Jais ambil tindakan pihak hina Islam
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasangan kontroversi, Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, kerana memuat naik gambar sedang menikmati hidangan tidak halal dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.
Tegasnya, tindakan pasangan terbabit boleh disabit salah sama seperti penganjur program di Damansara Utama Methodist Church yang dipercayai cuba mengkristiankan umat Islam pada bulan puasa tidak lama dahulu.
"Jais berpendirian tidak sepatutnya perkara itu dibiarkan berlaku.
"Sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum, sepatutnya mereka menghormati keharmonian antara kaum dan agama yang dipupuk sejak 50 tahun lalu.
"Seperti isu-isu lain, kalau terbukti mereka menghina dan persendakan Islam, kita akan ambil tindakan seperti kes gereja tidak lama dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online selepas merasmikan Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas perbuatan tidak bertanggungjawab dua remaja terbabit yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh tersebut, Jumaat lalu.
Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal.
Dalam pada itu, Marzuki menegaskan sepatutnya bulan puasa dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan.
Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.
"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi, dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore untuk memberi keterangan hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.
"Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok (hari ini)," katanya.
Sementara itu, Marzuki turut menegaskan, sepatutnya bulan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan.
Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.
"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya.
PRK: Sewa rumah cecah RM8,000
Lebih mengejutkan lagi, sewa yang sebelum ini hanya pada kadar RM200 semalaman naik mendadak berkali ganda berikutan permintaan tinggi.
Malah kesempatan itu diambil sepenuhnya bagi pemilik yang memiliki rumah kosong untuk mengaut keuntungan.
Bagaimanapun, berikutan terdesak, rata-rata pihak terpaksa akur meskipun harga yang diletakkan tidak masuk akal kerana begitu memerlukan tempat tinggal di sini.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar sini, mendapati bunting atau kain rentang yang menawarkan rumah atau bilik untuk disewa boleh dilihat di sepanjang laluan utama kawasan Kuala Besut bagi menarik perhatian sesiapa sahaja yang bercadang untuk mendapatkan kemudahan berkenaan.
Seorang petugas dari luar yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, pihaknya membuat tempahan rumah beberapa hari sebelum penamaan calon dengan harga RM8,000 untuk tempoh kurang dua minggu penginapan.
“Pada awalnya, saya agak terkejut dengan harga yang diletakkan pemilik rumah berkenaan, namun kerana tiada pilihan lain, kami terpaksa juga mengambilnya kerana rata-rata kadar harga rumah adalah sama disebabkan masing-masing ingin mengaut keuntungan.
“Malah lebih teruk, saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain, harga semakin tinggi sehari selepas penamaan calon,” katanya.
Menurutnya, meskipun kenaikan harga rumah yang mendadak itu turut menjadi salah satu isu panas dalam PRK Dun Kuala Besut, namun tiada pihak yang mengambil tindakan.
Harga rumah: Pemaju kaut untung besar
Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin mendakwa, terdapat sesetengah pemaju yang mengambil untung sehingga 50 peratus atau lebih daripada kos jualan rumah berkenaan.
Katanya, pemaju juga didakwa tidak akan mengurangkan untungnya walaupun kos bahan mentah atau nilai hartanah naik, sebaliknya ia dimasukkan ke dalam harga jualan rumah yang ditanggung pembeli.
“Saya mempunyai akses kepada syarikat pemaju. Ada pemaju yang jual rumah RM200,000, tapi kos pengeluaran (untuk rumah itu) tidak sampai pun RM100,000. Mereka (pemaju) tak jelaskan kos sebenar dan hanya mereka saja yang tahu.
“Permintaan terhadap rumah itu turut disokong dengan program galakan beli rumah seperti pinjaman perumahan yang mudah dengan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kadar premium rendah dan beli tanpa cengkeram,” katanya.
Selain itu, katanya, kemudahan infrastruktur juga tidak mempengaruhi harga rumah memandangkan permintaan terhadap kediaman adalah tinggi.
Amir berkata, pemaju berani berbuat demikian kerana tiada kawalan dan undang-undang khusus berhubung kadar keuntungan yang boleh dikaut pemaju perumahan.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan supaya merangka undang-undang khusus untuk mengawal keuntungan yang dikaut pemaju menerusi potongan cukai pendapatan syarikat lebih tinggi atau cara lain.
“Dengan undang-undang itu, mungkin akan ada satu badan kawal selia untuk mengawal harga rumah ini atau untung pemaju.
“Selain itu, untuk pembeli rumah pula, kerajaan boleh buat pendaftaran pembelian rumah bagi memberikan keutamaan kepada mereka yang masih belum mempunyai kediaman sendiri,” katanya.
Menurutnya, agak sukar untuk mengawal harga bahan mentah yang digunakan dalam pembinaan rumah memandangkan ia melibatkan harga pasaran yang mempunyai unsur bahan import, selain banyak komponen binaan digunakan.
“Walaupun binaan (rumah berasaskan) batu, marmar atau simen, ia tak menjamin harga (rumah) murah. Sukar kawal kos input (pengeluaran bahan mentah) sebab ada unsur import kerana bina rumah banyak gunakan tulang-tulang besi. Kita kekurangan bahan ini,” katanya.
Mengulas mengenai pembinaan rumah mampu milik, Amir menyifatkan, ia langkah yang baik untuk mengawal keuntungan pemaju.
Beliau berkata, ia juga mampu membantu orang ramai memiliki kediaman sendiri dengan harga berpatutan, selain memberi saingan kepada pemaju perumahan swasta.
“Bila kita wujudkan rumah mampu milik, secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah permintaan. Bila kita letak harga bagus, ia beri saingan kepada syarikat swasta lain untuk menurunkan harga rumah.
“Ia meningkatkan penawaran rumah mampu milik dan boleh mengelakkan monopoli. Kalau pemaju besar, mereka sanggup membiarkan rumahnya kosong selama bertahun-tahun (tak dijual), tapi pemaju kecil, kena jual cepat untuk pusingan modalnya,” katanya.
Harga ayam di tangan penjual?
Kenaikan harga ayam secara mendadak sehingga mencecah RM9 sekilogram sejak sebelum Ramadan dikatakan sangat melampau dan menganiayai pengguna.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar sekitar Alor Setar mendapati harga ayam bersih tidak setara antara seorang penjual dengan penjual yang lain dan masing-masing meletakkan harga jualan sendiri.
Situasi itu bagaimanapun dilihat mempunyai alasan tersendiri antara penjual, pemborong atau pembekal dan penternak ayam.
Harga rendah masih untung
Seorang peniaga ayam, Mohd Zahir Zainal Abidin, 59, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menjual ayam dengan harga RM7.20 sekilogram sedangkan ramai peniaga lain meletakkan harga yang lebih tinggi.
Menurutnya, harga ayam di pasaran ditentukan oleh peniaga sendiri walaupun sedikit sebanyak bergantung kepada harga yang ditentukan oleh pembekal.
“Dalam hal ini saya tidak salahkan pembekal yang menyebabkan harga ayam naik, tetapi peniaga sendiri yang mengambil kesempatan untuk mendapat untung lebih.
“Kita tengok peniaga ayam di negeri Kelantan, padahal mereka ambil ayam daripada pembekal di Perak dan Kedah, tetapi mengapa mereka boleh jual dengan harga lebih murah daripada peniaga di sini?,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Berpengalaman sejak 43 tahun lalu dalam perniagaan ayam, Mohd Zahir berkata, kenaikan harga ayam itu bergantung kepada peniaga sendiri dan bukanlah salah pembekal mahupun penternak semata-mata.
“Misalnya saya jual dengan harga RM7.20 sekilogram dan dengan harga itu masih mendapat untung walaupun dalam margin yang sedikit. Jadi, jika saya jual dalam jumlah yang banyak, maka untung akan banyak juga.
“Saya rasa itu lebih baik daripada jual dengan harga tinggi tetapi kurang pelanggan. Sebagai peniaga kita tidak mahu pelanggan rasa dianiaya,” katanya yang mengusahakan perniagaan Ed Ayam di Pasar Besar Alor Setar.
Jual ikut harga pasaran
Bagi seorang lagi peniaga, Zolkifli Che Ani, 48, berkata, dia menjual ayam mengikut harga pasaran semasa dan bergantung kepada harga daripada pembekal.
Menurutnya, jika harga daripada pembekal naik, maka dia terpaksa menjual dengan harga yang lebih tinggi.
“Masalah harga ayam naik ini bergantung kepada harga pasaran. Sebagai peniaga kita bukanlah mahu menaikkan harga sesuka hati.
“Kita juga tidak salahkan penternak kerana mereka juga menanggung kos yang semakin meningkat. Harga makanan ayam sekarang meningkat, malah mereka terpaksa menanggung makanan ayam yang diimport,” katanya ketika ditemui di Pasar Kg Berjaya, dekat sini.
Mengapa pasaraya boleh jual murah
Sementara itu, seorang pemborong ayam yang enggan namanya disiarkan berkata, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah wajar untuk menstabilkan harga ayam sehingga menjelang hari perayaan Aidilfitri, harganya akan
semakin meningkat.
Dia berkata, bekalan ayam dalam negara sebenarnya mencukupi bagi menampung keperluan di hari perayaan dan kerajaan perlu mengkaji sebaiknya langkah itu.
“Dalam keadaan kita sibuk harga ayam naik, tetapi mengapa harga ayam yang dijual di pasaraya-pasaraya besar boleh dijual dengan harga yang sangat rendah.
“Mereka boleh jual dengan harga RM6 hingga RM7, itu bermakna mereka mendapat harga yang lagi murah daripada pembekal berbanding kami. Kerajaan perlu memandang serius perkara ini terutama membabitkan peniaga-peniaga kecil,” katanya.
Menteri jamin ayam cukup
Semalam Sinar Harian melaporkan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyarankan pengguna supaya mendapat bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani berhampiran.
Menurutnya, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.
Ismail Sabri berkata, bekalan ayam mencukupi bagi musim perayaan ini, malah kementerian sudah membenarkan pengimport membawa masuk bekalan ayam bagi menampung keperluan semasa.
Beliau turut menyatakan kebimbangan disebabkan ada peruncit yang mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin, meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tanpa sebarang bukti kukuh.
Menterinya, Datuk Hassan Malek berkata, harga maksimum ayam bagi peringkat ladang, borong dan runcit ditentukan dan diisytiharkan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.
Justeru, apakah situasi kenaikan harga ayam ini akan beransur pulih selepas semua pihak memberi alasan dan pendapat masing-masing?
Dicekup ketika pecah kereta
Penjenayah berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai menceroboh rumah teres dua tingkat itu dengan memanjat pagar sebelum memecah masuk kereta Proton Persona milik mangsa, kira-kira jam 6 pagi.
Penduduk, Ramle Mey berkata, ketika kejadian keluarga mangsa yang berada di dalam rumah itu tidak menyedari kehadiran suspek tersebut.
“Mangsa yang baru pulang dari surau berhampiran mendapati suspek itu sedang menggeledah keretanya,” katanya.
Ramle berkata, suspek cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran mangsa bersama tiga penduduk.
“Penduduk menangkap suspek berkenaan kemudian menyerahkannya kepada anggota polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, polis turut menjumpai sebilah parang pada motosikal yang dipercayai dinaiki suspek itu.
“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa berhubung kejadian itu.”
“Difahamkan suspek sama juga pernah ditahan berhubung kes curi tabung masjid berhampiran kira-kira dua minggu lalu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bidin mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut.
“Kami menghargai kerjasama penduduk di kawasan itu dalam membantu menangkap suspek berkenaan,” katanya.
Penduduk trauma hadapi jenayah setiap hari
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pas Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah kecurian getah sekerap, buah kelapa sawit, pisang dan tembikai di ladang, pecah rumah dan curi kenderaan menjadi trauma bagi penduduk kampung.
Menurutnya, statistik dikeluarkan pihak polis adalah kes jenayah turun tidak selari dengan masalah membelenggu penduduk kampung yang berlaku setiap hari.
“Walaupun kedengaran kes seperti kecurian getah sekerap atau pisang hanyalah kes kecil tetapi ia amat memberi kesan mendalam kepada penduduk kampung yang bergantung hidup kepada mata pencarian itu,” katanya yang juga calon Adun Jabi pada PRU13 lalu.
Azman berkata, masalah penagihan dadah secara terbuka semakin menjadi-jadi dan tidak ada tanda semakin reda.
Menurutnya, peningkatan kadar jenayah di bumi Ulul Albab ini menjadi buah mulut masyarakat yang perlu ditangani sebelum menjadi parah.
Tak sempat pulang ke kampung
Mangsa, Idzuan Hafizi Kussini, 22, meninggal dunia di Hospital Tampin (HT) sejam selepas terbabit kemalangan di kilometer 40, Jalan Tampin-Gemas, Kampung Sungai Dua, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dari arah bertentangan.
Kakak sulung mangsa, Nurul Hana Kussini, 28, berkata, adiknya itu ada menghantar pesanan melalui WhatsApp pada hari kejadian memaklumkan ingin pulang ke kampung tanpa memaklumkan kepada ayah mereka.
Menurutnya, dia tidak bersetuju dengan rancangan adiknya itu dan menasihatkan untuk memberitahu ayah mereka terlebih dahulu.
"Bagaimanapun saya sangat terkejut apabila dimaklumkan adik terbabit dalam kemalangan di Gemencheh dan disahkan meninggal dunia di hospital.
"Jika diikutkan, kali terakhir kami bertemu adalah pada Jumaat lepas dan adik menemani saya membeli barangan dapur. Pada waktu itu adik kelihatan lebih banyak diam berbanding biasa," katanya ketika ditemui di perkarangan
Bilik Mayat HT, dekat sini, semalam.
Bapa mangsa, Kussini Isman, 56, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 6 petang menyatakan anaknya maut dalam kemalangan, sedangkan dia baru sahaja menerima panggilan anaknya itu pada jam 1 petang hari sama.
"Arwah yang merupakan anak bongsu sememangnya rapat dengan saya. Kali terakhir kami bertemu adalah semasa arwah pulang ke rumah sempena hari lahir saya pada 14 Jun lalu.
"Kehilangannya benar-benar dirasai lebih-lebih lagi arwah sememangnya seorang anak yang sangat periang dalam keluarga dan sering mendengar kata," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke HT.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di HT kira-kira jam 4.49 petang," katanya.
Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai
Oleh
Muhammad Asyraf
Anak kena taat perintah selagi tidak bertentangan dengan agama
KASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.
Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.
Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.
Tahukah kita ketaatan kepada ibu besar tuntutannya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Allah SWT meletakkan kewajipan mentaati ibu bapa selepas kewajipan mentauhidkan-Nya. Al-Quran juga menceritakan pengorbanan seseorang ibu semasa mengandungkan anaknya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Apabila melihat realiti yang berlaku dewasa ini, kita dapati anak semakin kurang memberi tanggungjawab serius terhadap hak penjagaan kedua-dua ibu bapa mereka. Betullah kata-kata, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan kita yang berani menderhaka kepada ibu bapa sama ada dengan menengking, marah atau tidak ambil peduli langsung kebajikan kedua-dua ibu bapa mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ulama mengeluarkan hukum hanya dengan menyebut perkataan ‘ah’ dan seumpamanya kepada kedua-dua ibu bapa boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam dosa penderhakaan.
Sesuatu yang lebih menyayat hati apabila ada anak yang sanggup berlaku ganas dengan memukul malah sanggup membunuh ibu bapa sendiri atas hasutan nafsu dan syaitan. Di manakah ihsan kita?
Sememangnya tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah satu tugas yang berat, namun apakah sama taraf bandingnya dengan keperitan mereka lalui ketika mengandungkan, melahirkan seterusnya mendidik kita dengan didikan yang sempurna?
Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, Nabi SAW didatangi seorang lelaki untuk bersama berjihad dalam peperangan. Lalu Nabi SAW bertanya: Adakah kamu sudah meminta izin daripada kedua-dua ibu bapamu? Lantas lelaki itu menjawab: Belum. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk pulang meminta izin daripada kedua-duanya dan jika tidak dibenarkan untuk turut sama berperang maka Nabi SAW menyuruhnya untuk kekal berbakti kepada keduanya.
Berlaku baiklah kepada kedua-duanya walaupun sesibuk manapun kita. Jika ada perselisihan, maka berbincanglah dengan baik dan mendahulukan kehendak ibu bapa itu lebih utama berbanding kehendak diri dan keluarga kita.
Janganlah kerana kepentingan isteri dan anak, kita melupakan tanggungjawab penjagaan kedua ibu bapa. Turutilah kata mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Jika bercanggah dengan syariat maka tolaklah dengan baik dan janganlah menderhaka kepada kedua-duanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila mereka menyuruh engkau menyekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui maha janganlah engkau taati mereka berdua dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia secara baik.”
Ibnu Kathir menukilkan kisah seorang sahabat, Saad bin Abi Waqqas yang menolak permintaan ibunya untuk meninggalkan agama Islam sehinggakan ibunya mengugut Saad bin Abi Waqqas untuk tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan Islam.
Maka turunlah perintah Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mewasiatkan kepada manusia untuk berlaku baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika mereka menyuruh kamu mesyirikkan-Ku dengan apa yang engkau tidak ketahui maka janganlah kamu mentaatinya.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8).
Muhammad Asyraf
Anak kena taat perintah selagi tidak bertentangan dengan agama
KASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.
Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.
Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.
Tahukah kita ketaatan kepada ibu besar tuntutannya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Allah SWT meletakkan kewajipan mentaati ibu bapa selepas kewajipan mentauhidkan-Nya. Al-Quran juga menceritakan pengorbanan seseorang ibu semasa mengandungkan anaknya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Apabila melihat realiti yang berlaku dewasa ini, kita dapati anak semakin kurang memberi tanggungjawab serius terhadap hak penjagaan kedua-dua ibu bapa mereka. Betullah kata-kata, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan kita yang berani menderhaka kepada ibu bapa sama ada dengan menengking, marah atau tidak ambil peduli langsung kebajikan kedua-dua ibu bapa mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ulama mengeluarkan hukum hanya dengan menyebut perkataan ‘ah’ dan seumpamanya kepada kedua-dua ibu bapa boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam dosa penderhakaan.
Sesuatu yang lebih menyayat hati apabila ada anak yang sanggup berlaku ganas dengan memukul malah sanggup membunuh ibu bapa sendiri atas hasutan nafsu dan syaitan. Di manakah ihsan kita?
Sememangnya tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah satu tugas yang berat, namun apakah sama taraf bandingnya dengan keperitan mereka lalui ketika mengandungkan, melahirkan seterusnya mendidik kita dengan didikan yang sempurna?
Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, Nabi SAW didatangi seorang lelaki untuk bersama berjihad dalam peperangan. Lalu Nabi SAW bertanya: Adakah kamu sudah meminta izin daripada kedua-dua ibu bapamu? Lantas lelaki itu menjawab: Belum. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk pulang meminta izin daripada kedua-duanya dan jika tidak dibenarkan untuk turut sama berperang maka Nabi SAW menyuruhnya untuk kekal berbakti kepada keduanya.
Berlaku baiklah kepada kedua-duanya walaupun sesibuk manapun kita. Jika ada perselisihan, maka berbincanglah dengan baik dan mendahulukan kehendak ibu bapa itu lebih utama berbanding kehendak diri dan keluarga kita.
Janganlah kerana kepentingan isteri dan anak, kita melupakan tanggungjawab penjagaan kedua ibu bapa. Turutilah kata mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Jika bercanggah dengan syariat maka tolaklah dengan baik dan janganlah menderhaka kepada kedua-duanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila mereka menyuruh engkau menyekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui maha janganlah engkau taati mereka berdua dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia secara baik.”
Ibnu Kathir menukilkan kisah seorang sahabat, Saad bin Abi Waqqas yang menolak permintaan ibunya untuk meninggalkan agama Islam sehinggakan ibunya mengugut Saad bin Abi Waqqas untuk tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan Islam.
Maka turunlah perintah Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mewasiatkan kepada manusia untuk berlaku baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika mereka menyuruh kamu mesyirikkan-Ku dengan apa yang engkau tidak ketahui maka janganlah kamu mentaatinya.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8).
Berbuat baik kepada kedua ibubapa
Assalamualaikum,
Tidak
ada ugama lain yg lebih mengutamakan kedudukan ibubapa dalam
masyarakatnya. Hanya Islam yg meletakkan kedudukan kedua ibubapa dalam
sesebuah keluarga itu lebih mulia dan lebih tinggi. Maka dengan itu di
dalam Islam peraturan tentang ketaatan itu adalah:
1. Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran);
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah);
3.
Taatkan 'ulil amri' (atau Imam atau Amir) jema'ah (selagi perintahnya
tidak maksiat terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w);
4. Taatkan kedua ibubapa dan berbuat baik kepada kedua-duanya setiap masa; dan
5.
Bagi seorang isteri, taatkan suaminya (melainkan suaminya menyuruh
berbuat maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulNya dan kedua ibubapanya).
[Nota:
Istilah 'maksiat' dalam Islam adalah melakukan sesuatu yg bertentangan
dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah]. Disebutkan dalam Islam dan
syariatnya, seseorang anak yg kedua ibubapanya tidak redha terhadapnya,
tidak akan mendapat syurga. Malah walaupun dia mentaati Allah (a.w) dan
RasulNya (i.e. ikuti as-Sunnah). Allah (a.w) dan RasulNya tidak redha
terhadapnya sekiranya kedua ibubapanya tidak redha terhadapnya!
Cuba kita teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran tentang mentaati dan mengutamakan kedua ibubapa itu, sebagai panduan kita:
1.
Firman Allah (a.w): ' ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan
kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka)
...' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]Orang Islam (malah
manusia) diperintah Allah (a.w) supaya berbuat baik kepada kledua
ibubapa mereka. Bezanya, jika tidak Islam, selain kesusilaan hidup
berkeluarga di dunia, tidaklah dapat sebarang kebaikan di akhirat,
walaupun berbaik kepada kedua ibubapanya di dunia. Kesejahteraan
akhirat, i.e. selamat dari neraka, hanya diperolehih jika Islam dan
patuhi Ayat 13, Surah an-Nisa', antara kepatuhan selainnya.
2.
Firman Allah (a.w): ‘Dan sembahlah Allah (a.w) dan jangan syirik
terhadap Allah (a.w) (i.e. menduakanNya, yakni mengakui ada tuhan lain
atau ada beberapa tuhan selainNya) dengan sesuatupun, dan kepada
kedua-dua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka ...]
[Ayat 36, Surah an-Nisa’]Perintah yg sama dengan perintah dalam Ayat di atas itu.
3.
Firman Allah (a.w): ‘Katakan olehmu (wahai Muhammad)! Marilah (yakni,
dengarlah dan ingatlah) supaya aku bacakan kepada kamu apa yang
diharamkan oleh Tuhan kamu atas kamu sekelian: iaitu jangan kamu syirik
terhadap Allah (a.w) dengan sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa kamu
hendaklah kamu berbuat baik, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu
kerana kemiskinan ... ] [Ayat 151, Surah al-An’am]
Di dalam ayat di atas itu, Allah (a.w) perintahkan RasulNya, Muhammad (s.a.w), supaya memberitahu manusia tiga perkara: iaitu, pertama, jangan syirik terhadap Allah (a.w); kedua, berbuat baik kepada kedua ibubapa; dan ketiga,
janganlah membunuh anak kamu. Hari ini, sudah pula menjadi suatu
kelaziman apabila anak-anak tidak berbuat baik terhadap kedua
ibubapanya. Malah, lebih teruk lagi. Kerana ada anak yg langsung tidak
hormat atau menzaimi kedua bapanya atau menganianya kedua ibubapanya dan
akhir-akhir ini membunh kedua ibubapanya pula! Begitulah tenggelamnya
keimaman serta keIslaman umat Islam hari ini. Ramai ula remaja yg
melahirkan anak diluar nikah dan kemudian membunh bayi mereka ke dalam
jamban, ke dalam tong sampah atau ke dalam sungai dan sebagainya.
Orang
Melayu membunuh anak bukan kerana kemiskinan, i.e. tidak mampu menyara
mereka, tetapi membunuh anak kerana malu setelah terjebak melakukan seks
bebasa dengan rakan kenalan kerana berseronok!
4.
Firman Allah (a.w): ‘Dan Kami (yakni, Allah (a.w)) wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).] [Ayat 14, Surah Luqman]
Allah
(a.w) mengingatkan manusia dalam firmanNya di atas itu bagaimana kedua
ibubapa bersusah payah menjaga, mendidik dan bersusahpayah memelihara
anaka-anak mereka ketika kecil sehingga besar dewasa dan mampu
berdikari. Maka dengan itu Allah (a.w) mewajibkan anak-anak berbuat baik
kepada kedua ibubapa mereka dan hendaklah kita, sebagai anak. bersyukur
kepadaNya kerana memberikan kita peluang hidup di dunia dan bersyukur
kepada kedua ibubapa kita kerana merekalah yg telah menjaga kita
sehingga dewasa. Lebih utama lagi bu yg bersusah payak mengandung,
menyusukan kita, kemudian memberi makan, mendidik dan sebaaginya hingga
kita boleh berdikari.
5. Firman
Allah (a.w): ‘Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah (sebagai Tuhanmu) melainkan kepadaNya semata-mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan
dan peliharaanmu; maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar atau kesat dan meninggikan suara) sekalipun perkataan
"Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (i.e. suara
yang lembut serta bersopan santun dan kata-kata yg baik-baik).] [Ayat
23, Surah al-Isyrak][Nota: Islam mewajibkan anak-anak
menjaga ibubapa mereka ketika mereka tua sebagai balasan kepada budi
baik serta susah payak mereka membesarkan anak-anak tersebut. Di dalam
as-Sunnah tugas utama menjaga itu diletakkan kepada anak-anak lelaki
lebih dari anak-anak perempuan. Walaupun seorang perempuan itu, setelah
berkahwin’ diwajibkan mentaati suami asalkan suruhan dan perintah suami
tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Jika suami menyuruh isteri maksiat terhadap Allah (a.w) dan RasulNya
seumpama melakukan sesuatu yg tidak sejajar dengan perintah Allah (a.w)
dan RasulNya tentang berbuat baik kepada kedua ibubapa, isteri boleh
ingakri suaminya. Anak perempuan tetap diwajibkan berbuat baik dan
berhubungan baik dengan kedua ibubapanya. Jika tidak rida seorang bapa
dan ibu terhadap anaknya, walaupun dia mentaati suaminya yang baik,
tetapi Allah (a.w) tidak rida atasnya. Allah (a.w) rida terhadap
seseorang atas keridaan ibubapanya terhadapnya.]
Apakah pula bimbingan Rasulallah (s.a.w) tentang hubungan antara anak dengan kedua-dua ibubapa mereka?
6.
Menceritakan hadith Walid bin ‘Aizari berkata: ‘Aku mendengar Aba
‘Amrin as-Saibani berkata menceritakan hadith oleh pemilik ini rumah dan
menginsyarat dia akan rumah (yakni, menunjuk kepada rumah yang
dimaksudkan olehnya), kepada rumah Abdullah (r.a) berkata: ‘Aku bertanya
kepada Nabi (s.a.w): ‘Apakah amalan yang sangat disukai oleh Allah
(a.w)’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘As-solatu ‘ala waqtiha.' [Maksud:
Bersolat ketika masuk waktunya.]. Kemudian bertanya aku lagi: ‘Kemudian
apa?’, bersabda Nabi (s.a.w): ‘Thumma birru walidaini.' [Maksud:
Kemudian berbuat baik atas kedua ibubapa.] Bertanya aku lagi: 'Kemudian
apa?’, bersabda Nabi (s.a.w): 'Al-Jihadu fi sabilillah.' [Maksud:
Kemudian berjihad pada jalan Allah (a.w).] Berkata Abdullah (a.w):
‘Menceritakan kepadaku dengan apa-apa kesemuanya seandainya meminta
tambah akan daku apa-apa.’ [Hadith Bukhari, Kitab Waktu Solat]Hadith
di atas menyebutkan bahawa Abdullah bin Omar (r.a) ketika bertanyakan
kepada Rasulallah (s.a.w) tentang amalan terbaik yang sangat disukai
oleh Allah (a.w), diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa amalan
terbaik itu adalah:
1. Bersolat ketika masuk waktunya (i.e. bersolat di awal waktu);
2. Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Diperjelaskan
oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu
mangalahi ganjaran pahala berjihad pada jalan Allah (a.w). Begitulah
kedudukan kedua-dua ibubapa terhadap anak-anaknya.
Fikirkanlah, sekiranya mati seseorang itu kerana berbuat kebaikan untuk kedua-dua ibubapanya, maka dia mendapat syurga.
Malangnya,
hari ini kerana kejahilan dan kerana tiada bimbingan yg sistematis dan
konsisten dari banyak pihak, termasuk mereka yg bertugas tentang
mengiimarahkan Islam dan syariatnya, membimbing masyarakat umat Islam,
tidak berfungsi, maka timbullah pelbagai kejahilan dan kemaksiatan,
termasuklah kemaksiatan trhadap kedua ibubapa. Hari ini anak-anak yg
kaya lebih suka menghantar kedua ibubapa mereka ke rumah orang tua-tua,
suatu amalan yg langsung bertentangan dengan syariat Islam. Anak-anak yg
menghantar ibubapanya untuk dijaga oleh orang lain, tidak terlepas dari
tanggungjawabnya terhadap ibubapanya!
Mudah-mudahan
kita akan kembali kepada Islam dan syariatnya supaya umat Islam
meletakkan kedua ibubapanya ditempat yg sewajarnya dalam Islam, Amin.
Jazakallahu khairah
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka
yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga
terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Dalam kes yang pertama
seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan
di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai
oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan
keharmonian rumahtangga mereka. Dalam kes kedua pula seorang bapa yang
sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban
bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis
lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut. Maka
tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah
bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di
rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:
Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:
Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:
Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:
Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Derhaka Kepada Ibubapa Celaka Padahnya 17/01/2010
Jangan Biadap pada IbuBapa
Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.
Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.
Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:
“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168.Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.
Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?
Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.
LARANGAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBUBAPA
بسم الله الرحمن الرحيم
Menderhaka kepada kedua ibubapa adalah termasuk dalam larangan yang haram di dalam Al-Quran.
Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24,
“Dan
Tuhanmu (ALLAH) telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah
selain dari Dia (ALLAH), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa
berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau
keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu
berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka.
Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat).”.
“Dan
berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang
mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya
(ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.
Keterangan Ayat 23 dan 24 Surah Al-Isra’
ALLAH
menyuruh kamu, supaya menyembah kepadaNYA (ALLAH) dan berbuat kebajikan
kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau
kedua-duanya telah sangat tua, janganlah diucapkan perkataan yang kasar
kepada mereka, dan janganlah kamu herdik kedua-duanya dengan perkataan
yang tidak sopan, melainkan hendaklah bercakap dengan perkataan yang
lemah lembut. Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada
mereka, sebagai tanda cinta. Patut sekali kamu doakan mereka kepada
ALLAH : “Ya ALLAH, Ampunilah aku dan kedua-dua orang ibubapaku dan
kasihanilah mereka, sebagaimana mereka telah mengasuhku waktu kecilku
!”.
“Rendahkanlah
sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada mereka, sebagai tanda cinta.”.
Maksud ayat ini bukanlah bererti kita sembah kepada mereka TETAPI
sayanglah mereka dengan sayang yang sebenar-benarnya di samping
mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T.. Itulah ! maksud sebenarnya.
Dan
INGATLAH ! Jika ibubapa kita tidak meredhai dan mereka murka kepada
kita terhadap kederhakaan yang kita lakukan kepada mereka, maka, yang
menunggu kita adalah kemurkaan ALLAH dan kita tidak akan diredhai oleh
ALLAH S.W.T. kerana kederhakaan kita terhadap mereka dan ini bertepatan
dengan hadis Nabi S.A.W..
Sumber ‘Abdullah Bin ‘Amr r.’anhuma memberitakan Rasulullah S.A.W. bersabda,
رضا الرب في رضا الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد
Ertinya :
“Keredhaan Tuhan (ALLAH) menurut keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (ALLAH) menurut kemurkaan ibu bapa.”.
(HR. At-Tirmidzi : Sahih)
Pengajaran Hadis :
1. Agama
Islam mengajak umatnya memperoleh dua keredhaan yang paling besar dalam
hidup ini, iaitu keredhaan ALLAH dan keredhaan ibu bapa.
2. ALLAH
menciptakan kita manusia menerusi perkahwinan antara ibu dan bapa.
Kemudian Dia (ALLAH) menyuruh kita mencari keredhaan-NYA (ALLAH) dan
keredhaan kedua ibu bapa secara serentak dan selari, di mana tidaklah
diperoleh keredhaan ALLAH tanpa keredhaan ibu bapa dalam perkara
kebaikan, bukan dalam perkara maksiat [RUJUK DI SINI].
3. Siapa
memurkakan kedua ibu bapa, maka dia bukan sahaja mendapat kemurkaan ibu
bapa (berdosa besar), tetapi juga mendapat kemurkaan ALLAH dan
Rasul-NYA (NYA merujuk kepada ALLAH).
Jadi,
telah jelas bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah perkara yang haram
dan akhlaq yang tidak baik serta berdosa besar, maka, hendaklah kita
berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sepertimana perintah ALLAH
S.W.T. dalam Surah Luqman ayat 14,
“Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibubapanya.”.
Akhir
kalam, ana ingin ucapkan terima kasih kepada antum semua kerana
meluangkan masa membaca penulisan ana yang lemah ini. Ana berdo’a kepada
ALLAH agar ana dan antum semua diberi hidayahNYA dan keampunanNYA. Amin
Ya RABBAL ’ALAMIIN.
والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
Tiada ulasan:
Catat Ulasan