Ahad, 16 Mac 2014

JANGAN JADI KAKI AUTA...JANJI TAPI TAK BUAT....KEMUDIAN RAMAI PULA PEMBELA YANG KAKI AUTA INI

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat terhadap acara seperti Future Music Festival Asia.

Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius insiden enam anak muda meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil malam semalam.

“Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang, negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak yang sepatutnya,” ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam tadi telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.

Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13hingga 15 Mac 2014.

Beliau menambah, bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.

Justeru, ujarnya sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.

“Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar apabila berlaku insiden yang tidak diingini.

“Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan, acara seperti ini tidak harus diluluskan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti itu dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan.

KAJANG: Pengundi Kajang dinasihatkan tidak termakan janji politik Umno BN yang ditabur sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, rakyat perlu ingat apa yang dijanjikan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, yang kemudian dimungkiri mereka.

Malah kata beliau penduduk Kajang boleh membandingkan sendiri perubahan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri sejak 2008.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat komited untuk mengembalikan hasil negeri agar dirasai rakyat.

Beliau berkata demikian ketika sarapan pagi bersama komuniti Sg Kantan di sebuah gerai depan Dewan Komuniti Sungai Kantan di sini pagi ini.

Turut serta, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak pengundi Kajang untuk memberikan mandat kepada beliau pada pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini.

Bercakap dalam ceramah di tapak karnival usahawan berhadapan Hospital Kajang di sini malam tadi beliau berkata, dalam berhadapan ujian khususnya tindakan terbaru terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memerlukan kekuatan luar biasa.

"Allah beri ujian pada saya. Nak bertanding saya bincang dengan anak-anak.

"Saya kata papa tak boleh bertanding, kena jatuh hukuman.

"Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar, kami jaga mama," kata Wan Azizah dalam nada sebak.

Beliau mengakui apa yang menimpa Anwar memberi kesan mendalam dalam diri beliau dan mengingatkan apa yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Calon PKR itu berkata, tidak mudah untuk beliau menghadapi semua ujian ini jika tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.

"Kalau orang Kajang bagi mandat pada saya, saya akan kuat, saya akan terus lawan kezaliman.

"Come with me, give us all the strength," tegas beliau.

SUMATERA: Kelantan meningkatkan lagi hubungan dengan wilayah Sumatera Barat melalui perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan dan pelancongan.

Semalam perjanjian persefahaman ditandatangani bagi membolehkan Universiti Muhammadiyah Sumatera Barat (UMSB) menghantar pelajar dalam jurusan perhotelan dan pelancongan di Perdana Resort, Kota Bharu.

MoU yang mencatat sejarah itu ditandatangani Pengerusi Perdana Resort Drs Zainuddin Awang Hamat, manakala Timbalan Rektor UMSB Drs H Mirwan Pulungan mewakili universiti terbabit.

Turut sama menandatangi Mou tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman dan Rektor UMSB Prof Dr H Bustanuddin Agus.

Majlis terbabit turut disaksikan anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood dan ahli rombongan dari Kelantan.

Selain itu pegawai-pegawai kanan UMSB. Program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda pelancongan Islam yang dimanterai antara Kelantan dan wilayah Sumatera Barat.

Sementara itu Pengurus Perdana Resort Sdn Bhd, Zaidon Ismail berkata, pada peringkat awal UMSB akan menghantar 10 pelajar mengikuti latihan dalam bidang perhotelan dan pelancongan di Perdana Resort.

“Hubungan Perdana Resort dengan Universiti Muhammadiyah Sumatera Barat juga membabitkan penghantaran tukang masak Minang dan pelajar hafiz dari Sumatera Barat ke Perdana Resort pada Ramadan tahun ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Perdana Resort merupakan agensi perhotelan milik kerajaan Kelantan di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
KAJANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru pengundi Kajang untuk terus bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 23 Mac ini.

Beliau yang juga Pengarah PKR bagi PRK Kajang berkata, tiada sebab untuk rakyat tidak kekal dengan Pakatan Rakyat kerana beliau selaku menteri besar telah cuba sedaya upaya mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

"Jangan ke mana-mana lagi. Terus bersama kita (Pakatan Rakyat).

"Saya tak tipu tuan puan. Saya buat kerja kerana Allah. Harta Selangor harta rakyat," kata beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau malam tadi berucap di pentas karnival usahawan Selangor berhadapan Hospital Kajang di sini.

Turut berucap sepentas malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Calon PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan bekas-bekas pemimpin Umno termasuk Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Seri Lajim Ukin, Dr Zaiyadi Awang Noh dan Datuk Mohd Shariff Omar.

"Dulu zaman Umno, dia belanja RM200 juta untuk rakyat, dan kumpul rizab tunai RM500 juta.

"Kita, satu tahun belanja RM750 juta kepada rakyat, tapi boleh simpan rizab RM3 bilion.

"Sebab itu orang pilih saya, sebab saya pandai kira-kira," kata Abdul Khalid berseloroh.

Dalam pada itu beliau juga turut menjelaskan isu MoU air yang dimetrai dengan kerajaan pusat.

Jelas beliau, tindakan MoU itu adalah bertujuan menjadikan rakyat sebagai tuan kepada aset Selangor, bukan lagi syarikat konsesi.

"Ada yang sokong ada yang marahkan saya. Tak mengapa lah.

"Kenapa saya beria-ria buat MoU? Sebab saya nak rakyat dapat hak mereka balik.

"Rakyat bayar air tapi dia juga jadi tauke air," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang terus menyokong Pakatan Rakyat khususnya pada PRU13 lalu.

Katanya, dengan mandat dua pertiga yang diberikan, kerajaan negeri sedang merancang untuk memberikan bayak lagi insentif kepada rakyat negeri ini.

"Saya jalan-jalan, saya salam tuan puan sebab sebagai tanda terima kasih.

"Pandanglah muka saya, saya tak tipu tuan-puan," katanya.

KAJANG: DAP menyifatkan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang satu peluang yang terbaik kepada penduduk setempat dalam memilih pemimpin.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu program ceramah di Stadium Kajang berkata, Wan Azizah bukan sahaja mempunyai kredibiliti yang baik tetapi turut merupakan wanita solehah.

"Saya lihat Wan Azizah ini merupakan seorang wanita solehah dan pemimpin yang mempunyai kredibiliti.

"Ini peluang terbaik untuk penduduk Kajang memilih pemimpin dan seterusnya menolak Barisan Nasional (BN) pada kali ini," ucap beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Menurut beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK Kajang merupakan satu isyarat kepada BN agar mereka tahu dan sedar penolakan yang dilakukan rakyat akibat dari sikap mereka sendiri.

"Kemenangan kita merupakan isyarat bahawa rakyat menolak BN adalah kerana kesilapan mereka dalam usaha menjaga hak rakyat.

"Kita juga menunjukkan kemenangan ini sebagai kesediaan kita untuk mengambil Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini isyarat yang perlu kita hantar kepada BN agar mereka tidak lagi boleh berada dalam keadaan selesa untuk selama-lamanya," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut bersimpati dengan kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac (Sabtu) lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Kita semua bersimpati dengan apa yang berlaku, walaupun masih belum tahu jawapan jelas dari kerajaan tapi kita doakan semuanya selamat.

"Pencarian sekarang terarah ke lautan Hindi dan Teluk Adaman, sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin, Pulau Pinang bersedia memberi kerjasama penuh dalam usaha pencarian ini.

"Saya pasti Pulau Pinang akan menjadi tempat operasi tersebut, kita buka pintu seluas-luasnya untuk kerajaan dan pasukan pencarian menjadikan Pulau Pinang sebagai penempatan operasi tersebut," sambung beliau lagi.

KAJANG: PKR hari ini membidas laporan media antarabangsa The Mail yang mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370 dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.

Malah, beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.

"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.

Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis.

"Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.

PETALING JAYA: Kesemua 202 buah sekolah yang ditutup akibat jerebu sejak Jumaat lepas diarah dibuka semula seperti biasa esok, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan.
  
Katanya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini adalah selamat dan semua aktiviti sekolah boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun pengetua dan guru besar di seluruh negara diminta mematuhi pekeliling mengenai jerebu yang dikeluarkan kementeriannya awal bulan ini.

"Jangan tunggu hingga indeks IPU mencecah 200. Malahan arahan telah dikeluarkan kepada semua sekolah, sebaik saja IPU mencecah 100, bagi kanak-kanak dengan penyakit dan masalah bernafas, guru-guru diminta jangan libatkan mereka dengan aktiviti luar.

"Sebaik saja ia (IPU) mencecah 150, arahan ialah memberitahu sekolah bahawa tidak ada aktiviti luar (dibenarkan) bagi semua orang," katanya ketika ditemui media di majlis Marathon Tarian anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, sempena Hari Buah Pinggang Sedunia, di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengarahkan semua sekolah ditutup jika bacaan IPU melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

Minggu lalu, Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang dan 71 sekolah di daerah Kuala Langat ditutup serta-merta pada Jumaat ekoran bacaan IPU sangat tidak sihat di dua daerah itu.

Kamalanathan juga mengarahkan pihak sekolah sentiasa peka dengan kualiti udara di kawasan masing-masing.

Walaupun bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mungkin menunjukkan bacaan kategori sihat di laman sesawangnya namun di kawasan mereka ia mungkin tidak sihat, kata beliau. - Bernama
Anda gagal..Maka haruslah letak jawatan serta merta.

Jika di negara maju, menteri2 dan pegawai tertinggi yang gagal laksanakan tugas, terutamanya melibatkan nyawa manusia.... mereka akan letak jawatan serta merta.
Tetapi di Malaysia ada? semua masing2 penting JAWATAN.

Antara kegagalan keselamatan dalam persekutuan Malaysia:
1. Pengguna passport palsu telah menaiki pesawat MH370, dan menyebabkan ramai penumpang yang lain terancam nyawa.

2. PATI di Negara Sabah telah telah mendapat IC PALSU, seterusnya mereka ini telah bersubahat dengan PENGGANAS SULU, semasa peristiwa LAHAD DATU.

3. Rompakan Bank yang melibatkan pegawai keselamatan yang mempunyai IC PALSU, sehingga menyebabkan nyawa orang lain terkorban dalam rompakan tersebut.

KESIMPULANNYA:
ANDA GAGAL, DAN HARUS LETAK JAWATAN.




SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM140 juta bagi menaikkan taraf Stadium Shah Alam supaya setanding dengan stadium antarbangsa.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata RM70 juta daripada peruntukan terbabit akan disalurkan melalui fasa pertama dan bakinya untuk fasa kedua.

“Kerajaan negeri bersetuju meluluskan fasa pertama RM70 juta dan bakinya bagi fas kedua dalam usaha menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium yang mempunyai kelengkapan setaraf dengan stadium terkenal di dunia.

 “Kita berharap akan dapat menjadikan stadium ini tempat pertandingan membabitkan pasukan antarabangsa seperti Piala Asia dan pertandingan yang setaraf dengannya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan perkembangan kerja menaiktaraf Stadium Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, fasa pertama kerja menaik taraf itu membabitkan isu keselamatan stadium seperti semakan ke atas sistem paip, sistem wayar, paip bomba dan kamera litar tertutup, manakala fasa kedua terdiri daripada kerja mencantikkan antaranya menggantikan kerusi, warna serta reka bentuk bilik.

Abdul Khalid berkata, kerja menaik taraf itu juga membabitkan kerja melengkapkan padang stadium itu dengan sistem yang mampu menyerap kelembaban padang hanya dalam masa kurang satu jam jika berlaku hujan lebat dan membaiki bumbung stadium.

“Kita sudah membelanjakan lebih RM650 ribu untuk mengemaskini dan memperbaiki bilik persalinan pemain dan tandas awam. Kita juga sudah membetulkan bumbung stadium yang tidak lagi tahan sebab sudah terlalu lama.

 “Fasa pertama kerja menaik taraf itu dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini sebelum fasa kedua boleh dimulakan.

“Bagaimanapun, Stadium Shah Alam boleh mula digunakan pada hujung bulan ini dengan perlawanan pertama kita menjadi tuan rumah kepada pasukan Kelantan, pada 22 Mac ini,” katanya.

 

Tiada ulasan: