Selangor sedia RM9.141 juta untuk industri asas tani
Harakahdaily, | 05 Jul 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu meliputi pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatan ekonomi Selangor dan pendapatan petani, lapor Selangorku.
Antaranya, kata beliau pembangunan taman agro teknologi sebanyak RM1.4 juta, pembangunan tanaman makanan (RM5.04 juta), pembangunan tanaman industri (RM300,000), pembangunan industri bunga dan taman hiasan (RM200,000).
Di samping itu, jelasnya diperuntukan lain adalah pembangunan industri asas tani (RM1.251 juta), pembangunan pertanian bersepadu (RM700,00) dan pembangunan tanah terbiar (RM200,000).
“Ia adalah usaha bagi memperbanyakkan industri hiliran di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.
Beliau yang juga Adun Sabak berkata, kerajaan negeri turut memberi tumpuan utama terhadap peningkatan hasil tanaman padi.
Usaha lain, katanya adalah projek taman kekal pengeluaran makanan, pembangunan tanaman sayur-sayuran di samping membantu petani yang mengusahakan tanaman lain.
Hukum dan senaraihitam pemaju yang rosakkan tanah bukit
SM Mohamed Idris, |
SAM dan CAP mengalu-alukan langkah tersebut dan memohon pihak pendakwa supaya mendapatkan hukuman yang berat misalnya denda maksimum iaitu hukuman penjara terhadap tertuduh sekiranya terbukti bersalah. Tindakan ini akan menjadi contoh dan mencegah pihak lain daripada memulakan projek sebelum mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Pemaju terbabit bukan sahaja telah memusnahkan persekitaran bukit di kawasan itu tetapi secara terang-terangan membelakangkan pihak berkuasa dan undang-undang. Sekadar mengenakan denda tidak memadai kerana ia hanya merupakan hukuman yang ringan bagi pesalah.
Kami juga menyarankan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraihitamkan pemaju yang mencabuli undang-undang. Langkah tegas ini boleh memastikan pemaju mematuhi peraturan dan undang-undang serta menghalang eksploitasi seperti yang berlaku di Bukit Relau, Pulau Pinang di masa depan.
Sementara keputusan untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dialu-alukan, kami bimbang kenapa aktiviti haram itu dibiarkan berterusan tanpa pihak MPPP, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Kemusnahan bukit boleh dilihat dari jarak beberapa batu.
Kami menyokong gesaan yang dibuat oleh wakil majlis MPPP, Encik Lim Mah Hui agar pihak majlis membentuk sebuah jawatankuasa bebas untuk mengkaji kealpaan di pihak berkuasa untuk mencegah aktiviti haram yang dilakukan di kawasan bukit dan membuat saranan untuk mempertingkatkan jentera penguatkuasaan undang-undang.
Kita mesti melindungi kawasan bukit kita yang mudah terjejas daripada pembangunan yang boleh memusnahkannya, memulihara ciri-ciri keindahan Pulau Pinang dan memastikan pembangunan tidak dijalankan di kawasan yang persekitarannya sensitif dan mudah mengalami kerosakan.
SM MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Suara hati penyokong PAS
Ahmad Lutfi Othman, | 05 Jul 2013 |
"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.
"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."
Beliau sempat membisikkan rasa terganggu dengan situasi menjelang muktamar PAS, November ini. "Tapi lebih elok bersaing secara sihat dalam pemilihan kali ini, daripada berbalah dekat PRU14 nanti," katanya, ketawa kecil. "Saya nampak ada bibit-bibit perpecahan disebabkan isu-isu yang ditimbulkan agak personal dan kontroversial," sambungnya, perlahan.
"Biasalah," pintas saya, "PAS sebuah parti besar, ahli-ahlinya mewakili masyarakat yang lebih kompleks, kita patut lebih profesional menguruskan perbedaaan pendapat dan kemajmukan idea. Kalau nak menang, PAS tidak boleh terpisah daripada kerencaman dalam negara kita, itu belum kira Sabah dan Sarawak lagi."
Seorang anak muda dari Jerlun, beria-ia meminta pendapatnya, terutama mengenai kekalahan Pakatan di Kedah, dapat dikongsi bersama dengan pembaca kolum ini. Walaupun menyedari saya agak keletihan selepas berjalan lebih 2km, dan terpaksa mencari tempat duduk di tengah pembahagi jalan, dia tetap bersemangat untuk "mempengaruhi" saya.
"Kita sepatutnya lebih menumpukan fokus untuk membina dan membangunkan insan di Kedah sepanjang lima tahun berkuasa, seperti yang ditunjukkan Tok Guru Nik Nik Aziz di Kelantan selama lebih 23 tahun. Saya tak pasti apakah surau dan masjid dapat diimarahkan sebaiknya sejak 2008," ujarnya.
"Saya rasa kita sedikit terabai dalam aspek tarbiyah, untuk memperkukuhkan kesinambungan parti, terutama bagi memastikan anak-anak ahli PAS tetap menyokong perjuangan kita. Nampak agak kurang program ke arah itu, yang banyak ditekankan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu," tambahnya, sambil mengharapkan tidak wujud sikap saling menyalahkan di atas kemenangan BN di Kedah pada PRU13 lalu. Beliau tetap mengkagumi Ustaz Azizan Abd Razak dan realistik dengan sumbangan besarnya.
Semasa saya berjalan balik dan menunggu kereta yang dipandu anak saya, berhampiran Bank Negara, tiba-tiba seorang sahabat lama muncul. Beliau pernah bersama-sama memeriahkan alam kampus pada 1980-an dan kini seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Setelah bertanya khabar dan berkongsi pandangan mengenai keputusan PRU13, dia meluahkan kebimbangan: "Aku risau dengan anak-anak muda yang bersemangat menuntut perubahan, bersedia mempertaruhkan masa depan, komited dengan idealisme, tetapi nampak macam tidak begitu rapat dengan PAS. Kenapa ya?"
Sebelum saya menjawab, dia mempersoalkan prestasi dan nasib Parti Islam di Indonesia. "Kau mungkin lebih tahu tentang PKS, mengapa banyak sangat kes negatif yang melandanya sedangkan satu ketika dulu PKS nampak cukup berpotensi? Benarkah mereka tidak tahan uji dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan?"
"Aku harap PAS tak begitu, 'kan?" katanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah, aku perhatikan kawan-kawan lama dalam PAS masih berprinsip. Harapnya, ahli-ahli Parlimen PAS, terutama yang baru, rajin buat kajian, tekun menelaah, dan ada jaringan yang kuat dengan sumber maklumat. Orang lebih puji seorang dua bintang dalam KeADILan dan DAP, dan tak sebut pun dari PAS ... kena ambil perhatian berat itu."
Saya cuba mengajaknya ke sebuah restoran nasi kandar di Jalan Tunku Abdul Rahman, untuk melanjutkan perbincangan pada petang Sabtu itu, terutama untuk menjawab kerisauannya tentang PAS, tetapi dia mengelak. Ada majlis yang penting yang mesti dihadirinya sebelum jam 6 petang. Saya terpaksa menyimpan dahulu jawapan di atas persoalannnya itu ....
Pengundi Kuala Besut Mesti cerdik
Subky Latif, | 05 Jul 2013 |
BETUL seperti yang ditulis oleh Selena Tay dalam Harakah harga barang makanan naik melambung selepas PRU13.
Dia menyebut tentang bawang merah di sekitar Kepong yang sekitar RM8 sekilogram sebelum 5 Mei sudah jadi RM13 sekilogram selepas pilihan raya.
Saya pernah menulis tentang kedai runcit dekat rumah saya. Sebelum pilihan raya pekedai itu berbelanja kurang dari RM2,000 sehari untuk melengkap barang jualannya. Sekarang dia terpaksa berbelanja RM3,000 sehari untuk membeli barang jualan yang sama dengan kuantiti yang sama.
Dia tidak lagi boleh jual dengan harga yang sama.
Pendapatan kami tidak bertambah. Cili yang seringgit separuh dari yang dibeli dulu. Untuk beli pisang sebanyak yang dibeli dulu, kena bayar hampir sekali ganda sekarang.
Dalam seminggu dua tiga petang saya membeli pisang goreng. Ia kegemaran dua cucu yang baru bersekolah. Dulu saya beerbelanja RM3 sekali beli untuk semua keluarga. Sekarang dengan lima ringgit sudah tidak sebanyak dulu.
Penjual itu tidak salah sebab dia dapat bekalan dengan harga yang baru.
Saya tidak fikir ia berlaku di Kuala Lumpur saja. Ia juga dipercayai berlaku di Kuala Besut yang akan menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Adakah pengundi di Kuala Besut sedar kenaikan yang mendadak dan adakah mereka sudah mengalaminya?
BRIM RM500 sebelum PRU dulu bealum tentu diberi lagi dalam masa beberapa bulan ini. Duit sebesar itu tidak dapat menampung keperluan tambahan harga barang bagi tempoh dua bulan. Sebulan pun tidak berapa cukup.
Kita tidak tahu apa yang kerajaan dapat buat untuk membantu pengundi membeli barang keperluan dalam tempoh yang terdekat?
Kenaikan itu sudah diduga sebelum PRU itu. Kalau BN berkuasa lagi harga barang tidak dapat disekat dari naik. Sementara beberapa bulan kempen itu dapat pula dihalang kenaikannya. Tetapi bila ia menang semula, barang pun naik mendadak.
Oleh kerana wujud kesebokan bantahan SPR dikatakan membantu penipuan pilihan raya, maka kerajaan dapat mengelakkan orang bising tentang kenaikan harga mendadak itu.
Hal ini kena hebahkan kepada pengundi Kuala Besut. Pengundi PRK boleh gunakan kecerdikan mengundi calon pembangkang bagi menekan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan semua barang itu. Belum tentu harga itu boleh diturunkan seperti dulu kiranya calon BN kalah. Tetapi kalau ia kalah, ia akan memikirkan untuk melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya dihalang ia dari naik lagi.
Pada masa ini, jika ia tidak dinaikkan lagi adalah yang terbaik. Kita tahu kerajaan yang ada tidak dapat menurunkan yang sudah naik. Dan adalah diragukan ia dapat menghalang kenaikan lagi.
Jika dibiarkan nak jadi kepada kita semua kerana kerajaan sudah tidak boleh ditukar dalam masa lima tahun ini.
Tetapi kerajaan yang lemah ini boleh diajar dengan mengalahkan calon BN di Kuala Besut. Soal siapa hendak memerintah Terengganu sekarang tidak lagi penting sangat. Jika BN menang semula, ia tidak menjadikan kerajaan yang ada itu kuat sangat. Jika ada mati lagi selepas ini, kekalutan yang sama akan berulang lagi.
Harapan semua rakyat di seluruh negara adalah kepada pengudi Kuala Besut sekarang. Perubahan di Kuala Besut dapat membantu masalah rakyat di seluruh negara yang menghadapi kenaikan harga barang itu menjadi perbincangn panas. Kenaikan itu dirasa oleh semua.
Kebanyakan orang tidak peduli kes Altantuya. Tapi barang naik melambung menyakit dan mencekik semua orang. Undi orang Besut bukan sekadar kerana kepenting mereka saja, bahkan ia adalah kepentingan sekalian rakyat yang tertindas.
Superkomputer vs kepala nyamuk
Detikislam, | 05 Jul 2013 |
Komputer ini akan menjadi yang terpantas di antara 500 komputer untuk tujuan awam di dunia. Sebelum komputer ini dibina terdapat sebuah lagi komputer pantas yang digunakan untuk aplikasi tentera di pusat tenaga nuklear Amerika di bahagian California.
Komputer "Eugenh", superkomputer bukan komputer peribadi yang didalamnya dipasang 65 ribu pemprosesan yang dipasang dalam enam belas tempat dan setiap kotak mempunyai saiz yang sama seperti cip elektronik yang diperlukan untuk telefon biasa. Pelawat perlu memakai peranti anti bunyi di telinga sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dalam hal ini, Dr Neubert Atej ketua jabatan aplikasi berkata enam belas kotak mengandungi pemprosesan memerlukan elektrik dengan kapasiti 30 Kw.
Semasa bekerja, komputer ini memerlukan suhu persekitaran 16 darjah. Kelajuan komputer hampir menyamai kelajuan 20 ribu PC biasa yang dihidupak bersama, iakni boleh melakukan pengiraan sebanyak 223 bilion hanya dalam satu saat dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sebelumnya oleh Atej. Kira-kira 200 pasukan penyelidik dari Jerman dan Eropah bergantung pada sokongan komputer ini dalam melakukan pengiraan yang relevan untuk kajian mereka. Dalam hal ini, ada jawatankuasa yang menentukan projek mana saja yang akan diberikan keutamaan untuk memanfaatkan sokongan dari super komputer.
Hal ini berlaku kerana simulasi biasanya dilakukan dengan format chart pelbagai bentuk, seperti grafik yang telah menjadi tiang utama dari ilmu setelah teori dan aplikasi. Begitu juga membangunkan ubat baru memerlukan banyak percubaan untuk mengetahui kesan dari bahan-bahan yang terkandung. Melalui penggunaan komputer, para saintis boleh melayari kesan umum dan menjimatkan masa yang dihabiskan dalam melakukan banyak percubaan di makmal serta menjimatkan wang. Dalam bidang astronomi, komputer memainkan peranan yang lebih besar sejak percubaan makmal dinilai sebagai cara yang lebih keras dan lebih kompleks.
Mungkin sebahagian dari kita menganggap jika komputer yang ditemui masa kini merupakan kemajuan di bidang ilmu dan teknologi yang amat canggih. Tapi jika kita bercakap dengan keimanan, kita akan membandingkan komputer ini dengan serangga kecil seperti nyamuk. Perlu diketahui, nyamuk pasti melampaui peranti komputer. Di otak nyamuk, ada beratus ribu sel dan di setiap sel ada sebuah komputer yang sangat kompleks.
Super komputer ini tentunya memerlukan bangunan yang sempurna dan pasukan jurutera serta penyelidik yang hebat. Begitu juga dengan daya dan kekuatan istimewa, pendingin, peranti pengurangan bunyi, dan sistem kawalan. Jika super komputer hanya mempunyai 65000 pemprosesan sedangkan otak seekor lebah dan serangga lain mempunyai hampir satu juta pemprosesan.
Ini adalah kepala nyamuk. Reka bentuk ini diciptakan Allah swt dengan sempurna dilengkapi mata majmuk yang mempunyai beribu-ribu lensa. Sehingga nyamuk dapat melihat dan mencari jalan dengan mudah ketika terbang. Tanpa reka bentuk sempurna ini nyamuk tidak dapat hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Para saintis bingung dan bertanya-tanya dari mana reka bentuk yang indah ini datang. Jawapannya sangat jelas, Allah swt. tentunya sesuai dengan firman dalam al-Qur'an yang bermaksud:
"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (Surah az-Zumar : ayat 62)
Otak manusia mempunyai lebih dari satu juta sel saraf yang berfungsi dengan kecekapan tinggi dan dalam koordinasi yang tidak ada bandingannya. Jika kita merenungkan makhluk di bumi ini, kita akan mendapati bahawa otak mereka berfungsi lebih cekap daripada super komputer baru yang ada ketika ini. Semua fakta ini dapat membuktikan kekuasaan Allah;
"Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. "(Surah Luqman : ayat 11)
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Winnable candidate di Kuala Besut
Syed Abdullah Syed Osman , |
Pilihan raya kecil kali ini bakal menentukan hala tuju Parti PAS dan menentukan kedudukan Kerajaan Terengganu sekarang. Bahkan besar kemungkinan dan tidak mustahil diadakan pilihan raya peringkat DUN.
Umno akan habis-habisan mempertahankan DUN Kuala Besut. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga maruah tetapi juga untuk mempertahankan Kerajaan BN di Terengganu. Oleh itu, BN akan meletakkan 'winnable candidate' dan yakin mereka akan menang berdasarkan kemenangan BN dikawasan itu sebelum ini. Justeru, mereka yakin akan menang dengan lebih bergaya lagi.
Calon PAS pula mestinya hendaklah orang yang benar-benar berpengaruh kerana kalau setakat calon yang lahir diKuala Besut sahaja atau setakat pemimpin biasa belum tentu dapat menarik pengundi diatas pagar. Jika PAS mahu menang, ia memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 1500 undi lagi sebagai jaminan undi penentu itu nanti dan mereka ini yang dimaksudkan adalah terdiri daripada pengundi golongan muda. Mana-mana parti dapat memikat pengundi muda mempunyai harapan yang cerah untuk menang.
Saya yakin PAS mempunyai 'winnable candidate' bagi memastikan Kuala Besut dapat ditawan. Persoalannya siapakah agak calonnya yang mampu membawa 'orang muda' mengundi lambang bulan dalam pilihan raya kecil di Kuala Besut itu nanti?
Judi dan riba' menjadi 'halal'
Syed Abdullah Syed Osman , |
Oleh sebab diisytiharkan halal, maka penjualan tiket loteri kebajikan masyarakat adalah secara terbuka iaitu di mana-mana sahaja hingga termasuk di kampung-kampung Melayu, sehingga ada juga yang datang menjual di masjid dan surau. Begitulah empunya cerita pada zaman yang serba serbi dianggap umat kurang bermaklumat dan agak jahil tentang hukum hakam Islam. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus kerana mendapat maklumat yang salah dan terhad serta kejahilan umat Islam pada masa itu. Pada masa itu ada juga umat Melayu-Islam meminum minuman keras ditempat-tempat awam atau direstoren secara terbuka.
Ada suatu kisah (namun tidak dipastikan kesahihannya) yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Perak. Seorang guru darjah empat telah membuat suatu cadangan kepada murid-muridnya untuk mendapat pahala yang lebih supaya membeli 4 keping tiket loteri dan setiap tiket berharga RM1 setiap bulan. Maka setiap bulan ketua murid akan memungut 10 sen daripada setiap murid untuk diserahkan kepada Guru mereka ini untuk membeli tiket loteri. Jika menang, duitnya akan dibahagi-bahagikan sama rata.
Setelah hampir tujuh bulan membeli, mereka tidak pernah menang, maka Guru tersebut teringatkan ada salah seorang muridnya pandai membaca doa. Lalu Cikgu itu pun meminta murid berkenaan membacakan doa supaya mereka memenangi apa juga hadiah dan. Doa itu diaminkan beramai-ramai oleh semua murid pada setiap kali tiket itu dibelikan dan diletakkan diatas meja di hadapan murid yan membacakan doa itu. Tetapi hingga keakhir tahun pun tiada apa-apa hadiah yang kena. Akhirnya perkara itu berlalu begitu sahaja sehingga semua murid naik darjah lima dan tidaklah tahu bagaimana pula nasib murid yang baru naik ke darjah empat ditahun berikutnya.
Yang hendak disampaikan disini walaupun cerita ini agak lucu tetapi kesannya jika diperhalusi apabila sesuatu perkara dipermudahkan dan disalah ertikan serta diberikan maklumat yang salah serta mengelirukan maka berlakulah kerosakan akidah dan tidak mampu lagi membezakan yang mana halal dan haram. Kita sangka ia halal sebab yang disampaikannya begitu tetapi hakikatnya perkara itu suatu perbuatan yang terkutuk lagi keji kerana cuba untuk memperdayakan sesama Islam dan juga memperdayakan Allah dan Rasul.
Dalam pada itu saya bersyukur kerana loteri kebajikan masyarakat telah lama dimansuhkan atas kesedaran pemimpinnya. Cuma yang masih ada adalah judi-judi lain saperti berbagai-bagai jenis nombor ekor termasuk toto. Walau bagaimanapun umat Islam telah dilarang untuk memasuki premis perjudian itu.
Dunia kini cepat berubah dan pendekatan Islam juga turut berubah. Tetapi malangnya perubahan itu seolah-olah menambahkan kekeliruan dan bertambah kusut masai lagi. Hal ini kerana apabila mereka yang kita bergantung untuk menjaga amanah hal-ehwal yang bersabit dengan Islam ini dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari kalangan yang dikatakan sebagai cerdik-pandai yang menjaga kepentingan ekonomi ini. Mereka menggunakan nama Islam untuk menghalalkan riba' saperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk membeli kereta.
Walaupun adanya akad jual belinya tetapi syarat dan terma perjanjian adalah mengikut kaedah pinjaman konversional. Mana tidaknya, apabila perbezaan harga asal dan harga semasa pinjaman mengikut tahun yang dipinjam berlipat kali ganda harganya. Apabila terlewat bayar akan dikenakan kompaun atau ditambahkan 'bunga' ratusan ringgit lagi tanpa belas kasihan atau ehsan daripada institusi pinjaman tersebut dan ada Pegawai Bank yang datang kerumah mengugut dengan berbagai surat daripada peguam mereka.
Inikah Islam yang kita pelajari daripada pusat pengajian tinggi itu? Islam tidak mengajar kita untuk menindas dan jauh sekali untuk menganiaya sesiapapun walaupun kepada orang bukan Islam dan Allah dan Rasul tidak akan reda perbuatan keji saperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan