Pas Beluran shared Pas Sabah's photo.
Mesir: Tidak ganjak, jutaan terawih di Dataran Raba'ahMESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.
Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.
Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.
Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.
Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.
Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi dikembalikan ke jawatannya semula.
Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.
Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.
Berikut antara pemandangan terwaih di Dataran Raba'ah malam tadi.
http://bm.harakahdaily.net/
Salam Ukhwah shared Hanya Di Kelate's photo.
Dr As-Syahid Yasser Saeed merupakan salah seorang syuhada 'Tragedi Subuh Berdarah' dan dikebumikan di Damanhur hari ini. As-Syahid telah terbunuh ditangan pengkhianat ketika beliau sedang sujud.Isterinya berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menghisab suamiku sebagai syahid dan demi Allah beliau berbau kasturi, wajahnya seperti cahaya dan Allah yang Maha Agung tidak mengira bahawa dia mati, dia adalah seperti bulan.. Ya Allah, segala puji dan syukur bagiMu yang telah mematikan suamikan ketika beliau sujud pada Allah taala maka sudah tercapailah impiannya. Ya Allah, hubungkanlah hati-hati kami".
Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية
PLEASE "SHARE"
Alwi Bakri Luddin shared Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW's photo.
Alwi Bakri Luddin shared Nieda Solehah Ny's photo.
Salam Ukhwah shared Harakahdaily's photo.
Jaishu Muhammad was tagged in Bazli Nor Mohamad's photo. — with Nasuha Nasir and 47 others.
PENGGUNAAN INHALER MULUTI. PENDAPAT PERTAMA:
Penggunaan Inhaler tidak membatalkan mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baz, As-Syeikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Doktor As-Siddiq Ad-Darir, Doktor Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Tetap Fatwa Kerajaan Arab Saudi.
Alasan:
- Bahan yang terdapat di dalam Inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur-kumur dan memmasukkan air ke dalam hidung.
- Semburan yang masuk ke dalam perut, satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin ungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak. Perkara yang yakin, tidak dapat dihilangkan dengan perkara yang masih ragu-ragu.
- Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk ujian klinikal dan penggunaan suntikan yang tidak mengandungi makanan (nutritive). Walau bagaimanapun, alasan ini bleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti tertentu air di dalam kandungan ubat-ubatan yang terdapat di dalam Inhaler, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.
- Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam perut, sebaliknya hanya sampai ke dalam ruang-ruang di dalam paru-paru sahaja. Walau bagaimanapun, sebelum ini kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke dalam perut.
- Pakar-pakar kedoktoran memperakui penggunaan siwak mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam sahih Al-Bukhari daripada Amir bin Rabi'ah, katanya: "Saya melihat Rasulullah S.A.W. bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan baginda berpuasa".
II. PENDAPAT KEDUA:
Golongan ini berpendapat, penggunaan Inhaler membatalkan puasa dan tidak harus digunakan pada siang hari bulan Ramadhan kecuali pada waktu terdesak dan sangat diperlukan oleh pesakit sahaja. Orang yang menggunakan Inhaler pada siang hari bualn Ramadhan, hendaklah mengqada' puasa pada hari itu. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Doktor Fadl Hasan Abbas, al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar Salami, Doktor Muhammad Alfai, As-Syeikh Muhammad Taqiuddin Al-Uthmani dan Prof. Doktor Wahbah Az-Zuhaili.
Alasan:
- Bahan-bahan yang terdapat di dalam Inhaler, akan sampai ke dalam perut melalui mulut. Oleh itu, ianya dianggap membatalkan puasa. Alasan ini walau bagaimanapun boleh dijawab dengan merujuk kepada alasan pertama yang dikemukakan oleh golongan pertama di atas.
III. PENDAPAT TERPILIH:
Pendapat yang paling jelas lagi nyata di dalam kes ini -- Allah yang Maha Mengetahui hakikat yang sebenarnya -- penggunaan Inhaler tidak membatalkan puasa. Pandangan golongan yang pertama yang menyatakan penggunaannya tidak membatalkan puasa, adalah sesuai dan logik. Manakala qiyas mereka kepada berkumur-kumur dan bersiwak, adalah qiyas yang betul.
SUMBER
- Kitab "Isu-Isu Perubatan Dan Hubungannya Dengan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa", oleh Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Khalil.
Muslimat Pas Labuan was tagged in Al-Adawiyah Rabiatul's photo from February 10, 2012.
Rasyidi Rashid shared Cinta Masjid Cinta Surau's photo.
Alwi Bakri Luddin shared Ustaz Zamri Zainal Abidin's status update.
Sahur itu nama waktu, bukannya nama juadah atau nama makanan.Waktu sahur disebut dalam al-Quran menandakan ia amat disukai oleh Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Sahur juga disebut oleh Rasulullah s.a.w. tanda ia amat dihargai oleh seorang hamba yang amat kasihkan yang Maha Mencipta.
1.الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (3:17)
2. وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ........
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (51:18)
Sabda Nabi s.a.w. pula (antara maksudnya);
1. ((تسحروا فإن في السحور بركة))
"Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan."
2. ((فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أَكْلَةُ السحر))
"Beza di antara puasa kita (Islam) dan ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) adalah mengambil makanan pada waktu sahur."
Oleh itu bangkitlah pada waktu sahur, isilah waktu sahur itu dengan qiyam dan ambillah sedikit juadah walau hanya dengan segelas air.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) · 111,207 like this
7 hours ago · Syabab Pas Kampar shared Muhammad Al Hanif Hassan's photo.
https://www.youtube.com/Terkini:
Syeikh Hasan As Syafi'e, penasihat Syeikh Al Azhar sedang menyampaikan ucapan yg sangat berani di Al Jazeera Mubashir Misr. Antara kandungan utama ucapannya ialah:
1- Syeikh sangat kecewa dgn tindakan tentera Mesir yg membunuh rakyat yg tidak berdosa di saat mereka sedang menunaikan solat dan sujud kpd Allah SWT. Beliau mempunyai cukup bukti yg menunjukkan tentera terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah ini yg telah mengorbankan kira-kira 50 orang syuhada'.
2- Syeikh mendesak pihak tentera supaya membebaskan semua tahanan terutamanya Presiden Mursi kerana mereka jelas tidak bersalah dan presiden sendiri tidak pernah membunuh musuh-musuh politiknya yg telah sekian lama menganiaya beliau dan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin.
3- Syeikh meminta pihak tentera supaya membebaskan semua wartawan yg ditahan dan membenarkan semua channel tv Islam serta akhbar-akhbar parti Islam beroperasi semula bg membuktikan kebebasan dan demokrasi yg dilaung-laungkan oleh pihak tentera di media2 kerajaan.
4- Syeikh juga mendesak pihak kerajaan supaya membenarkan Parti Al Hurriyah wal 'Adalah bergerak semula kerana jelas sekali pendokong2 parti tersebut adalah rakyat Mesir yg setia dan sayangkan negara mereka. Mereka bukan musuh negara dan mereka bukan penjenayah.
5- Syeikh meminta media bersikap adil kerana setahun sudah Presiden Mursi dianiaya dan diaibkan serta difitnah sedangkan beliau adalah presiden pilihan rakyat yg sah. Syeikh menyelar pihak media yg sanggup dipergunakan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, seterusnya menjadi lidah rasmi kpd pengkhianat negara, bangsa dan agama.
6- Syeikh menasihatkan pihak tentera supaya segera berundur dan berhenti daripada terus melakukan campurtangan dalam urusan politik negara serta menumpukan kpd tugas sebenar mereka iaitu menjaga keselamatan negara dr ancaman luar.
Akhirnya Syeikh mengingatkan bahawa sesiapa yg membunuh saudara seislamnya atau berkompromi dalam misi jahat ini maka dia tidak akan terlepas dr balasan Allah SWT di akhirat kelak.
Inilah isi penting ucapan Syeikh yg sangat berani menunjukkan peribadi syeikh-syeikh Azhar yg sebenarnya. Al Azhar dulu, kini dan selamanya tidak akan bersekongkol dgn kemungkaran. Alangkah indahnya jika Syeikh Al Azhar Ahmad Tayyib mengucapkan ucapan yg sama, atau sekurang-kurangnya menarik balik sokongannya kpd musuh2 Islam
Kata الشيخ المعمر معوض عوض kepada Syeikh Hasan Syafi'e
انت حسن: قولك حسن وفعلك حسن، ونسأل الله تعالى، أن تكون أيام كلها حسنوات
Tiada ulasan:
Catat Ulasan