'Penganjur konsert FMFA boleh dikena tindakan'
Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) 2014
harus dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti mereka gagal mencegah
penyalahgunaan dadah dan alkohol sewaktu berlangsung persembahan di
Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, polis dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu yang meragut enam nyawa warga tempatan, tiga daripadanya wanita, berusia antara 19 hingga 28 tahun.
"Kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan, bersama-sama dengan PBT dan pihak stadium yang telah menyewakan premis berkenaan kepada penganjur," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kajang semalam.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata polis telah mengenalpasti 38 makmal utama dadah di negara ini di mana sembilan daripadanya telah pun diserbu dan peralatannya dimusnahkan.
"Saya tidak mahu beritahu negeri mana dan lokasi mana tetapi tindakan yang dilakukan Sting (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) sudah mengambil kira dari negara mana mereka yang telah mengusahakan makmal ini," katanya.
- Bernama

Ezam dilantik Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan Gaji RM15K
Posted on Tuesday, March 18 @ 21:22:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri
Kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di
Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan media, menyatakan Mohamad
Ezam dilantik sebagai pengarah selepas melepaskan jawatannya sebagai
Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu.
"Tugas utama beliau ialah membantu Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah-langkah transformasi
ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan lebih rancak, bermula
tahun ini dan beberapa tahun akan datang," menurut kenyataan itu.
Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa.
Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada 1996 hingga 1998.
Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan
bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan
Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen
mengenai rasuah.
Ahli UMNO Jangan Marah, Ganjaran Kepada Ezam Akan Membuatkan Wan Azizah Kecundang Di Kajang
Posted on Wednesday, March 19 @ 07:00:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ganjaran kali kedua sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan yang diterima oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Razak, berkuatkuasa 15 Mac lalu, membuatkan ada sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bersungut dan mencebikkan bibir kerananya.
Dengan sebelum ini beliau sudah diberikan jawatan Senator sejak 2010 tetapi khidmatnya yang tidak disambung untuk penggal kedua, diteruskan dengan perlantikan sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan gred jawatan JUSA B membuatkan Ezam yang merupakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim dan bercakap juga "stail sengau" seperti Anwar Ibrahim sehingga hari ini, dilihat mempunyai nilai istimewa di mata Najib.
Nasib dan rezekinya nyata lebih baik berbanding sekian ramai ahli dan pemimpin yang setia kepada UMNO, tidak pernah keluar UMNO dan tidak pernah mencerca UMNO.
Selain Ezam daripada kalangan bekas pimpinan PKR yang mendapat ganjaran kerana meninggalkan PKR dan sanggup memaki-hamun Anwar ialah bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim yang dijadikan Duta Besar ke Indonesia, Zulkifli Nordin diberi peluang bertanding sebagai calon BN di Shah Alam dalam PRU 13 lalu manakala selebihnya ada yang berpeluang berkhidmat dengan beberapa kerajaan negeri dan juga GLC.
Tetapi perlantikan Ezam mendapat lebih perhatian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO kerana sementara beliau diberikan satu demi satu ganjaran, hakikatnya kedudukan Anwar Ibrahim tidak juga goyah dan PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP pula terus mendapat sambutan daripada rakyat.
Jadi apa hebatnya Ezam?
Najib Razak sebenarnya telah membuat perkiraan yang tepat dengan melantik Ezam hanya beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini. Walaupun sekatan Anwar daripada bertanding adalah melalui hukuman mahkamah yang diterimanya, tetapi perlantikan Ezam ini akan terus membuatkan kepimpinan Najib dilihat dinamik, baik hati dah sentiasa ingin maju ke hadapan.
Pengundi Kajang akan sedar dan beralih secara perlahan-lahan kepada mengundi BN. Wan Azizah nampaknya tiada harapan lagi untuk menang di Kajang dan sekiranya Ezam turut berkempen bersama jawatan barunya itu, peralihan undi akan berlaku dengan lebih ketara lagi.
Perlantikan dan kehadiran Ezam akan membuatkan seluruh jentera PKR patah semangat kerana berkotak-kotak bukti mengenai rasuah dan salah laku pemimpin UMNO yang masih dalam simpannnya dan tidak didedahkan sehingga kini, turut membuatkan mereka membayangkan bahawa Ezam juga mempunyai lebih banyak kotak mengenai pemimpin PKR pula.
Akhirnya kempen untuk Wan Azizah menjadi lesu dan disertai dengan gambaran kepimpinan Najib yang terlihat dinamik itu akan membuatkan calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun seperti sedang menunggu rahmat besar menjelang 23 Mac ini sambil sudah boleh membayangkan kedudukan sebagai ADUN Kajang akan menjadi miliknya.
Harus diingat bahawa kemenangan calon BN itu nanti bukan kerana kerja keras Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang setiap hari turun padang, bukan juga kerana kehebatan program penerangan dan pelbagai teori oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan bukan pula kerana penerimaan pengundi terhadap kepimpinan Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor tetapi semuanya adalah kerana kebijaksanaan Najib dalam melantik Ezam itu.
Dengan kemenangan calon BN itu nanti, ia juga menolak teori bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam yang sebelum ini mengatakan penggantian Wan Azizah daripada Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara akan membuat undi simpati lebih melimpah kepada Presiden PKR itu.
Kebijaksanaan Najib berserta aura yang ada pada Ezam akan memintas pendapat dua bekas pemimpin itu, lalu menjadikan teori mereka sebagai "sampah" saja.
Perlantikan Ezam, sebagaimana yang diumumkan juga, akan merancakkan lagi program-program transformasi ekonomi dan kerajaan bagi menghadapi tahun-tahun mendatang yang dipercayai lebih mencabar dan kritikal. Ini sekaligus akan menjadikan ekonomi lebih berkembang dan dapat mengurangkan hutang negara yang sudah mencecah 54 peratus daripada KDNK ketika ini.
Beserta aura dan pengalamannya sebagai Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu juga, Ezam akan dapat membantu Najib dan kerajaan menangani krisis kewangan yang mungkin melanda negara sebagaimana yang sudah diberi peringatan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad semalam.
Secara mudahnya, perlantikan Ezam ini memberikan pelbagai guna dan manfaat kepada UMNO dan negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kualiti dan kelebihan beliau hanya dapat dibaca dan difahami oleh Najib sahaja.
Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang setia, ko ado semua itu...(SH 19/03/2014)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Dari Kajang ke Putra Jaya
Posted on Wednesday, March 19 @ 07:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KAJANG, 15 MAC: Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri memohon pengundi Kajang supaya keluar beramai-ramai pada 23 Mac ini untuk memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, undi untuk Wan Azizah adalah sangat penting supaya Selangor lebih ke hadapan.
“Jangan kita takut untuk membuat keputusan dengan memangkah Wan Azizah, keluarlah beramai-ramai untuk menyokong beliau.
“Undi untuk Wan Azizah adalah undi Kajang dan Selangor yang lebih
maju,” katanya dalam Ceramah Perdana di Taman Kajang Baru, semalam.
Beliau turut mengingatkan penduduk untuk tidak sesekali termakan janji
manis MCA yang sebenarnya mempunyai agenda politik dan bukan untuk
memakmurkan bumi Kajang.
“Jangan kita berikan undi kepada Chew Mei Fun. Kawan saya, Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sudah hentam (kalahkan) beliau
dalam PRU lalu.
“Beliau adalah ‘recycle candidate’ yang datang ke Kajang untuk menegakkan panji-panji MCA, sebuah parti ‘seven eleven’.
“Kita tewaskan mereka dan kekalkan sebagai parti ‘seven eleven’ yang
tidak boleh tutup mulut sehingga hari ini meminta sedekah kepada BN
untuk kembali dalam kabinet,” tegasnya.
“Saya nak beritahu terutama orang melayu yang beragama Islam kalau kita
mahukan keadilan, jangan takut untuk lakukan perubahan. Kenapa perlu
takut pada UMNO? Adakah kalau mereka tidak memerintah, maka semua rakyat
akan mati?
“Di Selangor dan Pulau Pinang, UMNO tidak memerintah tapi kita tidak
lihat seorang pun penduduk mati bergelimpangan. Jadi ini membuktikan
bahawa tanpa mereka rakyat masih hidup, malah lebih bahagia.
“Kita telah membuktikan, pemerintahan PR ternyata lebih maju dan jauh
lebih baik berbanding negeri-negeri yang diperintah BN,” ujarnya.
SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
Batalkan satu lagi pesta liar: Life in Color Malaysia
Posted on Tuesday, March 18 @ 21:13:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.
Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.
Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.
Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.
Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."
NASRUDIN HASSAN
HARAKAH
KUALA LUMPUR:
PAS mengecam penganjuran satu lagi konsert di saat negara baru
dikejutkan dengan insiden kematian enam remaja di konsert Future Music
Festival Asia yang diadakan di Bukit Jalil, 13 dan 14 Mac lalu.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.
"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.
"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.
Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.
Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.
Konsert anjuran Furture Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.
Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.
Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.
Sekaligus, kenyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.
Ekoran itu, siti zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama.
KOTA BHARU: Golongan ulama hendaklah tampil menangkis segala tohmahan dilemparkan pihak musuh yang menyerang Islam melalui internet.
Menteri Besar Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ulama hendaklah melengkapkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi membolehkan mereka menjawab isu dalam media baru sekarang.
“Golongan ulama dan guru pondok merupakan benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan aqidah ummah.
“Sudah sampai masanya ulama menjadi tunggak bagi menangkis penyelewengan aqidah yang disebarkan golongan murtad,” ujarnya pada majlis Ijtima’ Guru-Guru Pondok Seluruh Kelantan di Dewan Teratai hari ini.
Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Shairazi Atiqullah.
Seramai 150 guru pondok menyertai program tersebut yang diadakan di Dewan Teratai.
Pada majlis itu seramai 200 guru pondok menerima sumbangan berjumlah RM200,000 daripada kerajaan negeri sebagai menghargai jasa dan keringat mereka.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, guru-guru pondok bertebaran di seluruh Kelantan tidak pernah mengenal erti penat lelah menyebarkan dakwah Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ajaran Islam yang disebar golongan ulama sejak zaman awal perkembangan Islam di rantau ini begitu mahal nilainya.
Katanya, melalui mereka ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w sampai kepada kita di seluruh pelosok dunia.
Posted on Tuesday, March 18 @ 21:13:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.
Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.
Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.
Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.
Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."
NASRUDIN HASSAN
HARAKAH
Konsert: Selepas 6 remaja mati nak anjur lagi
- Mar 18, 2014
- ANIS NAZRI
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempersoalkan siapa di sebalik penganjuran konsert tersebut, yang dikatakan berkait dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, petang ini, Siti Zailah berkata antara sebab doa itu terhijab adalah kerana maksiat yang berleluasa.
"Di saat seluruh negara bersedih dengan misteri kehilangan pesawat MH370, kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert tersebut kerana pengambilan dadah berlebihan.
"Perlu diingatkan, antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " kata beliau.
Justeru, beliau mengharapkan kerajaan menyatakan siapakah di belakang penganjuran konsert tersebut, selain sejauhmana pemantauan dilakukan kerajaan ke atas konsert tersebut.
Beliau turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April ini di Sepang.
Konsert anjuran Furture Sound Asia dan Zouk itu dikatakan turut disokong Malaysia Major Events Division of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan.
Malah, ia dikatakan turut melibatkan sebuah syarikat arak, Heineken.
Dalam pada itu, Siti Zailah turut menyatakan hikmah di sebalik kehilangan pesawat MH370 apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) menyatakan keluasan perairan kelantan meliputi 20, 000 batu nautika.
Sekaligus, kenyataan APMM itu membuktikan keluasan tersebut berada dalam perairan kelantan sepertimana yang ditegaskan kerajaan negeri kelantan berhubung isu tuntutan royalti dari kerajaan pusat.
Ekoran itu, siti zailah sekali lagi mendesak kerajaan pusat untuk segera melunaskan tanggungjawab membayar royalti minyak keoada kerajaan negeri kelantan yang dinafikan sekian lama.
Ulama perlu tangkis tohmahan di internet
- Mar 18, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO: RIZAL
KOTA BHARU: Golongan ulama hendaklah tampil menangkis segala tohmahan dilemparkan pihak musuh yang menyerang Islam melalui internet.
Menteri Besar Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ulama hendaklah melengkapkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi membolehkan mereka menjawab isu dalam media baru sekarang.
“Golongan ulama dan guru pondok merupakan benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan aqidah ummah.
“Sudah sampai masanya ulama menjadi tunggak bagi menangkis penyelewengan aqidah yang disebarkan golongan murtad,” ujarnya pada majlis Ijtima’ Guru-Guru Pondok Seluruh Kelantan di Dewan Teratai hari ini.
Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Shairazi Atiqullah.
Seramai 150 guru pondok menyertai program tersebut yang diadakan di Dewan Teratai.
Pada majlis itu seramai 200 guru pondok menerima sumbangan berjumlah RM200,000 daripada kerajaan negeri sebagai menghargai jasa dan keringat mereka.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, guru-guru pondok bertebaran di seluruh Kelantan tidak pernah mengenal erti penat lelah menyebarkan dakwah Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ajaran Islam yang disebar golongan ulama sejak zaman awal perkembangan Islam di rantau ini begitu mahal nilainya.
Katanya, melalui mereka ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w sampai kepada kita di seluruh pelosok dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan