Tentera India tingkat usaha cari pesawat MAS
NEW DELHI - Tentera India semalam meningkatkan usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang pada Sabtu lalu dengan menghantar tiga buah kapal dan tiga kapal terbang ke Laut Andaman dan Kepulauan Nicobar, kata sumber Tentera Laut India semalam.Seorang pegawai kanan tentera laut berkata, Kementerian Pertahanan mengarahkan penghantaran kapal dan pesawat itu untuk mencari pesawat malang berkenaan di perairan tersebut yang lebih hampir dengan Myanmar dan Malaysia berbanding India.
"India secara rasmi menyertai operasi mencari kapal milik Penerbangan Malaysia itu pada waktu tengah hari dengan menghantar tiga buah kapal," katanya.
Ujarnya, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam misi tersebut.
Dalam pada itu, Tentera Laut Diraja Thailand mengumumkan bahawa ia akan terus membantu Malaysia dalam usaha mencari pesawat-pesawat Boeing 777-200 itu, lapor agensi berita Thai News Agency.
Ketua Tentera Laut Diraja Thailand, Narong Pipatanasai menegaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan Malaysia untuk mencari pesawat yang hilang tersebut.
Beliau memberitahu, Thailand hanya akan menarik diri misi berkenaan sekiranya diminta sendiri oleh kerajaan Malaysia.
Tentera Laut Diraja Thailand telah menghantar kapal peronda, HTMS Pattani, sebuah helikopter dan sebuah pesawat bagi menyertai misi beberapa negara mencari pesawat itu di Laut Andaman dan Teluk Siam selepas Malaysia meminta bantuan.
Sehingga kini, pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing masih belum ditemui dan kehilangan itu dianggap paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.- - Agensi
MH370 didakwa terbang 4 jam
WASHINGTON - Para penyiasat memerangi pengganas di Amerika Syarikat (AS) mengesyaki sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan didapati masih terbang selama empat jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan di Malaysia, lapor akhbar Wall Street Journal yang memetik dua pegawai yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 tersebut.
Pendedahan itu dibuat ketika pihak berkuasa Malaysia masih belum dapat memastikan lokasi tepat pesawat tersebut hilang pada awal pagi Sabtu lalu selepas ia berlepas dari KLIA, Sepang menuju ke Beijing, China.
Para penyiasat di AS itu turut menganggap kemungkinan terdapat seseorang yang sengaja mematikan alat pengesan atau transponder dan melencongkan pesawat berkenaan ke lokasi lain.
Transponder merupakan sejenis alat yang membolehkan sesebuah pesawat boleh dikesan dengan radar menara kawalan dan seterusnya memberikan maklumat kepada pengawal trafik udara data-data seperti identiti pesawat, lokasi berlepas, destinasi, arah terbang serta ketinggian.
Tempoh empat jam itu mencetuskan kemungkinan pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu terbang sejauh 3,500 kilometer yang berpotensi sampai ke sempadan Pakistan atau ke Lautan Hindi dan Laut Arab.
Pesawat itu dipandu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantunya, Fariq Ab. Hamid, 27.
Kali terakhir pesawat itu dikesan radar adalah kira-kira pukul 1.30 pagi waktu Malaysia ketika ia terbang pada ketinggian 10.668 meter melintasi Teluk Siam di sempadan Vietnam menuju ke Beijing.
Pesawat itu juga dipercayai masih dipandu secara manual dan juruterbang tidak mengaktifkan sistem panduan automatik.
Para penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan kebangsaan AS membuat kesimpulan itu berdasarkan data enjin pesawat yang dimuat turun secara automatik sebelum ia dihantar ke pangkalan data pembuat enjin pesawat itu sebagai sebahagian program pemantauan standard.
Pesawat itu menggunakan enjin Rolls-Royce Trent keluaran firma Rolls-Royce.
Satu sumber memberitahu, dalam perjanjian penyelenggaraan, pesawat tersebut akan menghantar data-data berkaitan dengan enjin secara langsung kepada Rolls-Royce untuk dianalisis.
Sistem berkenaan menghantar data-data dari dua enjin Rolls-Royce Trent 800 seperti altitud dan kelajuan pesawat.
Para pegawai antikeganasan AS kini sedang melihat kemungkinan juruterbang atau ada individu lain di dalam kapal terbang itu sengaja melencong pesawat tersebut ke lokasi yang tidak diketahui selepas sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak ia dikesan radar.
Dalam satu taklimat, para pegawai AS dimaklumkan bahawa para penyiasat kini sedang menyiasat dengan teliti kemungkinan pesawat itu dilencongkan dengan tujuan digunakan untuk satu tujuan yang lain.
Pada Selasa lalu, Interpol memberitahu bahawa, pihaknya tidak percaya pesawat itu hilang akibat satu serangan pengganas. - Reuters
Tentera Vietnam cari pesawat MASdi kawasan hutan, pergunungan
BANDAR HO CHI MINH - Tentera Vietnam memperluaskan usaha mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di kawasan hutan dan pergunungan negara ini selepas usaha mencari yang disertai pelbagai negara masih belum menemui sebarang petunjuk.Wartawan-wartawan dari Malaysia menyertai rakan media lain dari Vietnam dan China menaiki sebuah pesawat yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Briged 918 di sini bagi menyertai usaha mencari pesawat tersebut.
Pesawat itu terbang melintasi perairan Laut China Selatan di barat daya negara ini tetapi operasi selama tiga jam tersebut tidak menemui sebarang tanda atau serpihan pesawat MH370.
Beberapa pesawat yang berpangkalan di sini turut menyertai misi mencari dengan berlepas pada waktu pagi serta tengah hari tetapi masih tidak menemui sebarang petunjuk positif.
Misi mencari di selatan negara ini juga diperluaskan ke beberapa kawasan hutan dan pergunungan selepas terdapat laporan bahawa pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu mungkin berpatah balik serta tersasar dari laluan asal. - Bernama
Satelit AS tidak kesan pesawat MAS meletup di udarahttps://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5773226021392689498#editor/target=post;postID=8357116811151198983
WASHINGTON - Satelit pengintip Amerika Syarikat (AS) tidak mengesan tanda berlakunya letupan di udara apabila sebuah pesawat Penerbangan Malaysia terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu lalu, kata beberapa pegawai AS kelmarin.Kerajaan AS sebelum ini menggunakan rangkaian satelit untuk mengenal pasti tanda-tanda haba yang berkait dengan letupan pesawat berkenaan tetapi kali ini tiada sebarang ditemui, kata seorang pegawai AS.
Kekurangan bukti tentang berlakunya letupan di udara menambah lagi misteri yang menyelubungi nasib pesawat milik Penerbangan Malaysia itu yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. - AFP
Boeing sahkan MH370 tidak diminta jalani pemeriksaan tambahan
WASHINGTON - Syarikat Boeing Co. kelmarin menyatakan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang pada Sabtu lalu tidak perlu untuk mematuhi arahan keselamatan baharu Amerika Syarikat yang mengarahkan pemeriksaan tambahan dilakukan untuk mencari keretakan dan mudah kakis pada pesawat Boeing model 777.Pada minggu lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengarahkan pemeriksaan ke atas Boeing model 777 berhubung keretakan dan kakisan pada badan pesawat.
Arahan itu dibuat selepas penemuan keretakan sepanjang 40 sentimeter di salah sebuah pesawat tersebut.
Keretakan itu dikesan di bawah antena satelit dan memberi amaran bahawa kerosakan itu boleh menyebabkan penyahmampatan dan kehilangan integriti struktur pesawat. - Reuters
Baca 30 juzuk
Noh berkata, usaha itu bagi memohon pertolongan Allah SWT dalam usaha mencari pesawat MAS penerbangan MH370 dan turut meminta sesiapa yang berada di Makkah dan Madinah memohon doa di sana.
“Saya juga mengharapkan umat Islam di seluruh negara ini mengambil peluang untuk berdoa kerana ia sangat mustajab terutama di Makkah dan Madinah,” katanya kepada pemberita yang turut menaiki bot penyelamat berkenaan.
NOH
(tiga dari kiri) bersama bekas Imam Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail
(dua dari kiri) ketika bacaan doa di Pulau Perhentian, semalam.
Menurut Noh, pelbagai usaha dilakukan kerajaan termasuk mengguna kepakaran sains dan teknologi serta bantuan pakar luar negara, namun sehingga kini masih belum mendatangkan hasil.
Lautan Hindi pula
Jurucakap White House Jay Carney berkata, tumpuan di Lautan Hindi berdasarkan maklumat baru namun tidak semestinya muktamad.
Namun, Carney tidak memberi penjelasan lanjut mengenai maklumat baru ini.
Amerika Syarikat termasuk Tentera Lautnya antara beberapa negara yang terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 yang hilang, Sabtu lalu.
"Terdapat beberapa senario yang masih disiasat mengenai apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku tetapi pihak kami giat mengambil bahagian dalam operasi SAR ini. Kami sentiasa mencari maklumat, mengikut petunjuk dan bekerja sama dalam siasatan yang diketuai Kerajaan Malaysia," katanya ketika taklimat berita biasanya, di sini. - Reuters
Guna 'ladder' jejak MH370
Kuala Lumpur: Kesungguhan pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat MH370 tidak dapat dipertikaikan.
Itu disaksikan sendiri jurukamera Harian Metro yang menyertai SAR bersama 13 petugas media dari agensi lain ketika mengikuti misi pencarian pesawat MH370 bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menaiki pesawat Charlie 130.
Pencarian berkenaan dimulakan seawal jam 7 pagi ketika jurugambar dan petugas media lain tiba ke perairan Selat Melaka.
Bagi memudahkan pencarian, pesawat hanya terbang pada ketinggian 762 meter (m) dari permukaan air.
Berdasarkan perbualan jurugambar dengan semua pegawai dan anggota TUDM terbabit, pihak pemantau atau petugas yang menyertai SAR melalui udara dapat mengesan objek yang berada di atas permukaan laut pada ketinggian berkenaan.
“Kaedah yang digunakan dalam misi ini dipanggil 'ladder' iaitu pesawat bergerak dalam bentuk segi empat bagi melakukan pemantauan meliputi Selat Melaka, Pulau Pinang, Langkawi, Phuket (Thailand) sehinggalah Lautan Andaman sebelum terbang di dalam kawasan petak (ditetapkan) secara 'zig zag'.
“Peralatan seperti 'bioscope' dan kamera digital tertentu turut digunakan bagi menentukan sesuatu imej dapat dilihat dengan lebih jelas,” kata mereka.
Bagaimanapun, pencarian berkenaan gagal menemui sebarang petunjuk mengenai MH370 sebelum jurugambar dan petugas media lain kembali ke pangkalan TUDM di Subang.
Biarpun begitu, apa yang disaksikan jurukamera adalah kesungguhan dan sikap komited semua pihak yang terbabit dalam SAR selain mengharapkan orang ramai bersabar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak selain berdoa semoga menemui petunjuk positif.
Pesawat C130 ini adalah pesawat pengangkut pelbagai fungsi yang digunakan TUDM sejak 1976 lagi.
Selain misi menyelamat, pesawat yang menjadi nadi TUDM itu sering terbabit dalam pelbagai operasi termasuk penerbangan ihsan dan bantuan kemanusiaan.
Titip doa buat MH370
Bagi umat Islam, menjadi kewajipan untuk terus bermunajat kepada Allah SWT agar pesawat penerbangan MH370 ditemui dan semua kru serta penumpangnya selamat.
“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, itu antara sumbangan dan bantuan secara tidak langsung yang boleh kita sumbangkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
JEMAAH mengaminkan doa yang dibacakan Zakariah.
Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Sabtu lalu.
Usaha Malaysia dipuji komander Tentera Laut AS
Komander William Marks, jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut AS memuji usaha kerajaan Malaysia yang disifatkan berjaya menyusun semua tindakan koordinasi dengan baik ketika usaha SAR yang membabitkan lebih 10 negara.
“Saya memberikan kredit kerana mereka berjaya melakukan tindakan yang bagi saya sebagai satu tugas yang cemerlang. Ia seperti kita mengendalikan papan catur yang besar kerana membabitkan tiga dimensi iaitu darat, laut dan udara. Jika anda tidak melakukan tindakan yang baik, sudah pasti akan berlaku kemalangan. Ia memang satu tindakan yang dirancang dengan baik,” kata Marks kepada Sinosphere, blok New York Times berpangkalan di China ketika diwawancara, baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan