Khamis, 20 Mac 2014

MH370 41

Betul ke? Kedudukan MH370 telah diketahui?
Posted on Wednesday, March 19 @ 23:23:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Saya difahamkan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. Bagaimanapun, sumber tersebut lokasi dan jumlah anggota terbabit adalah menjadi rahsia.

Penghantaran pasukan ini sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara.

Sumber daripada Harian Metro juga menyebut perkara yang sama dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.

Jika benar maklumat ini, banyak persoalan mungkin akan timbul. Siapa yang terbabit, kenapa dan seribu soal akan bermain di kepala. Isu MH370 akan menghantui kita sehingga habis PRK Kajang!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


Bukti Baru Dalam Kokpit Ditemui - perubahan arah diprogramkan 12 minit sebelum terputus hubungan
Posted on Wednesday, March 19 @ 20:36:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .

Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.

"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .

Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."

"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”

Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali, jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan. ~tmi 


 Lelaki misteri dakwa penganalisis kapalterbang
Posted on Wednesday, March 19 @ 20:30:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Wed, Mar 19th, 2014   Lelaki misteri dakwa penganalisis kapalterbang  SEPANG – Gelagat dua lelaki ‘Mat Saleh’ yang asyik memerhatikan dan mencatat butiran pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia yang berlepas dan mendarat di Terimal Utama serta Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mengundang perhatian media yang sedang bertugas di Anjung Tinjau.  Salah seorang daripadanya menggunakan teropong manakala seorang lagi temannya mengambil gambar setiap pesawat berkenaan sejak pagi tadi.  Pemandangan seumpama itu sememangnya biasa di kebanyakan lapangan terbang di mana peminat kapal terbang akan mengambil gambar dan meneliti model pesawat yang mendarat dan berlepas.  Namun apa yang mengundang misteri apabila tumpuan dua lelaki tersebut hanyalah pada pesawat milik MAS dan AirAsia sahaja.  Tambah menghairankan apabila mereka mencatit setiap butiran penting pesawat-pesawat berkenaan termasuk nombor pesawat, model serta masa ia mendarat atau berlepas.  Ketika ditanya pemberita, salah seorang menjawab mereka adalah penganalisis kapal terbang yang baharu tiba dari London pagi tadi dan dijangka meninggalkan Malaysia malam ini juga.  Bagaimanapun mereka menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan penyiasat kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. — MG

SEPANG – Gelagat dua lelaki ‘Mat Saleh’ yang asyik memerhatikan dan mencatat butiran pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia yang berlepas dan mendarat di Terimal Utama serta Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mengundang perhatian media yang sedang bertugas di Anjung Tinjau.

Salah seorang daripadanya menggunakan teropong manakala seorang lagi temannya mengambil gambar setiap pesawat berkenaan sejak pagi tadi.

Pemandangan seumpama itu sememangnya biasa di kebanyakan lapangan terbang di mana peminat kapal terbang akan mengambil gambar dan meneliti model pesawat yang mendarat dan berlepas.

Namun apa yang mengundang misteri apabila tumpuan dua lelaki tersebut hanyalah pada pesawat milik MAS dan AirAsia sahaja.

Tambah menghairankan apabila mereka mencatit setiap butiran penting pesawat-pesawat berkenaan termasuk nombor pesawat, model serta masa ia mendarat atau berlepas.

Ketika ditanya pemberita, salah seorang menjawab mereka adalah penganalisis kapal terbang yang baharu tiba dari London pagi tadi dan dijangka meninggalkan Malaysia malam ini juga.

Bagaimanapun mereka menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan penyiasat kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. — MG 


 Kebanyakan Maklumat Simulator Telah Dipadamkan
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:28:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



simulator
PUTRAJAYA – Kebanyakan maklumat (data log) di  dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie  Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan polis telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad  Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu.
“Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk  menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga tetapi kita melakukan siasatan  paling terperinci berdasarkan beberapa  kemungkinan,” ujarnya. 


 Ya, Saya Kenal Kapten MH370, Kata Wan Azizah
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:26:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KAJANG – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sebenarnya mempunyai kaitan dengan menantunya.

“Ya kenal…(kami) ada kaitan melalui perkahwinan.
“Juga pernah jumpa dalam majlis perkahwinan. Masa jumpa saya tak tahu beliau adalah seorang juruterbang,” katanya ketika berkempen di Pasar Malam Taman Cuepacs di sini, Selasa.
Wan Azizah yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Isnin memberi kenyataan bercanggah apabila berkata beliau tidak mengenai Zaharie.
Malah Wan Azizah turut menyembunyikan fakta bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengenali juruterbang MH370 yang hilang sejak Sabtu minggu lalu itu.
Pengakuan Wan Azizah itu dibuat selepas Anwar mendedahkan di Parlimen bahawa beliau sememangnya mengenali Zaharie dan mengakui juruterbang itu merupakan penyokong tegar PKR.
Sebelum ini The Mail melaporkan bahawa Zaharie merupakan penyokong ‘obsesif ‘ kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang, lapor mStar 


 Waris warga China berang, serbu bilik taklimat
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:22:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian media mengenai perkembangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 selepas diserbu oleh sekumpulan warga China masuk beramai-ramai.

Kumpulan itu mendakwa mereka adalah waris penumpuang pesawat yang hilang itu dan mahu meluahkan kesedihan dan kemarahan kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi hanya mendapat sedikit maklumat mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu. - MK

......

Sedikit kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera “Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat.”
Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.
Mereka ditempatkan dalam bilik sekreteriat sementara waktu. Para media menunggu untuk perkembangan lanjut.

 Imej yang ditemui pakar IT India dipertikai, ia imej tahun 2009
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:20:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




MH370: Imej yang ditemui pakar IT India dipertikai, ia imej tahun 2009
KUALA LUMPUR: Dakwaan seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) India yang dikatakan menemui imej satelit yang kononnya pesawat MH370, telah pun dipertikai.

Terdapat beberapa fakta daripada beberapa ahli forum laman Metabunk yang mengatakan imej tersebut bukanlah imej terbaru dalam pemetaan seperti yang disangkakan.


Menurut seorang ahli forum, Pete Tar, imej pesawat itu merupakan imej sekitar tahun 2009 hingga 2012 dan hanya wujud di lapisan asas pemetaan MapBox.

metabunk1
Imej diperolehi dari laman Metabunk

"Pesawat itu hanya wujud di lapisan asas MapBox, yang bertarikh sekurang-kurangnya dari tahun 2012 atau lebih awal. Ia bukannya imej semasa, dan oleh itu tidak menunjukkan (ianya) MH370," jelasnya.

metabunk2
Imej diperolehi dari laman Metabunk

metabunk3
Imej diperolehi dari laman Metabunk

Katanya, dia telah menyemak koordinat tempat pesawat itu kononnya dilaporkan dikesan iaitu 13.29431,92.99277 di Google Maps, namun tidak menemui sebarang tanda pesawat tersebut.

Bagaimanapun katanya, hasil kajian imej tersebut menunjukkan pesawat itu terbang pada ketinggian yang rendah kerana awan dilihat lebih tinggi dari pesawat, yang mana dia telah berpendapat bahawa ianya salah satu cara ia mengelak pengesanan radar.

Seorang lagi ahli forum, Mick West, turut menyokong pandangan Pete. Katanya imej Google Earth turut membuktikan ia bukan imej baru.

"Ia bukan dalam mana-mana lapisan satelit, ia juga bukan dalam imej QB02, tetapi ia adalah dalam lapisan asas Mapbox," tambahnya.

Dalam sebuah laporan Bernama pada Rabu, seorang pakar IT, Anoop Madhav Yeggina, 29, menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Menurut laporan yang dipetik dari The Hindu itu, Anoop ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

anoop
Imej yang ditemui oleh Anoop

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.- ASTRO AWANI

Tiada ulasan: