Posted on Wednesday, March 19 @ 19:17:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SHAH ALAM - Pesawat MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya memerlukan pendaratan kecemasan mengikut kecekapan juruterbang.
Bekas Pengawal Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Mustapha Kamal Abdul Rahman berkata, apabila ada kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat.
Menurutnya, tidak kira di pulau atau di atas jalan, asalkan kawasan sekitar muat untuk pesawat itu mendarat.
“Setiap pesawat pastinya ada prosedur pendaratan yang disyaratkan agar mengelak sebarang kemalangan.
“Oleh itu, pesawat MH370 yang panjang dan besar perlu mendarat di landasan lebih 11,000 kaki panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kebolehan pesawat itu mendarat di landasan pendek jika berlaku kecemasan.
Apabila ditanya sama ada pesawat boleh mendarat di landasan yang sudah lama ditinggalkan di beberapa pulau sekitar koridor utara, jawabnya, ia mungkin boleh berlaku asalkan juruterbang pandai mengawal pesawat.
“Tetapi risiko kemalangan kecil memang ada, sama ada terbabas sedikit dari landasan itu atau berlaku ketidakseimbangan ketika pesawat berhenti mengejut,” katanya.
Sementara itu, pakar penerbangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Tarmizi Ahmad berkata, risiko terhempas ketika mendarat di landasan pendek memang tinggi.
“Kerana, pesawat memerlukan kuasa dan masa untuk membuat pendaratan yang bergantung kepada kapasiti pesawat.
“Jika momentum tidak stabil, kemungkinan pesawat mengalami kemalangan sangat tinggi walaupun di atas landasan,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat beberapa landasan yang berkemungkinan digunakan oleh pesawat MH370 untuk mendarat di sekitar koridor selatan.
Ini termasuk Pulau Nicobar di Lautan Hindi yang mempunyai tiga landasan kapal terbang yang sudah tidak digunakan lagi.
Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.
Selain itu, terdapat juga landasan kapal terbang di Maldives dan Diego Garcia di Lautan Hindi. - SINAR HARIAN
Pakar IT India Dakwa Temui MH370 Di Pulau Andaman
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:14:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.
Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.
The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.
Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.
"Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.
"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.
"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbang berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.
Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu. - MSTAR
MH370: Simulator Mungkin Boleh Beri Petunjuk !!!
Posted on Wednesday, March 19 @ 19:10:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PETALING JAYA: Siasatan polis terhadap kehilangan pesawat MH370 berkemungkinan besar akan memberi tumpuan terhadap Kapten Zaharie Ahmad Shah sama ada beliau telah melakukan pendaratan di lapangan terbang yang terdapat dalam simulator penerbangan di rumahnya.
Seorang pelatih juruterbang yang berpengalaman menerbangkan Boeing 777-200 berkata simulator yang terdapat di rumah Zaharie boleh membantu juruterbang membiasakan dirinya dengan mana-mana lapangan terbang dari bahagian selatan Lautan Hindi sehingga ke bahagian utara di Kazakhstan.
"Tekaan saya pihak polis yang telah memasang semula simulator miliknya cuba untuk melihat jika terdapat laluan penerbangan yang dicatatkan pada simulator sama dengan laluan MH370 yang mungkin telah diterbangkan.
"Polis juga boleh mencari sebarang lapangan terbang yang 'luar biasa' pada simulator yang digunakan untuk melakukan pendaratan, " kata pelatih juruterbang itu.
Beliau mengulas laporan pada Selasa yang memetik sumber mengatakan bahawa polis menemui lima buah lapangan terbang pada simulator milik Kapten Zaharie.
Lapangan terbang tersebut adalah Male di Maldives, pangkalan udara Amerika Syarikat, Diego Garcia, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka dan lain-lain di selatan India, yang kesemuanya mempunyai landasan dengan panjang sekurang-kurangnya 1km.
Diego Garcia adalah pulau di Lautan Hindi di mana Tentera Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera laut dan udara dengan landasan yang mampu menampung pesawat besar.
Walaupun laporan itu belum disahkan tetapi jurulatih juruterbang itu berkata jika benar lima lapangan terbang dilihat pada simulator, "maka ia dilihat tidak baik untuk Kapten Zaharie."
CNN melaporkan pada 13 Mac bahawa Zaharie telah memaparkan bahawa beliau telah membina sebuah simulator penerbangan sendiri pada November 2012 di forum dalam talian Jerman, X- Sim.de .
"Kira-kira sebulan yang lalu saya selesai memasang FSX dan FS9 dengan enam monitor," dalam mesej yang ditandatangani Kapten Zaharie Ahmad Shah BOEING 777 MALAYSIA AIRLINES.
FS9 dan FSX adalah singkatan bagi Microsoft Flight Simulator (Versi 9) dan Simulator Penerbangan X (Version), dua daripada versi penerbangan yang paling baru dan popular di kalangan 'gamers' dan peminat penerbangan.
Versi semasa FSX dipasarkan bukan sahaja sebagai satu permainan tetapi sebagai bantuan latihan berguna untuk juruterbang.Mstar
MH370: 12 hari, 7 teori
Posted on Wednesday, March 19 @ 15:58:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari, dan kini debat antara pakar dan mereka yang mengikuti siasatan ini semakin berkisar sekitar tujuh teori yang muncul sejak 12 hari ini.
Ketujuh-tujuh teori tersebut yang disenaraikan oleh akhbar Australia, The Age, termasuklah teori juruterbang MH370 berpatah balik ke Pulau Langkawi kerana kecemasan di dalam kapal terbang hinggalah ke rampasan kapal terbang.
The Age menyenaraikan beberapa teori yang paling menarik perhatian setakat ini:
TEORINYA: Goodfellow menulis di Google Plus bahawa dia mempercayai juruterbang MH370 mungkin menuju ke arah pulau Langkawi untuk mencari tempat bagi pesawat itu mendarat selepas transponder radar mereka dirosakkan oleh api.
"Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000." tulisnya.
"Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini. Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.
"Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang. Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan. Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas. Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.
"Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya. Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.
"Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.
Masa semakin suntuk bagi penyiasat untuk mengesan kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH370 sebelum baterinya habis dalam masa 18 hari
2. SUMBER: Desmond Ross, juruterbang Australia komersil dan pakar keselamatan penerbangan.
TEORINYA: Ross memberi teori yang hampir sama dengan Goodfellow. Dia berkata pesawat tersebut mungkin kekurangan tekanan selepas sesuatu kejadian, kemungkinan sebuah letupan yang membentuk lubang di kotak fius.
"Para juruterbang menyedari mereka perlu turunkan pesawat tersebut," kata Ross yang pernah menjalankan kajian keselamatan pada Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada tahun 2005.
"Salah satu daripada mereka mula memprogramkan semula sistem penerbangan dan meletakkan altitud yang rendah, dan mulai meletakkan semula program untuk kembali ke Kuala Lumpur... tetapi dia pengsan sebelum dapat memprogramkan semula pesawat tersebut.
"Pesawat itu kemudian berada di luar kawalan kerana letupan awal itu, dan mula jatuh tetapi pada ketinggian 45,000 mulai lambat.
"Ia hilang kawalan untuk sementara pada ketinggian yang ditetapkan juruterbang sebentar tadi, tetapi tidak melengkapkan arahnya ke Kuala Lumpur kerana juruterbangnya tadi hanya sempat memasukkan separuh nombornya sebelum pengsan. Kini ia terbang entah di mana..."
3. SUMBER: Keith Ledgerwood, peminat penerbangan dan 'hobbyist' juruterbang daripada Amerika Syarikat
TEORINYA: Teori ini berdasarkan premis seseorang merampas pesawat tersebut.
Ledgerwood mengatakan MH370 boleh sahaja menutup radar mereka, kemudian secara senyap mengikut belakang pesawat lain – Singapore Airlines dengan nombor penerbangan SQ68 dalam perjalanan dari Singapura ke Barcelona – sebelum mendarat di utara India atau Afghanistan.
Saya percaya MH370 mungkin mengikut di belakang SIA68 melalui ruang udara India dan Afghanistan," tulis Ledgerwood dalam Tumblr.
"Disebabkan MH370 sedang terbang secara tersembunyi tanpa transponder atau keluaran ADS-B, SIA68 tidak akan perasan kehadiran MH370 di mana-mana, dan apabila ia memasuki ruang udara India ia akan muncul sebagai satu blip sahaja pada radar dengan data daripada transponder SIA68 sahaja yang menerangi ATC dan skrin radar tentera."
4. SUMBER: Diterangkan oleh akhbar The Independent.
TEORINYA: Pesawat tersebut kemungkinan dirampas dan diterbangkan ke pengkalan Taliban.
The Independent melaporkan kebenaran diplomatik penuh diperlukan supaya dapat menolak teori yang mengatakan pesawat tersebut mungkin terbang di bawah kawasan radar Afghanistan dan Pakistan yang tidak dikawal kerajaan.
Sebahagian besar kawasan selatan Afghanistan diperintah oleh Taliban, sementara kawasan di utara barat Pakistan berdekatan adengan sempadan Afghanistan yang dikawal oleh Taliban.
Pegawai penerbangan awam Pakistan berkata mereka sudahpun meneliti rakaman radar mereka dan tidak menjumpai pesawat tersebut.
Seorang komando Taliban berkata kumpulannya yang berbelah bahagi itu hanya mampu mimpi sahaja tentang rampasan sebegitu.
"Kami harap sahajalah dapat peluang merampas pesawat seperti itu," katanya kepada Reuters.
5. SUMBER: Penyiasat
TEORINYA: Pihak berkuasa sedang menyiasat samada juruterbang atau penumpang membuat keputusan bunuh diri adalah penjelasan bagi misteri kehilangan pesawat itu.
Adanya contoh bersejarah bagi teori ini.
Pada 1997, penerbangan SilkAir 185 terhempas di Sumatera, membunuh semua 97 penumpang apabila juruterbangnya menjunamkan pesawat itu ke dalam sungai.
Juruterbang membunuh diri juga disyaki dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, walaupun ia belum dibuktikan.
Teori ini dapat menjelaskan mengapa tiada serpihan jika MH370 terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.
6. SUMBER: Emel kepada wartawan mendakwa daripada Chinese Martyr's Brigade
TEORINYA: Kumpulan dikenali sebagai Chinese Martyr's Brigade mendakwa bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370 dalam sebuah emel kepada wartawan China.
Emel yang dilindungi itu tertulis, "Anda bunuh salah seorang daripada kami, kami akan bunuh 100 daripada kamu sebagai balas dendam."
Tetapi mesej itu tidak memberi sebab mengapa pesawat itu hilang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sangsi dengan kenyataan tersebut.
"Tiada asas kukuh atau sebab yang mengesahkan dakwaan mereka," katanya.
7. SUMBER: Polis Malaysia dikatakan sedang menyiasat teori ini
TEORINYA: Letupan mungkin disembunyikan di dalam kargo pesawat itu dalam barangan buah-buahan eksotik.
Pihak berkuasa Malaysia mengatakan satu-satunya kargo di dalam MH370 adalah muatan manggis, buah yang terkenal di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata ada sebanyak 3 ke 4 tan manggis di dalam pesawat itu.
Beliau berkata kargo tersebut sudahpun dikesan semasa rutin sebelum dimasukkan ke dalam pesawat, tetapi pihak berkuasa sedang menyiasat jika letupan boleh dimuatkan bersama buah-buahan tersebut.
"Ini hanya satu lagi teori," seorang polis yang tidak dinamakan memberitahu Daily Mail. "Tetapi kita tidak menolak apa-apa kemungkinan."
TMI
– 19 Mac, 2014.
Taliban menafikan tahu dimana #MH370 Malaysia yang hilang
Posted on Wednesday, March 19 @ 06:42:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pegawai Penerbangan di Pakistan , India dan Asia Tengah dan juga militan Taliban berkata mereka tidak mengetahui apa-apa tentang di mana pesawat jet Malaysia yang hilang, selepas pencarian untuk penerbangan MH370 diperluskan ke wilayah mereka pada hari Isnin.
Pegawai pertahanan India menolak kemungkinan pesawat terbang selama berjam-jam di atas negara itu tanpa dikesan.
“Idea
bahawa pesawat itu terbang melalui ruang udara India selama beberapa
jam tanpa disedari adalah pelik, ” kata seorang pegawai Kementerian
Pertahanan, yang enggan dikenali.
“Ini
adalah laporan liar, tidak berasas,” kata beliau dan menambah
juruterbang perlu tahu dengan tepat lokasi radar India dan sistem
pengawasan sekitar mereka.
Mengulas
lanjut, beliau berkata pemantauan begitu ketat di sempadan India
menghadapi gerbang saingan nuklear Pakistan dimana tentera udara telah
menembak jet pejuang Sukhoi bulan lalu selepas satu objek yang tidak
dikenali muncul pada radar.
Pegawai Pakistan berkata mereka juga tidak mengesan apa-apa yang mencurigakan di udara selepas pesawat dilaporkan hilang.
“Kami
telah menyemak rakaman radar bagi tempoh tersebut dan mendapati tiada
petunjuk mengenai pesawat tersebut,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam.
Negara Asia Tengah Kazakhstan
dan Kyrgyzstan, yang berada dihujung koridor utara kwasan carian
berkata, tiada kapal terbang tidak dikenali memasuki ruang udara mereka
pada 8 Mac.
“Walaupun semua
peralatan atas kapal dimatikan, ia adalah mustahil untuk terbang di
dalam mod senyap,” kata Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakh, “Terdapat
juga badan-badan tentera memantau ruang udara negara.”
Setelah
kawasan carian diperluaskan, sesetengah pemerhati berpendapat pesawat
mungkin telah diterbangkan ke kawasan pergunungan terpencil yang
bersempadanan diantara Pakistan dengan Afghanistan di mana militan
Taliban bersembunyi .
Zabihullah
Mujahid , jurucakap Taliban di Afghanistan, yang sedang berjuang
mengusir tentera asing dan menubuhkan sebuah negara Islam berkata,
pesawat yang hilang tiada kaitan dengan mereka.
“Ia
berlaku di luar Afghanistan dan anda dapat melihat bahawa walaupun
negara-negara dengan peralatan dan kemudahan yang sangat canggih tidak
boleh mengesan ke mana ia pergi,” dia berkata, ” Oleh itu, kita juga
tidak mempunyai apa-apa maklumat kerana ia tiada kaitan dengan mereka.”
Komander
Taliban Pakistan, sebuah entiti berasingan yang memerangi kerajaan
Pakistan mengatakan, kumpulan itu sendiri berpecah-belah dan tidak
mungkin mampu melakukan operasi tersebut (menyembunyikan pesawat).
“Kami
juga mengimpikan peluang untuk merampas kapal terbang sekiranya
berpeluang,” katanya melalui telefon dari wilayah tanpa undang-undang
Utara Waziristan.
Di Delhi, pegawai
pertahanan itu berkata secara teori pesawat itu boleh terbang di laluan
Banjaran Himalaya di mana radar dikawasan pergunungn kurang berkesan.
Tetapi
untuk menempuhi lereng gunung, juruterbang memerlukan kemahiran dan
kepintaran sehebat juruterbang jet pejuang tentera, katanya.
Di
Port Blair, terletak di Andaman dan Nicobar, Tentera Laut India yang
menggunakan Kapal Kesari telah kembali ke pangkalan selepas dua hari
melakukan kerja mencari dan menyelamat di Laut Andaman.
Sumber
pertahanan kanan ada berkata bahawa jika kapal terbang itu terhempas
di kawasan itu, serpihan kecil boleh hanyut pada jarak yang luas.
“Serpihan
kecil boleh hanyut sekurang-kurangnya 15 batu nautika sejam, jadi anda
boleh bayangkan apa akan terjadi selepas lebih daripada satu minggu,”
katanya.
Sumber link
Sumber link
#MH370
Ubah Haluan : Telah Di Atur Di Dalam Sistem Komputer Pesawat Lebih
Awal, Tolak Kemungkinan Perbuatan Rampasan Oleh Penumpang
Posted on Wednesday, March 19 @ 06:33:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
‘Terrain masking’, seperti yang digambarkan di sini, adalah teknik yang digunakan oleh juruterbang untuk mengelakkan pengesanan radar
Individu yang melakukan pengubahan haluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing memang memiliki kemahiran mengenai sistem penerbangan Boeng, tidak semestinya 777.
Posted on Wednesday, March 19 @ 06:33:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
‘Terrain masking’, seperti yang digambarkan di sini, adalah teknik yang digunakan oleh juruterbang untuk mengelakkan pengesanan radar
Individu yang melakukan pengubahan haluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing memang memiliki kemahiran mengenai sistem penerbangan Boeng, tidak semestinya 777.
- Pengendali cuma memerlukan tujuh atau lapan sentuhan pada papan kekunci kedalam komputer Sistem Pengurusan Penerbangan yang terletak di tengah kokpit diantara juruterbang dan pembantunya.
- Kemungkinan ianya dilakukan oleh orang lain atau penumpang mengubah program Sistem Pengurusan Penerbangan sukar dipercayai dan amat tipis.
- Maklumat ini meningkatkan tumpuan siasatan kepada kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.
Pusingan
yang pertama ke barat dan mengalihkan laluan penerbangan MH370 yang
seterusnya dilakukan melalui sistem komputer, bukan secara manual,
menguatkan lagi andaian juruterbang atau pembantu juruterbang terlibat
dalam kehilangan tersebut.
Orang
pertama yang mengubah laluan kapal terbang yang hilang dari Kuala
Lumpar ke Beijing memiliki berpengetahuan mengenai sistem Boeing,
walaupun bukan 777, dengan menaip tujuh atau lapan ketukan kekunci ke
dalam komputer yang terletak di antara kapten dan pembantu juruterbang.
Komputer, yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Penerbangan,
mengarahkan sistem itu menurut pelan penerbangan dikemukakan sebelum
berlepas. Ia bagaimanapun boleh diubah pertengahan penerbangan walau
bagaimana pun tidak diketahui dengan tepat bila lencongan ke barat telah
diprogramkan ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan MH370 itu.
Penyiasat sedang mencari melalui simulator
penerbangan yang dimiliki oleh Zaharie Shah untuk menentukan sama ada
beliau telah memprogram semula pesawat luar laluan sebelum berlepas.
Juruterbang
mengubah laluan atau menambah ‘waypoint’ atau lencongan untuk laluan
yang sedia ada sekiranya mereka diarahkan oleh pengawal trafik udara
dalam usaha untuk mengelakkan cuaca buruk atau trafik udara sibuk.
Tetapi dalam kes pesawat hilang, ‘waypoint’ itu juga di luar jalan ke Beijing.
Berita ini diterima pakai selepas didedahkan jet yang hilang menurun ke ketinggian 5,000 kaki untuk mengelakkan radar bumi.
Ini berpandukan laporan daripada penduduk kampung yang melihat lampu terang dan mendengar bunyi kuat pada masa yang pesawat itu diandaikan telah membuat ‘pusingan U.’
Penyiasat
memberitahu bahawa Boeing 777 telah menurun kepada ketinggian yang
lebih rendah untuk mengelakkan radar, menggunakan kawasan sekitarnya
sebagai penghalang sonar.
Cara
terbang begini adalah dianggap sebagai berbahaya dan berisiko, kerana
ini akan memberikan tekanan yang besar terhadap rangka pesawat dan
terbang rendah pada waktu malam tanpa bantuan radar boleh membawa
kepada kapal terbang terhempas melanggar pokok-pokok atau gunung.
Sumber link
Sumber link
MH 370: Mahathir ke Lahad Datu,PMNajib ke Kazakstan?
Posted on Saturday, March 15 @ 23:14:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Ingatkah kita semaa Peristiwa Lahad Datu,sekonyong-konyong Dr Mahathir datang Sabah kononnya untuk beri semangat kepada pasukan keselamatan menghadapi pengganas Sulu?
Mengapa Mahathir ke Lahad Datu? Sebelumnya, nama Mahathir terpalit sebagai dalang pemberian IC kepada rakyat Filipina untuk menangkan UMNO di Sabah.
Apakah Mahathir ke Lahad Datu untuk "menutup" skandalnya itu. Ianya menjadi spekulasi dan misteri!
Kini kes MH 370 juga menjadi misteri. Setelah 8 hari,barulah PMNajib mengesahkan MH370 adalah pesawat yang dikesan oleh radar tentera Malaysia.Beliau juga membayangkan dua destinasi haluan MH370 semasa berhubung dengan satelit iaitu samada Lauan t Hindi atau ke utara Thailand meliputi Kazakhstan dan Turkmenistan.
Beliau tidak menyebut Mongolia.Barangkali sensitif buat beliau!
Dengan perkembangan terkini ini,dua teori boleh dibuat :
1) Satu "permainan" Amerika untuk "merisik dan menceroboh secara berhemah" terhadap Malaysia. Tujuan "permainan" ini adalah satu "lesen" Amerika "menodai" kawalan keselamatan Malaysia.
Lihat,apabila Malaysia terdesak untuk dapatkan maklumat tentang MH370, Amerika dengan senang hati menghantar kapal perangnya untuk "menolong" Malaysia.Tentunya Malaysia perlu juga serahkan maklumat-maklumat rahsia untuk "memudahkan" Amerika mencari MH370.
Yang pasti,pertolongan Amerika tidak percuma! Barangkali MH370 "dilarikan" Amerika ke Diego Garcia.
Jika Amerika ciptakan September 11 untuk menyerang Afghanistan dan negara Islam yang lain,adakah Amerika juga ciptakan MH370 untuk "menceroboh dan mencuri maklumat" terhadap Malaysia ?
2) Teori kedua agak mengganggu fikiran PMNajib dan Rosmah.
Didakwakan dalam MH370 ada terdapat rakyat Mongolia.
Adakah perampasnya adalah rakyat Mongolia? Apa motifnya?
Adakah mereka berdendam dengan Kerajaan Malaysia berkaitan isu pembunuhan Altantunya?
Bagaimana jika perampas itu buat tuntutan terhadap PMNajib agar diserahkan 3 individu yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut yang kini dibebaskan?
Atau perampas mahu berjumpa PMNajib?
Ini sekadar teori sahaja. Apapun semoga kita doakan semoga warga MH370 berada dalam selamat dan sihat. Ameen.
MH 370: Mahathir ke Lahad Datu, PMNajib ke Kazakstan?"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Saturday, March 15 @ 23:14:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Posted on Saturday, March 15 @ 23:14:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Ingatkah kita semaa Peristiwa Lahad Datu,sekonyong-konyong Dr Mahathir datang Sabah kononnya untuk beri semangat kepada pasukan keselamatan menghadapi pengganas Sulu?
Mengapa Mahathir ke Lahad Datu? Sebelumnya, nama Mahathir terpalit sebagai dalang pemberian IC kepada rakyat Filipina untuk menangkan UMNO di Sabah.
Apakah Mahathir ke Lahad Datu untuk "menutup" skandalnya itu. Ianya menjadi spekulasi dan misteri!
Kini kes MH 370 juga menjadi misteri. Setelah 8 hari,barulah PMNajib mengesahkan MH370 adalah pesawat yang dikesan oleh radar tentera Malaysia.Beliau juga membayangkan dua destinasi haluan MH370 semasa berhubung dengan satelit iaitu samada Lauan t Hindi atau ke utara Thailand meliputi Kazakhstan dan Turkmenistan.
Beliau tidak menyebut Mongolia.Barangkali sensitif buat beliau!
Dengan perkembangan terkini ini,dua teori boleh dibuat :
1) Satu "permainan" Amerika untuk "merisik dan menceroboh secara berhemah" terhadap Malaysia. Tujuan "permainan" ini adalah satu "lesen" Amerika "menodai" kawalan keselamatan Malaysia.
Lihat,apabila Malaysia terdesak untuk dapatkan maklumat tentang MH370, Amerika dengan senang hati menghantar kapal perangnya untuk "menolong" Malaysia.Tentunya Malaysia perlu juga serahkan maklumat-maklumat rahsia untuk "memudahkan" Amerika mencari MH370.
Yang pasti,pertolongan Amerika tidak percuma! Barangkali MH370 "dilarikan" Amerika ke Diego Garcia.
Jika Amerika ciptakan September 11 untuk menyerang Afghanistan dan negara Islam yang lain,adakah Amerika juga ciptakan MH370 untuk "menceroboh dan mencuri maklumat" terhadap Malaysia ?
2) Teori kedua agak mengganggu fikiran PMNajib dan Rosmah.
Didakwakan dalam MH370 ada terdapat rakyat Mongolia.
Adakah perampasnya adalah rakyat Mongolia? Apa motifnya?
Adakah mereka berdendam dengan Kerajaan Malaysia berkaitan isu pembunuhan Altantunya?
Bagaimana jika perampas itu buat tuntutan terhadap PMNajib agar diserahkan 3 individu yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut yang kini dibebaskan?
Atau perampas mahu berjumpa PMNajib?
Ini sekadar teori sahaja. Apapun semoga kita doakan semoga warga MH370 berada dalam selamat dan sihat. Ameen.
MH 370: Mahathir ke Lahad Datu, PMNajib ke Kazakstan?"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Saturday, March 15 @ 23:14:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan