Kerajaan diarah bayar pemandu lori RM350,000
Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.
Dalam penghakimannya, O'hara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.
Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian.
"Saya mendapati berdasarkan keterangan, ketujuh-tujuh defendan bertanggungjawab terhadap kesakitan yang ditanggung plaintif semasa soal siasat yang akan berterusan jika mangsa tidak mengaku atau meninggal dunia," katanya.
O'hara memerintahkan agar Prabakar, 32, dibayar ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM150,000 dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM50,000 sebagai ganti rugi am.
Beliau turut memerintahkan defendan membayar RM50,000 sebagai kos, RM1,500 bagi kehilangan pendapatan, RM150 untuk bil perubatan dan RM75 bagi gambar kecederaan plaintif.
Pada 21 Sept 2011, Prabakar memfailkan saman terhadap tiga anggota polis berpangkat Sarjan (Mohd Shafiee Abdul Halim, Mohd Diah Sulaiman dan Zulkiplly Taib), dua Koperal (Abdullah Musa dan Zamrin Zaid), dua Lans Koperal (Matila@Saudi Ismail dan Nizam Abd Wahab), Wan Abdul Bari serta kerajaan mendakwa dipukul dan disimbah air panas oleh tujuh anggota polis selepas beliau ditahan.
Dalam penyataan tuntutan, beliau mendakwa ditahan polis di sebuah parkir kereta di Sri Hartamas pada 9.30 malam 23 Dis 2008 sebelum disoal siasat tujuh anggota polis di Balai Polis Daerah Brickfields dari 10 malam hari sama sehingga pagi berikutnya.
Pada 4 Okt 2011, Mohd Shafiee dan Mohd Diah masing-masing dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua tahanan manakala lima lagi dibebaskan daripada pertuduhan. - Bernama
Jaga adab ketika kempen di bulan Ramadan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata memandangkan ia diadakan pada bulan Ramadan, kempen yang dijalankan seharusnya tidak tercemar dengan hal-hal tidak baik.
"Saya mengharapkan sepanjang tempoh penamaan calon sehinggalah tarikh pilihan raya, kita harus menjaga akhlak dan adab kita masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang amat besar nilainya bagi umat Islam," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Ramadan TV Al Hijrah di sini hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata tindakan sebuah pasar raya besar yang meletakkan gambar arak dalam sisipan iklannya sempena promosi Ramadan disifatkan sebagai satu penghinaan untuk umat Islam dan meminta pasar raya itu memohon maaf.
Terdahulu dalam ucapannya Jamil Khir berkata sepanjang Ramadan ini, TV Al Hijrah akan bersiaran selama 24 jam dengan menyediakan pelbagai program keilmuan.
Antara yang menarik ialah dokumentari 30 episod bertajuk Ayat Riwayat yang merungkai pegangan dan kepercayaan kaum Bani Israel terhadap tanah yang dijanjikan Allah sebagai negara mereka.
Dalam pada itu Jamil Khir berkata stesen itu kini berada di satu lagi platform untuk bersiaran iaitu NJOI, perkhidmatan TV satelit tanpa langganan.
"Seramai 264,000 pelanggan NJOI kini boleh menikmati program TV Al Hijrah mulai 18 Jun lepas. Kita hanya perlu membayar sekali sahaja seumur hidup tanpa ada bayaran bulanan," katanya.
Beliau berkata ini bermakna, selain siaran secara percuma, TV Al Hijrah juga boleh diakses di semua platform utama media iaitu Astro, HyppTV, 1Malaysia IPTV dan NJOI. - Bernama
SPR: PRK K.Besut guna dakwat kekal lebih baik
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan memastikan kandungan silver nitrate dalam dakwat kekal itu akan bertahan lebih lama.
"Dakwat kekal kali ini kita akan baiki, SPR akan cuba dapatkan dakwat yang lebih baik, terutama isi kandungan silver nitrate," katanya pada sidang media pengumuman tarikh PRK Kuala Besut di pejabat SPR.
Ketika ditanya mengenai jumlah kandungan silver nitrate yang akan digunakan dalam dakwat itu, Abdul Aziz berkata, ia untuk memastikan dakwat tersebut akan kekal lebih lama.
"Yang pastinya silver nitrate tersebut akan menjadikan dakwat tersebut lebih baik penggunaanya," katanya.
Abdul Aziz turut mengesahkan bahawa tiada pemerhati dari luar negara akan dilantik dalam PRK kali ini sepertimana PRU13, 5 Mei lalu.
"Kita hanya melantik pemerhati dalam negara iaitu satu daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan satu lagi wakil IDEAS," katanya.
PRK Kuala Besut akan diadakan pada 24 Julai ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar daripada BN.
Guling Morsi: Cita-cita AS tercapai?
Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011.
Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.
Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka?
Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?
Arab Spring jadikan AS selesa
Tatkala pengumuman penahanan Morsi tersebar, pastinya AS dan sekutunya berasa lega dan memikirkan tindakan selanjutnya.
Nasib Morsi dan penyokong Ikhwan Muslimin belum diketahui, kebangkitan rakyat sudah pasti tercetus, kematian akan berlaku malah bumi Mesir terus bergolak dan bermandikan darah.
Setiap hari pasti ada tragedi baru menimpa Mesir. Tetapi semua pergolakan bercirikan Arab Spring menjadikan AS negara paling selesa.
Seorang pegawai pemerhati di Pentagon menyatakan, hubungan AS dengan Mesir berdasarkan kerjasama keselamatan. Kedua-duanya dilihat berada dalam kancah bahaya.
Keutamaan tentera Mesir dalam hal ehwal dalaman masih dalam catuan. Sekiranya kebangkitan rakyat terus berlaku maka AS menjadikan ia sebagai peluang untuk campur tangan.
Drama Pentadbiran Obama mengikut skrip lama ketika pemerintahan Hosni. AS berusaha meletakkan dirinya sebagai orang tengah dalam pentadbiran Mesir dan kemudiannya meninggalkan negara itu kucar kacir.
Pergolakan di Mesir menarik perhatian banyak pihak kerana situasi berlaku mempunyai hubungan rapat dengan nasib dunia Islam.
Namun, adakah lawatan Obama ke Mesir dengan membawa misi dunia Barat sebagai sandiwara supaya dapat mengembalikan hubungan rapat antara Barat dengan Islam melalui kerajaan Mesir, iaitu teraju proksinya di Timur Tengah.
AS pernah cuba berbaik dengan masyarakat Islam dengan mahu berkhutbah di Universiti Kaherah namun hasrat itu tidak tercapai.
Jika diamati, sejarah hubungan Mesir dengan Barat, keadaannya tidak banyak berubah. Pertembungan antara dua tamadun berpunca daripada konflik dalaman negara berterusan.
Situasi yang wujud sebenarnya adalah permusuhan antara dua proksi berbeza budaya. Pergolakan dalaman negara Islam itu sendiri antara golongan pro-Barat dengan pro-Islam tidak akan ada titik noktahnya.
Masing-masing menganggap fahaman, pendekatan, dan amalan politik yang mereka canangkan adalah paling hampir kepada amalan demokrasi tulen.
Obama dalam ucapan sulung sejurus penggulingan Morsi berazam membantu menyelamatkan negara-negara yang berada dalam keadaan huru-hara.
Beliau menggesa tentera Mesir melepaskan kuasa kepada kerajaan awam yang dipilih secara demokrasi dan menentang menangkap Morsi tetapi masih memberikan dana AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) bagi membantu ekonomi dan ketenteraan setiap tahun.
“Perkongsian AS dan Mesir adalah berdasarkan kepentingan bersama dan kami akan terus bekerjasama denganMesir untuk memastikan peralihan Mesir ke arah demokrasi,” katanya.
Campur tangan AS bermula ketika Obama menasihati Morsi mendengar suara rakyat ketika kali pertama protes tercetus di negara itu, tiga bulan selepas beliau menjadi Presiden.
Kongres AS menjadi sumber tuntutan penyaluran bantuan buat pembangkang rejim dan setiap kali protes rakyat tercetus Obama dengan mengkritik dasar pemimpin yang tidak mahu mendengar tuntutan rakyat. Walaupun beliau tidak menyatakan siapa atau di mana namun berulang kali ingatan itu disuarakan.
Buktinya, media Barat menyatakan pendirian Obama menyokong ‘kerajaan Mesir’. Namun, kerajaan terdahulu atau kerajaan sementara yang dibuat dengan tergesa-gesa, semalam?
“Kami mengambil kedudukan di belakang kerajaan ini dan akan membantu untuk bergerak ke hadapan. Kami bersedia menyalurkan bantuan ketenteraan jika mereka inginkan bantuan. Mungkin kumpulan individu yang ditahan akan bangkit bersama kuasa lain. Oleh itu kita perlu berhati-hati demi keselamatan rakyat ,” antara ucapan beliau di Washington, semalam.
Jika benar, sokongan Obama berpihak kepada 'kerajaan sementara Mesir' maka beliau layak digelar sebagai manusia bertopengkan syaitan atau talam dua muka kerana melakukan usaha berterusan untuk menjatuhkan umat Islam dan negara Islam sejagat.
Boneka AS bakal jadi presiden?
Jika dilihat semula perkembangan politik di negara itu, selepas kejatuhan Hosni, negara Barat menyokong pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei untuk diangkat sebagai Presiden.
Kini, khabar angin mula bertiup kencang mengenai kemungkinan El Baradei dilantik sebagai Presiden Mesir selepas kejatuhan Morsi.
Media melaporkan, Ketua Tentera Abdel Fattah al-Sissi bertemu dengan El Baradei, Ketua Ulama Masjid Al-Azhar dan Ketua Paderi negara untuk membincangkan perjalanan politik Mesir beberapa jam sebelum kata dua diberikan tentera kepada Morsi tamat, kelmarin.
El Baradei, pemenang Anugerah Nobel Keamanan pernah mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memang diketahui sebagai pilihan utama AS.
Malah, Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin, Khairat al-Shater awal tahun ini memaklumkan AS menggesa Morsi melantik El Baradei sebagai perdana menteri.
Beberapa persoalan perlu dijawab bagi merungkai faktor sebenar kejatuhan Mesir.
Bagaimanakah campur tangan AS selaku wakil dunia Barat dalam mengambil kesempatan pemberontakan rakyat di Mesir?
Apakah kepentingan AS dengan kerajaan yang ada di Mesir? Benarkah tercetusnya pemberontakan disebabkan masalah ekonomi melanda Mesir sejak akhir-akhir ini?
Apakah kebangkitan rakyat Mesir tiada kaitan sama sekali dengan kebangkitan kuasa Islam di Palestin yang begitu rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah di Mesir?
Polis Kelantan kenal pasti suspek tembak guru
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki itu juga disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan dikenali oleh mangsa.
Beliau memberitahu perkara itu kepad pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Kor Kadet Polis Ke-43 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari semalam, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.
Jalaluddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pada majlis itu, seramai 160 pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah di semua daerah negeri ini terlibat dalam perbarisan. - Bernama
Sanggup mengemis kerana mahu beli jam
Wartawan Sinar Harian yang kebetulan berada di lokasi melihat sendiri bagaimana kanak-kanak tersebut berkeliaran di kawasan parkir sebelum memasuki kawasan pasaraya tersebut sekitar jam 7 petang, kelmarin.
Mereka meminta RM10 kepada pengunjung dengan alasan lapar selepas tidak berpuas hati dengan wang RM1 yang diserahkan kepadanya.
Selepas hasil kutipan mencukupi, mereka tanpa segan silu terus ke sebuah kiosk yang menjual jam dan membeli dua pasang setiap seorang.
Seorang pengunjung yang ditemui, Suriati Mansor berkata, sepanjang berkunjung di pasaraya berkenaan, itu adalah kali pertama dia melihat kanak-kanak berkenaan.
“Saya selalu juga berkunjung di sini tetapi tidak pernah melihat mereka dan melahirkan sedikit kebimbangan sekiranya kanak-kanak itu dihantar oleh sindiket untuk meminta derma di sini.
“Diharapkan pihak berkaitan dapat memantau aktiviti berkenaan dan menjalankan siasatan sama ada kanak-kanak itu benar-benar susah atau mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan