Isnin, 31 Mac 2014

BERBELIT2....JANGAN TERBELIT DIRI....DAH

Terkini MH370 : Najib Tak Kata Yang Pesawat Tersebut Terhempas kata Hishamuddin
Posted on Monday, March 31 @ 23:05:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Yang kata Pesawat tersebut TERHEMPAS adalah PERSEPSI Orang bukan nya Cakap dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Najib Wassatiyah, mungkin itu lah Maksud kata-kata dari Sepupu Sepapat Sepepet Najib, yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishamuddin yang Tertidur sewaktu Pesawat Mas MH370 dikesan Berpatah Balik oleh RADAR... kah kah kah !.


Menurut Hishamuddin "Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib dalam PENGUMUMAN pada 24 Mac lalu LANGSUNG Tidak Menyebut bahawa yang Penerbangan itu telah TERHEMPAS atau pun TIADA YANG SELAMAT. Dakwaan itu Sangat Tidak Betul, Perdana Menteri hanya MENGUMUMKAN bahawa Penerbangan tersebut BERAKHIR di Tengah Lautan Hindi, berdasarkan ANALISIS ke atas DATA yang diperolehi"

Macam mana lah Hishamuddin tu boleh MENTAFSIRKAN Perkataan yang telah keluar dari MULUT LONGKANG Sepupu beliau walaupun berbunyi "BUKTI-BUKTI yang sedia ada MENCADANGKAN KEDUDUKAN TERAKHIR Pesawat Mas MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, di Sebelah Barat Perth, Australia. Tempat ini adalah Lokasi Terpencil, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN ".
"Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu Perkara tersebut kepada ANGGOTA KELUARGA PENUMPANG dan ANAK KAPAL Pesawat yang Hilang itu. Beberapa Minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu Berita itu tentu SUKAR diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini". baca sini
Apakah Perkataan Jauh Dari Tapak Pendaratan Yang Mungkin adalah bermaksud Pesawat Telah Mendarat Diatas Air Lautan Hindi dengan Selamat ke Hishamuddin oiii... tak cukup dengan itu keluar lagi dari Mulut Longkang Sepupu Sepapat Sepepet lu yang mengatakan akan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan berkenaan SOLAT JENAZAH GHAIB.
Untuk apa Solat Jenazah Ghaib tersebut dibuat Hishamuddin oiii... untuk SUKA-SUKA ke beb, tak cukup dengan itu buat pulak USUL di Parlimen sambil ucapkan TAKZIAH. Mana Mungkin setelah Pesawat Digambarkan sebagai BERAKHIR Penerbangan nya di Pertengahan Lautan Hindi, tapi lu pulak nak kata yang Sepupu lu tu tak cakap pun bahawa Pesawat tersebut Terhempas.
Memang lah Sepupu lu tu Tak Kata pun yang Pesawat tersebut Terhempas tapi apakah beliau ada mengatakan yang Pesawat tersebut SELAMAT MENDARAT di atas Air Lautan Hindi. Kalau ya pun nak MENYOKONG Sepupu lu yang SUDAH KANTOI tu AGAK-AGAK lah beb, lu kena ingat yang RANKING lu tu baru aje nak Naik. Jadi jangan buat lagi KERJA BODOH BIN BAHLUL.
Naik nya Ranking lu diantara Naib-Naib Presiden Umno hanya kerana SIDANG MEDIA aje bukan kerana kerja lu sebelum ini, hingga melupakan KEGAGALAN sebenar lu sebagai Menteri Pertahanan yang MEMBIARKAN Pesawat yang TIDAK DIKENALI Melintasi Ruang Angkasa Negara walaupun Radar telah menunjukkan sesuatu. Ada Faham ka Hishamuddin... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... kalau setakat menjawap soalan dari wartawan penchacai angkat najis yang berbunyi datuk seri datuk seri, apakah datuk seri bersetuju atau pun tak bersetuju dengan bla bla bla bla... boleh membuat ranking beliau naik maka1 dunia boleh ketawa beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, March 31 @ 23:05:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Rafizi Nasihati Belia Kahwin Sebelum April 2015
Posted on Monday, March 31 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PETALING JAYA:Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.

“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.

Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.

“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.


 Bukti.. dan petunjuk baru.. “MH370
tergantung di awan” - Najib Razak
 
Posted on Monday, March 31 @ 22:50:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan "terhempas atau tiada yang terselamat" semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi 24 Mac lalu.


Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.

Najib hanya sebut perkataan "ended" di lautan Hindi tidak menyebut 'crash' atau 'no survivors'. Maknanya kapal terbang MH370 tergantung di situ. Tak jatuh terhempas walapun kehabisan minyak??

Kalau kita faham sama dengan pendapat BOMOH GILA yang kata kapal terbang tergantung di tiga negara!!



Saya rasa setelah 24 hari tak jumpa cari.. semua orang mula nak jadi gila! Paling awal jadi gila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar "syahid akhirat".

Hari-hari kita baca yasin dan al fatihah.. mati syahid tapi tak boleh solat jenazah.

Sebelum ini wartawan Perancis tanya Hishammuddin "Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?" ...


Wartawan wanita dari Perancis ini membuatkan Hishamuddin Hussein kelihatan terpegun dalam sidang media tersebut.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from,"  jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak kat dia.



Nampaknya imej Najib makin merundum..


TEMPAYAN RETAK

http://tempayanretak.blogspot.com/
Pengurusan Jenazah Orang Yang Hidup 
Dengan HIV (ODHA)
 
Posted on Monday, March 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Artikel

Apabila seseorang ODHA telah meninggal dunia, masih ramai yang mengandaikan bahawa kononnya jenazah mereka akan dimandikan dengan cecair sodium hypochloride (Clorox) yang akan menyakitkan dan mengaibkan jenazah, serta mendatangkan aib kepada ahli keluarga.
Mungkin mereka membayangkan bahawa jenazah ODHA akan dimandikan dengan cecair sodium hypochloride semata-mata atau jenazah akan dicelup ke dalam tong sodium hypochloride tersebut.


Itu SILAP besar. Campuran cecair sodium hypochloride tidak mampu membunuh virus. Ianya cuma berfungsi untuk membasmi kuman.
Salah faham tersebut adalah antara faktor yang menyebabkan ODHA yang baru didiagnos merasa sangat tertekan, enggan menjalani rawatan, dan seboleh mungkin merahsiakan status kesihatan mereka.
Mari fahami bahawa pengurusan jenazah ODHA dikategorikan sebagai PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO.
Apakah yang dimaksudkan sebagai PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO?
Pengurusan Jenazah Berisiko lebih kepada Standard Of Procedure (SOP) langkah-langkah pencegahan terhadap jangkitan kuman dan bakteria melalui cecair badan dan udara. SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO bukanlah susah dan tidak khusus kepada ODHA sahaja.

Contoh jenazah berisiko?
Antara beberapa contoh JENAZAH BERISIKO adalah jenazah yang telah beberapa hari dijumpai mati disebabkan oleh kes-kes jenayah, kemalangan jalan raya, bunuh diri, mati terbakar, dan memerlukan bedah siasat (post mortem). Jenazah begini biasanya perlu diuruskan dan dikebumikan dengan segera.
Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan
Selain itu, terdapat juga jenazah yang meninggal dunia disebabkan oleh pelbagai jangkitan yang tersebar melalui udara dan cecair badan. Kesemuanya memerlukan SOP yang sama.
Ianya juga bertujuan untuk memelihara aib jenazah, keselamatan pihak yang menguruskan jenazah, kesihatan awam, dan memudahkan ahli kariah menguruskan pengkebumian.
Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan
Jangan kita fikir semua keadaan jenazah adalah sempurna dan sama sahaja. Jika kita mempunyai pengalaman menguruskan jenazah ahli keluarga yang telah dibedah siasat, meninggal dunia semasa menjalani pembedahan besar dan akibat kemalangan ngeri di jalan raya , tentu kita tahu keadaan tubuh jenazah sebegini. Sekalipun luaran kelihatan sempurna, organ dalamannya berkemungkinan telah mereput dan terdapat lelehan cecair badan.
Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan
Selain itu, JENAZAH BERISIKO ada yang telah terbiar selama berminggu-minggu, berbau, berkudis, mereput, berulat, dan keadaan fizikal yang mengerikan. Ianya juga adalah untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar.
Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan
Maksudnya, jenazah ODHA berisiko menjangkitkan HIV kepada orang lain?
SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO bukan disebabkan oleh risiko jangkitan HIV. Virus akan mati apabila ODHA telah meninggal dunia dan jangkitan HIV cuma boleh berlaku dari dalam tubuh ke dalam tubuh orang yang masih hidup. HIV tidak akan berjangkit jika virus berada di luar tubuh.
Masalah timbul apabila ada sebahagian ODHA meninggal dunia dalam keadaan imuniti tubuhnya lemah dan berisiko terhadap jangkitan penyakit bawaan pathogen

Lebih-lebih lagi jika ODHA tersebut meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan penyakit influenza, kencing tikus (leptospirosis), adenovirus (virus yang mudah tersebar melalui sentuhan dan udara), dan jika terdapat lelehan cecair badan yang boleh dan mudah menyebabkan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh pathogen. 

Sebahagian kecil ODHA pula ada yang terbiar dan meninggal di jalanan dan telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit opportunistic. Oleh itu SOP tersebut perlu dilaksanakan.
Apa yang dimaksudkan dengan pathogen?
Pathogen adalah organisme atau mikroorganisme. Ianya merupakan agen yang menyebabkan berlakunya jangkitan kepada organism lain. Secara perubatannya, pathogen berkemampuan menyebabkan seseorang dijangkiti penyakit-penyakit tertentu. Penyakit-penyakit akibat pathogen diistilahkan dengan pathogenesis.
Situasi ini turut berlaku di hospital-hospital di seluruh dunia tanpa kita sedari. Petugas perubatan yang bergerak daripada seorang patient ke patient lain menyediakan ruang kepada pathogen untuk berjangkit. Ini yang dinamakan Hospital Acquired Infection (HAI).
Contoh agen pathogen adalah bakteria, virus, fungus/kulat, parasit, prion, dan pelbagai lagi mikroorganisme. Jika jangkitan berlaku di luar hospital, kita istilahkannya sebagai nosocomial.
Jangkitan nosocomial yang paling kerap ditemui ialah pada urinari (berkaitan saluran kencing) dan pelbagai jenis pneumonia (radang paru-paru).
Itu tujuan sebenar SOP JENAZAH BERISIKO?
Ya, kerana jangkitan melalui udara, najis manusia atau haiwan, sentuhan, dan cecair badan bawaan pathogen lebih mudah tersebar. Diulang sekali lagi, walaupun dalam jenazah atau mayat ODHA terdapat HIV sebelum kematian, ianya tidak tersebar selepas kematian dan di luar tubuh. 
Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada pathogen, ianya mendedahkan diri mereka sendiri kepada risiko jangkitan pelbagai jenis penyakit, dan menjadi agen penyebar jangkitan kerana individu tersebut bebas bergerak, bersin, terbatuk dan mungkin menghampiri atau menyentuh mana-mana individu lain yang ketahanan badan atau sistem imunnya rendah. Maka kemungkinan risiko jangkitan sentiasa berlaku.
  
Info tambahan:
Mikroorganisme pathogen mengandungi pelbagai bakteria atau virus merbahaya yang boleh hidup di dalam tubuh manusia selepas kematian dan boleh berjangkit melalui pelbagai cara yang disebutkan tadi.
Apakah hak-hak pengendali jenazah menjaga keselamatan diri dan dan orang lain?


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah, ayat 195)
“Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh pula membahayakan diri orang lain.
(al-Hadith)
Apakah antara SOP pengendalian atau PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO?
Antara SOPnya ialah pihak yang memandikan jenazah mesti memakai sarung tangan (gloves), penutup mulut, dan boot getah, menjirus jenazah dengan bilasan air bercampur cecair sodium hypochloride 10%. Secara mudah, nisbah campurannya adalah 1/10.
Masukkan jenazah ke dalam beg plastik khas jika perlu seperti apabila terdapat cecair badan yang meleleh tanpa henti dengan banyak seperti darah, nanah, mayat reput atau relai, bau yang terlalu kuat, dan banyak anggota badan yang telah teruk bersepai.
Perlu difahami bahawa semasa memandikan jenazah (sama ada ODHA atau bukan ODHA), memang SOP inilah yang sebaik-baiknya digunakan untuk membasmi kuman yang mungkin terdapat pada setiap jenazah.
Pihak yang menguruskan JENAZAH BERISIKO adalah terlatih dan dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Di samping mesti berhati-hati menjaga kebajikan diri mereka, pengurus jenazah perlu tahu menjaga adab-adab pengurusan jenazah dan tidak akan mendedahkan aib.
Jika JENAZAH BERISIKO dibenarkan untuk diuruskan oleh ahli kariah, pengurus terlatih mewakili pihak KKM akan hadir memantau hingga selesai urusan pengkebumian.
Bagi jenazah ODHA dalam keadaan sempurna dan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa seperti diabetes, kegagalan fungsi jantung, dan darah tinggi, SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO tidaklah terlalu ketat. Tiada masalah untuk disentuh, dilihat, atau dicium oleh ahli keluarga rapat buat kali terakhir. 
SOP JENAZAH BERISIKO dapat melindungi maruah ODHA kerana bukan semestinya jenazah ODHA sahaja diuruskan sedemikian.
Masyarakat mesti JELAS dengan maksud "PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO". Kewajiban memelihara aib dan tanggungjawab fardhu kifayah bukan mainan. Apa hukumnya memfitnah jenazah yang tidak mampu membela diri?
ODHA pula tidak perlu paranoid.
Bukti atau Statistik?
Setakat ini, belum ada statistik menunjukkan pengendali jenazah yang terkena
jangkitan bawaan pathogen daripada jenazah yang berpenyakit. Apatah lagi jangkitan HIV yang kononnya berpunca daripada atau kerana pernah menguruskan  jenazah ODHA. Namun begitu, sekecil mana pun risiko jangkitan akibat pathogen, kita perlulah mengambil segala langkah berhati-hati.
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM SECARA UMUM
Fardhu kifayah bagi menyempurnakan jenazah termasuk:
* Memandikan
* Mengkafankan
* Menyembahyangkan
* Mengkebumikan
Penyediaan peralatan pengendalian jenazah:
* 2 pasang sarung tangan getah (surgical gloves)
* Sarung tangan kain
* Apron plastik
* Alat pelindung hidung dan mulut
* Kasut but getah (digalakkan)
Alatan memandikan jenazah:
* Air mutlak
* Bekas air / baldi
* Takungan mandian jenazah
* Kain penutup jenazah
* Gunting atau pisau
* Air mawar
* Kapur barus
* Daun bidara
* Serbuk cendana
* Kapas
* Penapis atau kain kasa
* Putik kapas / sugi
* Beberapa gayung
* Dulang
Peralatan mengkafan jenazah:
* Kain putih
* Pakaian jenazah
* Tali
* Gunting
* Kapas
* Serbuk cendana / kapur barus / minyak wangi
* Piring / dulang
* Tikar
Cara memandikan jenazah:
* Menggunakan sarung tangan.
* Disalinkan dengan kain yang mencukupi.
* Pastikan air diratakan diseluruh badan jenazah dan tiada halangan seperti plaster, pewarna kuku dan sebagainya.
* Diwudhukkan.
* Disunatkan didahulukan dimandikan dari sebelah kanan.
* Dimulakan dengan air bidara dan gosok pada setiap anggota badan.
* Bersihkan najis pada rongga yang terbuka.
* Jirus dengan air mutlak ke seluruh badan dan ratakan.
* Pastikan air mandian dialirkan ke longkang.
* Lapkan jenazah dan salinkan dengan kain yang bersih dan dibawa ke tempat mengkafan.
Mengkafankan jenazah:
* Letakkan jenazah di tempat yang telah disediakan kain kafan.
* Letakkan kapas pada bahagian anggota tubuh terutama di bahagian anggota sulit.
(Jenazah yang ada luka ditambah kapas pada bahagian tersebut. Bagi jenazah yang mengalami luka yang berdarah, elok dilapiskan dengan plastik nipis.)
PROSEDUR PENGENDALIAN JENAZAH BERISIKO TINGGI
Persediaan terbahagi kepada 3 peringkat:
* Persediaan tempat dan kakitangan yang terlibat dalam urusan pengendalian sebelum terima jenazah.
* Prosedur semasa mengendalikan / memandikan jenazah.
* Prosedur selepas jenazah disempurnakan.
Prosedur pengendalian mayat berisiko tinggi:
* Pastikan status kita mestilah sihat. (Mereka yang tidak sihat kemungkinan mendapat jangkitan pathogen adalah tinggi).
* Pastikan anggota badan terutama tangan tidak ada luka atau cedera.
* Sebaik-baik mereka yang mengendalikan jenazah telah mendapat imunisasi.
* Pastikan kuku sentiasa pendek supaya tidak mencederakan jenazah atau boleh mengumpulkan kotoran daripada jenazah tersebut.
* Menggunakan Personal Protective Equipment (PPE).
* Jumlah mereka yang terlibat hendaklah dikurangkan.
* Semua pakaian dan apa-apa bahan yang terlekat di badan hendaklah ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik yang dikhaskan.
* Siramkan mayat dengan air yang bercampur dengan sodium hypochloride 10% di seluruh badan.
* Cucian pada rongga yang terbuka hendaklah menggunakan peralatan khas seperti forceps atau putik kapas.
* Rongga tersebut hendaklah ditutup dengan kapas yang telah direndam dengan sodium hypochloride 10%.
* Jika ada kudis atau luka, hendaklah ditutup dua lapis dengan kapas atau gauze yang telah direndam dengan sodium hypochloride 10%.
* Setiap lapisan kain kapan hendaklah disembur dengan sodium hypochloride sebanyak 10%.
* Jika perlu boleh ditambah dengan 1 lapisan plastik bagi lapisan kedua terakhir.
* Setelah selesai hendaklah dimasukan ke dalam beg plastik khas.
Perhatian:
Waris dibolehkan melihat tetapi tidak digalakkan untuk menyentuh atau mencium mayat. (Bergantung kepada kondusi kesihatan jenazah sebelum kematian).
PROSEDUR DAN INFO UMUM YANG PENTING
Seksyen 329: Kewajipan Pegawai Polis Menyiasat Kematian

Tiap-tiap Ketua Polis yang menerima maklumat:
(a) Bahawa seseorang itu telah membunuh diri;
(b) Bahawa seseorang itu telah dibunuh oleh orang lain atau dibunuh oleh binatang, atau jentera atau mati kerana kemalangan;
(c) Bahawa seseorang yang telah mati dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah bahawa orang lain telah melakukan suatu kesalahan;
(d) Bahawa mayat dijumpai tetapi tidak diketahui akan sebab-sebab kematiannya atau; bahawa seseorang telah mati secara mengejut, hendaklah seberapa segera menyampaikan maklumat ini kepada Ketua Polis Daerah.
Seksyen 328: Erti Kematian
Sebab kematian termasuklah bukan sahaja sebab kematian yang nyata yang boleh ditentukan melalui pemeriksaan atau post mortem terhadap badan si mati itu, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan suatu pendapat dibuat bagaimana si mati itu menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau kecuaian yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana orang lain.
(AHP Pie - Contoh kes: Si A dijumpai mati terbakar di dalam kereta akibat kemalangan jalan raya. Tetapi setelah bedah siasat dijalankan, didapati sebab sebenar si A mati adalah kerana beliau menjadi mangsa pembunuhan sebelum kejadian kemalangan.)
  
Pembuangan sisa buangan
Semua bahan buangan hendaklah dimasukan ke dalam beg plastik (kuning). Seelok-eloknya dua lapisan dan diikat, dibakar atau ditanam.
Semasa memandikan jenazah:
* Lakukan secara lembut dan jangan tergopoh-gapah.
* Pastikan tiada percikan cecair jenazah atau mayat terkena pada bahagian anggota badan mereka yang mengendalikan jenazah.
* Jangan terlalu ramai mengendalikannya dan jika terkena percikan, tidak perlu panik, cuma perlu dicuci dengan segera.
Kesimpulan
Jenazah ODHA memang dikategorikan dalam kumpulan JENAZAH BERISIKO, tetapi anda perlu faham maksud JENAZAH BERISIKO dengan tepat terlebih dahulu untuk mengelakkan stigma, diskriminasi, judgemental, paranoia, dan fitnah.
Salah faham menyebabkan semua ahli kariah menanggung dosa dan akibatnya menyebabkan jangkitan HIV semakin meningkat apabila ODHA enggan menjalani rawatan akibat pelbagai tekanan yang sepatutnya tidak berlaku. Tekanan dan aib turut ditanggung oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka (affected people).
Pembaca juga perlu faham perbezaan antara PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO dengan PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO TINGGI. Jika masih kabur, aku sarankan ahli keluarga atau waris kepada ODHA meminta pihak hospital menguruskan jenazah. Pihak KKM sedia maklum SOP tersebut dan setelah selesai, barulah jenazah dibawa pulang untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Berdasarkan pengalaman peribadi, para pengendali jenazah sendiri biasanya terus sahaja menyembahyangkan jenazah tersebut di bilik mandi mayat hospital setelah selesai urusan memandikan. Hebat dan besar sungguh ganjaran pahala untuk mereka.
Simple, bukan? Itu sahaja. Moga ada manfaatnya kepada semua.
Sumber: Pelbagai carian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, The Malaysian Bar, laman web JAKIM, dan Jabatan Forensik HKL. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua, khususnya kepada Tuan Haji Abu Bakar bin Lajis.
Sharing ini disediakan oleh aku, orang awam yang hidup sebagai seorang ODHA, bukan oleh seorang medical practitioner. Mohon teguran dan pandangan melalui mereka yang pakar dan berpengalaman.
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
Info Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/
Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage?ref=hl
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

.............
http://akuhivpositif.blogspot.com

 
 Bertaruh telan garpu

Posted on Monday, March 31 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Foto

Bacau (Romania): Seorang lelaki cuba menyembunyikan kesalahannya ketika mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan pada kerongkongnya. Dia enggan memberitahu doktor yang dia menelan garpu sebelum itu.

Ujian X-ray yang dijalankan ke atas Radu Calincescu, 25, menunjukkan objek berkenaan tersekat di tekaknya.
Radu menelan garpu berkenaan kerana bertaruh dengan rakannya bagi membuktikan kekuatannya, lapor Daily Mail.
“Saya mabuk ketika itu dan bertaruh dengan rakan yang saya mampu menelan garpu itu tanpa tercedera.

Saya memasukkannya ke dalam mulut dan dapat menelannya.

Foto

“Kini saya sedar ia tindakan yang amat bodoh.

Saya rasa, buat sementara waktu, saya tidak akan bertaruh lagi,” katanya.
Bengang dengan kenyataan itu, doktor memberitahu Radu mereka “tidak ada masa” untuk mengeluarkan garpu berkenaan.

 Mahathir sudah berada diluar negara semasa 

kejadian Memali
Posted on Monday, March 31 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam, (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai Kementerian Dalam Negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah di sebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang di berikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.

Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang di sebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.
Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah kehadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius. Negara memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.
TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau kenegara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah di uruskan terlebih awal.
TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Ini lah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang dimana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.
Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.
Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.
Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.
Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk di ingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.
Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya keluar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.

ASPAN ALIAS

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: