Berita Isu Semasa
Kemelut dalaman Pimpinan Tentera mengembalikan Mursi
Posted on Wednesday, July 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh PeribadiR
Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan. Pengkaji politik Dr El-Gawady menegaskan bahawa ada kemungkinan kuasa presiden Dr Mursi yang dipilih rakyat akan dapat dikembalikan dengan syarat penyokongnya dapat bertahan dalam perhimpunan di medan-medan utama.
Menurut kenyataan beliau kepada AlJazeera.net, sejarah membuktikan perpecahan dalaman tentera seperti yang pernah berlaku di Venezuela akhirnya membolehkan pengembalian kuasa kepada presiden yang dipilih rakyat. Beliau juga menyifatkan bahawa terdapat perpecahan dalaman tentera melihat kepada beberapa kenyataan tentera.
Beliau menjangkakan tentera akan berundur sekiranya penunjuk perasaan pro-Mursi dapat terus bertahan.
Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini
https://www.facebook.com/MesirKini

Muslim Eropah Berpuasa 20 Jam Sehari
Posted on Wednesday, July 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh SatuUmat
Bagi Muslim yang tinggal di negara-negara Eropah dan lebih dekat ke Lingkaran Kutub Utara, Ramadhan menjadi lebih mencabar setiap tahunnya. Tahun ini, mereka terpaksa menjalankan ibadah puasa Ramadhan selama lebih dari 20 jam, sementara Muslim di Indonesia hanya berpuasa Ramadhan selama sekitar 13 jam setiap harinya.
Tahun ini, di negara-negara Eropah seperti Sweden, Finland, dan Norway, matahari terbenam hampir tiga jam lebih lama dari biasanya. Hal ini membuat Muslim di Eropah lebih banyak bertemu siang. Itu berarti, umat Islam di sana harus berpuasa selama lebih dari 20 jam, setelah mereka memiliki waktu hanya beberapa jam saja untuk makan, minum dan mempersiapkan diri untuk menghadapi hari berpuasa yang panjang, siar Euro News pada isnin (8/7/2013).

Tazkirah Boleh Rosakkan Solat ? Ajaran Sesat Yang Dipengaruhi Oleh Iblis
Posted on Wednesday, July 10 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh W.FauzudinNS
MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."
Solat boleh rosak dengan tazkirah? Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat? Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah? Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah. Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati. Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?
Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi. Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali. Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh? Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa? Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.
Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan? Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan? Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.
Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya. Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini? Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga? Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?
Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini. Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh. Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula. Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini? Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu? Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan. Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti? Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?
Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan. Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati. Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.
........
http://wfauzdin.blogspot.com

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib
mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak
sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian
seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan
sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta
telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang
mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan
muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari
guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang
oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
Hadis Kedua Puluh Satu
21- عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ
وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ
أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)
21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan:
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Huraiannya:
1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas.
Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.
Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan
tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan
kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).

Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan, perindustrian, pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan masa, asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.

(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).
Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:
Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.
Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi manfaat yang
disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan
dijauhi oleh Allah Taala daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang
membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmu sihir, ilmu nujum (Astrologi) dan sebagainya.
Hadis Kedua Puluh Dua
22- عَنِ
ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا
الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ
النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ
الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا
يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا. (الدارمي والدارقطني)
22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:
(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.
Huraiannya:
(1) Perintah belajar dan mengajar:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an.

Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya."
(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:
Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang, sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.
Hadis Kedua Puluh Tiga
23- عَنْ
أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ
مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk
memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada
pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu
dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang
binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Hadis Kedua Puluh Empat
24- عَنْ
مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ
فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ
هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ
خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. (البخاري ومسلم)
24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.
(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankan kebenaran.
Huraiannya:
(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:
Di
antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah
ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana
ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:
Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.
Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.
Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani dan rohaninya.
(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:
Sebagaimana
yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan
tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan
menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Rasulullah
s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang
diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya dengan tidak
mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya
tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampai dan
dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah
berlainan. Demikian pula halnya alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.
Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.
(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. tetap terus menjalankan kebenaran.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita
gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama yang
diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta
kebahagiaan dunia dan akhirat - tetap terpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata pada masa akhir-akhir ini.
Agama
Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari
umatnya dengan tidak tercacat bawaan mereka oleh sebarang angkara dari
pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah" pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.
Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya dengan sempurna.
Hadis Kedua Puluh Lima
25- عَنْ
أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى
وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ
مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ
الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ
اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ
مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً
وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ
وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ
لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي
أُرْسِلْتُ بِهِ. (البخاري ومسلم)
25 - Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta
mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula
sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah
tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang
yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak
mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya."
(Bukhari, Muslim dan Nas'ie)
Hadis yang kedua puluh lima ini menerangkan:
Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknya.
Huraiannya:
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya. Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud:

Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah
ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila
ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada
makhluk-makhluk yang hidup. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya serta ia menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati.
Ada pula sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung airnya dan memeliharanya dari meresap hilang dan dengan itu dapat digunakan oleh makhluk-makhluk yang lain, tetapi tanah itu sendiri tidak mendapat manfaat daripadanya dan tidak menumbuhkan tanaman; ia hanya dapat menumpang air untuk faedah makhluk-makhluk yang memerlukannya. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu pengetahuan dan menghafaznya dan dapat pula mengajarkannya kepada orang lain, tetapi ia sendiri tidak mendapat faedah beramal dengannya. Manusia yang hatinya demikian kalau ia telah berbuat baik dari segi menghafaz dan menyampaikannya kepada orang lain, tetapi ia telah melakukan perkara yang buruk, kerana ia tidak beramal dengannya, sedang tujuan beroleh ilmu ialah untuk beramal menurutnya.
Di antaranya ada pula bumi yang tanahnya tidak beroleh faedah dari air dan tidak dapat menahannya serta tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman.
Demikianlah pula hati manusia ada di antaranya yang tidak dapat
menerima ilmu pengetahuan dan dengan itu tidak dapat beramal dengannya.
Hati manusia yang demikian keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan
seburuk-buruknya, kerana ia tidak mempunyai bahagian langsung dalam kebaikan, sama ada ilmu pengetahuan atau amal perbuatan, bahkan ia seperti haiwan, bahkan haiwan pun lebih baik lagi, kerana haiwan itu tidak akan mendapat balasan seperti yang akan didapati oleh manusia yang demikian keadaannya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.
Hadis Kedua Puluh Enam
26- عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا
نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ
يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا
وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي
عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ
اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي
بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ
بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ
الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ
عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. (مسلم وأبو داود والترمذي)
26 - Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat,
juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah
Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa
yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan
dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh enam ini menerangkan tentang:
(1) Galakan memberi pertolongan.
(2) Balasan usaha menuntut Ilmu.
(3) Rahmat dan pujian Tuhan didapati oleh orang-orang yang berhimpun membaca dan mengulangkaji kitab Allah.
(4) Amalan seseorang sahajalah yang menentukan maju mundnrnya.
Huraiannya:
(1) - Galakan memberi pertolongan.
Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.
Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula jadi umat manusia.
Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan perbuatannya yang baik itu
- bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah
bahagianya orang yang mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari
yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang pertolongan?
Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah:
Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini.
Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya.
Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam menolongnya.
Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya.
Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan mazhab yang biasa diamalkannya.
Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam.
Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya Allah akan mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri.
Sayugia disebut, manusia itu dua jenis:
(a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya.
(b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka orang yang demikan keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat:
Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala.
Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu.
Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat.
Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang yang semestinya bersifat adil dan amanah.
Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya.
(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:
Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya ke Syurga.
(3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya:
Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya.
Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran rahmat Allah `Aza wa Jalla.
Empat kelebihan yang
diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan
mentadarusnya itu diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam
majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah), sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim.
Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w. atau mempelajari ilmu agama.
Kelebihan
berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis
Bukhari dan Muslim yang ringkasan maksudnya seperti berikut:
Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka berjumpa kumpulan ahli zikir
itu mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan
itu serta menaunginya dengan sayap mereka berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa
pertanyaan, maka Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya:
"Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".
(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya,
kerana Tuhan telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap
seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa yang mereka
telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mengingatkan kaum kerabatnya bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa, dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu.
Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada hal Rasulullah
s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang
dikasihi, maka betapalah pula orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak menyanggup memberi pertolongan, pada "hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu tertentu bagi Allah! "
Tuhan Maha Mengetahui apa yang ada di dalam diri kita
Posted on Wednesday, July 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Aspan Alias
Sesebuah negara itu memerlukan perubahan setiap waktu kerana dunia ini berubah setiap waktu. Tidak mungkin keadaan sesebuah negara itu statik tanpa berlaku perubahan. Kenapa dan mengapa ia sentiasa melalui perubahan itu merupakan soalan yang susah untuk mendapat jawapan melainkan seseorang itu mampu untuk belajar terus-terusan dan menjadikan alam ini sebagai guru.

Negara kita sendiri melalui proses perubahan ini dan ia tidak terlepas
dari perubahan yang datang secara ‘natural’ itu. Dunia ini sendiri
berubah mengikut masa dan waktunya. Rupa bentuk bumi ini pun berubah
selepas berlakunya evolusi ‘ice age’ dahulu. Perubahan itu telah merubah
bentuk dunia ini dan perubahan fisikal itu juga telah juga membawa
perubahan kepada persempadanan sesebuah negara dan membentuk benua-benua
yang berbeza keadaan dan juga membina perbezaan bangsa dan budaya nilai
manusia yang berbagai-bagai.
Secara ‘natural’ bumi ini lebih bijak melakukan perubahannya, malahan
bumi ini lebih bijak dibandingkan dengan pemikiran keseluruhan manusia
jika dicampurkan semua sekali. Bumi ini sendiri adalah objek yang hidup
dan ia juga melalui proses perubahan walaupun secara evolusi. Negara
kita sebagai satu unit yang sangat kecil jika dibandingkan dengan dunia
dan alam ini pun turut berubah. Semua makhluk itu berubah kerana
makhluk itu adalah elemen yang hidup.
Gunung-ganang itu hidup dan pokok-pokok dan rimbunan itu hidup.
Tumbuh-tumbuhan itu hidup dan ia memerlukan makanan dan minuman serta
makanan. Pendeknya apa sahaja yang dijadikan Tuhan itu hidup termasuk
batu-batu yang pejal dan gunung-ganang yang tinggi dan lautan yang luas
itu.
Satu perkara yang asas ialah, setiap makhluk itu perlu diurus oleh
manusia dengan baik. Manusia diamanahkan untuk menguruskan dunia ini
kerana manusia diberikan kelebihan dari makhluk yang lain kerana
diberikan akal fikiran oleh Tuhan Maha Pencipta alam ini. Manusia ini
adalah secantik-cantik kejadian Tuhan maka manusialah yang berwajib
untuk menjaga kerahsiaan Tuhan itu. Manusia itulah yang berwajib untuk
menunjukkan kehebatan Tuhan dan kebenaranNya itu.
Segala perlakuan manusia itu melambangkan tahap tauhid seseorang itu
terhadap Tuhannya itu. Bagi mereka yang tauhidnya terhadap Tuhan itu
tinggi maka seseorang itu akan menunjukkan tauladan yang baik dan
diterima moralnya oleh umat manusia atau masyarakat sekelilingnya atau
rakyat negaranya. Manusia yamg menanggung kerahsiaan Tuhan itu tidak
akan menunjukkan sikap buruk kerana perlakuan itu seolah-olah digerakkan
Tuhan.
Keburukan itu boleh dilihat dari cara bercakap, adab atau sopan
seseorang itu serta kerja rasuah dan tidak mengutamakan kepentingan
nilai, moral dan agama seseorang itu. Itu sebabnya manusia itu ditadbir
oleh elemen pahala dan dosa kerana manusia itu mempunyai roh yang
mengendalikan kehidupan seseorang insan itu. Roh merupakan penerima
bahagia atau celaka didunia lebih-lebih lagi diakhirat. Bahagia atau
celaka itu bergantung kepada niat dan perlakuan seseorang itu dalam
kehidupannya.
Justeru ia berkaitan juga dengan politik dan siasah seseorang manusia
itu. Samada seseorang itu benar-benar seorang yang baik serta sentiasa
mengtauhidkan kehendak Allah, maka ia tidak akan melakukan kerja buruk
dan bercakap dengan nada yang buruk serta lucah dan biadap.
Jika kefahaman dapat disebatikan dengan kehidupan kita maka semua
bidang kehidupan kita tidak akan ada pancaroba yang banyak termasuk
bidang politik disetiap peringkat negara. Itu sebabnya dalam politik
banyak pihak yang tidak sependapat, dan ketidak-sependapatan ini adalah
perbezaan nilai dan tahap kebersihan diantara seorang dengan seorang
pemimpin itu.
Kita mendengar ada pihak yang tidak berpuas hati kenapa mereka gagal
dalam pilihanraya sedangkan sokongan rakyat begitu kuat tetapi masih
tidak mendapat kerusi yang mencukupi untuk mentadbir negara. Justeru
terus sahaja menyalahkan pihak lain kerana kegagalan itu untuk menutupi
kelemahan sendiri dalam menghadapi rakyat jelata.
Tidak kurang yang lupa untuk menerima hakikat yang niat dan kemahuan
kita adalah diantara perkara yang penting untuk penentuan kejayaan
perjuangan kita itu. Tetapi hakikat ini jarang-jarang diterima oleh
ramai yang niat buruk atau salah niat itu hanya diketahui oleh Tuhan
Maha Kuasa sahaja.
Ramai yang lupa untuk memohon keredhaan Tuhan itu kerana masing-masing
merasakan yang kekuatan luaran yang ada itu sudah cukup untuk memenuhi
kehendak kita dan tidak sedar bahawa Tuhan lebih mengetahui segala-gala
yang ada dalam sanubari setiap manusia itu.
Itu sebabnya apa yang diberikan Tuhan itu adalah yang terbaik bagi
seseorang itu walaupun kehendak seseorang itu berlainan dari apa yang
diberikan Tuhan kepada mereka. Yang penting bagi manusia ialah berusaha
mengikut landasan syariat Tuhan serta hukum hakam negara, selebihnya
adalah hak Tuhan untuk menentukannya.
Kita baru sahaja selesai menghadapi piihanraya dan kemenangan masih
kepada BN walaupun dalam jumlah majoriti yang menipis. Berbagai-bagai
postmortem dilakukan. Diantara penyebabnya ialah kerana penipuan dipihak
BN yang besar dan kerana perpecahan dan tidak ada kekentalan dipihak PR
untuk bersatu dalam ertikata yang sebenarnya.
Tetapi tidak ada pula keputusan mana-mana postmortem yang menjuruskan
kepada niat dan matlamat pimpinan PR itu sendiri yang hanya diketahui
Tuhan yang Maha Mengetahui itu.
Tuhan Maha Mengetahui, maka apa-apa keputusannya tentulah dengan
kehendak Allah semata-mata. Mana mungkin keputusan pilihanraya itu tidak
kena-mengena dengan keputusan dengan ketentuan Tuhan?
Mana mungkin Tuhan tidak tahu bagaimana sebuah pertubuhan politik yang
melaungkan perjuangan untuk semua kaum, tetapi akhirnnya hanya berjuang
untuk kaumnya sahaja?
Mana mungkin Tuhan tidak tahu nilai sebenar pemimpin yang berjuang
untuk melakukan perubahan itu? Mungkin rakyat tidak mengetahuinya tetapi
Tuhan tetap Maha Mengetahui dan apa-apa yang ditentukan itu adalah
terbaik bagi semua pihak kerana itu adalah ketentuan Tuhan Maha Pencipta
dan Maha Adil itu.
Pendeknya apa yang ada didalam segumpal daging yang ada di dalam tubuh
kita itulah yang menentukan samada niat yang kita zahirkan itu selari
dengan apa yang ada didalamnya itu. Selagi ia tidak selari selagi itulah
matlamat kita tidak akan tercapai.
.......
http://aspanaliasnet.blogspot.com
.......
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Perkasa ugut tolak BN?
Posted on Wednesday, July 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohd Farhan Darwis
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit"
"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.
"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.
Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.
"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.
Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.
"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.
"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.
Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.
"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya." - TMI.

Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan
Posted on Wednesday, July 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh K. SUTHAKARGEORGE TOWN: Atlet wanita dari Pulau Pinang mungkin tidak akan dibenarkan mengambil bahagian pada Sukan Malaysia (Sukma) pada masa hadapan sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan bebas harus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku ketika temasya sukan itu.
"Ini untuk memastikan insiden memalukan itu tidak berulang lagi atau Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanitanya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Lim berkata, kerajaan negeri mahu satu jaminan keselamatan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan tindakan yang akan diambil ke atas mereka cuai dalam menitikberatkan aspek keselamatan di Universiti Putra Malaysia.
"Jika Khairy gagal memberikan jaminan sedemikian, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanita pada sukan tersebut," katanya.
Lim berkata terdapat beberapa aduan mengenai aspek keselamatan yang longgar di tempat penginapan atlet wanita walaupun pegawai kementerian dan penganjur Sukma memberi jaminan aspek keselamatan amat dititikberatkan.
"Jelas sekali aspek keselamatan diabaikan dan oleh itu insiden rogol yang memalukan itu boleh berlaku. Jenayah seperti itu bukan saja menjejaskan imej Sukan Sukma tetapi reputasi sukan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.
Menara Umno Pulau Pinang - Menimbulkan Banyak Tanda Tanya
Posted on Wednesday, July 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Kuda Ranggi
Setelah lama berehat, saya kembali menulis dan topik pertama yang menjadi pilihan ialah isu pemilikan Menara UMNO Pulau Pinang.
Banyak orang termasuk media memperkatakan mengenai tragedi yang menimpa dua orang akibat runtuhnya penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO di Jalan Macalister, George Town. Akibat tragedi itu, ramai yang terperanjat mengetahui bahawa Menara UMNO bukan milik UMNO dan parti itu hanya menyewa dua lantai atau tingkat di menara 21 tingkat itu.
Bagi saya, bangunan UMNO asal meninggal banyak kenangan dan pengalaman terutama berkaitan sukan badminton. Di dalam Dewan UMNOlah terdapat satu-satunya gelanggang tertutup badminton milik Melayu yang menjadi "tuan rumah" bukan sahaja kepada Persatuan Badminton Melayu tetapi beberapa pasukan badminton untuk berlatih dan menganjur kejohanan.
Di situ juga terdapat sebuah kedai "borong" milik Pernas Edar yang bertujuan membantu peniaga atau peruncit Melayu mendapat bekalan selain menempatkan dewan mesyuarat dan pejabat UMNO. Kali terakhir saya bermain badminton di Dewan UMNO sekitar tahun 60-an apabila menyertai kejohanan anjuran Persatuan Badminton Melayu (kategori bawah umur 18 tahun).
Bangunan asal telah diroboh dan digantikan dengan Menara UMNO. Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa pemilikan Menara UMNO bukan milik parti itu sedangkan bangunan asal yang dikenali sebagai Rumah UMNO atau Dewan UMNO adalah milik parti Melayu itu 100 peratus. Apa yang berlaku sehingga parti itu "hilang" pemilikan ke atas Menara UMNO?
Sesungguhnya berita mengenai bencana itu menimbulkan pertanyaan mengenai bangunan setinggi 21 tingkat itu.
Apa kaitan antara JKP Sdn Bhd dan UMNO? Ini yang menjadi tanda tanya.

Siapa sebenarnya pemilik bangunan yang dibina atas tanah wakaf yang
diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang selaku
pentadbir. Apa hubungan antara pemilik bangunan dengan tanah wakaf dan
sama ada pembinaan bangunan itu mengikut syarat dan hukum-hakam yang
berkaitan dengan harta wakaf umat Islam.
Pewakif yang mewakafkan tanah seluas setengah ekar itu tentu mempunyai
niat tertentu apabila mewakafkan tanahnya itu. Pusara atau kubur
pewakif dan beberapa kubur lain yang dipercayai keluarganya, masih
terdapat di situ.
Apa peranan atau tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
apabila membenarkan pembinan di atas tanah wakaf itu? Persoalan ini pun
memerlukan jawaban.
UMNO
Perhubungan Negeri Pulau Pinang pula mesti memberi penjelasan kenapa
bangunan asal milik parti itu diroboh dan digantikan dengan bangunan
21 tingkat yang akhirnya tidak menjadi milik UMNO.
Setahu saya, bangunan asal UMNO itu dibangunkan hasil kutipan derma dan
usaha sebuah jawatankuasa UMNO Bahagian Pulau Pinang. Jawatankuasa
Pungutan Derma untuk membina Rumah UMNO dipengerusikan oleh Kapten (VF)
Mohamed Noor dengan Tan Sri Syed Abbas Alhabshee selaku setiausaha dan
Tan Sri Ismail Hashim selaku bendahari (kemudian diganti oleh Osman
Ismail). Jawatankuasa itu ditubuhkan tidak lama selepas Merdeka.
Antara usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa itu ialah penjualan tiket
cabutan bertuah khusus untuk mengumpul dana selain menyertai
penganjuran "pesta" di "New World Park" yang mirip Pesta Pulau Pinang
sekarang. Penjualan tiket berkenaan mendapat sambutan ekoran daripada
tarikan hadiah utamanya, iaitu sebuah kereta Austin A-40 selain hadiah
motosikal dan barangan kemas.
Pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa berkenaan tidak kenal penat dan
lelah untuk turun padang dengan mengunjungi setiap cawangan di bahagian
Pulau Pinang untuk menjual tiket cabutan bertuah. Begitulah usaha
mereka untuk mendapat dana bagi membina bangunan UMNO.
Jawatankuasa itu berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM38,000.00
dan wang itulah yang dijadikan modal membina bangunan UMNO di Jalan
Macalister. Bangunan itu adalah milik UMNO sepenuhnya.
Saya kurang pasti bagaimana UMNO Bahagian Pulau Pinang boleh mendirikan
bangunan di atas tanah wakaf seluas setengah ekar itu. Pihak Lembaga
Wakaf, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, yang turut menyewa ruang
pejabat di Menara UMNO, perlu memberi penjelasan mengenai perkara
ini.
Menara UMNO yang ada sekarang direka bentuk oleh firma arkitek TR
Hamzah and Yeang dan mula dibina pada tahun 1995 dan siap pada bulan
Mac 1998. Pemaju dan pemilik bangunan itu ialah South East Asia
Development Corporation Berhad. (Apakah TR Hamzah merujuk kepada
seorang tokoh veteran UMNO?)
Saya tidak tahu sama ada UMNO menjual bangunan asal kepada syarikat
berkenaan atau tidak kerana syarikat itu menjadi pemaju dan pemilik
Menara UMNO. Jika berlaku sebarang urusan jual-beli, sudah tentu ada
rekod dan buktinya. Mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) boleh menyiasat persoalan ini.
Pemilikan Menara UMNO kemudian berpindah milik kepada Amanah Capital Malaysia dan kemudian kepada JKP Sdn. Bhd.
Apa yang menarik perhatian saya ialah pengerusi JKP Sdn Bhd sebelum
Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah Datuk Zainal Abidin Osman, iaitu
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Zainal meletak
jawatan pada 15 April untuk bertanding selaku calon BN pada PRU-13
tetapi kalah, buat kali kedua selepas kalah pada PRU-12.
Apa kaitan antara JKP Sdn Bhd dan UMNO? Ini yang menjadi tanda tanya.
Tragedi Menara UMNO sebenarnya membuka mata mengenai beberapa persoalan
termasuk pemilikannya, apa terjadi kepada harta UMNO Bahagian Pulau
Pinang yang membina bangunan asal dan kedudukan tanah wakaf yang
diatasnya terdiri bangunan 21 tingkat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan