Isnin, 31 Mac 2014

MH370 OH MH370 24

Bukan ke kiri.. tapi pusing 270º pulak dah! Terpusing kepala hotak pembaca!!
Posted on Sunday, March 30 @ 22:03:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar dipapar di atas merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.




Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya. Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu lalu.

Jika teori laluan baru itu benar, ini menunjukkan satu tindakan yang telah difikir secara masak oleh juru terbang dan juru terbang memahami apa yang dibuat.

Untuk membuat pusingan 270 darjah sekurang-kurangnya kapal terbang kena buat pusingan sekitar 80 km. Ini suatu yang memerlukan kemahiran tinggi.


“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.


Saya merasai musykil kenapa kapal terbang yang sepatutnya terus ke lauatan Andaman patah 270 darjah pula ke lautan Hindi lauatan yang bukan lalaun pernebangan??

Jangan terpusing kepala 'hotak' anda!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


Kembar MH370 di Tel Aviv Israel Menjadi Perbincangan Baru Pencarian MH370 (bersama video)
Posted on Sunday, March 30 @ 20:57:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn" telah membawa satu teori tentang kehilangan MH370. Teori ini menjadi perbincangan hangat dikalangan warga siber setelah sekian lama pencarian MH370 dilihat gagal.

Teori ini seiring dengan teori konsiprasi yang melibatkan Amerika Syarikat yang telah banyak kita baca. Selain US sudah pasti tidak lain daripada puak Yahudi atau Israel.

Untuk pengetahuan pembaca Bollyn juga turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini. Akibat daripada analisis tersebut kedua-dua mereka diserang oleh mereka yang tidak dikenali dan dipenjara atas alasaan yang tidak manasabah.

Walaupun penglibatan Israel secara khusus tidak dapat dibuktikan, namun ada banyak bukti (alibi) yang nyata dan boleh membuatkan teori ini turut diperkatakan dalam perbincangan umum.

Kedutaan Israel juga didakwa "bercuti" tanpa sebarang alasan kukuh pada pada hari kejadian kehilangan MH370 dimana mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2011.

Terdapat bukti lain yang lebih meyakinkan iaitu tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6 (ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).



Pesawat "kembar MH370" ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes Lourdes Pyrenees, Perancis pada 4 Oktober 2013 sebelum kapal terbang ini dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Mengikut maklumat yang ada pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Teori Bollyn mengapa Israel membeli dan cuba memiliki pesawat lama MAS berkenaan?



Saya tinggal persoalan peribincangan di sini untuk pembaca meneliti dan membuat rumusan sebagaimana DS Najib membuat rumusan.




Untuk rujukkan pembaca sila masuk ke laman Christopher Bollyn di bawah:-
http://www.bollyn.com/


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/



Terkini MH370 : Najib Jawap Soalan Wartawan Yang Tidak Disiarkan
Posted on Sunday, March 30 @ 20:55:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Dengan MUKA SEDIH nya beliau pun membaca lah TEKS yang berbunyi  "BUKTI-BUKTI yang sedia ada MENCADANGKAN KEDUDUKAN TERAKHIR Pesawat Mas MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, di SEBELAH Barat Perth, Australia. Tempat ini adalah LOKASI TERPENCIL, jauh daripada TAPAK PENDARATAN yang mungkin". (dalam erti kata lain tak ada tempat untuk mendarat)


"Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada ANGGOTA KELUARGA PENUMPANG dan ANAK KAPAL Pesawat yang Hilang itu. Beberapa minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini". baca sini

Itu Kenyataan beliau dalam SIDANG MEDIA yang DISIARKAN 1DUNIA, telah ditulis oleh siapa pun gua tak pasti, yang pasti nya TUKANG TULIS dan TUKANG BACA sama STANDARD OTAK dia orang beb. Kemudian nyatakan lagi akan MERUJUK kepada Majlis FATWA Kebangsaan bila masa yang sesuai bagi dibuat SOLAT JENAZAH GHAIB.
Tak cukup dengan itu Keesokan Hari nya buat pulak USUL di Parlimen dengan MENGUCAPKAN TAKZIAH kepada Waris Penumpang Pesawat Mas MH370, yang seolah-olah Pesawat tersebut telah BERAKHIR Penerbangan nya di LAUTAN HINDI yang JAUH dari TAPAK untuk dijadikan LANDASAN bagi Pesawat tersebut MENDARAT.
Kebanyakkan nya PERCAYA walaupun ada yang TAK PERCAYA dengan Ucapan Najib pada Sidang Media tersebut, tetapi berita semalam mengatakan bahawa SUMBER yang DIPEROLEHI oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri MENAFIKAN bahawa Pesawat tersebut telah Berakhir Penerbangan nya di Lautan Hindi . Wahhhhh kalau itu macam ia sudah kira PERSEPSI GILA BABI beb.
Persepsi yang terus MENGHANCURKAN HARAPAN Waris Penumpang serta Waris Anak Kapal, yang mana sampai ke hari ini pun satu CEBISAN BANGKAI PESAWAT pun tidak DITEMUI. Dimana PERTIMBANGAN OTAK Najib ni sampai boleh mengatakan yang Pesawat tersebut seolah-olah telah Terhempas dan Berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Siapa lah PUNASIHAT beliau hingga boleh menerima CADANGAN sebegitu, sedangkan INMARSAT sendiri telah mengatakan melalui Jurucakap nya Jonathan Sinnatt bahawa "Inmarsat hanya MENYEDIAKAN MAKLUMAT dan terpulang kepada Kerajaan Malaysia untuk MEMBUAT KESIMPULAN sendiri, Kami menyediakan Maklumat kita kepada Kerajaan Malaysia".

"Kemudian mereka akan MEMBUAT KESIMPULAN daripada nya dan MEMBUAT PENGUMUMAN mereka sendiri. Kami TIDAK TERBABIT dengan apa yang Kerajaan Malaysia UMUMKAN, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka MELIHAT GAMBARAN PENUH. Kami hanya MENYUMBANG 1 SET MAKLUMAT". baca sini

Bila Kenyataan yang dibuat oleh Pihak-Pihak yang BERTANGGUNGJAWAB dalam Isu Pesawat Mas MH370 dilihat oleh Wartawan LUAR NEGARA sebagai BERCANGGAH antara satu sama lain, maka-maka cepat-cepat lah Penchacai Angkat Najis mengatakan kata-kata BOIKOT Akhbar dan Media Asing serta meminta RAKYAT BERSATU untuk mempertahankan Negara.
APA BARANG beb, Pemimpin Umno yang buat Kenyataan GILA tapi Rakyat yang disuruh Mempertahankan Negara. Sekejap kata BAWA BUAH MANGGIS sebanyak 4 Tan, sekejap kata bawa BATTERY, kemudian kata pulak bawa KOMPENAN RADIO. Menteri tu kata yang Rumah Kapten telah DISIASAT tapi kemudian Menteri ni kata TAK ADA pulak... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... memang ada perkara yang kena disembunyikan tetapi kena lah buat kenyataan yang tidak bercanggah antara satu sama lain baru kenyataan tidak dipertikaikan. ini sudah lah keluar dari mulut longkang entah apa-apa, lepas tu suruh orang percaya... hakkkk tuihhhhh... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, March 30 @ 20:55:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Lima pesawat nampak objek

PERTH: Lima pesawat berjaya menemui beberapa objek pelbagai warna semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS), di Lautan Hindi, hari ini.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) menemui beberapa objek berwarna putih atau terang serta boya perikanan.
Pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) juga melaporkan menemui dua objek segi empat tepat berwarna biru atau kelabu yang terapung.

Sementara itu, pesawat RAAF P3 Orion kedua juga menemui beberapa objek pelbagai warna di kawasan yang terletak kira-kira 546 kilometer dari lokasi penemuan pertama, kata AMSA.
FotoFOTO Reuters
FotoKENYATAAN Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).Imej objek yang dirakam akan dianalisis malam ini, tambah AMSA.
Namun, objek berkenaan belum dapat disahkan sebagai serpihan pesawat sehingga ia dapat dikesan semula oleh kapal, katanya.

AMSA telah meminta kapal China Haizum O1 untuk memungut objek berkenaan. Kapal itu dijangka berada di kawasan itu, esok.

Sebanyak 10 pesawat mengambil bahagian dalam operasi yang merangkumi kawasan seluas 256,000 kilometer persegi, hari ini.

Kawasan operasi telah berubah ke utara lokasi sebelum ini berdasarkan analisis terbaru oleh penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Operasi pencarian akan diteruskan esok.

Lebih dekat dengan darat

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) Jumaat, mendedahkan data satelit terbaru yang menunjukkan pesawat Malaysia Airlines MH370 terbang lebih laju daripada yang disangka, menggunakan lebih bahan api dan tidak di laluan yang diandaikan sebelum ini iaitu kira-kira 2,500 kilometer (km) di barat daya Perth.
Malah, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media mengesahkan perkara itu dan berkata: "Maklumat baru menunjukkan bahawa MH370 terbang lebih laju dan ini bermakna pesawat ini menggunakan lebih banyak minyak dan tidak mampu terbang sejauh yang diandaikan sebelum ini.
"Maklumat ini telah dihantar kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia untuk diperhalusi dan mengecilkan kawasan carian.

“Berdasarkan maklumat baru itu, pihak berkuasa Australia hari ini beralih ke kawasan carian kira-kira 1,100 km ke timur laut daripada kawasan sebelum ini iaitu kira-kira 1,850 km di barat Perth,” katanya.
FotoPETA AMSA menunjukkan kawasan pencarian baru. FOTO EPA

Sementara itu, Penganalisis Penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menjelaskan penerbangan MH370 mungkin berakhir sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal jika purata kelajuan yang dipertingkatkan antara 700 hingga 750 kilometer sejam (km/j).

“Bagi kelajuan normal pesawat ini untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing, saya anggarkan purata 600 km/j. Kelajuan maksimum pesawat Boeing 777-300 adalah 900 km/j.

“Jika berdasarkan laporan AMSA, kemungkinan pesawat ini berakhir lebih dekat dengan darat dan kerana itu pencarian kini bertumpu di kawasan baru itu.”

 

Semua persoalan dijawab

Oleh HAYATI IBRAHIM, AMIR ABD HAMID DAN SITI A’ISYAH SUKAIMI
Putrajaya: “Semua persoalan dan ketidakpuasan hati sudah terjawab. Buat masa ini kita berpuas hati dengan penjelasan diberi,” kata Sharil Shaari, 36, ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Sharil yang juga sepupu kepada Mohd Razahan Zamani, 23, berkata, sebelum ini dia tidak berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun kini ia dijelaskan sepenuhnya oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pertemuan semalam.
“Banyak soalan ditanya waris penumpang dan beliau (Hishammuddin) memberi jawapan panjang lebar. Beliau juga menyatakan usaha mencari pesawat, penumpang dan anak kapal tetap diteruskan.

“Kebanyakan waris bertanya perkara berkaitan penerbangan pesawat yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi yang selama ini menjadi tanda tanya kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis pertemuan dengan Hishammuddin di Hotel Everly, di sini, semalam.
FotoHISHAMMUDDIN dan isteri, Tengku Marsilla bertemu waris penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya.

Mohd Razahan yang ke Beijing, China bersama isterinya, Norli Akmar Hamid, 33, untuk berbulan madu antara 239 penumpang yang menaiki pesawat itu.

Satelit sendiri

Oleh NAZARALI SAERIL, AMIR ABD HAMID, FIRDAUS IBRAHIM, ISKANDAR SHAH MOHAMED, FIRDAUS SAHAT, SURAYA ROSLAN, ANIZA ZAINUDIN, KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA, FARDY BUNGGA, RIZANIZAM ABD HAMID, MAHAIZURA ABD MALIK dan IKRAM ISMAIL.
Kuala Lumpur: Kebergantungan negara terhadap satelit milik kuasa besar seperti dalam kes pencarian serpihan pesawat MH370 akan dapat dikurangkan pada masa depan.
Ini berikutan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menetapkan sasaran untuk membina satelit sendiri dalam tempoh 10 tahun lagi.
Ia program jangka panjang ANGKASA selain pelan jangka pendek iaitu pelancaran satelit penderiaan jauh (remote sensing) RazakSAT-2 pada 2016.

Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad berkata, pihaknya yakin kedua-dua sasaran itu mampu dilaksanakan dengan pertambahan pakar tempatan.
FotoDR Noordin menerangkan penggunaan satelit bagi mengesan penerbangan MH370.

“Buat masa ini Malaysia berupaya mengoperasikan satelit secara bersendirian, namun kita tidak mampu membina sepenuhnya satelit serta melancarkannya ke angkasa.

‘CANTIK FITNAH KAMU’

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.
Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.
Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.
Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.

Harapan baru kotak hitam

PERTH: Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari.
Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu.
Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari.

“Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama.
FotoMATTHEWS menunjukkan contoh pemancar isyarat yang terdapat dalam kotak hitam. FOTO AFP

“Tempoh 45 hari boleh dikatakan jangkaan lebih realistik,” katanya, di Pangkalan Tentera Laut Stirling dekat Perth, hari ini.

Matthews bertanggungjawab ke atas alat pengesan kotak hitam milik tentera Amerika Syarikat atau ‘Towed Pinger Locator’ yang akan diguna untuk mengesan isyarat kotak hitam.

Alat pengesan ini dapat beroperasi sehingga kedalaman 6,096 meter, katanya.

Ia telah dipasang pada kapal Ocean Shield yang dijadual belayar dari Perth ke kawasan operasi esok untuk menyertai operasi mencari, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Perjalanan ke kawasan pencarian yang terletak kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth akan mengambil masa tiga hingga empat hari.

“Kapal ini akan menyertai operasi pencarian sehingga serpihan disahkan berkaitan dengan pesawat MH370 dan kawasan pencarian di bawah air sudah dikenal pasti,” kata Matthews. - Agensi

Tiada ulasan: