'Jangan sampai penjenayah pergi rumah MP'
VIDEO
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar MP Pakatan Rakyat menyokong usaha menggantikan Ordinan Darurat dengan undang-undang baru untuk mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa penjenayah.
Usaha itu juga untuk mengelakkan para MP berkenaan turut menjadi mangsa penjenayah terbabit, katanya ketika menjawab satu soalan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Jangan sampai penjenayah yang buta warna (politik) ini pergi rumah Shah Alam (Khalid Samad) dan Gombak (Azmin Ali),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas “realiti” mengenai kejadian jenayah pada waktu ini, yang dibangkitkan Azmin.
Azmin ketika mengemukakan soalan sebelum itu turut membangkitkan mengenai kes rompakan melibatkan kediaman seorang menteri kabinet, Khairy Jamaluddin, pada akhir bulan lalu.
Kejadian itu menyebabkan Khairy tampil dengan kenyataan bahawa kejadian jenayah bukan satu persepsi tapi satu masalah yang nyata.
Mengulas isu yang dibangkitkan Azmin itu, Ahmad Zahid berkata atas alasan itulah beliau meminta semua ahli Dewan menyokong usaha kerajaan untuk menggantikan Ordinan Darurat dengan akta baru.
"EO telah dibatalkan tapi kita mahu EO diganti dengan akta lain. Kita minta persetujuan semua sebab dari segi penangkapan yang berlaku sekarang ini, penjenayah yang ditangkap ialah bekas penjenayah yang dilepaskan oleh EO. Ini realiti," kata Zahid.
Khalid Samad pula, yang disebut oleh Zahid dalam ucapan berkenaan turut bangun dan mendakwa kata-kata itu merupakan satu ugutan kepada para MP Pakatan.
Zahid Hamid pada 4 Julai lalu menyatakan bahawa kementeriannya sedang merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan pasukan polis sebelum itu, yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih 2,600 tahanan bawah EO selepas undang-undang tersebut dimansuhkan pada 2011.
Bagaimanapun, cadangan untuk meuwujdkan akta baru bagi menggantikan EO mendapat tentangan antaranya dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia serta parti pembangkang.

MB: Exco S'gor boleh isytihar seluruh harta
Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang mana-mana
exco kerajaan Selangor yang mahu mengisytihar seluruh harta mereka
walaupun ia dirasakan tidak sesuai.
"Kami tidak akan menyekat mana-mana individu yang mahu menghebahkan kepada awam keseluruhan harta yang diperolehi sebelum dan selepas menjawat jawatan walaupun ia mungkin tidak sesuai untuk dilakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Khalid sebelum ini mengumumkan semua exco hanya dikehendaki mengumumkan harta yang diperolehi selepas dilantik ke jawatan masing-masing.
Menurutnya, exco negeri tidak perlu mengumumkan harta mereka yang dikumpul sebelum lantikan kerana faktor keselamatan.
Pengumuman itu bagaimana pun ditempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkannya sebagai alasan sama yang digunakan BN untuk tidak mengisytihar harta mereka.
"Kita menghargai keprihatinan saudara Lim Guan Eng dan DAP berkenaan isu ketelusan yang melibatkan pengisytiharan harta anggota exco kerajaan Selangor," kata Khalid.
Bagaimanapun tegasnya, perisytiharan selepas pelantikan adalah mencukupi untuk mengelakkan salah guna kuasa dalam pembelian aset.
"Amalan ini memadai bagi memastikan tiada exco manyalagunakan kuasa sehingga menimbulkan percanggahan kepentingan dalam mana-mana transaksi pembelian atau penjualan harta itu," ujarnya.

Petisyen PAS batal keputusan DUN Selising ditolak
Mahkamah
Pilihan Raya Kota Bharu hari ini menolak petisyen yang difailkan PAS
untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selising yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
Pada PRU13 lalu, DUN Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang
mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Selising, Semsudin Muhammad.
Dalam prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.
Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 September untuk tarikh perbicaraan petisyen DUN Gaal.
Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 September sebagai tarikh perbicaraan.
Calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.
Bagi kawasan Parlimen Machang pula, calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi dan di DUN Gaal, calon BN Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi.
Terdahulu, ketua barisan peguam mewakili BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi kawasan Parlimen Machang.
Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguambela yang dilantik oleh pempetisyen di bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Zamani kemudiannya membenarkan bantahan Mohd Hafarizam.
Barisan peguam yang mewakili PAS dan PKR diketuai Hisham Fauzi.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menguasai 32 kerusi DUN di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi PAS.
Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen DUN Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.
Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti.
"Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya.
- Bernama
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mendakwa, pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita.
"Kita minta kementerian beri kerjasama untuk kuatkuasakan etika berpakaian. Lihat punca berlakunya jenayah seksual sebagai contoh, pakaian yang tak sopan di tempat awam.
"Kita lihat fenomena baru yang dibawa oleh kerajaan BN iaitu artis-artis korea yang suka memakai seluar pendek dan budaya ini berleluasa di kalangan gadis.
"Begitu juga pramugari yang memakai skrit yang sangat pendek, terbelah di belakang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa bertanya soalan ketika Rohani memberi ucapan pergulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak mempedulikan soalan Zailah dan meneruskan ucapan penggulungan kementeriannya.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan penyiasatan kes tersebut kerana didapati tiada unsur jenayah yang diterima.
"Kita kesal dengan keputusan Pengarah SPRM untuk tutup siasatan kes "lucky bonus" iaitu membeli undi besar-besaran semasa pilihan raya yang lalu. Mereka mengatakan kes ini tiada ada unsur jenayah. Kita tak boleh terima.
"Kami menyeru SPRM membuka fail semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan akan beri kerjasama sepenuhnya dengan mereka (SPRM).
Namun jika SPRM tidak akan membuka semula fail tersebut, beliau bersama pemimpin Pakatan Pulau Pinang akan membuat laporan semula kepada suruhanjaya itu, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M Samarajoo yang berkata, suruhanjaya itu tidak mengesan sebarang kesalahan dalam tujuh laporan berhubung politik wang semasa pilihan raya umum 5 Mei, seperti yang diadukan oleh calon Pakatan.
Laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Samarajoo menyebut, suruhanjaya itu telah merakam kenyataan dari beberapa orang saksi.
Namun, saksi berkenaan berkata mereka tidak mengetahui identiti individu yang memberikan wang kepada mereka semasa kempen pilihan raya tersebut.
“Jadi, kalau mereka tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan di bawah akta kita, ia agak sukar," kata Samarajoo seperti dipetik Utusan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa pembangkang menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.
"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika beliau sendiri ditanya mengenai pendiriannya berhubung pemansuhan akta berkenaan.
"Anda tahu apa nak jawab," katanya apabila ditanya lanjut sama ada beliau tidak menyokong pemansuhan itu.
Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai hasil kajian badan pemantau rasuah Transparency International (TI-M), yang mendapati bahawa institusi paling korup di dalam negara ialah pasukan polis.
Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata tidak adil sekiranya hanya pihak polis yang dipersalahkan dalam isu tersebut semata-mata.
Tengku Adnan berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk menangani persepsi masyarakat ke atas rasuah, yang menurutnya boleh dibenteras sekiranya pemberi wang berhenti daripada memberi rasuah.
"Ini adalah persepsi. Kita sekarang sedang berlawan dengan perang persepsi. Kerajaan telah meletakkan segala usaha untuk memastikan gejala rasuah ini dibenteras.
"Bila cakap mengenai rasuah, mesti ada pemberi... tak adil kalau kita nak kata polis lebih banyak menerima rasuah. Itu tak adil. Ini persepsi awak tahu?
"Perkara utama ialah saya rasa tiada pemberi dan tiada menerima. Pemberi itu perlu berhenti," katanya lagi.
Abdul Halim Abdul Hamid berkata beliau hairan dengan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya, ekoran kehadirannya dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang sebagai sokongan ke atas anaknya yang ditahan di satu lokap di situ.
“Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, mereka dituduh membuat kesalahan,” katanya kepada wartawan di luar balai polis Sentul selepas memberi kenyataan, semalam.
Katanya, beliau hadir ke perhimpunan pada malam 24 Jun di luar pusat tahanan berpusat itu sebagai tanda sokongan ke atas Adam Adli dan 31 aktivis lain yang ditahan di situ.
“Adakah menjadi satu kesalahan untuk menyokong rakan dan rakyat?,” soalnya.
Terdahulu pada petang 24 Jun itu, Adam bersama lebih 100 orang yang lain berhimpun di luar Parlimen bagi menyerahkan memorandum yang membantah penipuan pilihan raya.
Beberapa orang dari anggota kumpulan tersebut ditahan selepas satu pergelutan dengan anggota polis yang berkawal.
Selain Abdul Halim turut disiasat ialah MP Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Bercakap kepada wartawan semalam, Sim berkata siasatan tersebut berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai satu gangguan.
“Saya rasa lebih baik polis memfokuspan pada usaha memerangi jenayah,” katanya.
Berikutan itu, mahkamah memberi gantirugi RM10,000 setiap seorang kepada Sivarasa Rasiah, N Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Hakim Datuk John Louis O'hara jugamemerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.
Pada 8 Disember 2010, mereka memfailkan saman sivil terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu Supt Che Hamzah Che Ismail, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan ke atas mereka.
Mahkamah juga memberi gantirugi khas sebanyak RM5,454 untuk Poulsen kerana terbang dari Afrika Selatan untuk menghadiri perbicaraan tersebut.
O Hara bagaimanapun, tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap pendakwaan berniat jahat.
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
Pada PRU13 lalu, DUN Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang
mengalahkan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Selising, Semsudin Muhammad.
Dalam prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada PAS bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.
Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 September untuk tarikh perbicaraan petisyen DUN Gaal.
Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 September sebagai tarikh perbicaraan.
Calon BN bagi kawasan Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN Datuk Ilias Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102 undi.
Bagi kawasan Parlimen Machang pula, calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi dan di DUN Gaal, calon BN Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi.
Terdahulu, ketua barisan peguam mewakili BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi kawasan Parlimen Machang.
Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguambela yang dilantik oleh pempetisyen di bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Zamani kemudiannya membenarkan bantahan Mohd Hafarizam.
Barisan peguam yang mewakili PAS dan PKR diketuai Hisham Fauzi.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menguasai 32 kerusi DUN di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi PAS.
Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen DUN Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang-undang.
Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.
Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti.
"Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya.
- Bernama
MP: Wanita pakai skirt pendek punca jenayah seksual
Seorang
MP PAS hari ini meminta agar menteri pembangunan wanita Datuk Rohani
Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi
mengelak jenayah seksual berlaku. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mendakwa, pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita.
"Kita minta kementerian beri kerjasama untuk kuatkuasakan etika berpakaian. Lihat punca berlakunya jenayah seksual sebagai contoh, pakaian yang tak sopan di tempat awam.
"Kita lihat fenomena baru yang dibawa oleh kerajaan BN iaitu artis-artis korea yang suka memakai seluar pendek dan budaya ini berleluasa di kalangan gadis.
"Begitu juga pramugari yang memakai skrit yang sangat pendek, terbelah di belakang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa bertanya soalan ketika Rohani memberi ucapan pergulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak mempedulikan soalan Zailah dan meneruskan ucapan penggulungan kementeriannya.
Pakatan mahu SPRM siasat semula kes politik wang
Pemimpin
Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) negeri membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan pembelian
undi di Bayan Baru semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan penyiasatan kes tersebut kerana didapati tiada unsur jenayah yang diterima.
"Kita kesal dengan keputusan Pengarah SPRM untuk tutup siasatan kes "lucky bonus" iaitu membeli undi besar-besaran semasa pilihan raya yang lalu. Mereka mengatakan kes ini tiada ada unsur jenayah. Kita tak boleh terima.
"Kami menyeru SPRM membuka fail semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan akan beri kerjasama sepenuhnya dengan mereka (SPRM).
Namun jika SPRM tidak akan membuka semula fail tersebut, beliau bersama pemimpin Pakatan Pulau Pinang akan membuat laporan semula kepada suruhanjaya itu, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M Samarajoo yang berkata, suruhanjaya itu tidak mengesan sebarang kesalahan dalam tujuh laporan berhubung politik wang semasa pilihan raya umum 5 Mei, seperti yang diadukan oleh calon Pakatan.
Laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Samarajoo menyebut, suruhanjaya itu telah merakam kenyataan dari beberapa orang saksi.
Namun, saksi berkenaan berkata mereka tidak mengetahui identiti individu yang memberikan wang kepada mereka semasa kempen pilihan raya tersebut.
“Jadi, kalau mereka tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan di bawah akta kita, ia agak sukar," kata Samarajoo seperti dipetik Utusan.
Menteri: 'Pengacau' sokong mansuh Akta Hasutan
VIDEOMenteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa pembangkang menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.
"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika beliau sendiri ditanya mengenai pendiriannya berhubung pemansuhan akta berkenaan.
"Anda tahu apa nak jawab," katanya apabila ditanya lanjut sama ada beliau tidak menyokong pemansuhan itu.
Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai hasil kajian badan pemantau rasuah Transparency International (TI-M), yang mendapati bahawa institusi paling korup di dalam negara ialah pasukan polis.
Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata tidak adil sekiranya hanya pihak polis yang dipersalahkan dalam isu tersebut semata-mata.
Tengku Adnan berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk menangani persepsi masyarakat ke atas rasuah, yang menurutnya boleh dibenteras sekiranya pemberi wang berhenti daripada memberi rasuah.
"Ini adalah persepsi. Kita sekarang sedang berlawan dengan perang persepsi. Kerajaan telah meletakkan segala usaha untuk memastikan gejala rasuah ini dibenteras.
"Bila cakap mengenai rasuah, mesti ada pemberi... tak adil kalau kita nak kata polis lebih banyak menerima rasuah. Itu tak adil. Ini persepsi awak tahu?
"Perkara utama ialah saya rasa tiada pemberi dan tiada menerima. Pemberi itu perlu berhenti," katanya lagi.
'Adakah salah jika saya sokong anak?'
VIDEOAbdul Halim Abdul Hamid berkata beliau hairan dengan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya, ekoran kehadirannya dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang sebagai sokongan ke atas anaknya yang ditahan di satu lokap di situ.
“Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, mereka dituduh membuat kesalahan,” katanya kepada wartawan di luar balai polis Sentul selepas memberi kenyataan, semalam.
Katanya, beliau hadir ke perhimpunan pada malam 24 Jun di luar pusat tahanan berpusat itu sebagai tanda sokongan ke atas Adam Adli dan 31 aktivis lain yang ditahan di situ.
“Adakah menjadi satu kesalahan untuk menyokong rakan dan rakyat?,” soalnya.
Terdahulu pada petang 24 Jun itu, Adam bersama lebih 100 orang yang lain berhimpun di luar Parlimen bagi menyerahkan memorandum yang membantah penipuan pilihan raya.
Beberapa orang dari anggota kumpulan tersebut ditahan selepas satu pergelutan dengan anggota polis yang berkawal.
Selain Abdul Halim turut disiasat ialah MP Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Bercakap kepada wartawan semalam, Sim berkata siasatan tersebut berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai satu gangguan.
“Saya rasa lebih baik polis memfokuspan pada usaha memerangi jenayah,” katanya.
6 pejuang hak asasi menang kes saman k'jaan
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penangkapan dan penahanan lima
peguam dan aktivis itu sewaktu perarakan Hari Hak Asasi Manusia enam
tahun lalu adalah salah di sisi undang-undang.Berikutan itu, mahkamah memberi gantirugi RM10,000 setiap seorang kepada Sivarasa Rasiah, N Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Hakim Datuk John Louis O'hara jugamemerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.
Pada 8 Disember 2010, mereka memfailkan saman sivil terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu Supt Che Hamzah Che Ismail, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan ke atas mereka.
Mahkamah juga memberi gantirugi khas sebanyak RM5,454 untuk Poulsen kerana terbang dari Afrika Selatan untuk menghadiri perbicaraan tersebut.
O Hara bagaimanapun, tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap pendakwaan berniat jahat.
Ahli perniagaan didakwa bunuh anak teman wanita
Seorang
ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas
pertuduhan membunuh anak teman wanitanya, berusia dua tahun, bulan
lepas.
Mohd Hisham Mat Yunus, 42, didakwa membunuh Muhamad Umar Haiqal Mohd Hazlee di Future World Avenues Resort, Lebuh Raya Rawang Batu 15, Taman Rimba Komanwel, Gombak dekat Kuala Lumpur antara jam 3.30 pagi dan 4.30 pagi 2 Jun lepas.
Mohd Hisham didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berpakaian lokap berwarna oren hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliana Ismail, namun tiada pengakuan direkodkan.
Mahkamah menetapkan 9 September untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud dan Farhan Read.
Selesai prosiding, Nik Mohamed Ikhwan memberitahu media bahawa teman wanita tertuduh yang direman bagi membantu siasatan kes itu sebelum ini, dilepaskan dengan syarat Isnin lepas.
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didakwa dipukul sehingga mati oleh teman lelaki ibunya dan mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Berinchang, Cameron Highlands.

Dua pelajar mangsa pertama mecun di Kedah
Dua
pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama
mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul
10.30 malam semalam.
Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.
Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.
Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan
keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Menurut bapa Mohd Aiman Amzar, Jamsari Ismail, 37, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman Bersatu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Kami semua pergi ke surau. Mungkin pada masa itu anak saya dan beberapa rakannya main mercun yang dibuat sendiri," kata Jamsari kepada pemberita semasa ditemui di HSB hari ini.
Menurutnya dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 malam setelah dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun.
"Saya terus balik ke rumah dan melihat muka dan tangan Mohd Aiman Amzar melecur tetapi tidak berdarah lalu bawa dia ke Hospital Baling kira-kira pukul 11 malam dan kemudiannya hantar ke HSB untuk dirawat di Unit Rawatan Kebakaran," kata Jamsari.

Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk'.
Akta Hasutan 1948 menjadi isu
hangat dan polimik yang besar buka sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di
tepi-tepi jalan dan warong-warong dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang
berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan
Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.
Ini merupakan satu usaha dan
perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana
terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa.
Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah
Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.
Akta ini sudah berusia dan ia
telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana
kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang
menggunakan isu ini dengan begitu ‘expedient’ sekali dan ia berabit dengan
kehendak politik pihak tertentu.
Dulunya Akta ini tidak mudah
untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu akta
yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya.
Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangkan dimana-mana
kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan
oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.
Akta ini adalah Akta yang sangat
tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang
dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka
ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu
lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk
memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen
luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu.
Ada pandangan dan perbidalan Inggeris, ‘just
as an idle mind is an evil’s workshop, a weak character and a coward is a
devil’s playing field’. Kelemahan ‘character’ kebanyakan kepimpinan UMNO pada
hari inilah yang menyebabkan pimpinan menjadi penakut dan sentiasa bersedia
untuk memenuhi tekanan pihak yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan
rakyat.
Bagi setengah pendapat Akta ini
amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan berlaku
kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa sahaja boleh
bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan kerana
politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam kekecuhan. Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya
di dalam hidup ini.
Haiwan yang tidak dikawal oleh
undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja pun tidak mempunyai kebebsan
sebenar. Harimau yang garang tidak bebas untuk keluar dari hutan dengan bebas
kerana ia merbahayan dirinya sendiri. Harimau yang tidak berfikiran itu pun
takut untuk keluar kejalanraya kerana ia akan memudaratkan kehidupannya sendiri
apabila dijumpai oleh manusia yang mempunyai cara dan keadah canggih bagi
membunuhnya.
Najib mahu memenuhi kehendak
semua pihak kerana beliau ‘desperate’ untuk mendapatkan mandat rakyat dalam
pilihanraya yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran beliau
tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan menjanjikan
pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana rakyat tetap tidak memberikan
sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang lepas.
Bagi saya Najib sepatutnya tegas
dengan Akta yang begitu penting dan telah digunakan pakai sejak sebelum merdeka
lagi. Kalau pun ia dipinda biarlah ia dipinda oleh pembangkang jika mereka
berjaya mengambil alih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. BN sepatutnya tegas
mempertahankan Akta yang BN lindungi selama ini.
Sekarang nampaknya Zahid Hamidi
begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini. Jika Zahid benar-benar komited
untuk mempertahankan Akta ini beliau seharusnya bersedia untuk menjadi korban
semata-mata kerana menegaskan pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini.
Secara peribadi saya mengenali
Zahid ini dengan sejak 32 tahun yang lepas dan saya mempunyai keraguan terhadap
beliau samada beliau benar-benar tegas mempertahankan Akta ini dengan
‘conviction’ nya yang tinggi. Saya tidak mahu beliau nampak garang semata-mata
untuk mendapatkan penyatuan sokongan perwakilan UMNO dalam pemilihan parti
tidak lama lagi.
Saya berharap Zahid terus tegas
dan jangan tunduk selepas pemilihan parti nanti. Zahid perlu melakukan ‘follow
through’ yang jelas sampai selesai dan berjaya mempertahankan Akta ini.
Jika Zahid akhirnya berundur
kerana desakan peribadi dan politik UMNO sahaja maka itu bukannya pemimpin
berwibawa. Itu adalah pemimpin ‘mati pucuk’ namanya. Zahid akan mendapat
sokongan ramai sebenarnya. Yang tidak menyokong hanyalah dari mereka yang
mempunyai ‘political affiliation’ yang menebal sahaja tanpa memikirkan
keselamatan negara dimasa depan.
Saya berharap Zahid tegas dalam
isu ini dan jangan tunduk kerana tekanan pihak yang berkepentingan kepartian
semata-mata. Saya berharap Zahid tidak lah seorang pemimpin ‘mati pucuk’
seperti yang saya sebut sebentar tadi.
Jadilah lah pemimpin yang
‘effective’ kepada negara walaupun mungkin tidak popular dalam jangka masa yang
pendek ini. Tetapi Akta ini amat perlu dikekalkan semata-mata untuk menjaga
kesetabilan negara untuk jangka masa yang panjang.
Hanya mungkin boleh dilakukan
ialah pindaan kepada Akta ini sahaja supaya ia tidak mudah digunakan secara
sewenang-wenangnya oleh pihak yang sedang berkuasa yang lemah sekarang. Mungkin
ada kecenderungan ia disalah gunakan oleh pimpinan yang lemah dan tumpuan perlu
dibuat terhadap isu penyalah gunaan oleh mereka yang lemah atau ‘mati pucuk’
tadi sahaja.
Isu ini benar-benar memberikan
dugaan besar kepada Zahid dan kita begitu teruja untuk menunggu kesudahan
kepada isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan