Ahad, 23 Mac 2014

BERAKHLAK TUNTUTAN AGAMA....KEHABISAN ISU....TAK KAN NAK BUAT KECOH....APA JUA NAMA ATAU ACARA JIKA ADA UNSUR MAKSIAT/DOSA MAKA IA TETAP MAKSIAT

KUALA LUMPUR: Serpihan-serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Xinhua.
  
Laporan itu memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengaitkan serpihan tersebut dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
  
"Semalam, satu daripada pesawat awam kami yang terbabit dalam pencarian itu mengesan beberapa objek di satu kawasan kecil dalam zon pencarian Australia.
  
"Akan tetapi sebelum kita boleh berbicara secara khusus tentang objek itu, kita perlu mengambilnya dahulu. Masih terlalu awal untuk benar-benar pasti," katanya kepada pemberita di Papua New Guinea pagi Ahad.
  
 Laporan Xinhua menerusi laman sesawangnya http://news.xinhuanet.com/english itu turut memetik Abbot sebagai berkata empat lagi pesawat iaitu masing-masing dua dari China dan Jepun akan menyertai pencarian di kawasan berkenaan.
  
Mengenai imej yang dicerap oleh satelit China, beliau berkata cerapan itu membayangkan objek tersebut sangat besar.
  
Katanya harapan bahawa pihak berkuasa mungkin dapat menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut semakin meningkat. - Bernama

KAJANG: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.
Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.
Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.
Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.
Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.
Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka.
Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.
Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.
"Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya.
Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini. 



KUALA LUMPUR: Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan.
  
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di sini hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.
  
Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu.
  
Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.
  
Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari.
  
Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.
  
"Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang.
  
Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini.

"Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyatan itu.

Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok. - Bernama
KUALA LUMPUR: Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.

Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.

"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadu hingga sekarang tak henti-henti.

"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ni," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; ”Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar” dan “Duit telah ada pada aku bila nak ambil”.

"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya,” katanya kepada Harakahdaily.

Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.
Ekoran itu, beliau telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms daripada penerima mesej itu sama ada Melayu, Cina, India termasuk pendatang asing yang bekerja di negara ini sehingga pagi ini.
Beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Celcom malam tadi.

BARU-BARU ini pesta konsert muzik Future Music Festival Asia yang berlangsung di kawasan Stadium Putra Bukit Jalil tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila 6 orang anak muda telah meninggal dunia dipercayai berpunca dari pengambilan dadah yang berlebihan, 3 orang lagi berada dalam keadaan kritikal.

Ini merupakan suatu tragedi hitam bagi kita semua. Kita tidak lagi dapat berbohong bahawa memang wujud tabiat pengambilan dadah atau alkohol di kalangan pemuzik termasuk peminatnya baik sebelum, semasa atau selepas persembahan gig, konsert dan sebagainya.

Contoh-contoh memang banyak sejak dari zaman hippies 70-an, Woodstock di US, Battle of The Band di tanah air pada era 80-an dan sebagainya.

Namun itu tidak memberikan apa-apa indikasi jelas bahawa muzik menjadi penyebab kepada tabiat ini. Kerana pada hakikatnya, apa jua muzik, akhirnya adalah untuk dinikmati oleh pendengar, itu sahaja.

Keseronokan, kemeriahan mahupun ‘kemabukan’ hanyalah kesan yang mana ianya ditentukan oleh individu itu sendiri. Bukan ditentukan oleh muzik atau lagu.

Gaya atau trend yang menjadi ikut-ikutan anak muda juga bukanlah atas ‘dakwah’ pemuzik itu sebaliknya dipilih dan ditentukan sendiri oleh si peminat menerusi segala macam bahan promosi dan iklan yang ‘menggangu citarasa’ jiwa muda.

Samalah seperti ideologi, Karl Marx tak pernah ‘berdakwah’ kepada masyarakat bahawa ideanya betul dan perlu diikuti, sebaliknya idea beliau minta dicabar untuk difahami.

Industri Hiburan
Di sebalik semua permasalahan ini, isunya bukanlah muzik lagi tetapi ‘industri’ hiburan yang memain peranan membentuk segala macam pilihan buat anak muda. Persoalannya, pilihan yang mana akan dipilih oleh orang muda.

Apabila kita bercakap tentang industri hiburan, ia termasuklah industri filem malah termasuk permainan video. Industri hiburan ini bersifat trending yang tidak kekal pada satu-satu masa. Ia akan berubah mengikut citarasa yang dicipta oleh golongan pemodal demi menjual lebih banyak lagi jenama-jenama baru buat hiburan pelanggan. Ini aksesori, bukan lagi bersifat keperluan manusia.

Dari laporan International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), keuntungan dari industri hiburan bagi muzik sahaja berjumlah USD 16.5 bilion pada 2012. 57 peratus darinya adalah hasil dari jualan album muzik secara fizikal. Sejumlah 36 peratus lagi dari jualan secara digital (online) sahaja, selebihnya dari keuntungan persembahan (konsert),  televisyen dan sebagainya. Ini hanya di US, tidak termasuk di Eropah, Afrika dan Asia.

Jika diterjemah dalam ringgit jumlahnya sekitar RM54 bilion. Jika keuntungan ini jatuh ke tangan BN, ia pasti dapat menampung bayaran BR1M RM 4.6 bilion sebanyak 11 kali (tahun). Tersenyum Najib.
  
Kegiatan dadah
Jika kita tinjau pula masalah penyalahgunaan dadah. Menurut Pengarah Eksekutif, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) Yury Fedotov dalam kenyataan medianya sempena International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking pada June 2013 menyifatkan;

“ Amphetamine-type stimulant use is widespread with Methamphetamine pills the most predominant form of ATS in East and South-East Asia”.

Beliau turut menyatakan “..demand has not been substantially reduced and around 200,000 people continue to die every single year due to illicit drugs”.

Ini merupakan satu indikasi yang tidak baik. Statistik rampasan dadah di Malaysia sahaja pada tahun 2011 berjumlah RM RM243.32 tidak termasuk yang gagal di rampas. Pastinya jumlah dadah yang gagal dikesan, mungkin boleh mencecah lebih dari setengah billion ringgit.

Faktor-faktor lain
Kembali kita melihat mangsa-mangsa yang meninggal dunia dan kritikal akibat penggunaan dadah jenis Methamphetamine ini, termasuk para pengunjung (peminat) muzik yang membanjiri konsert Future Music Festival Asia, difahamkan kehadirannya mencecah sekitar 50,000 penonton. Dan hampir separuh daripadanya adalah pelancong dari luar.

Tarikan pesta ini pastinya menggamit lebih banyak pelancong apatah lagi ia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Ini jelas menunjukan bahawa pesta konsert ini menjadi tarikan oleh semua pihak termasuk pengedar dadah untuk turut sama berniaga dan mengedar produknya.

Dalam hal ini, muzik dijadikan alat untuk menghimpunkan segala macam aktiviti perniagaan termasuk kegiatan haram iaitu pengedaran dadah.

Paling penting untuk tidak salah faham, isu ini harus dilihat secara objektif berdasarkan fakta semasa bahawa isu dadah adalah isu ketagihan, isu jenayah dan isu keselamatan yang harus ditangani dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Permasalahan industri hiburan juga jelas bahawa setiap penganjur pesta atau konsert, mereka wajib mengawal acara khususnya dalam aspek keselamatan pemuzik dan pengunjungnya sama seperti pengurus/pengawal stadium mengawal penyokong bolasepaknya.

Hal ini boleh diurus dengan cara yang betul tanpa menutup pintu rezeki pemuzik dan menutup peluang untuk masyarakat berhibur. Semua benda ada hadnya, semua pihak harus hormati garis-garis ini. Bukan untuk keuntungan sahaja, tetapi untuk kelangsungan budaya kita.

Muzik adalah sumber hiburan, jangan rosakan sumber ini sama sepertimana jangan merosakan sumber alam seperti sumber tadahan air kita, jika tidak, kemarau pendek pun kita tak mampu nak survive. Janganlah kotorkan muzik, muzik bukan dadah dan dadah bukan muzik.
________________________
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan dan juga seorang pendukung seni dan kebudayaan.
KAJANG:  Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.
Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.
Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.
SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – Bernama
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej yang tersebar bertajuk ‘Demi Selangor’ yang cuba mengeruhkan hubungan erat pimpinan Pakatan Rakyat di hari akhir sebelum pengundian PRK Kajang.
Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat.

“Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru,” kata Abdul Khalid.
Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain.
Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang. - Selangorkini

Tiada ulasan: