Percepat proses tuntutan
Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusinya, Zainudin Ishak berkata, persatuan itu mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penumpang MH370.
“Ini adalah masa amat menyedihkan keluarga dan rakan kepada kru serta penumpang.
Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan dan proses tuntutan, anggota keluarga yang terbabit boleh menghubungi MTA di 03-20318160 atau e-mel mtasectariat@malaysiantakaful.com.my. - BERNAMA
Pemegang insurans tanggung RM330j
Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju
menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun
belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal
(WSJ).
Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.
Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan
iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta
polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali
sebagai Hull War dan Allied Perils.
“Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans.
Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.
Kuala Lumpur: “Kami yakin sebab utama ialah kegagalan enjin pesawat
berfungsi dan kehabisan minyak menyebabkan pesawat terjunam ke dalam
laut dan kerana itu kami mahu menuntut keadilan untuk penumpang,” kata
peguam utama firma guaman Ribbeck Law Monica Kelly.
Beliau mengulas langkah firma berpangkalan di Amerika Syarikat dan mengendalikan kebanyakan kes kemalangan kapal terbang di seluruh dunia itu memfailkan saman di Mahkamah Chicago, kelmarin dengan menamakan Boeing sebagai defendan pertama dan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai defendan kedua.
Pada sidang media di sini, semalam, Monica berkata, kesimpulan itu
dibuat berdasarkan pengalaman firma berkenaan yang mengendalikan kes
membabitkan kemalangan kapal terbang.
“Kami mewakili sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 227 penumpang dan 10 kabin krew dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan China yang terbabit dalam insiden berkenaan,” katanya.
Menurut Monica, pihaknya yakin setiap penumpang MH370 akan mendapat sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.3 juta).
Bera: “Pulanglah adik...abang rindukan kamu,” kata Adib Adli Syam
Selamat, 35, abang Khairul Amri, 29, seorang daripada penumpang MH370
yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Adib Adli Syam berkata, dugaan itu cukup besar kepada keluarganya, namun mereka tetap berfikiran positif dan menaruh harapan adiknya itu masih selamat.
“Harapan masih ada walaupun tipis. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib
Razak) sudah buat pengumuman MH370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi
kuasa Allah mengatasi semua perkara.
“Selagi tidak nampak serpihan pesawat itu, selagi itu kami berharap. Kami kini lebih tenang dan bersedia menghadapi semua kemungkinan dan takdir Allah,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Kerayong Makmur di sini, semalam.
Khairul Amri adalah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal MH370, menaiki pesawat ke Beijing, China itu atas urusan kerja.
Melbourne: Ratusan ahli keluarga penumpang serta kru penerbangan
MH370 dijangka tiba di Perth dalam beberapa minggu ini, lapor agensi
berita Australian Associated Press (AAP).
Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan China memandangkan sebahagian besar daripada 227 penumpang ialah warga China.
“Masih belum jelas bagaimana, tetapi saya difahamkan ramai anggota keluarga penumpang, terutamanya warga China akan ke Perth untuk berada sedekat mungkin dengan apa yang dipercayai tempat terakhir saudara mereka,” katanya menerusi radio Fairfax.
Pangkalan Udara Pearce di Perth menjadi hub operasi pencarian
pesawat yang pada Isnin lalu disahkan penerbangannya berakhir di kawasan
terpencil di selatan Lautan Hindi. Barnett berkata, selaku kerajaan
negeri, pihaknya akan berusaha membantu dan memastikan segala keperluan
keluarga penumpang MH370 dipenuhi termasuk mengadakan upacara
memperingati mangsa jika perlu.
Sementara itu, Datuk Bandar Perth, Lisa Scaffidi berkata bandar raya itu bersedia menjadi tuan rumah kepada waris penumpang dan kru MH370.
Kuala Lumpur: Sejumlah 12 pesawat terbabit dalam usaha mengesan dan
mengambil objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di
selatan Lautan Hindi, dalam operasi semalam.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataan di sini berkata pesawat terbabit meliputi tujuh milik tentera dan lima milik awam.
“Setakat ini enam negara terbabit dalam operasi iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan,” kata kenyataan itu. Pesawat yang terbabit operasi hari ini ialah sebuah Ilyushin IL-76 dari China, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon (Amerika Syarikat), serta masing-masing satu P3 Orion dari Jepun dan Korea.
“Dua pesawat awam sudah berlepas dari Perth ke kawasan pencarian,
manakala bakinya akan berlepas antara pukul 10 pagi dan tengah hari,”
katanya.
AMSA berkata, seramai 34 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri dari Australia Barat terbabit sebagai peninjau dalam pesawat awam berkenaan.
Sementara itu, sebuah pesawat Jepun jenis P3 Orion sudah kembali dari operasi pencarian namun gagal mengesan sebarang objek di zon pencarian.
Ketua pasukan bantuan bencana Jepun, Masahiko Kobayashi yakin pihaknya mampu membantu mencari serpihan dan menjejaki pesawat MH370 dengan ketibaan pesawat Gulfstream V di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia, petang ini (semalam).
Pihaknya sebelum ini sudah menggerakkan dua pesawat P3 Orian untuk membantu usaha mencari bersama pasukan dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan China di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth.
Menurutnya, pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota itu turut dilengkapi radar, infra merah dan pelbagai peralatan lain.
Kuala Lumpur: Imej satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang
berpangkalan di Perancis berjaya mengesan 122 objek yang dipercayai ada
kaitan dengan pesawat penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan
Hindi.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, objek yang diambil dari satelit Airbus milik Perancis itu sudah diberikan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) untuk dianalisis sebelum diserahkan kepada Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Australia.
Katanya, sebahagian daripada objek yang dikesan satelit itu
berukuran antara satu hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar di
dalam kawasan seluas kira-kira 400 kilometer persegi.
“Serpihan ini ditemui kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. Kita akan meneliti maklumat yang diberikan ini sebelum diserahkan kepada pihak Australia untuk membantu perjalanan operasi di kawasan berkenaan.
“Semua penemuan ini perlu diteliti sama ada berkaitan dengan pesawat MH370 dan ini membawa kita beralih ke fasa baru dalam operasi pencarian,” katanya di PWTC, di sini, semalam.
Kuala Lumpur: Apabila penerbangan MH370 dikatakan terhempas di
selatan Lautan Hindi, penyiasat kini memperhalusi data satelit untuk
mengenal pasti apa yang membawa Boeing 777-200ER itu ke kawasan
terpencil berkenaan sama ada ia sengaja dihempaskan atau adakah ia
terbang menggunakan mod pandu auto hingga kehabisan minyak, kata
seseorang yang rapat dengan pasukan penyiasat Malaysia kepada Wall
Street Journal (WSJ).
“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.
“Dengan jumlah minyak dalam pesawat, adakah ia pergi ke lokasi
paling terpencil? Adakah ia mengambil jalan yang berpusing-pusing?”
katanya.
Analisis data satelit terbaharu mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu kepada suku daripada zon sasaran terdahulu.
Analisis yang sama digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pesawat itu hilang di selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.
“Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans.
PEMANGKU
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuju ke pentas
untuk memberikan sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
semalam.
Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.
Fail saman di Chicago
Beliau mengulas langkah firma berpangkalan di Amerika Syarikat dan mengendalikan kebanyakan kes kemalangan kapal terbang di seluruh dunia itu memfailkan saman di Mahkamah Chicago, kelmarin dengan menamakan Boeing sebagai defendan pertama dan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai defendan kedua.
“Kami mewakili sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 227 penumpang dan 10 kabin krew dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan China yang terbabit dalam insiden berkenaan,” katanya.
Menurut Monica, pihaknya yakin setiap penumpang MH370 akan mendapat sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.3 juta).
‘Abang rindukan kamu...’
Adib Adli Syam berkata, dugaan itu cukup besar kepada keluarganya, namun mereka tetap berfikiran positif dan menaruh harapan adiknya itu masih selamat.
“Selagi tidak nampak serpihan pesawat itu, selagi itu kami berharap. Kami kini lebih tenang dan bersedia menghadapi semua kemungkinan dan takdir Allah,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Kerayong Makmur di sini, semalam.
ADIB (belakang kiri) bersama Khairul Amri (belakang kanan) dan ibu mereka Normah Jaafar, 56, (tengah).
Khairul Amri adalah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal MH370, menaiki pesawat ke Beijing, China itu atas urusan kerja.
Keluarga penumpang dijangka tiba minggu ini
Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan China memandangkan sebahagian besar daripada 227 penumpang ialah warga China.
“Masih belum jelas bagaimana, tetapi saya difahamkan ramai anggota keluarga penumpang, terutamanya warga China akan ke Perth untuk berada sedekat mungkin dengan apa yang dipercayai tempat terakhir saudara mereka,” katanya menerusi radio Fairfax.
Sementara itu, Datuk Bandar Perth, Lisa Scaffidi berkata bandar raya itu bersedia menjadi tuan rumah kepada waris penumpang dan kru MH370.
12 pesawat terbabit operasi di Lautan Hindi
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataan di sini berkata pesawat terbabit meliputi tujuh milik tentera dan lima milik awam.
“Setakat ini enam negara terbabit dalam operasi iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan,” kata kenyataan itu. Pesawat yang terbabit operasi hari ini ialah sebuah Ilyushin IL-76 dari China, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon (Amerika Syarikat), serta masing-masing satu P3 Orion dari Jepun dan Korea.
AMSA berkata, seramai 34 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri dari Australia Barat terbabit sebagai peninjau dalam pesawat awam berkenaan.
Sementara itu, sebuah pesawat Jepun jenis P3 Orion sudah kembali dari operasi pencarian namun gagal mengesan sebarang objek di zon pencarian.
Ketua pasukan bantuan bencana Jepun, Masahiko Kobayashi yakin pihaknya mampu membantu mencari serpihan dan menjejaki pesawat MH370 dengan ketibaan pesawat Gulfstream V di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia, petang ini (semalam).
Pihaknya sebelum ini sudah menggerakkan dua pesawat P3 Orian untuk membantu usaha mencari bersama pasukan dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan China di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth.
Menurutnya, pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota itu turut dilengkapi radar, infra merah dan pelbagai peralatan lain.
Kesan 122 objek
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, objek yang diambil dari satelit Airbus milik Perancis itu sudah diberikan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) untuk dianalisis sebelum diserahkan kepada Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Australia.
“Serpihan ini ditemui kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. Kita akan meneliti maklumat yang diberikan ini sebelum diserahkan kepada pihak Australia untuk membantu perjalanan operasi di kawasan berkenaan.
SARJAN
Samuel Carson anggota Tentera Udara Diraja Australia menganalisis data
dari pesawat AP-C3 Orion dalam pencarian di selatan Lautan Hindi,
semalam.
“Semua penemuan ini perlu diteliti sama ada berkaitan dengan pesawat MH370 dan ini membawa kita beralih ke fasa baru dalam operasi pencarian,” katanya di PWTC, di sini, semalam.
Soalan tanpa jawapan
“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.
Analisis data satelit terbaharu mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu kepada suku daripada zon sasaran terdahulu.
PESAWAT
AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia berlepas dari pangkalan
tentera udara untuk menyertai usaha mencari MH370 di selatan Lautan
Hindi pada awal pagi semalam.
Analisis yang sama digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pesawat itu hilang di selatan Lautan Hindi.
‘Ayah masih hidup’
Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.
“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.
AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.
Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.
Keluarga berharap Andrew hidup
Daniel berkata, biarpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan perkara itu berdasarkan hasil analisis data satelit, keluarganya percaya masih ada harapan. “Apa yang diumumkan Perdana Menteri sama seperti sidang media harian dan masih tiada bukti kukuh menunjukkan pesawat itu terhempas.
“Masih belum dapat disahkan bahawa beberapa serpihan dijumpai di lautan berkenaan mempunyai kaitan dengan MH370,” katanya ketika dihubungi di Sungai Aup, di sini, kelmarin.
Bapa saudara Andrew, Tadon Liang, 74, berkata, pengumuman kelmarin menimbulkan lebih banyak persoalan, namun keluarganya memahami kejadian berkenaan adalah tragedi yang sangat rumit untuk dirungkai.
Katanya, dia berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dapat menemui bukti seperti serpihan pesawat sebelum keluarganya dapat menerima pesawat itu sudah terhempas.
Dalam pada itu, sebuah kain rentang tertulis ‘Tolong Kembali (Please Come Back)’ dilihat di sekitar Rumah Panjang Tamoh dekat sini hasil inisiatif pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Aup termasuk ayat memberi sokongan moral kepada keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan