Posted on Thursday, March 27 @ 09:15:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Saya sangat setuju dengan tulisan Prof. Ridhuan Tee Abdullah yang disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru berkenaan saranan untuk jangan hidangkan arak dan tutup aurat paramugari kepada MAS selepas tragedi MH370.
Dr Harun Din juga dalam kuliah menyebut perkara yang sama; jangan makan dan minum apa yang haram oleh Allah, jangan melanggar peraturan dan ketetapan Allah kerana semua mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala sehingga kita tak tahu apa yang sepatutnya kita tahu.
Berkenaan dengan arak, timbul pertanyaan jika peraturan antarabangsa memberi hak untuk mereka minum arak dan menghidang arak, kenapa nafikan hak penumpang lain yang sama membayar tambang, untuk tenang dalam penerbangan tidak bergembira dengan suasana arak?
Kita boleh ketap pasal rokok tetapi kita tidak ada pula toleransi pasal arak?
Abdul Jalil Ali dalam Sinar Harian 5 Disember 2013 menulis pasal mabuk dalam kapal terbang, bagaiman 5 orang Turki yang menjadikan kapal terbang seperti bar dengan jenama arak ternama yang dikeluarkan oleh Malaysia!
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
“Allah melaknat Arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangnya, penjualnya, pembelinya, orang yang memerahnya, orang yang mengambil hasil perahannya, orang yang menghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan.” Yang dimaksudkan adalah Allah melaknat zat Arak, agar setiap orang menjauhinya. Boleh pula yang dimaksudkan dengan “Allah melaknat Arak” adalah melaknat memakan hasil upah daripada penjualan Arak
Saya juga tak berapa faham bagaimana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar "syahid akhirat".
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan.
Saya tak persoal keputusan penumpang Islam kerana mereka tak ada pilihan tetapi bagaimana dengan paramugari yang menghidang minuman dilarang Islam dengan pakaian tidak menutup aurat juga syahid akhirat? Macam ini haruslah kerja pamarugari?
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukannya. Sebagai manusia yang patuh kepadaNya kita hanya menjurus kepada yang baik dan Majlis Fakwa lebih arif!
Oleh itu kepimipinan Negara kita yang beragama Islam sebaik-baiknya memikirkan hala tuju, bagaimana perjalanan hidup untuk menjadi lebih baik dan mendapat keredhaan Allah, dengan menghidari maksiat dan mungkar.
Video doa dalam kapal terbang Royal Brunei Airline dan di atas adalah pakaian terkini paramugarinya termasuk yang bukan Islam.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
MAS Berkemungkinan Menghadapi Krisis Kewangan
Posted on Thursday, March 27 @ 09:07:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KUALA LUMPUR 26 Mac - Malaysia Airlines (MAS) telah pun mengalami kemelut kewangan walaupun sebelum kehilangan pesawat MH370.
Dengan krisis besar yang terpaksa ditanggungnya kini, penganalisis berkata tidak mungkin syarikat penerbangan itu dapat mengubah nasibnya dalam masa terdekat.
Syarikat pengangkutan itu perlu berdepan dengan nilai ratusan juta dolar ekoran pembayaran ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa dan penurunan dalam jualan tiket.
Insurans bagaimanapun akan membantu menampung sebahagian daripada kos.
Tetapi MAS, yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.8 bilion telah dihukum di pasaran saham.
Setelah jatuh ke paras terendah 23 sen Isnin lepas, ia kemudiannya naik kembali tetapi jatuh ke paras 23 sen pada Selasa.
MAS yang 70 peratus dimiliki oleh Khazanah Nasional, kali terakhir melaporkan keuntungan pada tahun 2010.
Penerbangan itu pada bulan lepas mencatatkan kerugian suku tahunan terbesar ketika mengumumkan kerugian tahunannya yang telah meningkat kepada RM1.17 bilion dari RM432.58 juta pada 2012.
Angka lebih suram dijangka menanti. Sebanyak €32 juta (RM 145 juta) dan dua tahun telah diambil untuk mencari penerbangan Air France yang hilang pada tahun 2009.
Penganalisis berkata kes ini mungkin akan menjadi lebih mahal dan mengambil masa yang lama.
"Sukar untuk memberi sebarang angka kerana pelbagai operasi mencari masih dijalankan tetapi ia mungkin mencecah ratusan juta dolar," kata Pengarah aeroangkasa dan pertahanan Asia Pasifik Frost & Sullivan Subhranshu Sekhar Das.
Kos operasi mencari ditanggung oleh kerajaan Malaysia, tetapi MAS merancang untuk membayar US $5,000 (RM16,502) kepada setiap ahli keluarga penumpang dan ia mungkin menjadi lebih lagi kerana carian masih berterusan.
Ia juga perlu menerbangkan keluarga ke Perth dan memberikan mereka penginapan.
Selain itu, keluarga juga akan mendapat pampasan dari MAS walaupun pesawat itu tidak dijumpai.
Di bawah satu perjanjian antarabangsa, syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk menanggung sebanyak AS$ 175,000 bagi setiap penumpang sekiranya berlaku bencana.
Jika siasatan menunjukkan syarikat penerbangan itu bersalah angka itu akan meningkat.
Pun begitu masih tidak jelas berapa banyak kos yang akan ditanggung syarikat insurans. Setakat ini, MAS dilaporkan telah menerima AS$100 juta untuk kehilangan Boeing 777.
Penganalisis memberitahu The Straits Times mereka tidak dapat berhubung dengan pengurusan MAS untuk mendapatkan gambaran jelas tentang kesan kewangan yang muktamad tetapi mereka yakin masa yang lama akan diambil untuk perniagaan kembali normal.
"Kebimbangan sekarang terutamanya berkisar kepada kuasa harga dan trafik penumpang MAS. Berdasarkan kes-kes lalu, trafik biasanya terjejas selama tiga hingga lima bulan sebelum pulih," kata penganalisis AmResearch yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Hafriz Hezry.
Seorang lagi penganalisis dari sebuah firma broker Malaysia yang enggan namanya disiarkan berkata terdapat beberapa perkara mungkin berlaku termasuklah MAS akan membuat penurunan harga yang dahsyat.
Namun, ada juga yang melihat MAS sebagai syarikat yang telah mempunyai rekod sejarah yang baik dan penumpang tidak mungkin menjauhi syarikat penerbangan itu buat masa yang lama, terutamanya jika berlaku pengurangan harga.
Malah, agensi pelancongan di sini berkata, mereka tidak pernah melihat penurunan mendadak dalam permintaan untuk tiket MAS.
Chan Brothers dan ASA Holidays berkata mereka tidak mempunyai apa-apa pembatalan atau permintaan untuk menukar penerbangan dari MAS.
Ustaz Liwat Pelajar Tingkatan Satu Ditahan Polis
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:45:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
TERENGGANU - Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.
Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek
dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis
Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz
terbabit.
"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan
perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas
di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan
asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya
hari ini.
Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak
menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru
tersebut.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rosila Nik membenarkan guru berkenaan
direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit
kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Kassim Ahmad ditahan di Kulim
Posted on Thursday, March 27 @ 09:12:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.
Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.
Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.
JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.
Dijangka didakwa esok
Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.
Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.
Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.
Program dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.
Sebuah buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis. - MK

Bila nak hantar Tun Mahathir & DS Najib ke wad psikiatri??
Posted on Wednesday, March 26 @ 13:06:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Lelaki yang diberkas selepas disyaki membaling al-Quran di dua masjid di daerah ini pada 4 Mac lalu kini ditahan di wad pesakit psikiatri, Hospital Besar Kota Bharu Kelantan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 27 tahun dari Kampung Keluang, di sini itu ditahan di hospital tersebut selama sebulan untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, keputusan untuk mendakwa suspek yang dipercayai membaling naskhah al-Quran di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja itu bergantung kepada pemeriksaan pakar perubatan psikiatri nanti.
Kalau baling al Quran disyaki gila??
Bagaimana pula dengan pimimpin negara yang membuang al Quran dalam perlembangaan negara dan kehidupan?
Perlukan membuat pemeriksaan juga?
Saya rasa masej yang saya tulis ini cukup jelas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan