Ahad, 23 Mac 2014

SEKARANG SAPE YANG SENGKEK

Seloka Dari Facebook - Ah Soo Banyak Happy
Posted on Sunday, March 23 @ 15:18:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



AH SOO

Ah Soo banyak happy
Pagi-pagi masuk kedai kopi
Salam sana salam sini
Siang malam masuk tv

Ah Soo masuk market
Orang ramai jerit jerit
Mana ayam singgit
Ah Soo jawab tanya sama Najib

Ah Soo janji projek duit
Kalau dia diberi kontrek
Taktik lama Ah Soo korek
Orang Kajang bukannya sengkek.

23 hb Ah Soo menanti
Jika menang Ah Soo dipuji
Rasanya jauh panggang dari api
Sorry Ah Soo ini hanya puisi

Facebook


PRK Dun Kajang: Panas Di Pusat Mengundi Sg Kantan
Posted on Sunday, March 23 @ 15:04:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Lagi koleksi gambar Laman wargamarhaen di hari pembuangan undi
































































Laman Marhaen


PRK Kajang: Pusat mengundi SK Sungai Kantan kecoh
Posted on Sunday, March 23 @ 15:09:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KAJANG: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.

Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.

Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.

Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.

Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.

Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka.

Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.

Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.

"Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya.

Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.hd


 Nurul Izzah: SPR patut profesional, bukan sasar penyokong PR sahaja
Posted on Sunday, March 23 @ 14:50:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KAJANG 23 MAC: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.

Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.

“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.

“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.-sk


 PRK Kajang: 47.24% keluar mengundi setakat 1 tengah hari
Posted on Sunday, March 23 @ 14:28:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KAJANG: Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 17,977 pengundi atau 47.24 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk menarik pengundi.

Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua mengejek pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.

Ia bagi mengejek dan menyindir upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Di Sekolah Kantan Permai, penyokong membuat aksi ‘bomoh teropong’ dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.

Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung sebagai ejekan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Pihak lawan, Barisan Nasional (BN) pula menggunakan istilah lucah sebagai modal mengejek penyokong pihak lawan.-sk

Tiada ulasan: