Posted on Sunday, March 16 @ 19:33:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Gambar di atas merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan Awam dalam rampasan MH370.
Garisan merah atas dan bawah merupakan laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal berkenaan.
Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari semalam.
Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga Selatan Laut Hindi.
Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Hari ini, kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa kapal berkenaan telah dirampas oleh pihak yang belum lagi diketahui siapa.
Sumber
Juruterbang dan pembantu tidak minta terbang bersama, kata Hishammuddin
Posted on Sunday, March 16 @ 19:01:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar (kanan), Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kiri) bercakap kepada media mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. – Gambar The Malaysian Insider, Najjua Zulkefli, 16 Mac, 2014.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing.
Beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah pembantu juruterbang itu semalam.
Hishammuddin juga mengatakan bahawa Malaysia sentiasa berkerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa semenjak hari pertama sekaligus menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan kerajaan menolak bantuan polis antarabangsa Interpol untuk mengesan lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.
ELIZABETH ZACHARIAH
TMI– 16 Mac, 2014.
Betul ke Kasut Bom Nak Letup Pintu Kokpit MH370??
Posted on Sunday, March 16 @ 18:45:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kononnya
pemberi maklumat Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas
Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan kebimbangan
sama ada ia berkaitan dengan kehilangan MH370.
Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat (gambar) membuat dakwaan itu di Mahkamah New York.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.
Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.
Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka.
Apa yang saya musykil ialah sebelum ini mengatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah antara yang terbabit sebab alat kamunikasi dimatikan oleh seseorang dan pemanduan secara profesional sahaja yang mampu melepasi kesanan radar.
Kalaulah Kapten Zaharie Ahmad Shah, buat apa dia nak bom untuk pecahkan kokpit sedangkan dia sendiri boleh akses di situ??
Lagi pun sebelum ini pendedahan tentang kononnya Co Pilot Fariq Abdul Hamid seorang playboy dan membenarkan penunpang masuk kokpit satu yang bercanggah dengan rancangan rampasan seperti yang didedahkan oleh pemberi maklumat Al-Qaeda.
Saya rasa tuduhan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah sangat bercanggah dengan maklumat ini.
Ada orang Malaysia lain?
Siapa kah orang Malaysia lain itu yang berada dalam kapal terbang MH370?
Nampaknya kenyataan demi kenyataan makin menunjukkan kita telah diberikan maklumat palsu!!
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
MH370 - 634 landasan berpotensi untuk pesawat mendarat
The Mirror di Britain melaporkan bahawa dengan bahan api yang mencukupi untuk terbang ke mana sahaja dari Pakistan ke Australia Barat, kapal terbang tersebut boleh mendarat di 634 landasan selepas rampasan yang disyaki.
Menurut WNYC , pesawat yang hilang boleh mendarat di landasan 634 di 26 buah negara yang berbeza.
Data dari X- Plane menyediakan koordinat landasan di seluruh dunia. Juruterbang Boeing 777 dipetik menganggarkan keperluan panjang landasan adalah 5,000 kaki. Artikel di Wall Street Journal baru-baru juga menyatakan pesawat tersebut boleh meneruskan penerbangan terus selama 2,200 batu nautika dari kedudukan terakhir yang diketahui, lapor WNYC .
Pasukan WNYC mendapati 634 landasan yang memenuhi kriteria tersebut berada di seluruh 26 negara yang berbeza, termasuk Gan Airport ( Maldives ), Lapangan Terbang Dalanzadgad ( Mongolia) , Yap Airport ( Micronesia ), Miyazaki Airport ( Jepun), lapor The Star.
Keluarga penumpang MH370 dilihat semakin tenang
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan berkata antara yang boleh dilakukan termasuklah melawat ke tempat-tempat tertentu untuk merehatkan minda.
"Setakat ini tiada yang bawa mereka keluar dari kawasan ini. Tetapi memandangkan hotel ini berhampiran pusat beli belah, ada keluarga yang berkunjung ke sana untuk menenangkan fikiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengah malam tadi, wartawan Bernama turut bertembung seorang daripada bapa penumpang yang dilihat keluar dari pintu utama hotel.
"Minum," katanya ringkas dan kemudiannya dilihat kembali semula ke hotel sejam kemudian.
Abdul Jalil berkata selepas lapan hari menginap di hotel, mereka perlu melakukan sesuatu yang baharu selain daripada menonton televisyen di bilik penginapan untuk mengikuti perkembangan semasa.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata keluarga terlibat juga dilihat semakin tenang terutamanya selepas mendengar perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
"Mungkin kita tengok kesan daripada pengumuman itu, bagaimana seorang ibu atau ayah yang anaknya terlibat dalam insiden ini mampu untuk berkomunikasi tanpa rasa sedih. Itu mungkin saya ingat disebabkan penerimaan berita.
"Sebelum ini kita tengok lapan hari kita tunggu tak ada jawapan. Tetapi semalam sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jawapan walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi itu sekurang-kurangnya melegakan mereka," katanya.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawa itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
MH370: Selangor arah masjid, surau adakan solat hajat
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berharap SAR berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Kita juga berharap agar rakyat jangan membuat spekulasi terhadap mana-mana anak kapal atau penumpang kerana ini hanya akan menyukarkan keluarga mereka yang sedang mengalami suasana sukar ketika ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat berkenaan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 malam Sabtu, 8 Mac. - Bernama
MH370: Bila menteri gagal jaga mulut, terhangat
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Artikel tersebut mengalahkan berita bertajuk “Pengurus IT yakin temui imej MH370” dan “Misteri ‘hilang’ beberapa hari 'kembali' ke alam manusia” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 9 hingga 15 Mac:
Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat
Posted on Sunday, March 16 @ 18:25:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pendedahan pemberi maklumat Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan kebimbangan sama ada ia berkaitan dengan kehilangan MH370.
Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat (kanan) membuat dakwaan itu di Mahkamah New York.
Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom.
Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit.
Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka. - MK
MH370: Al-Qaeda turut terlibat?
Posted on Sunday, March 16 @ 11:04:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
LONDON 16 Mac - Petunjuk baharu yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, dikaitkan pihak yang terlibat meniru gaya kumpulan pengganas al-Qaeda.
Pakar keselamatan Britain yang enggan dikenali berkata, siasatan akan dibuat terhadap kemungkinan perampas mahu melancarkan serangan berani mati seperti al-Qaeda pada 11 September 2001.
Jelas pakar itu, sumber al-Qaeda yang memberitahu sebuah mahkamah pada minggu lalu melaporkan, empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas pesawat dan menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit.
"Maklumat itu yang dianggap 'sahih' dimaklumkan oleh seorang pengganas Britain yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
"Pemberi maklumat itu mendakwa, dia pernah bertemu dengan beberapa anggota kumpulan ektremis dari Malaysia, termasuk seorang juruterbang di Afghanistan dan memberi mereka sebutir bom kasut untuk merampas pesawat," katanya kepada portal berita The Telegraph. - AGENSI
#mh370: Aplikasi Permainan ‘Bomoh’ Di Play Store Dimuat Turun
Satu aplikasi permainan ‘Bomoh’ kini
boleh didapati di Play Store bagi pengguna sistem operasi Android yang
dipercayai mendapat inspirasi daripada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang
melakukan upacara ritual bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Menerusi
keterangan mengenai permainan itu, seorang lelaki yang merupakan bomoh
menggemparkan apabila kemunculannya bagi membantu pesawat yang hilang
dari Garuda Hitam.
Ia
berkata, bomoh itu berpakaian sut dengan melakukan upacara menggunakan
air zam-zam, buah kelapa, ‘tongkat sakti’ dan ‘tikar ajaib’.
Lebih
dikenali sebagai ‘Bomoh Rescue Run’, ia merupakan permainan bagi
mendapatkan mata dengan ‘menyelamat penumpang dan anak kapal’.
Di sepanjang permainan yang boleh dimuat turun secara percuma ini, ‘Bomoh’ akan diganggu oleh ‘Garuda Hitam’ sepanjang misinya.
Ciri permainan yang bersaiz 8.33MB itumeliputi ‘misi’ pencarian di udara, lautan dan jalanan.
Di bawah penerangan mengenai permainan tersebut turut menyatakan hashtag #pray for MH370 (#doa untuk MH370).
Sejak
disenaraikan dalam Play Store pada Khamis, hampir 1,900 pengguna telah
memuat turun permainan itu, dan ianya diberikan 4.5 daripada 5 bintang
berdasarkan ulasan dan komen pengguna.
Sumber : Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan