Isnin, 15 Julai 2013

PERISTIWA YANG BERLAKU PADA BULAN RAMADHAN

Alvin dan Vivian cabut lari, tutup akaun FB
Posted on Saturday, July 13 @ 23:52:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: laniismaa

"Alvin_Vivian1
Alvin_Vivian2

Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

SKMM dilaporkan akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh mereka serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu. Takkan sekiranya perlu!!
Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal. Mereka dikatakan telah memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.
“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.
Namun begitu kini akaun FB mereka telah tidak wujud. Nampaknya mereka dah cabut lari…
Baca juga : Gambar askar gantung diri di Kem Kementah

 Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat?
Posted on Sunday, July 14 @ 22:27:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: go2syam

"Al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah Kebiasaannya beliau digambarkan sebagai penguasa yang zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam di atas muka bumi Allah ini hinggakan apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk mengaitkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi. Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-


         Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.

         Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.

         Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.

         Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.

         Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.


Hajaj dikatakan berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran. Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya. Apakah maksud sebenar di sebalik   cerita-cerita yang saling bercanggahan ini? Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa Quran yang ada pada hari ini adalah Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!! Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!

Video ini juga memaparkan kepalsuan dakwaan tersebut dan Hajjaj seorang yang baik berdasarkan hadits Shahih Bukhari




Berikut ialah kitab yang menjadi tesis PhD Dr Mahmud Ziyadah dan dinamakan “Al-Hajjaj Bin Yusoff as-Tsaqofi: al-Muftara ‘alaih” (al-Hajjaj : Insan yang terfitnah) - kredit  Sdr Abdul Qayyum Hadi.



"

Benarkah Mursi dan Ikhwan Muslimun hanya Ingin membolot kuasa?
Posted on Sunday, July 14 @ 19:27:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: benzaini

"Di antara tuduhan paling melulu dan tersibar luas di Mesir dan di luar juga yang dilemparkan kepada Presiden Dr Muhammad Mursi ialah beliau hanya mementingkan golongannya, Ikhwan Muslimun, dan hanya menjadi Presiden kepada mereka, bukan kepada rakyat Mesir. Tuduhan ini mendapat tempat bukan sahaja dalam media biasa, tetapi juga dipercayai oleh para pengkaji politik Timur Tengah. Apakah tuduhan tersebut benar?

Sejak mula berkuasa pada pertengahan tahun 2012 , Mursi dan Parti Kebebasan dan Keadilanny, yang ditubuhkan oleh Ikhwan Muslimun selepas kejatuhan regim Mubarak, cerita-cerita yang beliau tidak mewakili kepentingan Mesir, tetapi hanya kepentingan Ikhwan sahaja dan malah mewakili kepentingan asing, telah disibarkan dalam media massa dan media social anti-Mursi di Mesir. pemerintahannya digambarkan sebagai “penjajahan” atau “pendudukan” asing. Hubungannya dengan Hamas dipersoalkan. Beliau juga dikatakan ingin “menyewakan” Pyramid dan menjual Terusan Suez kepada Qatar.

Golongan pembangkang anti-Mursi meyibarluaskan kononnya Ikhwan telah meletak orang-orangnya di pelbagai kementerian, melantik penyokong-penyokongnya menjadi hakim, menguasai tentera, memonopoli media massa dan pelbagai aspek social dan budaya Mesir. Mereka membesar-besarkan pelantikan –pelantikan yang dibuat oleh Mursi dalam bidang pentadbiran dan kononnya penguasaan Ikhwan dalam Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan.

Kalau benar pun tuduhan-tuduhan dan cerita-cerita yang direka-reka itu, maka itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam satu pemerintahan demokrasi. Dalam sistem pemerintahan demokrasi, mana-mana parti yang mendapat sokongan majority rakyat dalam pilihan raya mempunyai hak untuk menguasai pemerintahan dan membuat perlantikan sesuai dengan perlembagaan. Mursi bukanlah meanggar atau melampaui batas-batas pemerintahan demokrasi. Akan tetapi, tuduhan-tuduhan tersebut tidak benar dan merupakan cerita rekaan semata-mata.

Mursi atau Ikhwan tidak pernah mengawal tentera Mesir jauh sekali untuk menguasainya. Adalah berlawanan dengan perlembagaan dan undang-undang untuk Mursi melantik pengikut atau ahli Ikhwan menjadi Pegawai-pegawai Tinggi tentera. Perlantikan demikian mengikut lunas-lunas tradisi tentera dan memerlukan kelayakan dan pengalaman tertentu.

Begitu juga halnya dengan bidang kehakiman. Perlantikan hakim-hakim tunduk kepada peraturan, kelayakan dan pengalaman tertentu. Pada zaman Mubarak, umur persaraan hakim telah dinaikkan daripada 60 tahun kepada 70 tahun supaya hakim-hakim yang setia kepadanya dapat berkhidmat lebih lama. Majlis Syura (Senat) semasa Mursi mencadangkan supaya usia persaraan hakim diturunkan kembali kepada 60 tahun untuk menguraangkan hakim-hakim yang masih setia kepada Mubarak dan memberi peluang kepada hakim-hakim baru mendapat kenaikan pangkat. Tuduhan bahawa Mursi atau Ikhwan dengan itu cuba menguasai institusi kehakiman adalah tidak berasas kerana tidak ramai di kalngan hakim yang terdiri darpada ahli Ikhwan. Di samping itu, had umur yang baru digunapakai untuk semua hakim, sama ada mereka yang berfaham liberal atau tidak.

Tuduhan bahawa Mursi atau Ikhwan menguasai bidang keselamatan dan Kementerian Dalam Negeri sama sekali tidak berasas. Kementerian ini sehingga kejatuhan Mursi masih dikuasai oleh mereka yang yang menguasainya semasa zaman Mubarak. Oleh itu tidak hairanlah kalau layanan polis terhadap rakyat tidak banyak berbeza pasa zaman Mursi daripa apa yang berlaku pada zaman Mubarak. Malah jelas sekali, pihak polis telah menunjukkan sikap anti-Mursi dan anti-Ikhwan yang amat ketara pada zaman Mursi. Merka menunjuk perasaan menentang Ikhwan, melancar mogok terhadap Mursi dan bekerja acuh tak acuh. Oleh itu tidak hairanlah kadar jenayah makin meningkat dan harta benda tidak terkawal.

Bahawa Mursi dan Ikhwan tidak menguasai institusi-institusi tersebut terserlah dalam peristiwa-peristewa sebelum, semasa dan selepas kejatuhan Mursi. Dari masa ke semasa, hakim-hakim sentiasa menjatuhkan hukuman-hukuman yang tidak menyebelahi Mursi dan kerajaannya atau Ikhwan. Pemilihan Dewwan Rakyat diputuskan sebagai tidak sah dan pelbagai undang-undang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan. Semasa tunjuk perasaan anti-Mursi, banyak bangunan ibu pejabat Ikhwan dan Parti Kebebasan dan Keadilan yang dibakar penunjuk perasaan tanpa polis cuba menghalangnya walau pun diberitahu. Dan yang paling ketara sekali, kalaulah Mursi atau Ikhwan menguasai tentwera tentulah “rampasan kuasa” 3 Julai baru-baru ini tidak akan berlaku.

Dalam perlantikan pegawai-pegawai peringkat tinggi, apa yang didakwa sebagai dominasi Ikhwan amat meleset. Daripada dua puluh tujuh governor wilayah yang dilantik oleh Mursi baru-baru ini, hanya sepuluh governor yang merupakan orang Ikhwan. Malah dalam cabinet Mursi yang mengandungi tiga puluh orang menteri, hanya sebelas orang datang dari Ikhwan. Angka-angka ini jauh sekali daripada menunjukkan bahawa Mursi dan Ikhwan cuba mendominasi pemerintahan Mesir dengan orang Ikhwan.

Sebenarnya sejak memenangi pilihanraya Presiden pada Jun 2013, Mursi telah cuba menawarkan jawatan-jawatan penting dalam pemerintahannya kepada tokoh-tokoh politik Mesir yang kemudian menjadi pemuka-pemuka gerakan pembangkang anti-Mursi dan Ikhwan. Tetapi mereka semua menolak pelawaan dan tawaran tersebut dengan pelbagai alasan, sama ada kerana mereka sedia anti-Ikhwan dan tidak bersedia untuk berkerjasama dengan orang Ikhwan atau mereka bimbang kalau berbuat demikian akan kedudukan mereka dalam suasana anti-Ikhwan dan anti Mursi yang sedang marak.

Ayman Mour, Presiden Parti Besok Revolusi yang berfaham liberal beberkali dipelawa oleh Mursi untuk menjadi Perdana Menteri tapi menolaknya. Pengasas Gerkan 6 April, Ahmad Maher, pernah ditawarkan jawatan Penasihat Presiden tetapi juga menolaknya. Pada 4 Julai 2012, beberapa hari selepas Mursi dipilih sebagai Presiden, belaiu telah menawarkan jawatan Naib Presiden kepada Hamdeen Sabbahi, Presiden Parti Nasiri, yang berfaham sosialis, dan salah seorang calon dalam pilihanraya Presiden. Tetapi beliau enggan menerimanya. Menurut Hisham Qandil, Perdana Menteri yang dilantik oleh Mursi, walau pun beliau bukan orang Ikhwan, beberapa orang tokoh pembangkang pernah dipelawa memasuki kabinetnya sebagai menteri, tetapi semua menolaknya. Sebahagiannya ingin menunggu sehingga keadaan menjadi lega.

Dari sini jelaslah bahawa dakwaan golongan anti-Mursi dan anti Ikhwan bahawa Mursi dan Ikhwan ingin membolot kuasa dan mendominasi pemerintahan Mesir meleset sama kali. Dakwaan dan tuduhan demikian sengaja dibesar-besarkan dalam media masa dan media sosial eletronik untuk mendapatkan sokongan rakyat ramai kepada agenda mereka untuk menggulingkan pemerintahan Mursi yang dipilih oleh rakyat dalam satu pilihanraya yang dikenal pasti sebagai yang terbersih dalam sejarah Mesir.

Sumber:

Unpacking anti-Muslim Brotherhood discourse dalam www.jadaliyya.com"


 Kod pakaian untuk wanita dikritik
Posted on Sunday, July 14 @ 16:35:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Roslan SMS

Saya sempat mendengar ucapan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah Yusoff di Parlimen baru-baru ini. Ternyata sebagai ahli parlimen yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam, tambahan pula beliau seorang Muslimat, YB Zailah telah menjalankan tanggungjawabnya.

Di Parlimen YB Zailah mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenalkan kod pakaian untuk wanita agar dapat membenteras gangguan seksual ke atas mereka. Bagi yang Islam beliau menyarankan pakaian menurut kehendak syarak manakala bukan Islam pakaian yang sopan.

Saranan ini memang wajar kerana demikianlah perjuangan Islam yang dibawa oleh YB Zailah dan parti yang beliau wakili. Ianya tidak memeranjatkan kecualilah beliau menyatakan sebaliknya.
Untuk menyatakan sesuatu yang benar bukan mudah terutama dizaman serba mencabar pada hari ini. Kebenaran mudah diterima oleh mereka yang beriman namun bagi lain ia dilihat sebagai sesuatu yang janggal dan leceh.

Saya perhatikan ketika beliau berucap antara yang awal melenting adalah Ahli Parlimen Pengerang YB Azalina Othman Said.
Dan pada hari ini akhbar The Star contohnya menyediakan hampir separuh muka ruangan untuk menyerang dan memperlekeh cadangan YB Zailah itu. Kalau boleh disenaraikan antara yang kurang senang dan memandang rendah termasuklah:

IVY JOSIAH – Pengarah Eksekutif WAO yang menganggap YB Zailah tidak ada kefahaman berkenaan jenyah seksual
DATUK YU CHOK TOW – Ketua Wanita MCA yang menyatakan bahawa cadangan YB Zailah itu mencerminkan pemikiran konservatif PAS terhadap wanita. Beliau malah mencadangkan agar semua ahli parlimen wanita termasuk dari pembangkang agar mengutuk saranan YB Zailah itu.

NORHAYATI KAPRAWI – Penerbit Dokumentari yang menyatakan bahawa kiranya YB Zailah mewakili sikap PAS maka rakyat Malaysia khasnya wanita perlu bimbang pada PAS.
YB TEO NIE CHING – Ahli Parlimen DAP Kulai menganggap bahawa cadangan memperkenalkan kod berpakaian itu bukan hanya menghina wanita tetapi turut menghina kaum lelaki

DR HARTINI ZAINUDDIN – Aktivis Kebajikan Kanak-kanak secara sinis menyatakan : Kod berpakain untuk menghindar kejadian rogol? Kita dari planet mana?
Demikianlah reaksi yang kita terima apabila mahu mengemukakan penyelesaian cara Islam.

Apa pun saranan YB Zailah itu perlu terus diajukan dan yang penting disokong oleh mereka yang mendukung perjuangan Islam. Mungkin ada perhalusan dan penelitian yang perlu dilakukan, namun jangan sekali-kali berputus –asa dengan reaksi seumpama ini. Rakan-rakan ahli parlimen PAS yang lain perlu terus menghidupkan isu ini kerana ianya bukannnya pandangan peribadi YB Zailah tetapi kehendak syarak.
Yang kita lihat adalah reaksi mereka yang sehaluan dengan Azalina, tetapi yakinlah ramai lagi di luar sana insyallah bersetuju dan akan memberikan sokongan.

Sesungguhnya mereka yang mendukung dan bersama perjuangan Islam akan berbangga dengan apa yang telah disuarakan oleh YB Zailah. Teruskan menyatakan yang hak ketika Allah berikan kita peluang untuk berdakwah.

......
http://n32.blogspot.com
 Peristiwa Besar Islam Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan
Posted on Sunday, July 14 @ 16:19:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: hijabulcrewz

"
“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)
Bulan Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:


BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
 
PERANG BADAR

Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud,“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan 10,000 tentera Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Perang Al-Furqan (Pembeda antara Hak dan Batil). Di sini turun Malaikat membantu tentera Islam. Di sini golongan sedikit dan serba kekurangan menewaskan golongan lebih ramai dan lengkap bersenjata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Sebelum Perang Badar bermula, para Sahabat membina “Al-Arisy” iaitu kem tempat Rasulullah saw di sebuah tempat yang agak tinggi untuk mengatur strategi peperangan. Selepas itu, mengambil keberkatan tempat tersebut, seperti mana tempat-tempat lain yang pernah Rasulullah saw berada, dibina masjid di situ yang dinamakan Masjid Al-Arisy.

Masjid Al-Arisy, tempat Rasulullah saw ketika Perang Badar. Rasulullah saw berdoa bersungguh-sungguh sehingga jatuh kain selendang Baginda saw, “Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku. Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku”. Moga Allah swt memberikan kemenangan yang sama kepada kita dalam perjuangan ini. Ameen.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama 8 kurun bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
 
 



Tiada ulasan: