Rabu, 5 Mac 2014

TIPU...JAHAT....RASUAH...SAMSENG...PILIH KASIH....ZALIM....BERLAGAK DLL DIDUNIA AJE....AKHIRAT BAGAIMANA AGAK ORANG NI

'Jenayah melonjak 20,000 kes dalam 60 hari'
Posted on Wednesday, March 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan menunjukkan indeks jenayah sebenar yang disembunyikan pihak polis daripada orang ramai pada Forum Time To Reform The Police Force di KL & Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur, malam semalam. - Foto Sinar Harian Online oleh Nizam Zain

KUALA LUMPUR - Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa hanya dalam 60 hari sahaja, kes jenayah di Malaysia telah melonjak secara mendadak sebanyak 20,096 kes sejak Januari lalu.

Pengerusinya, R Sri Sanjeevan mendakwa, lebih malang lagi apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menyembunyikan indeks jenayah sebenar daripada pengetahuan umum dengan memanipulasi angka sebenar bagi mengelakkan perspesi negatif masyarakat terhadap kadar jenayah di Malaysia.

Katanya, daripada jumlah itu, kecurian motosikal merupakan kes jenayah tertinggi yang direkodkan sebanyak 6,146 kes.

"Ini menunjukkan hampir 334 kes jenayah direkodkan setiap hari dalam tempoh dua bulan lalu sahaja.

"Namun pihak polis tidak mendedahkan angka tersebut kepada pengetahuan umum betapa seriusnya tahap keselamatan negara kini," katanya ketika menyampaikan Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan Pasukan Polis, di sini, malam semalam.

Mengulas lanjut, beliau kesal apabila polis tidak memasukkan jenayah bukan indeks dalam pengiraan turun naik kadar jenayah di negara ini.

"Apabila jenayah bukan indeks tidak diambil kira, kadar jenayah di negara ini dilihat seolah-olah menurun sedangkan jenayah semakin meningkat," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kes kecurian biasa merupakan jenayah kedua tertinggi sebanyak 2,995 dan diikuti dengan pemerdagangan manusia sebanyak 2,885 kes.

Tidak terkecuali jenayah membunuh yang mencatatkan 67 kes.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Wednesday, March 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Wednesday, 5 March 2014

LAGI BUKTI BETAPA NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT TIDAK TAHU TADBIR URUS AIR SEHINGGA TERPAKSA MELAKSANAKAN CATUAN AIR????



Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90% airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. - Bernama

Datuk Husam Musa menang saman terhadap blogger pencacai Umno Faisal Rohban yang sama species dengan blogger Ikon Fitnah 1 Malaysia Papa Gomo yang tak mengaku dia tuan punya blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF) dengan mahkamah memerintahkan blogger RBF membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Datuk Husam...

Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi pula ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu... KENA LAGI PENCACAI UMNO!!!

ṪןḰєlคtє

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.
Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.
“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.
“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.
“Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap (hearsay-evidenge) sahaja,” kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily.
Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada Shafee.
Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18 Disember 2013.
Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang

My Watch Punyai Bukti Polis Berjawatan Tertinggi Terlibat Jenayah

Written By canang on Rabu, 5 Mac 2014 | 3/05/2014 09:02:00 PTG

 

IMPIAN UMNO UNTUK MELIHAT PAS BOIKOT PRK KAJANG BERKECAI APABILA JENTERA PILIHANRAYA PAS DI LANCARKAN.

Written By canang on Rabu, 5 Mac 2014 | 3/05/2014 09:37:00 PTG

IMPIAN UMNO UNTUK MELIHAT PAS BOIKOT PRK KAJANG BERKECAI APABILA JENTERA PILIHANRAYA PAS DI LANCARKAN..
KAHHHHHH MACAI NAK BUNUH DIRI KER...
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=749839135034939&set=pcb.672934922744978&type=1&

Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang

Written By canang on Rabu, 5 Mac 2014 | 3/05/2014 10:22:00 PTG

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis.

 http://www.astroawani.com/news/show/anak-saudara-timbalan-menteri-terjun-jambatan-baru-pulau-pinang-31304

 

 


Wednesday, 5 March 2014

MENTERI DALAM NEGERI KATA TIADA KES TAPI POLIS SYORKAN INDIVIDU YANG MENAWARKAN GANJARAN RM1,200 UNTUK TAMPAR YB TERESA KOK DI HERET KE MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELAKUKAN UGUTAN JENAYAH.


Pada 9hb Februari 2014 yang lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.

"Mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan," kata Ahmad Zahid.

"Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata 'membunuhnya', maka ia akan menjadi satu ancaman. Isu tampar adalah antara beliau dan mereka (NGO yang menawarkan ganjaran itu)," katanya.

Selepas 1 bulan Menteri yang tak reti undang-udang ini mengeluarkan kenyataan yang mengundang kritikan dan kutukan keras dari para pengamal undang-undang maka hari ini PDRM telah membuat keputusan agar individu yang menwarkan ganjaran untuk menampar YB Teresa Kok di bawah kemuka pengadilan.

Polis mengesyorkan agar individu yang menawarkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Laporan The Star Online yang memetik kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng menyebut, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah memulangkan semula kertas siasatan mereka.

“Kertas siasatan itu dikembalikan oleh Peguam Negara kerana ada beberapa butiran yang perlu dibereskan,” kata Gan seperti dipetik dalam laporan itu.

Satu gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tawaran tersebut dibuat dalam satu perhimpunan yang membantah penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Keesokannya, tawaran tersebutnya dinaikkan ke RM1200.

Tawaran luar biasa itu dipercayai adalah reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Tiada ulasan: