Selasa, 25 Mac 2014

MH370 OH MH370 5

Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di Lautan Hindi?
Posted on Tuesday, March 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui - Beijing.
Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya?


Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.
Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.
Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.
Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.
Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.
Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.
Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.
Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini.
Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati.
"Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan," kata Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters.
Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan sama, dan ia dipadankan dengan tepat.
Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin.
Jumlah data - hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap jam atau lebih - bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat.
Mengesan
Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. "Tetapi ia masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian," katanya.
Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan keupayaan untuk mematikan transponder pesawat.
Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada laluan asal.
"Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk mengesan kargo berharga mereka," kata Wood, seorang bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013.

TMI
– 25 Mac, 2014.

 Mas MH370 Yang Terhempas : Waris Di China Mahu Berarak Ke Kedutaan Malaysia
Posted on Tuesday, March 25 @ 15:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Menurut Laporan Reuters Sekumpulan WARIS kepada Penumpang Pesawat Penerbangan Mas MH370 yang DISAHKAN TERHEMPAS di LAUTAN HINDI oleh Pihak Mas tidak BERPUAS HATI dengan Tindakan Malaysia Airlines dan KERAJAAN Malaysia MENANGANI Isu KEHILANGAN Pesawat tersebut. Waris Penumpang MENGANCAM untuk BERARAK ke Kedutaan Malaysia di Beijing.


Dikatakan Seorang daripada Waris Penumpang Pesawat Mas yang Terhempas telah membaca KENYATAAN MENGUTUK Kerajaan Malaysia, yang antara nya mengatakan PASUKAN TENTERA dan Pihak Mas TERUS MENERUS cuba MELENGAH-LENGAHKAN serta MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN serta cubaan MEMPERDAYA Waris Penumpang dan Seluruh Dunia.
Kenyataan tersebut DIMUAT NAIK di satu LAMAN BLOG CHINA oleh "Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370". Waris Penumpang dikatakan akan Berarak Menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa bagi MEMBANTAH, NUNTUT KEBENARAN serta MEMULANGKAN ANGGOTA KELUARGA mereka.
Satu TUNTUTAN yang MUSTAHIL untuk DIPENUHI oleh Pihak Mas dan Kerajaan Malaysia, macam mana nak Penuhi Tuntutan tersebut sedangkan Pesawat Mas MH370 telah DISAHKAN TERHEMPAS di Lautan Hindi oleh Pihak Mas dan Kerajaan Malaysia. Memang gua Faham Perasaan Waris Penumpang tersebut yang SUKAR untuk Menerima KENYATAAN.
Ditambah lagi dengan Kenyataan dari Pihak Mas dan Kerajaan Malaysia yang adakala nya BERCANGGAH antara satu sama lain. Ya lah sekejap BUAH MANGGIS lepas tu BATTERY dan kemudian nya KOMPENAN RADIO, seorang Menteri kata Rumah Kapten telah DISIASAT kemudian seorang lagi Menteri NAFIKAN pulak. Ini yang membuat Waris Penumpang SANGSI beb.
Seolah-olah ADA SESUATU yang DISEMBUNYIKAN dari Pengetahuan Waris Penumpang, mungkin ada Perkara-Perkara yang TERPAKSA disembunyikan dari Waris penumpang dan Pengetahuan Umum. Tetapi biar cara membuat Kenyataan nampak tidak Bercanggah antara satu sama lain, baru lah Waris Penumpang serta Masyarakat tidak CURIGA dan SANGSI dengan Kenyataan yang dikeluarkan.
Apa-apa pun itu lah Kenyataan yang Pihak Mas dan Pihak Kerajaan Malaysia kena Terima iaitu DICURIGAI serta DISANGSIKAN setiap Kenyataan. Bertambah MENCURIGAKAN bila Pihak Wartawan seolah-olah di kehendaki AKUR sahaja dengan setiap Kenyataan dari Pihak terbabit. Mungkin kalau dengan Wartawan Malaysia BOLEH LAH tapi dengan Wartawan Luar Negara BOLEH KE ?. sumber klik disini
hemmmmm..... ucapan akziah buat waris-waris penumpang dan waris-waris anak kapal pesawat mas mh370, berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul. jangan pulak pihak mas dan pihak kerajaan malaysia hendak mengguna pakai kata-kata tersebut setelah selalu membuat kenyataan yang sangsi.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Tuesday, March 25 @ 15:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 Bahasa Ko-Pilot Mendedahkan Dia Sedang Mengawal & Menyelamatkan MH370
Posted on Tuesday, March 18 @ 19:59:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.


Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.

Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan? 

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek! 

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. 

Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.

Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan. 

Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera. 

Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.

Abu Syifattp://www.al-azharrisiddiq.com


 Bukti Baru Dalam Kokpit Ditemui - perubahan arah diprogramkan 12 minit sebelum terputus hubungan
Posted on Wednesday, March 19 @ 20:36:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .

Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.

"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .

Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."

"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”

Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.

Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.

Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali, jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan. ~tmi


 Rakan Kapten Zaharie dedah email perbualan mengenai simulator
Posted on Friday, March 21 @ 10:22:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Rakan Kapten Zaharie dedah email perbualan mengenai simulator
Perbualan email yang didedahkan
KUALA LUMPUR: Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.


Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas. _ASTRO AWANI


 Putrajaya mungkin tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu, kata pakar penerbangan
Posted on Thursday, March 20 @ 14:55:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan.

Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13.
"Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu.

"Pihak tentera tidak mahu kelihatan buruk di negara sendiri. Saya fikir ada banyak insentif untuk tentera mereka untuk menutup kesilapan sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam artikel tersebut tidak ada bukti tentang sesiapa yang tahu di mana pesawat itu, manakala tekanan daripada keluarga para penumpang dan anak kapal yang menuntut jawapan terus meningkat.

TMI
– 20 Mac 2014.


 Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia
Posted on Tuesday, March 18 @ 13:23:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.

Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu.


Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai “satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga”.
Sumber laman web itu berkata: “Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.”.
Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.


 Kapten Nadira Ramli Kekasih Co-Pilot MH370
Posted on Tuesday, March 18 @ 06:05:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Dalam keadaan nasib para penumpang MH370 yang masih belum diketahui sampai ke hari ini, pihak yang paling bersedih sudah tentulah waris, keluarga dan insan tersayang penumpang terbabit.

Salah seorangnya adalah teman wanita pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27.

Nadira Ramli bukanlah artis pujaan ramai namun kini beliau menjadi perhatian media kerana hubungan cinta beliau dengan Co-Pilot MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu.
Seperti insan bercinta yang lain kehilangan MH370 yang melibatkan kekasihnya membuatkan beliau tidak keruan dan susah hati.

Nadira Ramli, 26, yang merupakan juruterbang pesawat Air Asia dikatakan telah diberi cuti selama sebulan oleh majikannya bagi menenangkan perasaan dan mengikuti perkembangan semasa pencarian pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas. Dikhabarkan, Nadira kini sentiasa berada bersama ibu Fariq sambil menanti berita tentang insan yang mereka sayangi itu.

Difahamkan, Fariq dan Nadira yang mula berkenalan di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sudah bersama selama sembilan tahun. Pasangan ini juga sudah ke peringkat mahu mengakhiri hubungan mereka di jinjang pelamin sebelum insiden yang menggemparkan negara ini berlaku.

Nadira merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim yang turut merupakan juruterbang kanan di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) manakala Fariq, merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ab.Hamid Md Daud.

Diharapkan Nadira dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 terus bersabar menanti khabar tentang pesawat ini. Kesemua rakyat Malaysia turut mendoakan kesudahan yang baik bagi mengakhiri penantian kita sejak lebih semingggu yang lalu.




 Tiada Unsur Rasuah Dua Warga Iran Guna Pasport Curi MH370 – SPRM
Posted on Tuesday, March 25 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



mh370-iran
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah berhubung pelepasan dua warga Iran yang menggunakan pasport curi negara Itali dan Austria menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati tiada elemen rasuah berlaku semasa pemeriksaan dua penumpang warga Iran itu dengan agensi kerajaan Malaysia, iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Bagaimanapun kita mendapati kedua-dua mereka (dapat menaiki pesawat) disebabkan dasar negara yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan yang cepat dalam pemeriksaan pelawat luar negara.
“Justeru kita menyarankan agar pihak kerajaan turut menitikberatkan aspek keselamatan juga untuk mengelak kejadian itu berulang dan tidak mengutamakan aspek perkhidmatan berorientasikan pelanggan,” katanya dalam sesi taklimat ’Berwibawakah SPRM’ di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Beliau juga berkata agak mustahil bagi pihak imigresen memeriksa pasport di dalam rangkaian Interpol yang mempunyai data 40 juta pasport hilang dalam tempoh yang singkat.
Pesawat MH370, yang hilang sejak tiga minggu lalu, telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Sehingga kini nasib penumpang dan anak kapal pesawat itu tidak diketahui kerana pesawat berkenaan belum ditemui biarpun operasi mencari dan menyelamat telah diperluaskan ke koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika.
Pihak polis dan Interpol mengenal pasti rakyat Iran itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, masing-masing menggunakan pasport warga Austria dan Itali, yang dilaporkan hilang di Thailand, beberapa tahun lepas.
Pouria Nour dan Delavar Syed dipercayai dalam perjalanan ke Jerman untuk mendapatkan perlindungan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.
Ditanya sama ada SPRM boleh mengambil tindakan atau memulakan siasatan dalam kes kebocoran maklumat mengenai perbualan juruterbang dengan pengawal trafik udara (ATC) seperti yang dilaporkan akhbar luar negara, Daily Telegraf, United Kingdom, beliau berkata siasatan hanya boleh dilakukan SPRM selepas siasatan dalaman dijalankan oleh pihak atasan ATC.
“Jadi biar mereka buat siasatan dalaman terlebih dahulu, jika ada elemen rasuah mereka boleh rujuk dengan kami (SPRM), jika tidak mereka hanya ambil tindakan dalam lingkungan pertubuhan itu sahaja,” katanya.
Menurutnya, kesalahan membocor maklumat kerajaan adalah di bawah kesalahan Akta Rahsia Rasmi dan tertakluk dalam bidang kuasa polis.- BERNAMA.

 Kesan Palet Kayu Kargo, Tali Pengikat
Posted on Tuesday, March 25 @ 14:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




PERTH – Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) melaporkan sebuah palet kayu kargo dan tali pengikat dikesan di Lautan Hindi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), semalam.
Penyelaras operasi pesawat AMSA, Mike Barton berkata, objek tersebut ditemukan oleh sebuah pesawat awam yang membantu mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 16 hari lalu.


“Maklumat yang kami terima adalah penemuan sebuah palet kayu kargo dan beberapa tali pengikat yang mempunyai warna dan panjang berbeza.
“Kami (AMSA) cuba mencari semula objek itu, tetapi gagal menemukannya,” kata Barton.
Menurut Barton, SAR hari ini yang masing-masing melibatkan empat pesawat tentera dan awam akan kembali semula ke kawasan itu untuk mencari objek berkenaan.
pallet-1024x768Jelas beliau, pakar penerbangan juga berpendapat bahawa palet kayu itu biasanya digunakan oleh syarikat penerbangan untuk membungkus barangan sekali gus boleh menjadi petunjuk kuat merungkai kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
“Palet itu biasanya akan dimasukkan ke dalam bekas lain dan dimuatkan ke dalam pesawat. Bagaimanapun, palet seperti itu juga digunakan dalam industri perkapalan.
“Tali yang dikesan itu boleh jadi barangan lain. Oleh itu, sehingga kami menemui semula dan meneliti objek itu, amat sukar untuk mengesahkan sama ada objek itu mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak,” katanya.
Tambahnya, operasi secara teratur akan diteruskan di kawasan laut seluas 59,000 kilometer persegi untuk mencari barangan besar yang dikesan oleh imej satelit pada 16 dan 18 Mac lalu.
Katanya, operasi sebelum ini yang bergantung kepada bacaan radar kini beralih tumpuan kepada penemuan visual yang dikesan dalam imej satelit.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan dari ketinggian yang lebih rendah berbanding satelit dengan keadaan cuaca dan jerebu telah menyukarkan pasukannya untuk membuat carian.
“Cuaca hari ini tidak sebaik semalam, dengan kabus laut dan awan yang rendah menghalang pencarian pagi ini. Tahap penglihatan jelas dan saya berharap operasi ini berjalan dengan baik. Namun, cabaran utamanya adalah kawasannya yang terpencil.
“Pesawat itu beroperasi secara maksimum. Pada 2,500 km, mereka beroperasi pada had ketahanan penerbangan dan hanya mempunyai masa singkat satu hingga dua jam di kawasan carian dan perlu berpatah balik,” katanya. – AFP


Tiada ulasan: