Posted on Wednesday, July 10 @ 18:38:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: benzaini
"Sikap beberapa buah negara Arab terhadap pemerintahan Dr Muhammad Mursi di Mesir mencurigakan. Kenapa mereka bersikap demikian? Sama2lah kita perhatikan tindak tanduk mereka selepas kejatuhan Muirsi, ketika kejatuhannya dan semasa pemerintahannya.
Berita terbaharu mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Imarat telah bersetuju memberi bantuan kpd Kerajaan Baru Mesir masing2 sebanyak 5 dan 3 bilion dolar.
Di mana mereka selama ini ketika Kerajaan Presiden Muhammad Mursi berhempas pulas unt mengatasi kegawatan ekonomi Mesir dan mendapat tekanan dlm perundingan dg Bank Dunia dan IMF? Ketika itu hanya Qatar yg bersedia membantu dg menyuntik pelaburan dan memberi bantuan kpd Mesir. Tetapi semua ini tidaklah menghairankan.
Surat Terbuka Untuk Menteri Belia Dan Sukan
Posted on Wednesday, July 10 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Ahmad Nazri Khamis
Buat YB, Menteri Belia dan Sukan
YB
beragama Islam dan kami beragama Islam, mahu atau tidak kita wajib
beriman dengan adanya hari akhirat serta untung jahat dan untung baik.
YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana
YB bertanggungjawab membentuk belia-belia ataupun anak-anak muda dalam
negara ini, acuan sekarang di tangan YB. Pada 21 Ogos 2013 dikatakan
Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka
di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu ini
iaitu hari keempat Ramadhan. Saya melihat YB merasa teruja dan gembira
apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB
“…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita
Singapura..” sangat bahaya bagi kami.
Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?. Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memalukan, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi muda?
Hari-hari
di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala
social dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah
sebesar-besar jenayah, isu itu berlaku di Malaysia bukan Singapura
tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang
berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB.
YB,
Saya
mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band membantah sekeras-kerasnya
keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di
negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini
akan lebih parah.
Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak.
Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak.
Semoga Allah beri hidayah kepada YB.
Terima kasih YB
Ahmad Nazri KhamisPenyanyi ABC BandBatu Pahat, Johor 9 Julai 2013
Ramadan: Arab Saudi halau ekspatriat makan, minum terbuka
Posted on Wednesday, July 10 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh AFP
RIYADH 10 Julai - Kerajaan Arab Saudi semalam menegaskan akan menghalau mana-mana ekspatriat bukan Islam yang didapati makan, minum atau merokok di tempat awam sepanjang bulan Ramadan.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pekerja asing yang ditangkap berbuat demikian secara terbuka akan dikenakan hukuman setimpal termasuk pembatalan kontrak kerja serta diusir dari negara ini.
"Ekspatriat bukan Islam perlu menghormati kesucian bulan Ramadan dan menjaga perasaan orang Islam yang berpuasa.
“Setiap syarikat atau perniagaan individu perlu memaklumkan peraturan baharu itu kepada pekerja masing-masing," jelas kenyataan itu. - AFP
Mesir Kini: Cukupkah peluru anda...wahai cucu cicit Firaun?
Posted on Wednesday, July 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: tokpepijat
"
29 Syaaban
Kesejukan Subuh
peluru memamah dan menghambur 80 syuhada
tika sujud solat
01 Ramadhan
keberkatan Tarawih
Satu juta......1,00000
sedia rukuk,sujud dan berqunut nazilah
Masihkah dahaga darah anak bangsamu?
Ayuh! Wahai pewaris darah Firaun,Hamam....muntahkan peluru kamu
ke arah pewaris perjuangan
Musa dan Harun
Hebatnya pewaris darah Firaun......
kejam membunuh bangsanya sendiri
sedang sujud solat
di kala Zionis amat santun terhadap
rakyatnya di synagogue
Wahai pewaris Firaun,Hamam dan Qarun !
banjirkan maidan Tahrir, Rabaah dan seluruh Mesir
dengan darah sejuta rakyatmu
moga menyamai
Mongol di Tigris dan Furat!!
Dan berhentilah apabila pelurumu kehabisan.......
tapi ingatlah....
nadi pewaris perjuangan
Musa dan Harun
tetap berdenyut
selama mana Sungai Nil mengalir..........
MESIR KINI : Cukupkah peluru anda...wahai cucu cicit Firaun? "
Mesir dan Pemerintahan Tentera
Posted on Wednesday, July 10 @ 18:36:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: benzaini
"Kajatuhan kerajaan pimpinan Dr Muhammad Mursi di Mesir baru2 ini telah dilihat dengan pelbagai tanggapan. Sebahagian orang melihatnya sebagai satu rampasan kuasa oleh tentera. Sebahagian lain pula memandangnya sebagai satu "pembetulan" kpd satu revolusi yg telah pincang. Mari sejenak kita merenungkan hubungan tentera dengan Mesir.
Melihat sejarah Mesir, kita akan dapati Mesir tidak pernah diperintah oleh seorang Ketua Negara yg dipilih rakyat kecuali dg pemilihan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden pada Jun 2012.
Sejak dri zaman Firaun boleh dikatakan Mesir diperintah oleh tentera atau dengan kekuatan tentera. Firaun dri pelbagai keluarga semuanya adalah ketua tentera dan sekali gus menjadi raja dan mengaku sebagai tuhan. Buat seketika Mesir diperintah oleh Alexander teh Great dan panglima2nya yg juga merupakan tentera.
Kemudian Mesir diperintah pula oleh Empayer Roman dg Julius Cezar, Mark Antony dan panglima2 tentera sebagai governor. Begitu juga apabila Empayer Byzantium mengambil alih dan Empayerarsi Sasan memerintah sekejap. Apabila Mesir jatuh kepada Islam, panglima tentera jugalah yg memerintah di Mesir sebagai governor.
Yg pertama ialah 'Amr b. al-'As diikuti oleh governor2 lain yg semuannya merupakan panglima2 tentera. Ada governor2 yg menubuhkan dinasti mereka dg malntik anak2 mereka menjadi pemerintah seperti Dinasti Ayyubiah yg di asaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi, seorang Panglima Tentera yg terkenal dlm penentangan terhadap golongan Salib.
Sebelumnya Dinasti Fatimi yyah telah berkuasa di Mesir diasaskan oleh kumpulah Shi'ah Isma'iliyyah dg kekuatan tentera. Selepas Dinasti Ayyubiah, Mesir diperintah oleh panglima2 tenteranya terdiri drpd hamba2 Turki yg dikenali sebagai Mamluk / Mamalik.
Apabila Dawlah 'Uthmaniyyah menguasai Mesir, governor2nya juga keseluruhannya terdiri drpd panglima2 tentera. Akhirnya apabila seorang panglima tentera 'Uthmaniyyah berasal dri Albania, Muhammad 'Ali, menjadi governor, beliau telah menubuhkan dinastinya sendiri yg berakhir dg Raja Faruk yg digulingkan dlm Revolusi Tentera yg diketuai oleh Jamal 'Abd al-Nasir pada tahun 1952. Sejak itu, Mesir telah diperintah oleh tentera silih berganti sehinggalah kejatuhan Husni Mubarak.
Di bawah pemerintahan golongan tentara yg terakhir ini "pilihanraya" ada dobuat. Tetapi tidak ada seorang pun Presiden2 era ini yg dipilih oleh rakyat ketika mereka mula menjadi Presiden. Anwar al-Sadat mengganti Nasir kerana kebetulan dia dilantik sebagai Naib Presiden dan memegang jawatan tersenut ketika Nasir meninggal dunia.
Begitu juga Mubarak. Dia menyandang jawatan Naib Presiden yg dilantik oleh Sadat ketika Sadat ditembak mati pada 1981. Selepas menjadi Presiden mereka mengadakan "pilihanraya", dg segala sekatan dan penipuan yg dilakukan. Keputusannya sentaiasa lebih dri 99%. Itulah realitinya politik Mesir sehingga pemilihan Mursi dlm pilihanraya yg bebas. Tetapi usia keperesidenan Mursi tidak lama.
Beliau cuba mengurung "jin" tentera Mesir dlm botol. Golongan2 sekularis- sosialis-liberalis telah menggunakan pelbagai cara dan tektik melalui "demokrasi jalanan" utk menjatuhkan Mursi. Dalam proses tersebut, mereka telah memecahkan botol " jin tentera" yg cuba dikurung Mursi dan " melepas"kannya. Kini Mesir sekali lagi kembali dikuasai oleh tentera. Walaupun pilihanraya diadakan dan presiden awam "terpilih", dibelakangnya tenteralah yg berkuasa. WA."
Mesir: Tidak ganjak, jutaan terawih di Dataran Raba'ah
Posted on Wednesday, July 10 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh Harakahdaily
(Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi)
MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.
Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.
Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.
Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.
Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.
Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi dikembalikan ke jawatannya semula.
Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.
Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.
Berikut antara pemandangan terwaih di Dataran Raba'ah malam tadi.
Gadis ini berbogel bantah syariah Islam di Mesir
Posted on Saturday, December 22 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: detikislam
"ALIAA Magda Elmahdy, 22 buat heboh dengan berbogel lagi selepas membuat kerja laknat dengan berbogel di internet tahun lalu. Semakin hampir referendum perlembagaan Mesir yang sedianya dilaksanakan Sabtu (22/12/2012) hari ini, dia nekad melakukan protes dengan tanpa mengenakan apa-apa untuk menutup tubuhnya.
Dia sepenuhnya telanjang dan dia menulis slogan-slogan menolak syariah di tubuhnya, seperti "Kiamat Itu Adalah Mursi", "Tak Ada Agama", "Agama Itu Perhambaan", dan lain-lain lagi.
Magda
Elmahdy melakukannya di Kedutaan Besar Kaherah di Stockholm, Sweden
pada hari Khamis (20/12/2012). Padahal ketika itu, suhu di Stockholm
sedang berada di bawah darjah sifar.
laknatkan lah ke atas mereka yang menentang kewujudan khilafah di Mesir dan Syria
Aliaa
Magda Elmahdy 22, difoto sepenuhnya telanjang dan memegang bendera
Mesir di luar kedutaan negaranya di Stockholm pada hari Khamis walaupun
suhu di bawah sifar di ibu negara Sweden.
Magda
Elmahdy sendiri tidak bersendirian. Dia ditemani oleh dua orang
perempuan ahli organisasi feninis Sweden, Femen. Femen sendiri sudah
dikenali sebagai aktivis perempuan telanjang dada dan penggunaan seks
sebagai citra rasa mereka, demikian menurut Gulf News.
Jelas sekali, semua slogan yang dibawa oleh Magda Elmahdu menyerang Presiden Mesir Muhammad Mursi dan Islam.
Ini
sebenarnya bukan pertama kali Elmahdy berbogel. Mahasiswi di American
University of Cairo ini sebelumnya pada bulan Oktober 2011 mencatat
gambar bogel dirinya di blognya untuk memprotes kebebasan bersuara di
Mesir.
Sebaik sahaja Mursi digulingkan oleh tentera dan sebelum lagi Presiden Sementara, Adli Mansur, mengankat sumpah, Raja Arab Saudi telah mengutuskan ucapan tahniah kpd beliau.
Menteri Luar Imarat pula teus terang menyatakan kegembiraan yg tidak terhingga dg kejatuhan Presiden Mursi. Inilah wajah2 kepimpinan kononnya negara Islam yg tidak tahu malu. Mereka sebenarnya bimbang dg kemunculan sebuah pemerintahan berlandaskan Islam yg sederhana melalui proses demokrasi yg berlawanan sama sekali dg sistem pemerintahan mereka yg beraja mutlak dan kolot.
Mereka bimbang kalau2 rakyat mereka akan terpengaruh dg angin peruahan yg melnda Mesir dan negara2 Afrika Utara dan bangkit menuntut perubahan yg sama dilakukan di negara2 mereka. Terdapat berita2 yg mengatakan bahawa negara2 Teluk membiayai tunjuk2 perasaan menentang Mursi di Mesir dg menyalurkan bantuan kewangan berjuta ringgit kpd puak2 liberal-sekular dan apa sahaja yg memusuhi Mursi dan pemerintahannya.
Tidaklah mustahil bahawa penunjuk2 perasaan yg menyertai gerakan "Tamarrud", "Jabhat al-Inqaz" dan seumpamanya adalah dibayar utk betkumpul beramai2 di Midan al-Tahir. Melihat kpd bantuan yg disalurkan negara2 tersebut kpd Kerajaan Sementara Mesir dokongan Tentera serta sikap negara2 itu menyambut kejatuhan Mursi, berita2 bahawa negara2 berkenaan berperanan disebalik peristewa yg memalukan itu ternyata ada kebenarannya. WA."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan