kerajaan turun bersimpuh di hadapan rakyat, maka wajar rakyat bergerak ke arah merealisasikan harapan, slogan dan formula 16:16 yang dilihat boleh melorongkan kepada suatu laluan ke arah Pilihan Raya Negeri semula bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kuat, padu dan berwibawa dibentuk untuk menerajui pemerintahan kerajaan negeri Terengganu,” jelasnya.
Menurutnya, berdasarkan ‘mood’ yang ada, kedudukan 16:16 tidak mustahil boleh dicapai kerana keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan kedudukan kerusi 15:17 membuktikan rakyat sedang bergerak ke arah perubahan.
Tarbus
Posted on Sunday, July 07 @ 16:52:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Shamsul
Melihat
keadaan fizikal songkok,ana percaya ianya ada kaitan dengan tarbus
Tukri yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Artartuk.Tarbus
diperkenalkan oleh Mustafa Kamal sebagai ganti ketayap atau kopiah yang
lazim menjadi pakaian sunnah bersama sarban.Sejak tarbus diperkenalkan
oleh Mustafa Kamal dan untuk beberapa lama kemudian,tarbus dianggap
sebagai pakaian orang Islam versi Mustafa Kamal.
Untuk itu,mengikut kajian peribadi ana,songkok merupakan versi tarbus Melayu yang diperkenalkan dan dipopular oleh UMNO atau bolih dikatakan sebagai evolusi dari tarbus Turki.Keyakinan ini ditambah dengan fakta bahawa satu ketika dulu,UMNO juga cuba menulis ayat alquran dalam tulisan rumi serta menghapuskan terus tulisan jawi dari sistem pendidikan negara.Ayat quran dalam tulisan rumi adalah versi tulisan ayat quran dalam bahasa Turki yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal.Begitu juga beberapa versi sekular yang dibawa oleh UMNO ke dalam masyarakat melayu adalah merupakan pengubahsuaian dari sekular Turki Mustafa Kamal.Ada kaitan yang jelas antara sekular Mustafa Kamal dengan sekular UMNO di Malaysia.Oleh itu songkok, yang cuba ditabalkan sebagai pakaian rasmi orang melayu menyerupai tarbus Turki dan menjadi lambang kepada sekularisma yang cuba digarap dalam masyarakat melayu oleh UMNO.
tuan
usul tarbus sudah di pakai oleh ramai sultan 2 dan auliya' Allah di Turki sebelum Mustafa Kamal Ataturk yg sekular lg tu.bukan di perkenalkan oleh beliau.begitu jugak songkok yg ada kaitan dgn kedatangan Tab'in dari belah Turki yg memakai tarbus yg seterusnya berevolusi menjadi songkok.
Di Sebalik Tarian Bogel
Posted on Sunday, July 07 @ 17:17:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ahmad Nazri
Bagi saya cerita tarian bogel ataupun tarian separuh bogel tidaklah pelik kerana di negara kita, Malaysia kerajaan yang memerintah melalui mandat rakyat telah sekian lama memberikan keizinan. Saya berpengalaman pada tahun 1991 hingga 1993 berkerja di 2buah ‘Night Club’ di sekitar Johor Bahru dan saya masih ingat pada malam-malam tertentu, setiap malam Sabtu atau malam Ahad akan diadakan tarian yang dinamakan “Tiger Show”, model atau artis wanita dari dalam negara dan luar negara dijemput untuk buat persembahan.
Di sana kita boleh lihat bagaimana budaya lucah dipaparkan kepada orang ramai tidak kira peringkat usia dan saya pasti itu bukan perkara baru. Dalam hal ini, MCA mengetuai dalam projek mendapat untung dalam merosakan rakyat Malaysia tidak mengira kaum, puncanya adalah Umno itu sendiri, bagaimana Umno boleh suka dan merestui apa yang dilakukan MCA tanpa tegas membantah, Umno kehilangan ‘telur’ bila berhadapan dengan pemimpin MCA.
Kita semua sedia maklum bahawa pemilik kelab-kelab malam seluruh negara hampir kesemuanya dimiliki oleh kaum cina, kelab-kelab dangdut pula dimiliki oleh orang melayu dan ditambah pula berpuluh-puluh ribu pusat karaoke. Di sebalik pusat-pusat hiburan yang saya maksudkan yang pasti telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa sejak merdeka, siapa pihak berkuasa itu kalau bukan kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh Umno.
Berita serbuan demi serbuan ke pusat-pusat hiburan yang dipaparkan untuk umum hanyalah auta belaka, serbuan itu bukanlah untuk membasmi gejala sosial secara menyeluruh bahkan sekadar hendak beritahu pihak penganjur “kalau lu mau berhibur lu mesti ada lesen” , saya berani berkata demikian bukan apa, kalau benar kerajaan ikhlas dan jujur mahukan Malaysia bebas daripada gejala yang tidak bermoral dan tidak sihat itu maka kerajaan Umno/BN sepatutnya menutup terus pusat hiburan yang dimaksudkan, pada saya tiada jalan lain lagi.
Saya kira dan penuh yakin bahawa ramai pimpinan MCAlah yang terlibat secara langsung dalam menjayakan pusat-pusat hiburan itu dengan sokongan pemimpin-pemimpin melayu Umno. Rakyat 47% yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas 100% bertanggungjawab dalam segala bentuk celaka yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.
Pihak berkuasa Polis, Anti dadah atau Jakim hanyalah menjalankan tugas dan usaha PAS dalam membantah program menjahanamkan otak rakyat serta program menjauhkan rakyat dengan Allah swt akan berterusan sehingga hari kiamat. PAS tidak akan tunduk dan duduk diam.
Catatan;
Ahmad Nazri Khamis
Alkisah ciuman pagi…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 08 Jul 2013 |
Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tenga...hari.
Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.
Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.
Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.
Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.
Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.
Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.
Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.
“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Papa patah balik. “Mana mana?”
“Dalam bilik.”
Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.
Air mata mama mengalir lagi.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.
Mama tersenyum semula riang.
“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”
“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.
“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.
“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.
Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.
“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.
Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.
Senyum.
Hati-hati menerima maklumat, ini penjelasan saya
Nasrudin Hassan, | 08 Jul 2013 |
1) Jeneral Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.
2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.
3) Akhbar Chan...ell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.
4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.
5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.
5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.
Sumber: Jurucakap Tentera."
Ini antara contoh sebaran yang diterima oleh saya yang menyandarkan sumber kepada Jurucakap Tentera.
Beberapa persoalan dan penjelasan dari saya:
- Setahu saya, Majlis Tentera menafikan apa yang disebut pada item (1) iaitu usaha berunding dengan Mursi.
- Akhbar "Channel 2"? Channel apa yang dimaksudkan?
- Angka 3 juta sedang berarak menuju Kaherah? Juga kesamaran? Berarak dari mana? Sedangkan bukan sumber tentera yang melaporkan angka ini tetapi jurucakap Ikhwan Muslimin memaklumkan selepas ucapan Mursyidul Am Ikhwan semalam di dataran Raba'ah bahawa angka rakyat yang berada di dataran Raba'ah melebihi 4 juta sementara di dataran Nahdhah, Giza pula menjangkau 3 juta.
- Tidak benar bahawa kereta kebal milik tentera menurunkan potret As-Sisi.
- Benar dilaporkan terdapat pertemuan antara As-Sisi, Mohammed Baradei dengan Duta Amerika tetapi tidak dimaklumkan isi pertemuan.
- Daripada 6 perkara yang disebut, saya setuju dengan perkara no. 2 bahawa askar telah berpecah dua antara yang menyokong As-Sisi dan Mursi. Adapun selain itu, banyak keraguan.
Pro, anti Mubarak anti Mursi sejak awal
Subky Latif, | 08 Jul 2013 |
Kuasa di akar umbi adalah bersama revolusi demokrasi pro Islam gerakan Ikhwan Muslimin.
Maka anasir pro dan anti Mubarak sepakat untuk menghalangi parti pimpinan Mursi yang pro Ikhwan memenangi pillihan raya Parlimen dan pillihan raya Presiden.
Mereka gagal menyekat parti Mursi memenangi pilihan raya Parlimen. Menjelang pilihan raya Presiden mahkamah agung yang diketuai Adly Mansor yang menjadi Presiden sementara menggantikan Dr. Mursi membatalkan keputusan pilihan raya itu.
Kecenderungan rakyat ketika Mubarak digulingkan tiada ruang bagi ansir pro Mubarak boleh diberi muka dalam politik, tetapi pemerintah tentera membenarkan bekas Perdana Menteri zaman Mubarak menjadi calon Presiden menentang Dr. Mursi. Khadam Mubarak itu gagal.
Sebelum Dr. Mursi mengangkat sumpah Presiden, pemeritahan sementara meluluskan undang-undang mencabut kuasa tentera dari Presiden. Apa akan jadi pada Presiden tanpa kuasa atas tentera? Dan apa erti semuanya.
Mursi masuk pejabat tanpa kuasa tentera tetapi beliau mula-mula sekali menggantikan pemimpin tentera yang menjadi khadam pro dan anti Mubarak sedunia yang anti Mursi dan Ikhwan.
Tindakan keduanya ialah cuba mengganti ketua hakim yang membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen. Tindakan ini tidak dapat dibuat oleh Mursi dengan sekalian hakim adalah khadam Mubarat dan anti Ikhwan.
Dari awal hakim dan mahkamah adalah tidak bersama Mursi dan masyarakat diwarwarkan Mursi menentang hakim dan mahkamah.
Ketua hakim yang menjadi Presden sementara sekarang bukan saja sekular anti Islam yang menjadi khadam Mubarak, saya dimaklumkan dia adalah penganut mazhab Kibti. Kibti adalam kaum asal Mesir purba sebangsa dengan Firaun. Firaun adalah anti Nabi Musa dan anti Tuhan Nabi Musa di zamannya dan Firaun ada pemerintahan anti Tuhan dan anti kemanusiaan zaman berzaman.
Mesir yang menjadi boneka barat sejak zaman beraja hingga hari terakhir pemerintahan Mubarak – kecuali di zaman Gamal Abdel Nasser yang anti-Amerika – ia bukan saja memupuk fahaman sekular yang tebal di kalangan elit rakyat Islam, bahkan ia memberi layanan tertentu kepada penganut Khibti tertentu.
Apabila giliran Afrika menjadi Setiausaha Agung PBB, barat menyokong pencalonan warga Mesir untuk jawatan itu tetapi dia adalah seorang penganut Khibtai iaitu Boutrus-Boutrus Ghali.
Sekalipun barat mempercayai golongan sekular Islam Mesir tetapi ia lebih percaya kepada Khibti kerana Khibti bukan Islam.
Sebaga boneka Mubarak juga lebih percaya kepada Khibti dari orang Islam kerana Islam sekular boleh khianat kepadanya seperti yang dilakukan oleh setengah golongan sekular yang menjayakan revolusi penggulingannya dulu.
Sekalipun dari mula Mursi cuba menjadi pemimpin yang adil dan saksama untuk semua – Islam, Kristian, Khibti dan lain-lain, tetapi semua usahanya telah tentang oleh gejala anasir anti Ikhwan.
Sejak dia berkuasa, dia membuka laluan mudah bagi Palastin mendapatkan bekalan melalui terowong di sempdan Gaza. Dia memperkenal dasar pro Islam yang tidak bercanggah dengan nilai kemanusiaan sejagat.
Israel dan khadam Amerikanya mahu Mursi dan Ikhwan dihapuskan tetapi tidak mahu tentera mengambil kuasa. Tentera melakukan kudeta dan memberi kuasa Presiden kepada ketua hakim yang membatalkan keputusan pililhan raya Parlimen yang pertama yang dimenangi oleh parti Mursi. Sandiwara yang Amerika tidak dapat bersihkan.
Langkah pertama tentera dan Presiden sementara sebaik Mursi digulingkan selain menahan beratus pemimpin Ikhwan, ia membinasa terowong bantuan ke Gaza. Mengapa anti Mursi dan anti Ikhwan juga menjadi anti Palestin? Ia adalah tindakan anti Mesir, anti Arab dan anti demokrasi Islam.
Sedih dengan nasib bola sepak Malaysia
Syed Abdullah Syed Osman , |
Pada peringkat Asia pula pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan ke-31, sementara peringkat Asia Tenggara Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura.
Disebabkan kejatuhan kedudukan ini pemain-pemain kita yang mempunyai bakat itu tertutup peluang mereka untuk beraksi di kelab-kelab bola sepak saperti di England dan negara-negara Eropah yang lain.
Saya berpendapat, sudah sampai masanya semua mereka yang berada dalam Jawatan Kuasa FAM memberi laluan kepada mereka yang lebih berkaliber dan berpotensi untuk menaikkan balik status bola sepak negara peringkat antarabangsa ini. Janganlah dibiarkan pasukan bola sepak kebangsaan kita ini jatuh lagi kedudukannya ataupun tidak berubah 'pi mai pi mai tang tu' sahaja.
Ambillah contoh negara lain saperti Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi. Dahulu pasukan negara ini berada di belakang kita tetapi kini sudah bertaraf dunia dan egawai-pegawainya akan bertukar ganti terutama sekali apabila pasukan bola sepak mereka menunjukkan kemerosotan sedikit. Mereka akan memberi laluan tanpa merasa kecil hati ataupun kecewa kerana sukan bola sepak ini adalah satu sukan yang dibanggakan oleh rakyat di sesebuah negara itu dan meletakkan jawatan adalah perkara biasa bagi mereka.
Justeru, juga diharapkan Kementerian Belia dan Sukan dapat berbuat sesuatu atau sekurang-kurangnya menasihati FAM supaya berubah cara dan kaedah demi kamajuan sukan ini.
Dengan SPM, Azeez Baling rayu diberi peluang urus TH
Posted on Monday, July 08 @ 13:14:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"The Malaysian Insider menyebut yang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji mendapat kritikan keras kerana hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib untuk menjadi Pengerusi menguruskan dana RM35 bilion TH.
Kalau bukan Azeez, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.
Azeez Baling juga menyebut supaya dirinya diberi peluang,
“Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian”Entah apa sebabnya Kak Mah berkenan sangat melantiknya sebagai Pengerusi TH. Peluang untuk menyusutkan dana TH dan selepas ini pendeposit TH boleh berkira-kira tentang penyusutan dividen yang bakal mereka perolehi. Kalau dah cara lantik pun tak betul bagaimana nak berkat!!
“Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah”
“Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.
“Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat.” – TMI
Takkan nak lepaskan peluang, rayulah minta diberi peluang. RM100 000 sebulan yang bakal diperolehi, takkan nak biarkan!!
Baca juga : Artis taklah masuk senarai Sultan Mizan
Cukup ke petugas nak pantau Restoran 24 jam bulan puasa?
Posted on Monday, July 08 @ 13:09:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Cukupkah kakitangan, kenderaan, elaun penguatkuasa Jabatan Agama di seluruh Malaysia untuk memantau begitu terlalu banyak Restoran 24 jam yang beroperasi pada siang hari di bulan Ramadan?
Jabatan Agama Islam Perlu Pantau Restoran 24 Jam Sepanjang Ramadan
8 Julai 2013
Jabatan Agama Islam di setiap negeri diminta melakukan pemantauan di semua restoran yang beroperasi 24 jam bagi memastikan orang Islam yang tidak berpuasa tidak sewenangnya membeli makanan secara terbuka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemantauan itu perlu dilakukan bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap orang Islam yang sengaja tidak berpuasa.
Beliau berkata, pengusaha restoran makanan 24 jam tidak dipaksa menutup operasi mereka bagi membolehkan orang bukan Islam mendapatkan makanan sepanjang Ramadan."
Hishamudin Rais : Berjuang untuk apa?
Posted on Sunday, July 07 @ 22:22:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
" Hishamudin Rais (HR) anak kelahiran Jempol,Negeri Sembilan. Umur beliau seusia 62 tahun.Beliau bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCCK). Beliau sempat belajar di Universiti Malaya sebelum melarikan diri ke luar negeri semasa Kerajaan Tun Razak melakukan operasi ISA ke atas aktivis demo Baling 1974.
Anwar Ibrahim antara yang menjadi graduan Kamunting ketika itu.
Kepetahan HR bercakap serta ideanya cukup menarik.Ayatnya dalam penulisannya kadangkala lucu,santai, gila-gila dan juga adakalanya agak lucah.
Walaupun pemikiran ideologi beliau pro sosialis dan komunis tetapi beliau tidak menganggotai partai politik.
Beliau tidak mengikut jejak Dr Nasir Hashim,Arutchelvam menyertai Parti Sosialis(PSM).Juga tidak ikut sifu sosialis Dr Kasim Ahmad menyertai UMNO.
Sasaran seruan beliau adalah anak muda. Apa yang beliau mahu dari anak muda juga tidak diketahui. Tiada matlamat jelas.
Kalau sekadar ajak anak muda keluar ke jalanraya, adakah itu matlamat utama HR berjuang?
Jika beliau ingin "menggoda" anak muda dengan sosialis komunisnya, ideologi itu sudah lama tersimpan di muzium bersama USSR, Mo Tze Dong, Stalin dan Lenin.
Apabila ideologi kiri sudah ditalqinkan, perjuangan beliau menumpang "semangkuk" reformasi Anwar dan BERSIH.
Kini,pemikiran ideologi beliau semakin jelas dan terang dengan Kudeta Tentera ke atas Presiden Mesir.
Ulasan beliau dalam bentuk "bait-bait syair" di blognya TUKAR TIUB tentang Mesir membuktikan beliau seorang anti demokrasi jauh sekali Islamist. Baca tulisan beliau :
TAHNIAH TAMAROD
APA SEKARANG DI MESIR
presiden morsi letak jawatan
kerajaan sementra ditubuh
perlembagaan lama digantung
perlembagaan baru akan ditulis
pilihan raya bebas dan bersih ada di adakan kembali
kemenangan morsi dengan jalan tipu
dilupuskan
SIAPA ITU TAMAROD
terdiri dari:
GABUNGAN ANAK MUDA
Kesatuan Anak Muda Revolusiner
Barisan Anak Muda
Angakatan Anak Muda Masperi
Kesatuan Anak Muda Sosialis
Fron Anak Muda Liberal
Fron Democratic 6 April
Gerkan Mina Daniel
PARTI POLITIK PENYELMAT NAGARA
terdiri dari:
Parti Demoktarik Front
Parti Wafd
Parti Perlembagaan
Parti Mesir Bebas
Parti Komunis Mesir
Parti Sosislis Mesir
Parti Gabungan Sosialis Popular
Parti Tagammu
Parti Nasserist
Parti Sosial Demokratik Mersir
Parti Karama
Parti Mesir Merdeka
Garis Popular Mesir
Kesatuan Kebangsaan Untuk Perubahan
Alangkah molek dan cantiknya dalam usia 62 tahun ,beliau buang
jauh-jauh ideologi karutnya untuk kembali kepada Islam yang syumul.
HIshamudin Rais : Berjuang untuk apa?"
Apa nak jadi dengan Sukan Negara Kita? Posted on Sunday, July 07 @ 20:56:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh WTKO
Berita Harian sebelum ini melaporkan Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan. Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
"Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini," kata sumber .
Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras kedalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia. Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM.
Ini yang dilapor, banyak lagi kejadian tidak bermaruah yang berlaku yang telah ditutup dibawah karpet.
Apa nak jadi dengan Sukan negara kita?
Selagi UMNO berkuasa selagi itu Arak menjadi Ibu Syiatan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan