Ahad, 23 Mac 2014

JANGAN KITA MEMIHAK MANA2...BETUL2 BEBAS....MEMANG CARI MAKAN UNTUK HIDUP DIDUNIA....AKHIRAT TAK HIDUP KE

KAJANG: Kesemua 15 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi.
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua.
Proses pengundian turut berlangsung di Balai Raya JKKK Kg Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.
SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mampu mencapai sehingga 80 peratus dan sehingga pukul 4 petang, 25,511 atau 67.04 peratus daripada 38,055 pengundi, keluar menunaikan hak masing-masing.
Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam ini.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.
Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama
KAJANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang hari ini mampu mencapai sehingga 80 peratus.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga 11 pagi, 12,288 atau 32.29 peratus daripada 38,055 pengundi telah keluar menunaikan hak masing-masing.
Pemerhatian SPR sejak pusat mengundi dibuka pada 8 pagi mendapati pengundi dan penyokong kedua-dua parti memberi kerjasama dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di sini hari ini.
Sebanyak 15 pusat mengundi dibuka untuk PRK Kajang dan akan ditutup pada pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 9 malam.
Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta pemimpin politik menasihatkan penyokong dan jentera parti yang hadir ke pusat-pusat pengundian supaya sentiasa berhemah, sopan dan mematuhi arahan bagi memastikan kelancaran proses pengundian selesai.
Beliau juga menasihatkan penyokong parti politik tidak menimbulkan provokasi yang boleh mengganggu proses pengundian dan ketenteraman awam.
"Tempoh berkempen sudah tamat pada 12 tengah malam tadi. Hari ini pengundi hadir bagi membuat keputusan siapa yang patut dipilih, dan mereka tidak harus diganggu lagi," katanya. - Bernama
KAJANG: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas.
Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.
“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangorkini.
“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.
KAJANG: Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk menarik pengundi.
Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua menyindir pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.
Ia bagi menempelak upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat MH370 yang hilang.
Di Sekolah Kantan Permai, penyokong PKR membuat aksi ritual perbomohan dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.
Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung bagi menempelak ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.
Pihak lawan, BN pula menggunakan ungkapan lucah sebagai modal mengejek penyokong Pakatan Rakyat. – Selangor Kini
KAJANG: PRK N25 Kajang hari ini menyaksikan pertembungan hebat penyokong Pakatan Rakyat dan BN sehingga beberapa pusat mengundi menjadi kecoh.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli kekecohan ini timbul ekoran penyokong BN yang diletakkan di kedua-dua bahu jalan mengundang suasana yang tidak terkawal.
"Di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat penyokong BN duduk di dua-dua belah jalan dan memang tidak selamat ," katanya ketika ditemui di UPU Sungai Kantan.
Hatta juga mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang penyokong BN ketika melawat UPU Sungai Sekamat.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu dilindungi beberapa pengawal peribadinya.
"Saya yang ada beberapa langkah di belakang Anwar hampir diserang oleh penyokong BN. Lepas itu beberapa minit kemudian barulah FRU dibawa masuk ke pusat pengundian ini,"katanya.
Bagaimanapun katanya suasana ini dapat dikawal jika sekiranya pihak berkuasa memainkan peranan awal dengan mengasingkan kedua-dua penyokong dan diletakkan dalam jarak yang agak jauh sedikit.
Hatta tidak menolak PRK yang melibatkan calon berprofil tinggi memang menjadi perhatian ramai tetapi  bertindak menyerang mana-mana pemimpin bukan situasi zaman sekarang.
"Saya tidak terkejut kalau ramai yang datang merayu undi tetapi serang menyerang ke atas pemimpin kita kembali ke zaman dahulu. Sekarang kita sudah zaman moden. Hendak berkempen silalah tetapi serang menyerang ini adalah luar daripada sikap kita," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Beliau juga mengakui provokasi lucah datang daripada pihak sebelah BN yang dilihat tidak masuk akal bagi orang yang berbudaya.
"Saya mengatakan penyokong Pakatan Rakyat walaupun diprovokasi sebegitu yang boleh undang marah tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah untuk menyerang mereka.
"Mungkin mereka berkata-kata lucah dan kita tidak layan itulah membuatkan mereka bertambah marah,"ujar Hatta.
Beberapa pusat mengundi seperti di Sungai Chua dan Sungai Kantan turut dilaporkan berlaku kekecohan menyebabkan FRU dikerahkan untuk mengawal keadaan.
Berlaku perang mulut di antara dua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat.
Penyokong BN mengeluarkan perkataan lucah manakala penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan menyebut 'kangkung'.
KAJANG: Para penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul berhampiran Surau Ibnu Sina, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi (di belakang Stadium MPKJ) bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.
Calon PRK Dun Kajang yang juga Presiden PKR dijangka sampai di lokasi perkumpulan selepas waktu Maghrib.
Kesemua 15 pusat mengundi PRK Dun Kajang ditutup pada 5 petang tadi  setelah dibuka sejak 8 pagi.
Pengiraan undi  bermula jam 6 petang tadi di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal  9 malam ini.
Pilihan raya kecil ini, Dr Wan Azizah menghadapi  calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.
Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan  penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014



Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014 - Masa mengundi Pilihanraya Kecil Dun Kajang sudah tamat berlangsung pada jam 5 petang tadi dengan hanya 28,314 (72%) daripada 39,278 keluar mengundi, turun sebanyak 6,212 (15.9%) berbanding pada Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu.

Berikut ialah keputusan terkini jumlah undi semasa yang diperolehi oleh calon parti PKR dan BN. Calon PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat sedang mendahului Chew Mei Fun ketika ini. Keputusan rasmi PRK Dun Kajang paling awal hanya akan diketahui pada jam 8 malam nanti.


Tiada ulasan: