Khamis, 20 Mac 2014

MH370 43

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?
Posted on Wednesday, March 12 @ 17:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Semakin hari semakin banyak spekulasi tentang kehilangan MH370. Macam-macam versi timbul.

Yang pasti ada 1001 versi lagi untuk "dihidangkan" kepada "peminat setia" MH370 selagi badan kapalterbang itu tidak dijumpai dan dilihat semua orang.

Apapun kebolosan di kaunter Imigresen begitu memalukan hingga Menteri Polis berang dengan peristiwa itu.

Itu tentang Imigresen di KLIA. Belum lagi kemurkaan Kerajaan China terhadap Kerajaan PMNajib atas lembabnya aksi Putrajaya bertindak.

Terkini pula isu ini pula timbul:

1) Pemegang passport curi dapat bolos masuk MH370.
2) Kokpit MAS mudah dimasuki.

Dua perkara ini membayangkan betapa keselamatan negara begitu mudah dibolosi. Sama seperti Peristiwa Lahad Datu.

Yang pasti peristiwa MH 370 mendedahkan banyak kelemahan dan kelalaian kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara.

Lihatlah nanti jika MH370 masih tidak ditemui,bermakna ada 1001 kelemahan kita bakal "dilondehkan" oleh negara luar.

Jika Peristiwa Maunah dan Lahad Datu,bolehlah kita "goreng" sesama kita. Tetapi ini membabitkan rakyat asing yang menjadi warga Kuasa Besar Dunia seperti Amerika dan China.

Tiada peluang kita mahu "goreng" mereka kerana "kuali" mereka lebih besar!

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Wednesday, March 12 @ 17:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam, kata Ridhuan Tee


Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.
Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.
"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.
"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.
Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.
Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini.
"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.
"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia mengikut kaedah Islam," katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.
Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan 'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak menjadi perhatian umum.
"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan ketawa dunia.
"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya. - 17 Mac, 2014.

 


Apa lagi la dia orang nak pusing ni ?

Ini pun satu !
Kemetot jugak akai macam nie ?

kah kah kah

Sekejab hilang, sekejab patah balik, sekejab rampas, sekejab bunuh diri,.sekejab dok alam ghaib, sekejap konspirasi....apa ke hal dgn umno ?..cakap berpusing2 la...Malu la dengan menteri umno ni !...apa pun tak boleh nak percaya.

Hishamudin Bodoh.. Lebih baik kau balik ngentot dgn binik lagi baik daripada bercakap macam Mamak Pariah Mabok Todi...

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Alahai Nak Merapu Pun Agak-Agak Lah !
ohhhh nooo
Tahun Melawat Msia 2014 Blh Aku Label Sbg TAHUN MELAWAT MH370.. Aku Tgk Skrg Ni Makin Kelam Kabut Msia Ni Bila Isu Pesawat MAS Yg Hilang Masih Lg Tak Jumpa2..Smggu Lbh Berlalu.. Menteri2 UMNO Tak Senang Duduk Bila Wartawan2 Dari Luar Negara Cuba Menyoal Soalan Yg Tdk Spatutnya.. Tak Lebih Dari Tu.. Keluarga Mgsa Pesawat Dari China Kecoh Bila Maklumat Yg Dberikan Tidak Sberapa.. Siapa Harus Dpersalahkan?? Adakah DSAI Juga Yg Akan Menjawab Smua Persoalan Ini??

Thursday, March 20, 2014

HOT: RAJA BOMOH DIMALUKAN DENGAN GENG BOMOH SENDIRI! #PrayForMH370 #Hope4MH370


Apa sudah jadi dengan 'Raja Bomoh' nie, lepas dia tunjukkan power yang tak berapa power dalam diri dia...misteri MH370 masih belum terjawab.

Inilah lumrah manusia bila kelebihan yang Allah S.W.T berikan padanya disalahgunakan. Melihat dengan cara beliau adakah korang semua berpendapat yang sama dengan GR, 'Raja Bomoh' nie ada sedikit perasaan riak dan takabur. Betul tak??

Kalau ingin mencari publisiti sekali pun, perlukah kita menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita? Jika niat kita untuk memberikan pertolongan ikhlas perlukah buat perkara/perbuatan yang pelik-pelik? Akhirnya diri kita sendiri yang malu.

Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.

Sekurang-kurangnya “cara”nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang pun bomoh tuh belum dapat bagitahu apa-apa hasil dari “ritual”nya itu.

Baca di bawah GR kongsikan al kisah mereka yang ingin membantu pencarian MH370 ini. Betul atau tidak sama-samalah kita berfikir logik akalnya dan berdoalah semoga MH370 ini ditemui dengan selamat semuanya.

Bogor – Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

“Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa,” ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47’47.90″ Longitud Timur 105 darjah 13’39.59″ Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. “Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam,” tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

“Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang,” ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

“Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun,” tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

“Makanya badan pesawat itu menghadap timur,” ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

“Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya,” ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

“Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms,” katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

“Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,”ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB
- Sumber

Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total! Wallahu ‘alam.


GR kata: Jangan jadi bomoh temberang dah la yer! #PrayForMH370 #Hope4MH370
 Pelakon lagak ngeri Jet Li penumpang MH370 ???
Posted on Wednesday, March 12 @ 16:48:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





BETUL KE CERITA NI? KUALA LUMPUR – Berita ini agak mengejutkan ramai pihak apabila ada laporan mengenai pelakon lagak ngeri yang pernah bersama pelakon hebat Jet Li, Ju kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.

Ju Kun adalah seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman.


Sumber dari laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company.
Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” menurut Netflix dan The Weinstein Company.

Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

Antara filem yang pernah dilakonkan beliau ialah “Fearless”, “The Expendables” dan “The Forbidden Kingdom”.

Dikatakan, pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri “Marco Polo” oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan dan dikhabarkan “Marco Polo” dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” tambah Fusco.

Sumber link
 PDRM Nafi Ubahsuai Gambar Dua Individu Misteri
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:53:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



suspek

Asmawati menunjukan gambar dua penumpang yang menaiki penerbangan MAS MH370 menggunakan pasport palsu selepas sidang media di KLIA pada Selasa. – fotoBERNAMA
SEPANG: Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.


Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.
“Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.
“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.
Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. -Mstar.

 Tanda tanya mengapa telefon bimbit penumpang MH370 masih BERDERING?
Posted on Wednesday, March 12 @ 22:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.


Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.
Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.
Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.
Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih ‘online’ di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 sentiasa mendapatkan update terbaru dari media massa.
Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.
Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.
Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu?
Satu dunia masih menanti jawapannya…  - MyNewsHub

 MH370 :Dulu boleh goreng...sekarang nak rebuspun susah!
Posted on Thursday, March 13 @ 12:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Dulu rekod kedatangan Altantuhya boleh dipadamkan. Ini kerana mendiang hanya warga sebuah negara "mundur" Mongolia.

Kali ini membabitkan rakyat asing yang mempunyai negara yang integriti dan berdaulat seperti Amerika,China dan Peranchis.

Tidak dapat tidak badan kerajaan seperti Imigresen tidak boleh pandang isu ini sebagai remeh.Setiap kenyataan perlu berhati-hati dan telus.Lebih tepat,fikir dulu sebelum cakap agar tidak jadi bahan ketawa dan jenaka penduduk dunia!

Lihat betapa "jauh" sekali perbezaan kenyataan Interpol dengan Imigresen Malaysia :

Interpol - 2 rakyat rakyat Iran masuk Malaysia dari Qatar menggunakan pasport Iran(negara sendiri)

Imigresen Malaysia - 2 rakyat Iran masuk Malaysia menggunakan pasport Austria dan Itali.


Jika dua kenyataan bercanggah,mesti satu daripadanya adalah penipu.

Melihat rekod,agak mustahil melihat Interpol berbohong dalam kes ini berbanding Imigresen kita pernah "padamkan" rekod kedatangan gadis Mongolia yang akhirnya diletupkan dengan letupan C4.

MH370: Dulu boleh goreng...sekarang nak rebuspun susah!"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Thursday, March 13 @ 12:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Misteri telefon bimbit MH370 dijawab
Posted on Friday, March 14 @ 07:42:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




LONDON 12 Mac - Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini.
Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.


Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air.
Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba.
Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi.
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.

 Pelbagai kemungkinan MH370
Posted on Saturday, March 15 @ 07:39:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kuala Lumpur: Kehilangan MH370 menimbulkan pelbagai persoalan mengenai nasib pesawat dan anak kapal. Berikut antara soalan lazim yang sering timbul. BH mendapat beberapa pakar untuk menjawabnya, selain dipetik dari laporan laman web CNN.

Apa itu transponder?

Ia pemancar gelombang radio yang dikesan radar dan menghantar maklumat penerbangan seperti nama pesawat, kelajuan dan altitud. Maklumat ini digunakan menara kawalan udara untuk memantau pergerakan pesawat.



Bolehkah transponder dimatikan?

Transponder terletak dalam kokpit dan boleh dimatikan atau diletakkan dalam mode tertentu secara manual oleh juruterbang. Bagaimanapun, kebarangkalian untuk juruterbang berbuat demikian adalah rendah, kecuali ada pihak ketiga, termasuk perampas dalam kokpit.

Apakah kotak hitam (black box)?

Kotak berwarna oren itu mengandungi maklumat penting terutama data penerbangan dan rekod perbualan juruterbang. Ia penting bagi merungkai apa sebenarnya berlaku dalam MH370. Kotak itu mengeluarkan isyarat kecemasan ketika rempuhan atau apabila ia menyentuh air. Ia juga mengandungi isyarat ultrasonik yang boleh dikesan sejauh 6 kilometer.
Apakah fungsi radar?

Radar ialah sistem pengesanan objek menggunakan gelombang radio untuk mengesan jarak, ketinggian, arah atau kelajuan sesuatu objek seperti pesawat atau kapal.

Isyarat transponder pesawat boleh dikesan radar awam. Radar dibahagikan kepada radar utama (PSR) dan radar sekunder (SSR). PSR dikendalikan tentera hanya mengesan objek atau pesawat tanpa identiti kerana ia tidak membaca transponder dalam pesawat, manakala SSR pula dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Apakah ada perkakasan lain yang menghantar data dari pesawat?

Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) didakwa mengeluarkan isyarat ‘pings’ ke satelit. Ada laporan mengatakan ‘pings’ dikesan satelit empat/lima jam selepas isyarat terakhir daripada MH370 pada jam 1.07 pagi, serta menghala ke Lautan Hindi. Bagaimanapun, pengeluar enjin Roll Royce menafikan ada isyarat selepas 1.07 pagi.

Bolehkah MH370 diterbangkan di bawah radar?

Pakar Kejuruteraan Penerbangan UiTM, Dr Rizal Effendy Mohd Nasir, berkata B777 boleh diterbangkan rendah (bawah 500 meter) oleh juruterbang berpengalaman, bagaimanapun ia akan menjejaskan keupayaan penerbangan pesawat itu dari segi ketahanan dan jarak.

Jika pesawat terhempas di laut, adakah kemungkinan benda terapung?

Kusyen kerusi dan aloi atau aluminium yang ringan akan terapung selepas beberapa hari pesawat terhempas.

Apakah kemungkinan MH370 dirampas atau disabotaj?

Pakar Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata kemungkinan itu ada, namun menolak ia bermotif politik kerana pihak terbabit tidak mengemukakan sebarang tuntutan atau mengaku bertanggungjawab. Kebiasaannya perampas mengemukakan tuntutan di darat atau udara secepat mungkin kerana faktor masa penting untuk misi mereka.

Bagaimana pula faktor manusia/juruterbang?

Kemungkinan kesilapan juruterbang ada, misalnya insiden membabitkan Air France 447 (1 Jun 2009) di Lautan Atlantik dan Adam Air 574 (Januari 2007) di Sulawesi Selatan, Indonesia yang dikaitkan dengan faktor manusia. - BH 


 Pesawat mungkin dikendali manual
Posted on Saturday, March 15 @ 07:42:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Selepas tujuh hari MH370 hilang, wujud teori pesawat itu kemungkinan dikendalikan juruterbang secara manual bersandarkan mata kasar pada paras rendah sehingga gagal dikesan radar.

Pentagon berpendapat MH370 masih di udara sehingga empat jam selepas ia dilaporkan hilang daripada radar menara kawalan udara Jabatan Penerbangan Awam di Subang dan berkemungkinan terhempas di Lautan Hindi.

Pengasas Flight Radar 24, Mikael Robertson, berkata lazimnya sistem pandu arah pesawat beroperasi seperti biasa walaupun transponder dalam pesawat dimatikan.



Beliau tidak menolak kemungkinan sistem pesawat MH370 ditukar daripada mod automatik kepada manual selepas isyarat pesawat itu hilang daripada radar menara kawalan pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Tidak dapat dikesan

“Transponder dalam kokpit boleh dimatikan dalam satu saat. Apabila dimatikan, isyarat pesawat tidak dapat dikesan menara kawalan udara yang menggunakan Radar Sekunder (SSR).

“Jika berlaku kecemasan, juruterbang sepatutnya menghantar isyarat ke menara kawalan menggunakan radio atau menukar kod asal transponder kepada ‘7700’ atau ‘7500’ seperti ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya ketika dihubungi BH di Amerika Syarikat, semalam.
Kod ‘7700’ bermaksud kecemasan berikutan kerosakan enjin, tekanan pesawat atau masalah mekanikal, manakala kod ‘7500’ adalah isyarat sekiranya pesawat dirampas ketika penerbangan.

Bekas juruterbang MAS, Kapten Lim Khoy Hing, yang berpengalaman sembilan tahun mengendalikan Boeing 777-200 turut mengesahkan penerbangan tanpa bantuan menara kawalan dan pemanduan secara manual boleh dilakukan.

Katanya, juruterbang memang dilatih mengendalikan pesawat pada waktu kecemasan, termasuk apabila sistem pandu arah atau radio mengalami masalah.

“Walaupun sistem pandu arah pesawat rosak, juruterbang masih ada pelan alternatif dan sistem sokongan. Juruterbang hanya perlu menukar mod pesawat daripada automatik ke manual dan menggunakan penglihatan mata kasar dari kokpit untuk meneruskan penerbangan,” katanya. - BERITA HARIAN



MH370: Budaya sebar spekulasi di alam maya semakin parah
Posted on Saturday, March 15 @ 13:21:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menekan butang 'share' tanpa mempedulikan kesahihan khabar yang dihantar.

KUALA LUMPUR:
Sejak pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, pelbagai teori dan spekulasi liar ditimbulkan oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Pelbagai andaian ditebak sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan dan keselamatan, malah tidak kurang juga daripada mereka yang hanya duduk di depan komputer atau peranti telapak tangan tetapi turut sama mahu menjadi pakar penganalisis segera.

Di laman sosial misalnya, pelbagai spekulasi dan khabar angin dengan mudah bertebaran apabila tanpa sebarang rasa bersalah, masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menekan butang ‘share’ tanpa mempedulikan kesahihan khabar yang dihantar.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rakyat Malaysia yang tidak sensitif apabila tergamak menaip status negatif di akaun laman sosial. Antaranya mengejek dan menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka, merendah-rendahkan usaha mencari dan menyelamat, malah ada yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk kononnya terdapat konspirasi terancang.

Lagi pedih apabila ada yang sanggup mempermainkan-mainkan insiden itu dengan cerita rekaan seperti memuatnaik gambar palsu pesawat terhempas, menyebarkan mesej berantai dan ada yang membuat cerita sedih kononnya ahli keluarga turut berada dalam pesawat berkenaan, sedangkan tidak.

Mempermainkan insiden

Pada Isnin, di Twitter, @JasmineJohari misalnya, menjadi ‘trending’ apabila menulis status meruntun jiwa dan merayu agar ibunya yang kononnya berada di dalam pesawat itu kembali dengan selamat dan rintihan itu turut disiarkan di dalam media tempatan.

Pada mulanya, warga laman sosial itu turut bersedih dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat sebaik membaca status itu dan melihat gambar ‘ibu’ Jasmine, namun bertukar berang keesokan harinya apabila mengetahui pemilik akaun itu hanya menipu dan menggunakan gambar palsu.

Persoalannya, mengapa manusia gemar benar membuat spekulasi dan lebih buruk lagi mencipta imaginasi setiap kali wujudnya isu panas atau berlakunya sebarang tragedi yang tidak diduga? Di mana hilangnya sensitiviti dan peka rakyat Malaysia?

Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata umumnya segala spekulasi terjadi kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak di dalam diri, tanpa memikirkan kesan dan risiko atas tindakan melulu itu.

“Insiden (kehilangan pesawat) yang berlaku amat jarang dilalui di dalam negara atau luar.. masyarakat tidak tahu apa yang berlaku dan tertanya-tanya. Apabila pesawat itu masih tidak dijumpai, wujud ‘gap’ yang boleh menyebabkan spekulasi yang lebih ligat dibuat.

“Memang ia boleh menggambarkan orang ramai dalam kerisauan tetapi spekulasi tidak membantu. Mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan di kala mata dunia tertumpu pada negara dengan sengaja mewujudkan spekulasi dan mengganggu emosi keluarga mangsa,” katanya kepada Bernama.

Guris perasaan keluarga

Muhammad Muhsin berkata orang ramai sepatutnya bersikap lebih sensitif dan menghormati perasaan keluarga penumpang serta krew terlibat dengan mengelak daripada menyebarkan spekulasi yang boleh mengguris perasaan mereka.

Beliau berkata perbuatan menghebah berita yang tidak sahih hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan menambah tekanan, kesengsaraan dan kegelisahan yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut.

“Sekiranya niat masyarakat untuk menunjukkan keprihatinan dan ambil berat, mereka perlu tunjuk dengan cara yang baik dan bertanggungjawab seperti memberi sokongan dan semangat buat keluarga mangsa, bukannya dengan menunjuk keprihatinan melalui mencipta atau menyebar spekulasi palsu.

“Kalau terlalu banyak tekaan dan andaian, ditambah ramai yang bertindak ’share’, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa spekulasi itu benar sedangkan tidak dan ini dikhuatiri akan menimbulkan kegelisahan dan tekanan berpanjangan yang boleh menyebabkan trauma seperti takut untuk menaiki kapal terbang,” katanya.

Orang ramai juga tidak sepatutnya mudah terpedaya dan terpesong dengan spekulasi yang didengar sama ada dari mulut ke mulut atau di alam maya serta seharusnya mengelak daripada menjadi penyampai berita tidak sahih kepada individu lain.

Budaya negatif

Beliau berkata seakan telah menjadi budaya bagi pengguna laman sosial di Malaysia menghadam bulat-bulat dan berkongsi dengan pengguna lain apa sahaja yang dibaca mereka di Internet meskipun tidak tahu hujung pangkal dan kebenaran spekulasi itu.

“Itu budaya kebanyakan rakyat Malaysia…mudah sangat ‘share’ walau tiada kepastian. Mereka suka kepada perkara yang sensasi dan teruja untuk berkongsi dengan orang lain meskipun hakikatnya berita itu hanya rekaan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kali ini (kehilangan MH370) juga perkara sama berlaku, apa sahaja yang dibaca terus dipercayai tanpa usul periksa.. ia sudah jadi budaya yang amat dibimbangi dan semakin parah,” katanya.

Muhammad Muhsin berkata sikap gemar mencipta spekulasi melampau atau sengaja menyebarkan sesuatu cerita yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman fikiran orang lain juga menandakan kepincangan keperibadian individu itu yang dicemari elemen negatif.

“Ini adalah satu penyakit yang perlu dielakkan. Cara dan niat individu itu menyebarkan berita palsu menunjukkan personalitinya yang tidak baik dan tidak sensitif.. menyerlahkan siapa sebenar dirinya.

“Sikap tidak prihatin dengan suka menyebarkan gambar tragis contohnya seperti gambar kemalangan juga perlu dielakkan kerana tidak semua orang mahu melihat gambar sebegitu rupa. Lagi-lagi jika keluarga mangsa sendiri yang melihat, ia akan mendatangkan trauma dan kesedihan,” katanya.

Boleh didakwa

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari baru-baru ini mengingatkan mereka yang berterus-terusan membuat spekulasi atau menyebar maklumat salah mengenai insiden berkenaan supaya berhenti daripada berbuat demikian.

Perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mengganggu ketenteraman awam adalah satu kesalahan dan boleh disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Orang ramai yang menyebar, memuat naik atau berkongsi status berbaur spekulasi berhubung kehilangan pesawat itu boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200ER MAS itu dilapor hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu ketika dalam penerbangan di ruang angkasa antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 12 anak kapal dan penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama tetapi gagal dikesan hingga kini. Usaha mencari dan menyelamat masuk hari kelapan pada hari ini.-bernama/fmt


 Pesawat Mas MH370 : Kenapa Kerajaan Takut Untuk Mengatakan Yang Pesawat Dirampas
Posted on Saturday, March 15 @ 23:10:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Kenapa Kerajaan Malaysia Pimpinan Datuk Seri Haji Najib TERLALU TAKUT untuk mengatakan yang Pesawat Mas MH370 Boeing 777-200ER tersebut DIRAMPAS, sedangkan telah TERANG dan JELAS yang Pesawat tersebut telah DIALIHKAN dari LALUAN ASAL oleh Seseorang.

Kalau sudah Dialihkan dari Laluan Asal oleh Seseorang itu MAKNANYA telah Dirampaslah Najib oiii. Apa yang SUSAH SANGAT untuk mengatakan KENYATAAN tersebut, atau Spicies Umno ni TAK FAHAM BAHASA MELAYU bagi Makna TELAH DIALIHKAN DARI LALUAN ASAL, tak kan ianya Dialihkan Dari Laluan Asal hanya untuk SUKA-SUKA aje.

Apakah bila dikatakan telah Dirampas maka MAKIN Banyak Persoalan yang perlu DIJAWAP bermula dari Pihak Imegresen sehinggalah kepada PEMERIKSAAN BARANGAN KARGO.

Yang mana KONON nya semua telah mengikut STANDARD OF OPERATIONS (SOP), Ini yang membuat Rakyat yang mahu BERFIKIR akan TERTANYA-TANYA Kenapa???... bukan nya Rakyat saja-saja mahu MENGKRITIK. Kalau dikatakan yang kita GAGAL mencari kerana dikatakan yang TEKNOLOGI kita KETINGGALAN ini masih boleh dijawap, kerana Negara-Negara KUASA BESAR DUNIA seperti Amerika dan China pun turut Gagal.

Tapi kalau untuk mengatakan yang Pesawat Mas MH370 tersebut Telah Dirampas pun Takut, sedangkan beliau sendiri talah MENGAKUI yang Pesawat tersebut DIALIHKAN dari Laluan Asal, entah apalah NASIB Rakyat Malaysia mendapat Pemimpin yang SERBA-SERBI nya Takut. Nanti bila dicakap apa yang selama ini beliau Takut dikatakan pulak yang ianya DIPOLITIKAN, tapi kalau Tak Cakap dan Di Ingatkan maka Bertambah SOMBONG BODOH Lagak Laku nya. sumber klik sini

hemmmmm..... kalau betul ianya dirampas bermakna harapan untuk berjumpa pesawat tersebut makin cerah... amin yarabbalalamin"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 15 @ 23:10:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Tiada ulasan: