Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 25

KUALA LUMPUR: Tentera laut Amerika Syarikat menggerakkan beberapa aset mereka dalam usaha menjejak pesawat MH370 khususnya di kawasan Laut Hindi.

Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks dipetik CNN berkata, pasukannya menggerakkan kapal perang USS Kidd ke Laut Hindi atas permintaan kerajaan Malaysia.

Selain itu, Bernama melaporkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan juga memaklumkan pencarian itu turut disertai pesawat P-8A Poseidon.

Pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.
SEPANG: Para jemaah yang akan menunaikan umrah di Makkah akan turut berdoa bagi menemui semula pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
  
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Lim Abdullah, 54,  berkata beliau akan menggunakan sebaiknya masanya di sana nanti bagi membawa bersama doa dan harapan rakyat Malaysia, agar ditemui semula pesawat itu.
  
Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Allah, katanya doa adalah senjata paling utama bagi umat Islam, katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas ke tanah suci hari ini.
  
Beliau pergi bersama isterinya Kamariah Husin, 53.
  
"Walaupun tidak berkesempatan untuk turut serta menunaikan solat hajat yang dianjurkan di masjid, namun tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, saya mengajak keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat di rumah," katanya.
  
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari KLIA menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu.
  
Operasi mencari yang memasuki hari ketujuh hari ini masih gagal mengesan pesawat.
  
Rohani Awang, 60, dari Perlis berharap doanya di depan Kaabah agar pesawat itu ditemui semula akan dimakbulkan.
  
"Apa pun kita mesti jadikan insiden ini sebagai iktibar untuk memperbaiki  diri kita," katanya yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan di media massa.
  
Pekerja swasta Afzan Othman, 37, berkata semua pihak mesti optimis dan terus berusaha mencari pesawat itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Di kala rakyat Malaysia dan dunia bersimpati serta berusaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun negara ini telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia akibat daripada aksi bomoh.

Tinjauan Harakahdaily di laman-laman sosial hari ini mendapati satu akaun twitter milik Only In Malaysia@_FunnyMalaysian yang telah mengatakan rakyat Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa.

"Kesian pula kt pelajar Malaysia yg study di Mesir apabila menjadi bahan gelak tawa," jelas beliau melalui twitter.

Dalam pada itu @_FunnyMalaysian turut menyiarkan gambar dari pemilik akaun bernama Shamril yang memberitahu tentang khidmat bomoh yang menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.

"Media Korea melaporkan "Malaysia dapatkan khidmat bomoh utk mencari MH370," tulisan itu dipetik.

Shamril turut menyiarkan keadaan yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di Mesir.

"Baik di kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar org tertawakan kami bila cerita pasal sihir MH370.

"Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun. Tadi ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi.

"Nasi sudah menjadi bubur. Maruah negara dan umat Islam Malaysia diperlekehkan," tulisnya lagi.

Dalam pada masa yang sama, tinjauan turut mendapati laman 'Google Play Store' dari Trippas turut menyediakan permainan dengan menggunakan nama 'Bomoh Rescue Run'.

Permainan yang menggambarkan tiga individu di atas tikar terbang itu adalah usaha untuk menyelamatkan kapal terbang hilang dari Garuda Hitam.

MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu pada jam 240 pagi di Lautan China Selatan setelah hilang dari radar terus mendapat perhatian antarabangsa termasuk solat hajat dari umat Islam dan upacara keagamaan penganut agama lain.
BEIJING: Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari China telah memohon untuk bercakap secara terus dengan pemimpin Malaysia melalui telepersidang video.
  
Keutamaan mereka ialah, kedudukan pesawat MAS penerbangan MH370 dan kerja yang dijalankan Kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang hilang awal Sabtu lepas.
  
Mereka memohon pakar dalam bidang telekomunikasi dan radar serta pegawai atasan dari Jabatan Penerbangan, tentera dan tentera laut untuk bercakap secara langsung.
  
Selain meminta Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin, untuk bertemu mereka di sini, anggota keluarga juga mahu pembayaran dibuat untuk perbelanjaan dan penginapan sejak insiden kehilangan pesawat berkenaan.
  
Sebelum ini, MAS berjanji untuk menanggung penginapan anggota keluarga di Beijing selama seminggu.
  
Jurucakap MAS Ignatius Ong Ming Choy berkata syarikat penerbangan itu akan menanggung perbelanjaan bil telefon mereka sama ada di Beijing atau Kuala Lumpur.
  
Anggota keluarga berkenaan telah menolak tawaran Ong untuk menerbangkan kira-kira 20 hingga 30 anggota keluarga ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terawal di sana, bersama-sama anggota keluarga terbabit yang tiba beberapa hari lalu.
  
Wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia turut hadir pada taklimat bersama anggota keluarga hari ini.
  
Misi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara itu sedang berjalan bagi mencari pesawat MH370 yang hilang dengan tumpuan terbaharu di Lautan Hindi berikutan laporan kemungkinan pesawat berkenaan berubah haluan. - Bernama
PUTRAJAYA: Genap seminggu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kebanyakan anggota keluarga dan waris penumpang dilihat lebih mempercayai maklumat yang disalurkan oleh pihak berkuasa.
  
Seorang daripada kaunselor yang ditempatkan di Hotel The Everly di sini, Juwairiyah Jaafar berkata, maklumat yang disalurkan itu dilihat dapat membantu anggota keluarga menentukan apakah langkah perlu dilakukan selepas ini.
  
"Menerusi sesi kaunseling kita nasihatkan anggota keluarga untuk tidak mempercayai laporan media sosial. Alhamdulillah setakat ini, mereka hanya percaya maklumat sahih yang disampaikan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau yang juga Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata berita yang kurang tepat serba sedikit boleh mengganggu emosi keluarga.
  
Jelas Juwairiyah, berbanding sebelum ini, semua anggota keluarga kini sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan dan lebih mengambil pendekatan kerohanian.
  
"Bagi yang Islam sudah sampai satu tahap sebagai manusia kita sudah tiada lagi usaha yang lain boleh dibuat hanyalah doa dan solat hajat," katanya.
  
Juwairiyah berkata semua kaunselor yang berada di lokasi 24 jam bersedia berjumpa dengan anggota keluarga pada bila-bila masa.
  
"Terdapat empat syif dengan antara enam hingga lapan orang kaunselor ditugaskan pada setiap syif,"  katanya. - Bernama

KUALA LUMPUR: Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan ‘dibawa lari’ ke lokasi yang tidak diketahui?
Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor  Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu.
Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370.
Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu.
Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar. 
Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori  bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj.
Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas.
Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut.
Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan? 
Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah “diambilalih dan dikuasai” oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.
Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat  dan pelbagai agensi berkaitan.
Sehingga 12 Mac, tiada sebarang maklumat diperolehi bagi menunjukkan kapal terbang itu telah tiba di suatu lokasi lain - mungkin beratus-ratus batu dari lokasi di mana gerakan mencari dan menyelamat sedang berjalan.
Juga tidak diketahui sama ada kapal itu telah terhempas.
Sementara itu Washington Post melaporkan, bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce.
Jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.
Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.

Friday, 14 March 2014

ISU RAJA BOMOH NAK TAMPAR KJ MACAM TAMPAR BUAYA .. MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA SOKONG KJ ARAHKAN PIHAK BERWAJIB TANGKAP RAJA BOMOH SEDUNIA NUJUM VIP.



Tweet Dr Maza berbunyi .. " Saya katakn kpd bomoh khurafat itu bhw Malaysia perlukan menteri spt @Khairykj dan Malaysia x perlukan tahyul bomoh"

Dalam bab ini walaupun Omak Kau bertentangan politik dengan KJ namun kenyataan dan permintaannya itu Omak Kau sokong 101% sebab negara kita sudah dimalukan seluruh dunia akan perangai dan gelagat Raja Bomoh Sedunia ini dengan adegan bubu, buluh pancing, permaidani terbang, bakul tapah, buah kelapa dan labu sayung.

Setakat ini belum ada kedengaran mana-mana pemimpin negara yang menyokong dan mempertahan tindakan Raja Bomoh Sedunia ini nak tampar KJ.

Tiada ulasan: