Sabtu, 6 Julai 2013

HANYA YANG BENAR2 KEISLAMANNYA AKAN MENYOKONG ISLAM DAN SEGALA YANG DATANG DARI SUMBER QURAN DAN HADIS

Isu Mesir: KJ jauh lebih matang berbanding Najib

Shahbudin Husin, 06 Jul 2013


Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian itu.

Sementara pelbagai pihak di Malaysia menyuarakan bantahan serta kecaman atas kejadian itu sejak semalam lagi, pendirian kerajaan dan Najib tetap ditunggu-tunggu mengenainya. Ramai yang ingin tahu apakah pendirian Najib dalam kejadian itu. Oleh kerana Najib kebetulan sedang mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, Najib hanya bercakap kepada wartawan mengenai insiden di Mesir pada hari ini.

Sementara Anwar, PKR dan PAS secara terbuka dan tegas mengecam rampasan kuasa melalui tentera untuk mengguling Dr Morsi itu sambil mengajak seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi turut mengutuk tindakan sebegitu rupa, kenyataan Najib mengenai insiden Mesir agak mengecewakan.

Beliau seolah-olah mengutuk tindakan melakukan perubahan dan menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini dengan mengatakan perubahan tidak semestinya menjamin kemakmuran sedangkan seluruh dunia mengetahui era 30 tahun Hosni Mubarak penuh dengan segala macam penyelewengan, penindasan serta rompakan wang rakyat. Dalam masa yang sama, Najib seperti gembira dengan penggulingan Dr Morsi dengan berharap kerajaan baru segera dibentuk.

Sebaliknya, pendirian Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO dilihat lebih matang dan menggambarkan beliau memahami keadaan sebenar yang berlaku di Mesir, sambil turut mengecam rampasan kuasa yang berlaku itu.

Mari kita bandingkan perbezaan kenyataan antara Najib dan KJ mengenai insiden yang berlaku di Mesir itu.

Kenyataan Najib antaranya berbunyi, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

Perdana Menteri juga berkata, perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa penderitaan kepada rakyat seperti kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi, oleh kerana perubahan itu tidak memenuhi kehendak rakyat dan apa yang diharapkan oleh kita. Sambil menyifatkan apa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara ini dan sesuatu yang sudah terjadi, namun Najib mengharapkan kerajaan baru dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat negara itu.

Bandingkan pula dengan pendirian KJ dan Pemuda UMNO yang berbunyi, "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Dr Morsi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan saja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.

"Harus diingat bahawa Presiden Dr Morsi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihanraya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan saja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.

"Ini adalah iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan. Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya."

Jelas terdapat perbezaan yang nyata antara kenyataan Najib dan KJ. Selain hanya bercakap mengenai perubahan dalam perspektif yang sempit dan mengharapkan penubuhan kerajaan baru, Najib langsung tidak mengecam tindakan rampasan kuasa dan menggulingkan Dr Morsi. Berbeza dengan KJ, beliau mengecam apa yang berlaku di Mesir, mahu suara rakyat melalui demokrasi dihormati dan tidak menyebut langsung mengenai kerajaan baru. Secara logiknya, kerajaan baru tidak seharusnya dialu-alukan kerana ia seperti merestui tindakan menjatuhkan Dr Morsi.

Najib seperti menyatakan pendirian yang senada dengan Amerika dan tidak mahu menyinggung kuasa besar itu.

Ternampak juga bahawa Najib seperti tidak mahu memahami bahawa ramasan kuasa dan penggulingan Dr Morsi bukanlah kerana kerajaannya tidak memenuhi aspirasi rakyat tetapi kerana diganggu-gugat secara halus oleh tangan-tangan ghaib yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam itu. Kemenangan Dr Morsi adalah kemenangan majoriti iaitu 52 peratus suara rakyat dalam pilihanraya lalu tetapi golongan liberal dan sekular sentiasa mahu menjatuhkannya.

Pelbagai isu dan kelemahan dicari, tambahan pula dengan adanya bantuan Amerika, Yahudi dan Israel, usaha menggoncang kerajaan Dr Morsi sentiasa berjalan. Bukti nyata tentang adanya campurtangan Amerika, Yahudi dan Israel ialah bilamana sebaik saja Dr Morsi digulingkan, terowong yang merupakan laluan ke Palestin segera ditutup dan ini menyebabkab rakyat Palestin terkepung serta tidak dapat melarikan diri lagi jika sesuatu berlaku di negara itu.

Mesir, antara negara yang bersempadan dengan Palestin memang sentiasa dalam radar dan pemerhatian Amerika, Yahudi dan Israel dalam usaha mereka terus menindas dan menekan rakyat Palestin. Jika selama terowong itu dibuka, rakyat Palestin ada tempat untuk melarikan diri, kini dengan penutupannya mereka jadi terkepung dan tidak boleh lari ke mana-mana lagi.

Dalam isu Mesir, jelas matlamatnya ialah meluaskan pengaruh dan kuasa Israel di Palestin.

Dr Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir melalui pilihanraya yang sah dan demokratik setelah kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang penuh dengan penyelewengan, pembaziran, kemewahan dan pelbagai salah guna kuasa selama 30 tahun ditolak oleh rakyat negara itu. Apabila Dr Morsi yang bersih peribadi dan akhlak keluarganya juga terpuji memimpin Mesir, kuasa-kuasa Barat terutama Amerika nyata tidak senang dengan beliau. Pelbagai alasan dan kelemahan dicari untuk menyingkirkannya. Dr Morsi dianggap mengancam Israel.

Sementara kita rakyat Malaysia bersedih dengan apa yang berlaku di Mesir dan banyak masjid turut melakukan sembahyang hajat memohon pertolongan Tuhan, membaca dan mengamati kenyataan serta pendirian Najib, sebenarnya jauh lebih menyedihkan. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Kenangan tarawih di Jeddah

Syed Abdul Kadir Aljoofre, 02 Jul 2013
Sewaktu di Jeddah, kami selalu bersolat tarawih di rumah seorang pendakwah tersohor, alim Rabbani, Alhabib Ahmad Masyhur Alhaddad rahimahullah. Solat dilaksanakan sebanyak 20 rakaat.

Apa yang menariknya, selepas 10 rakaat, akan diedarkan dulang-dulang berisi cawan-cawan kopi untuk diminum oleh para jamaah. Sambil minum, ada bacaan qasidah atau tazkirah. Kiranya ada "coffee break" dululah. Selepas segar, solat disambung lagi 10 rakaat.

Selepas witir pula ada bacaan kitab. Biasanya kitab hadis menjadi pilihan. Lebih kurang 40 minit-sejam selepas itu barulah jamaah pulang ke rumah masing-masing.

Solat tarawih adalah suatu sunnah. Tazkirah dan majlis ilmu pula kadang kala menjadi wajib kadang kala menjadi sunnah. Janganlah amalan tarawih menyebabkan kita terlepas peluang menimba ilmu atau mendapat peringatan, sedangkan Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan kebaikan berganda.

1. Jangan tengah-tengah solat bertazkirah pula sudahlah.

2. Selepas 4, 8, 10 atau 20 rakaat nak tazkirah terpulanglah, bergantung pada keselesaan masing-masing.

3. Nak cuba hidangkan kopi di tempat masing-masing silakanlah. Tapi terangkanlah dulu ya. Jangan tak pasal-pasal cawan terbang pula nanti.

4. Teringat kisah orang yang bertanya soalan tentang imam yang minum air tengah sembahyang. Rupa-rupanya tak dapat dibezakan tarawih yang memberikan kerehatan antara satu solat dengan solat berikutnya. Agaknya orang yang tak suka sangat dengan tazkirah malam ramadhan ni jenis begitu kotttt...
TPM: K'jaan tarik balik RUU Pentadbiran Agama Islam
6:01PM Jul 5 2013  
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rang undang-undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun 2013 yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.

"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam satu kenyatan.
Sehubungan itu, katanya, semua pindaan yang berbangkit (consequential amendments) daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 akan juga ditarik balik.

Muhyiddin berkata penarikan itu dibuat bagi memberi masa pada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang itu secara holistik dan akan membentangkan semula selepas mendapat persetujuan semua pihak.

"Kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia maka isu pertikaian status agama anak ini juga perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam," katanya.
Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh his parent or guardian.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam v. Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad (singular).

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.
Pilihan raya Kuala Besut 24 Julai
12:17PM Jul 5 2013  
Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

NONESPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Aziz ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Putrajaya hari ini.

NONEAbdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.

Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
NONEAbdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai hari ini.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.

Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.
SPR beli dakwat kekal dari pembekal baru
 
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONEBercakap dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang.

Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.

Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.
MB: SYABAS guna 'wang NRW' beli kereta, baiki pejabat
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) mendorong kerajaan negeri membekukan perbelanjaan modal kepada syarikat itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan RM784 juta kepada SYABAS dalam tahun 2011 seperti termaktub dalam perjanjian konsesi bagi membantu mencapai sasaran mengurangkan NRW kepada 20 peratus.

NONENamun, sehingga kini kadar NRW SYABAS tetap kekal melebihi 33 peratus, dakwanya.

Menurutnya, SYABAS hanya menggunakan 32 peratus daripada wang tersebut untuk mengurangkan NRW.

"Yang lain, mengikut audit negara diguna untuk membeli kereta dan membaiki pejabat-pejabat yang tiada kena mengena dengan NRW itu," katanya di sidang DUN Selangor pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Abdul Razak Sulaiman tentang kesan pembekuan perbelanjaan modal kepada SYABAS.

Geran guaman bantu saman SYABAS


Beliau sebelum itu menjelaskan bahawa kerajaan negeri menyediakan geran bantuan guaman agar rakyat Selangor boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap SYABAS.

"Pengguna diberi peluang itu (ambil tindakan undang-undang terhadap SYABAS). Kerajaan negeri tak campur hal itu tetapi hanya menyediakan peruntukan geran bantuan guaman

"Ini salah satu usaha reformasi kerajaan negeri dalam menggalakkan rakyat membangkitkan isu-isu penting bahawa mereka tidak mendapat keadilan daripada kerja-kerja yang dilakukan (SYABAS)," jelasnya.
Nama lelaki dalam sijil lahir ialah 'no name'
 
Seorang lelaki yang dilahirkan di Tawau, Sabah berkata beliau telah tinggal bersama namanya ditulis 'no name' selama hampir 40 tahun, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah diberitahu hari ini.

Mahat Ismail, 65 berkata, beliau terpaksa hidup dengan nama itu selepas seorang pegawai di hospital di mana dia dilahirkan mengisi nama dalam sijil kelahirannya sebagai 'no name'.
Bercakap dalam prosiding pendengaran RCI itu, Mahat berkata beliau pernah bertanya kepada bapanya mengapa sijil kelahirannya menyatakan nama sebagai "no name".

Ayahnya menceritakan bahawa ketika itu, dia begitu sibuk bekerja dan berkejaran atas dan bawah di hospital berkenaan sehingga lupa untuk mendaftarkan namanya, kata Mahat.

Oleh yang demikian, kata Mahat, pendaftar telah mengisi namanya sebagai "no name" dan bapanya terkejut dengan nama sedemikian sewaktu mengambil sijil kelahiran anaknya.
K'jaan dalam proses pinda Akta Kebankrapan
 
Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses untuk meminda Akta Kebankrapan 1967, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata cadangan pindaan itu berkaitan usaha memudahkan mendapat pelepasan kebankrapan dan memperkenalkan peruntukan alternatif kepada pemiutang untuk mendapat semula hutang.

Katanya lagi, cadangan itu berasaskan kepada kerangka perundangan insolvensi seperti "individual voluntary arrangement" dan "debt repayment scheme".

"Bagi peruntukan pelepasan, antara peruntukan yang dicadangkan adalah pelepasan automatik selepas kes ditadbir dalam suatu tempoh masa tertentu.

"Draf Rang Undang-undang Kebankrapan ini telah pun dibawa kepada perhatian pihak Jabatan Peguam Negara dan sesi perbincangan sedang dijalankan," katanya.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Siputeh) berhubung jumlah individu yang muflis yang disenarai hitam dan dilarang keluar negara serta sama ada kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang untuk mengeluarkan individu keluar dari kemuflisan.

Dalam jawapan bertulisnya juga, Nancy juga berkata berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia sebanyak 246,357 individu yang disytiharkan bankrap secara automatik tertakluk kepada subseksyen 38(1)(c) akta itu.

Subseksyen itu melarang individu yang diisytihar bankrap untuk keluar negara melainkan telah dibenarkan oleh ketua pengarah insolvenso Malaysia.

Tiada ulasan: